Você está na página 1de 18

1.

Ada gula ada semut 有利润就有人潮

Di mana ada rezeki yang banyak, Di situlah terdapat banyak orang

2. Ada ubi ada talas, ada budi ada balas 做好事有好报


Kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan。

3. Ada udang di sebalik batu 做事有企图


Ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik apa yang dilakukan

4. Air dicincang tidak akan putus 兄弟姐妹的争执,将会和好如初


Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan faham

5. Air sama air, sampah ke tepi juga 兄弟姐妹的争执,将会和好如初


Seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik atau
saudara-mara,akhirnya akan diketepikan apabila mereka berbaik-baik
semula

6. Air tenang jangan disangka tak ada buaya 比喻人不可貌相,海水不可斗量。


Orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut

7. Alah bisa tegal biasa 习惯成自然


Perkara yang susah akan menjadi senang sekiranya selalu dilakukan

8. Alang-alang mandi biar basah / genggam bara api,biar jadi arang 有始有终
Setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah sampai berhasil

9. Anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan du susui 为人做事而不为自已家人做事


Seseorang yang berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak kepada keluarga
sendiri

10. Bagai abu di atas tunggul 工作或职位不稳定


Pekerjaan atau kedudukan yang tidak tetap

11. Bagai itik titik ke batu 白费心机的劝告


Nasihat dan ajaran akan menjadi sia-sia jika diberi kepada orang yang degil
12.Bagai anjing buruk kepala 令人讨厌的坏人
Seseorang yang jahat dan dibenci oleh masyarakat。

13.Bagai ayam dimakan tungau 生病脸色苍白


Wajah yang pucat dan badan yang kurus kerana menghidap penyakit

14.Bagai kelip-kelip terbang malam 被人知道的秘密


Sesuatu rahsia yang sudah diketahui

15.Bagai kera dapat bunga 不会珍惜


Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain。

16.Bagai kucing kehilangan anak 犹豫不决


Orang yang berada dalam keadaan bingung

17.Bagai kumbang putus tali 逃之夭夭


Berasa gembira kerana baru terlepas daripada keseksaan

18.Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul 上梁不正下梁歪;名不正则言不顺


Cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri berkelakuan buruk.

19.Bagai layang-layang putus tali 如断了线的风筝;飘荡的人,父母无法管教


Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.

20.Bagai melepaskan anjing tersepit 忘恩负义


Menolong orang yang tidak tahu membalas jasa

21.Bagai melepaskan batuk di tangga 做事半途而废


Melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

22.Bagai menatang minyak yang penuh 无微不至;太过宠爱


Sesuatu yang amat disayangi dan dijaga dengan baik.
23.Bagai mencurah air ke daun keladi 白费心机的劝告
Sia-sia memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar kata.

24.Bagai mendukung biawak hidup 故意做带来困难自己的事


Sengaja membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri

25.Bagai murai tercabut ekor 喜欢讲话的人


Orang yang banyak cakap

26.Bagai pahat dengan penukul 被吩咐才做事


Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh

27.Bagai pelita kehabisan minyak 脸色不好看


Wajah yang muram akibat sesuatu perkara yang berlaku

28.Bagai bunyi perian pecah 不动听的声音


Suara yang tidak merdu

29.Bagai pinang dibelah dua 俊男美女


Pasangan suami isteri yang sama cantik

30.Bagai pucuk pisang didiang 无力气


Lemah atau tidak bertenaga

31.Bagai ayam ditambat disambar helang 吃亏的利益


Untung yang malang

32.Bagai aur dengan tebing 互相扶持,相辅相成


Hidup tolong- menolong

33.Bagai bertepuk sebelah tangan 孤掌难鸣


Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
34.Bagai berumah di tepi tebing 常常犹豫
Sentiasa berada dalam keadaan bimbang

