Você está na página 1de 6

_________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PROGRAM 5 MINIT MEMBACA BERSAMA MURID TAHUN 4 DAN 5
SRK ST. JAMES, TENGHILAN

TARIKH
1 MAC 2018 (Khamis)

TEMPAT:
PERPUSTAKAAN, SRK ST JAMES TENGHILAN

ANJURAN
PROJEK INDIVIDU GURU PELATIH
PROGRAM INTERNSHIP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN
PISMP PEMULIHAN (SK) AMBILAN JUN 2014
1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan.
Dalam pada itu, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai (refleksi) projek/
aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Lantaran itu, Program 5 Minit membaca ini dirancang bagi memenuhi objektif berkaitan
dengan program intership yang sedang dijalankan selama sebulan. Projek yang akan
dijalankan ini merupakan usaha sama antara guru pelatih, guru pembimbing internship, guru
panitia dan beberapa orang murid SK St.James Tenghilan. Projek ini juga merupakan
sumbangan bersifat akademik kepada sekolah sebagai salah satu usaha untuk memberi
peluang kepada kami untuk melaksanakan program mengikut suasana sekolah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Program 5 Minit membaca ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman
sebenar tentang bagaimana menguruskan program membaca bersama murid di sekolah
sambil memupuk semangat cinta akan ilmu. Selain itu, Memberikan peluang kepada murid
betapa besarnya kelebihan orang yang berilmu.

3.0 OBJEKTIF
Program 5 Minit Membaca ini bertujuan untuk:
1. Menggalakkan murid memperoleh ilmu
2. Menyemarakkan budaya membaca yang harmonis antara murid dan warga sekolah
3. Memberi pengalaman sebenar mengendali majlis perhimpunan disekolah dengan
baik.

4.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA


Perhimpunan ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 1 Mac 2018 (Khamis).
Tempat : Perpustakaan SRK St, James.
Masa : 9.50pagi. – 09.55pagi

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid darjah 4 dan 5
6.0 AHLI JAWATANKUASA
6.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Encik Agustin Asing
Guru Besar
SRK St James Tenghilan

PENGERUSI
Encik Lattef Md Saad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SRK St James Tenghilan

PENYELARAS PROGRAM
Encik Jacklin Johannes
Mentor Pemulihan
SEK St James Tenghilan.

SETIAUSAHA PROGRAM
Dg Nur Atiqah Musfirah Binti Darikah
Guru Pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

AJK PELAKSANA

Dokumentasi
Jesicca Dalut

Penyediaan Tempat
Murid Darjah 4 dan 5
7.0 PERANCANGAN PROJEK
Bil Tarikh Aktiviti Bahan Tindakan
1 20.02.18  Perbincangan dengan Guru Guru Besar
Besar dan Mentor mengenai Mentor
perancangan projek individu - Guru pelatih
dan projek berkumpulan.

2 23.02.18  Penyediaan kertas kerja. Kertas kerja Mentor


Guru Pelatih
3 26.02.18  Semakan dan perbincangan Kertas kerja Mentor
kertas kerja dengan mentor. Guru Pelatih
4 27.02.18  Mengemukakan kertas kerja Kertas kerja Guru Besar
untuk mendapatkan Guru Pelatih
kelulusan.

6 01.03.18  Memulakan aktiviti membaca. Apa-apa bahan Guru Pelatih


yang diperlukan Mentor
sesuai Guru sekolah
*rujuk pada
kertas kerja

9.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh : 01 Mac 2018
Hari : Isnin
MASA PERKARA
9.50 pagi Kedatangan murid dan warga pendidik Srk St James
9.55 pagi pencarian dan Mula Membaca buku
10.00 pagi bersurai

10.0 PENUTUP

Diharap program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan seluruh warga
Sekolah Kebangsaan St James Tenghilan, seterusnya mencapai objektif yang telah
ditetapkan sehubungan dengan itu dapat melahirkan murid yang bermantalitikan kelas
pertama serta cemerlang, gemilang dan terbilang
Tindakan Catatan
Disediakan Oleh:

_____________________
(Dg. Nur Atiqah Musfirah) Tarikh:
Setiausaha, Program Keceriaan Bilik Pemulihan 2018
SRK St James Tenghilan, Sabah

Disemakkan Oleh:

__________________
(Encik Jacklin Johannes) Tarikh:
Mentor Guru Pemulihan,
SRK St James Tenghilan, Sabah.

Diluluskan Oleh:

__________________
(Encik Agustin Asing) Tarikh:
Guru Besar,
SRK St James Tenghilan, Sabah.

Você também pode gostar