Você está na página 1de 4

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mok Soon Sang (2008) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses


yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan dan beliau
menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada sifat baru yang berlainan dari
peringkat lebih awal.

Menurut Rohani Abdullah (2001), terdapat lima aspek perkembangan kanak-


kanak iaitu aspek jasmani, rohani, emosi, kognitif dan sosial. Aspek-aspek berikut
pula dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

Saya telah mengkaji 2 orang pelajar untuk melihat pertumbuhan dan


perkembangannya.

Data dan perbincangan ujian perkembangan fizikal kanak-kanak

FIZIKAL MURID 1 (Umar) MURID 2 (Aisyah)


 Berat 62 KG 55 KG
 Tinggi 168 CM 158 CM
 Saiz Baju L L
 Saiz Kasut 8.5 INCH 7 INCH
 Warna Kulit HITAM MANIS SAWO MATANG
 Warna Rambut HITAM HITAM
 Jenis Rambut IKAL MAYANG LURUS
 Warna anak mata COKLAT COKLAT
 Bentuk Mata BULAT BULAT
 Kekemasan Diri BERGAYA KEMAS

Jadual 1: Data fizikal murid-murid yang dikaji

Jadual 1 di atas menunjukkan data ujian perkembangan fizikal 2 orang murid


tingkatan 2 yang berlainan jantina. Murid-murid yang terlibat kedua-duanya diambil
dari kelas yang berbeza. Daripada jadual di atas, jelas kelihatan terdapat beberapa
perbezaan yang ketara di antara 2 orang murid tersebut.

Dari segi ketinggian, Umar dan Aisyah mempunyai ketinggian yang jauh
berbeza, iaitu 168 cm dan 158 cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kepesatan
pertumbuhan lelaki pada umur begini jauh lebih pesat.

Dari segi berat badan dan saiz baju, Umar lebih berat dan badannya lebih
besar berbanding Aisyah. Berat Umar ialah 62 KG dan saiz bajunya ialah saiz “L”

1
manakala berat Aisyah ialah 55 KG dan saiz bajunya ialah saiz “L”. Walaupun
mempunyai saiz badan yang hampir sama, tetapi murid lelaki mempunyai berat yang
lebih berbanding perempuan.

Data Dan Pebincangan Ujian Perkembangan Kognitif kanak-kanak

KOGNITIF Murid 1 (UMAR) Murid 2 (AISYAH)


 Keputusan 3A 5B 3C 2A 2B 3C 3D 1E
Peperiksaan
 Kedudukan Dalam 1/24 16/25
Kelas
 Cara Mewarna Kurang kemas sederhana
 Kekemasan Tulisan Kurang kemas kemas
 Kebolehan kemas Kemas dan menggunting
Menggunting mengikut bentuk
 Masa dan Ketepatan
menyelesaikan 45 minit 1 jam
soalan matematik
 Kebolehan membaca sederhana sederhana
Al-Quran
 Kebolehan sederhana baik
menghafaz Al-Quran

Jadual 2: Data kognitif murid-murid yang dikaji

Jadual 2 menunjukkan butiran-butiran berkaitan kognitif murid-murid yang


saya kaji. Butiran-butiran tersebut merangkumi keputusan peperiksaan, kedudukan
dalam kelas, cara mewarna, dan beberapa elemen yang lain.

Dari segi keputusan peperiksaan dan kedudukan dalam kelas, Aisyah


mendapat keputusan yang kurang memuaskan dan kedudukan yang kurang
memberangsangkan dalam kelas. Dia mendapat kedudukan yang ke 16 daripada 25
orang pelajar dalam kelas. Umar pula mendapat tempat pertama kedudukan dalam
kelas daripada 24 orang pelajar.

Berdasarkan soal selidik, Umar begitu bersungguh-sungguh dalam mengajar


cita-citanya, lebih-lebih lagi setelah ketiadaan bapanya. Dia juga mempunyai cita-cita
yang tinggi untuk menjadi seorang jurutera. Dia berusaha bersungguh-sungguh
untuk berjaya di dalam pelajaran.

Data Dan Perbincangan Ujian Perkembangan Sosial Kanak-Kanak

Sosial Dan Emosi Murid 1 (Umar) Murid 2 (Aisyah)


 Cara Bercakap Tergesa-gesa sopan

2
 Cara Bergaul Kurang bergaul Kurang mesra
 Cara Makan sopan Sopan dan teratur
 Keyakinan Diri yakin Kurang yakin
 Kekerapan Bertanya Kurang bertanya Kurang bertanya
 Bahasa Yang B. Melayu B. Melayu
Digunakan
 Reaksi Bila Dipuji Berdiam diri tersenyum
 Reaksi Bila Dimarah Berdiam diri Berdiam diri

Jadual 3: Data Sosioemosi murid-murid yang dikaji

Jadual 3 di atas menunjukkan butiran sosioemosi 2 orang pelajar yang saya


kaji. Jadual 3 di atas merangkumi cara murid bercakap, bergaul dengan guru dan
rakan, cara murid makan, keyakinan murid, dan lain-lain.

Dari segi cara bercakap, kedua-dua murid tersebut bercakap dengan cara
yang sopan. Mereka menggunakan perkataan yang sesuai dengan norma
masyarakat sekeliling. Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa Umar kini
dijaga oleh ibunya kerana bapanya telah meninggal. Oleh itu, Umar telah dibesarkan
dengan lemah lembut oleh ibunya dan tanpa bapa. Ibunya sangat lemah lembut dan
bersopan ketika berbicara.

Menurut Aisyah pula, ibunya yang bekerja sebagai guru sangat sopan
orangnya. Oleh itu, ketika berada di rumah, dia dan adik beradiknya berkomunikasi
dengan sopan. Ibunya akan menegur dia dan adik beradiknya jika mereka bertutur
dengan kasar. Jelasnya, aspek ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

3
RUJUKAN

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan kanak-
kanak untuk program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lahey, B. (2001). psychology An Introduction. Boston: McGraw-Hill Inc.

Piaget. (1952). The origins of intelligence in children. New York,: International


Universities Press.

Slavin, R. (1997). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Ally &
Bacon.

Você também pode gostar