35.Bagai bulan dipagar bintang 美丽无比


Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya

36.Bagai bulan jatuh ke riba 没预算的利益


Mendapat keuntungan yang besar dengan tidak disangka-sangka

37.Bagai bulan penuh purnama 样貌漂亮


Wajah yang sangat cantik

38.Bagai dakwat dengan kertas 亲密的关系


Perhubungan yang sangat rapat

39.Bagai dihiris sembilu 心如刀割


Perasaan yang sangat sedih atau kecewa kerana sesuatu perkara

40.Bagai duri dalam daging 不愉快的事情


Sesuatu hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati

41.Bagai enau dalam belukar 各家自扫门前雪,莫管他人瓦上霜


Mementingkan diri sendiri dan tidak bermuafakat

42.Bagai gagak menggongong telur 丑女穿上漂亮的衣服


Perempuan hodoh yang berpakaian cantik

43.Bagai itik pulang petang 走路很慢的人


Orang yang berjalan lambat

44.Bagai kain tiga hasta 贫穷


Kehidupan yang serba tidak cukup; hidup miskin
45.Bagai keli kena ketuk 无原因的抱怨
Seseorang yang merungut dengan tidak tentu hujung pangkal

46.Bagai rasa batang pisang 冰冷的身体


Badan yang sejuk

47.Bagai si kudung mendapat cincin 不能享受的利益


Mendapat sesuatu keuntungan,tetapi tidak dapat menikmati keuntungan itu

48.Bagai sirih pulang ke gagang 回原地


Pulang ke tempat asal

49.Bagai telur di hujung tanduk 不安全的地方


Keadaan yang tidak selamat

50.Bagai tikus membaiki labu 不会修理东西的人


Seseorang yang cuba membaiki sesuatu barang yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkan barang
itu

51.Bagaimana acuan, begituah kuihnya /bapanya borek, anaknya rintik 有其父必有其子


Perangai anak yang diwarisi daripada ibu bapanya

52.Bagaimana bunyi gendang,begitulah tarinya 遵守命令


Mematuhi arahan yang diperintahnya

53.Bagaimana rupa,begitulah bayangnya 有其长辈必有其子


Anak yang betul-betul mengikut sifat orang tuanya

54.Bahasa menunjukkan bangsa 语言是民族的灵魂


Bermaksud bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau sesuatu bangsa.

55.Berani kerana benar, takut kerana salah 勇敢坚持公正


Seseorang yang berani mempertahankan hak dan kebenaran
56.Beri betis hendak paha 贪心
Sikap orang yang tamak

57.Bak cendawan tumbuh selepas hujan 雨后春笋


Terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya merujuk kepada benda.

58.Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam /rambut sama hitam hati lain-lain
一种米养百种人
Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak sama.

59.Belakang parang jika diasah akan tajam juga 只要有好的教育,蠢材也变天才


Orang yang bodoh jika diajari dengan terus menerus akhirnya akan menjadi pandai juga

60.Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul 看别人做感觉很难,自己做更难


Beban yang ditanggung oleh seseorang yang menderita kesakitan atau kesusahan adalah lebih berat
daripada orang lain yang melihatnya.

61.Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga


倦鸟归巢(飘洋过海多时,还是会回去自己的家乡)
Sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan pulang ke kampung halaman.

62.Berpatah arang berkerat rotan 恩短义绝


Memutuskan suatu tali persaudaraan atau persahabatan.

63.Bersatu teguh, bercerai roboh 团结就是力量


Sesuatu akan berhasil apabila dikerjakan bersama-sama.

64.Besar pasak dari tiang 入不敷出


Lebih besar pengeluaran daripada pendapatan.

65.Bertemu buku dengan ruas 旗鼓相当


Merujuk kepada sesuatu yang sama kuat atau perangai.

66.Biar lambat asal selamat 安全第一


Membuat sesuatu perkara biar lambat asalkan hasilnya sempurna
67.Biar mati anak, jangan mati adat 宁愿丧失儿子,也不要败了风俗
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban.

68.Biar putih tulang, jangan putih mata 士可杀不可辱


Biar mati daripada menanggung malu

69.Buang yang keruh, ambil yang jernih 忘掉一切而和好


Melupakan perselisihan yang berlaku dan berbaik semula

70.Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali 多做好事,勿做坏事


Sekiranya membuat kebaikan hendaklah ada batasnya, sebaliknya jangan melakukan kejahatan

71.Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat 团结一致


Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

72.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan 人非圣贤,孰能无过


Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.

73.Bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor 天涯何处无芳草,何必单恋一枝花


Cinta yang lepas dapat dicari penggantinya.

74.Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga 家族亲戚的争执不会长久


Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali

75.Dapat durian runtuh 不劳而获;横财


Mendapatkan suatu keuntungan tanpa bersusah-payah terlebih dahulu.

76.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 有志者,事竟成


sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti
akan berjaya menyelesaikannya.

77.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 国有国法,家有家规


Mengikuti/menghormati adat istiadat di tempat tinggal kita
78.Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah 城门失火,殃及池鱼
Apabila ada orang-orang berkedudukan tinggi berkelahi satu sama lain, maka yang menjadi korban
adalah orang-orang kecil seperti rakyat

79.Genggam bara api biar sampai jadi arang 完完整整完成任务


Jika melakukan sesuatu pekerjaan, usahakan sampai berjaya

80.Gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga 兄弟姐妹(夫妻)终会起争执


Antara suami isteri, keluarga dekat atau sahabat, kadangkala timbul perselisihan.

81.Habis madu sepah dibuang 没有利用价值就被遗弃


Digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.

82.Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga 流芳百世,永垂不朽


Budi bahasa yang baik akan dikenang orang meskipun telah meningga dunia.

83.Hangat-hangat tahi ayam 三分钟热度


Seseorang yang membuat kerja bersungguh-sungguh tetapi akhirnya menjadi malas

84.Harapkan pagar,pagar makan padi 反被信赖的人出卖


Menaruh kepercayaan kepada seseorang tetapi orang yang dipercayai itu mengkhianati kita pula

85.Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 人死留名,豹死留皮


Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

86.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih 有竟者事竟成


Sesuatu yang diingini pasti boleh dicapai dengan usaha yang gigih, tetapi jika enggan pelbagai alasan
akan diberi

87.Hidung tak mancung, pipi tersorong 炫耀与自己无关的事


Orang yang suka menonjolkan diri tanpa dikehendaki

88.Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah 只要人活着,就不能败了风俗


Selama hidup harus mengikuti aturan yang berlaku, setelah meninggal dunia berserah pada yang
kuasa.
89.Hidup segan mati tak malu 因为困苦而放弃
Orang yang berputus asa kerana hidup menderita

90.Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
金窝银窝不如自己的草窝
Meskipun begitu makmur dan mewah hidup di negeri orang, negeri sendiri tetap yang paling baik.

91.Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati 人情债一辈子也还不清


Budi baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya

92.Ikut hati mati, ikut rasa binasa 不要感情用事


Orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya.

93.Ilmu pelita hati 知识就是力量


Ilmu merupakan cahaya yang boleh membahagiakan diri sendiri

94.Indah khabar daripada rupa 闻非所见


Sesuatu keadaan yang dikhabarkan berlebih-lebih daripada khabar sebenar

95.Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 三思而后行


Berhati-hati apabila membuat sesuatu sebelum terlambat

96.Jauh berjalan, banyak pengalaman 读万卷书不如行万里路


Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas
pandangannya .

97.Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau


Keturunan yang baik tetap menjadi baik walaupun di mana-mana

98.Kacang lupakan kulit 忘恩负义


Orang yang melupakan jasa orang yang pernah menolongnya setelah menikmati kesenangan.

99.Kain sehelai sepinggan 倾家荡产


Kehabisan harta kerana kecuaian atau lain-lain.
100.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 没工作就没饭吃
Kehidupan yang terlalu miskin sehingga pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hari itu sahaja

101.Kalau rezeki sepucak tidak boleh jadi segantang 命中有时终需有,命中无时莫强求


Segalanya telah ditakdirkan

102.Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang 无风不起浪


Khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak,
takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

103.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 没有耕耘,哪来收获


Sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

104.Kata itu dikota 一诺千金


Janji mesti ditunaikan.

105.Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak


- Kesalahan orang lain walaupun kecil akan nampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari

106.Lain padang lain belalang 异国风俗


Lain negeri, lain pula adat resam atau peraturannya.

107.Laksana batik lasam 渐渐更好


Sesuatu yang semakin lama semakin baik

108.Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak 虚有其表


Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

109.Laksana garam dengan asam 有缘千里来相会,无缘对面不相逢


Kalau sudah jodoh akan bertemu jua walaupun jauh

110.Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku 知识浅无用处
Pengetahuan yang cetek tidak ada gunanya
111.Laksana kunyit dengan kapur 容易相处
Mudah mesra dan cepat akrab

112.Laksana lembu kasi


Seseorang yang berani dengan musuhnya jika berjauhan

113.Laksana mencari sungai tidak berhulu 浪费的任务


Kerja yang sia-sia

114.Laksana wau melawan angin


Kehendak orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang yang lemah

115.Lembu punya susu sapi punya nama 徒劳无功


Hasil titik peluh orang menjadi kemuliaan orang lain

116.Malu berkayuh perahu hanyut 懒人没收获


Orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.

117.Masa itu emas 时间是宝贵


Masa sangat berharga

118.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak 入乡随俗


Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan kedaan

119.Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri 不听劝告得人


Orang yang tidak peduli atau tidak mahu mendengar nasihat

120.Melentur buluh biarlah dari rebungnya 教育应该从小开始


Anak-anak hendaklah dididik sejak kecil

121.Mendukung biawak hidup 自讨苦吃


Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
122.Musang berbulu ayam 坏人拌好心人
Orang jahat yang berpura-pura baik

123.Musuh dalam selimut 接近的敌人


Musuh yang paling dekat dengan kita

124.Nasi sudah menjadi bubur


Perkara yang sudah berlaku atau terlanjur

125.Orang mengantuk disorongkan bantal 梦想成真


Mendapat sesuatu yang diidam-idamkan

126.Orang penyegan susah makan 懒人没收获


Orang malas susah hidupnya.

127.Padi ditanam,lalang yang tumbuh 做好事切带来坏处


Mengharapkan kebaikan,sebaliknya keburukan yang diperoleh

128.Panas setahun hapus oleh hujan sehari 功亏一篑


kebaikan yang telah diperbuat menjadi hilang

129.Patah kemudian perahu hanyut


Apabila seseorang pemimpin itu tiada, maka kucar-kacirlah keadaan orang yang dipimpinnya

130.Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan 不放弃


Tidak putus harapan

131.Patah tumbuh hilang berganti


Sesuatu yang pergi pasti ada penggantinya

132.Pipit sama pipit, enggang sama enggang 门当户对


Setiap orang selalu mencari orang yang sama darjat
133.Pisang tidak berbuah dua kali 上一次当,学一次乖
Sekali dah tertipu pastinya akan beringat supaya tidak terpedaya buat kali yang kedua.

134.Pucuk dicipta ulam mendatang 意外收获;比预计还好


Memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki

135.Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah


Pemerintah yang adil mesti dihormati, tetapi yang zalim ditentang

136.Rambut sama hitam, hati lain-lain


Pada zahirnya manusia itu sama tetapi hati dan kehendak masing-masing tetap berbeza

137.Retak menanti belah 小事化大事


Suatu masalah kecil yang menjadi besar tinggal menunggu bencana yang lebih besar.

138.Ringan mulut berat punggung


Orang yang malas meninggalkan tempat duduk

139.Ringan mulut berat tulang


Orang yang hanya pandai bercakap tetapi malas melakukannya

140.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing 有福同享,有难同当


Semua pekerjaan hendaklah dibuat bersama

141.Ringan tulang berat perut 勤劳者收获多


Orang yang rajin berusaha akan memperoleh rezeki yang lebih

142.Rosak badan kerana mulut


Keterlanjuran tutur kata akan memudaratkan diri sendiri

143.Sambil menyelam minum air 一心二用


Membuat dua kerja pada satu masa
144.Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga /seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis
terpalit 害群之马
Akibat seseorang melakukan kesalahan, orang lain turut dimarahi

145.Sediakan payung sebelum hujan 未雨绸缪


Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

146.Sekali air bah sekali pantai berubah 改朝换代


lain ketua lainlah pula kemahuannya

147.Seperti kerbau dicucuk hidung


Orang bodoh yang suka mengikut kemahuan orang lain

148.Seperti rusa masuk kampung


Tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di tempat yang tidak pernah dikunjungi

149.Seperti sampah hanyut


Orang yang hina dan tidak dipedulikan oleh masyarakat

150.Seperti ular kena palu 弯弯曲曲


Sesuatu yang bengkang-bengkok; berliku-liku

151.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna sesal kemudian tidak berguna
三思而后行
Sebelum sesuatu perkara dilakukan, fikirkan masak-masak supaya tidak menyesal

152.Sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan 浪子回头


Jika tersilap melakukan sesuatu, hendaklah segera insaf dan membetulkan kesilapan

153.Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit 积少成多


Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga

154.Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


Pekerjaan yang rumit itu akan siap juga akhirnya jika dibuat dengan tekun dan sabar
155.Sejengkal jadi sehasta
Perkara yang kecil tetapi diperbesar-besarkan
156.Sekali jalan kena, dua kali jalan kena tahu
Kali pertama tertipu, Kali kedua dan seterusnya sudah tahu

157.Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga


Sepandai-pandai seseorang itu, dia pasti akan membuat kesilapan

158.Seperti abu di atas tunggul 昙花一现


Kedudukan tidak tetap dan tidak kuat atau tidak terjamin atau akan digusur

159.Seperti anak ayam kehilangan ibu 群龙无首


Tidak tentu arah tujuan kerana kehilangan atau berpisah dengan sahabat karib/ pemimpin.

160.Seperti anjing dengan kucing 水火不容


Dua orang yang selalu bertengkar

161.Seperti api dalam sekam 暗地里做坏事


Perbuatan jahat yang dilakukan secara diam-diam

162.Seperti ayam berak kapur


Wajah yang pucat kerana sakit

163.Seperti ayam patuk anaknya


Menghukum anak bukan untuk menyeksa tetapi untuk mendidik

164.Seperti belut pulang ke lumpur 倦鸟归巢


Orang merantau pulang ke tempat asalnya.

165.Seperti bumi dengan langit


Perbezan yang amat ketara

166.Seperti cincin dengan permata 郎才女貌,天作之合


Jodoh yang sesuai atau secocok.
167.Seperti embun di hujung rumput 昙花一现
kasih sayang yang tidak berkekalan.

168.Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak
小心翼翼
Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

169.Seperti gergaji dua mata


Orang yang mendapat keuntungan daripada dua pihak

170.Seperti halilintar membelah bumi


Bunyi yang sangat kuat

171.Seperti ikan di dalam bekat 拥挤


Tempat yang penuh sesak

172.Seperti isi dengan kuku 水乳交融


Persahabatan yang sangat rapat

173.Seperti katak di bawah tempurung


Orang yang mempunyai pengetahuan cetek

174.Seperti talam dua muka 墙头草;双面人


Manusia hipokrit, suka berbohong untuk tujuan tertentu

175.Seperti telur di hujung tanduk 危在旦夕


Keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah

176.Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi 喜新厌旧


Setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama dibuang/diketepikan

177.Siapa makan lada, dialah terasa pedas 心知肚明


Orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu dipercakapkan.

178.Siapa makan nangka dialah kena getahnya 善恶终有报


Sesiapa yang melakukan kesalahan akan menanggung akibat yang ditimbulkannya
179.Sudah diludah dijilat balik 吃回头草
Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula

180.Sudah jatuh ditimpa tangga 祸不单行


Mendapat malang atau kecelakaan yang berturut-turut.

181.Takkan hilang bisa ular menyusur akar 有地位的人更谦虚


Orang yang hebat tidak akan hilang ilmunya, kekayaanya dan sebagainya jikalau dia merendah diri
serta menghormati orang lain.

182.Tanam tebu di bibit mulut 口蜜腹剑


Mengeluarkan perkataan yang manis-manis tetapi mempunyai maksud yang kurang baik

183.Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri 自作自受


Bila berbuat sesuatu yang jahat, perkara itu akan terkena kembali kepada kita sendiri.

184.Tak dapat tanduk telinga dipulas


Sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam

185.Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas


Sesuatu adat,kepercayaan atau perkara yang tidak akan berubah

186.Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau 一波未平一波又起


lepas dari satu bahaya, jatuh kembali ke bahaya yang lain

187.Tiada beban batu digalas 自讨苦吃


Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.

188.Tiada rotan akar pun berguna 聊胜于无


Sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

189.Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket 吃不到葡萄说葡萄酸


Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri
190. Ukur baju di badan sendiri 量力而为
Melakukan sesuatu hendaklah bersesuaian dengan keupayaan diri sendiri

191.Umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung


Walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan

192.Untung sabut timbul, untung batu tenggelam 幸运则意气风发,倒霉则一败涂地


Jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat kerugian.

193.Usaha tangga kejayaan 勤勉是成功之道


Jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan.

Você também pode gostar