Você está na página 1de 33

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER / TAHUN : $$$ / @@@@

KOD KURSUS : HBEC2203

TAJUK KURSUS : KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK

NO. MATRIKULASI : ############


NO. KAD PENGENALAN : ************
NO. TELEFON : ************
E-MEL : ***********

PUSAT PEMBELAJARAN : *********


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan (bergantung
kepada bilangan patah perkataan pada arahan di soalan tugasan) TIDAK
termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1
1.0 PENGENALAN

Kurikulum kanak-kanak merupakan satu pelan rancang mengajar atau aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan adanya
pelan kurikulum ini akan menjadi satu panduan kepada murid-murid dan juga guru untuk
melakukan proses pembelajaran di sekolah. Bagi konteks kurikulum kanak-kanak ia
merupakan 1 set aktviti yang tertentu, rangka kerja untuk membuat keputusan mengenai
pilihan bahan dan aktiviti atau pendekatan menyeluruh untuk memupuk perkembangan
kanak-kanak.

Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda (NAEYC-National


Association for the Education of Young Children) dan National Association of Early
Childhood Specialists (NAECS) di Jabatan Pelajaran Negeri (SDE – State Department of
Eductaion) mentakrifkan kurikulum sebagai rangka kerja yang tersusun menggariskan
kandungan pembelajaran untuk kanak-kanak, proses kanak-kanak mencapai matlamat
kurikulum yang telah dikenal pasti, apa yang guru lakukan untuk membantu kanak-kanak
mencapai matlamat dan konteks pengajaran dan pembelajaran berlaku”(Bredekamp &
Rosegrant, 1992). Di samping itu, untuk kanak-kanak, kurikulum ditakrifkan sebagai
setiap pengalaman, dan setiap minit pada hari itu adalah sebahagian daripada kurikulum
kanak-kanak. Kurikulum mempunyai tahatp proses atau istilah yang banyak termasuk apa
yang berlaku dalam bilik darjah yang seterusnya mencerminkan falsafah, matlamat dan
objektif pusat. Falsafah bermaksud prinsip asas, sikap dan kepercayaan pusat, matlamat
bermaksud memperluaskan gambaran umum tentang apa yang kanak-kanak diharapkan
dapat capai dalam program ini dan objektif bermaksud, teknik pengajaran yang khusus
direka sesuai dengan perkembangan fizikal, intelektual, budaya, social, emosi dan kreatif
kanak-kanak.

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak
dari lepas lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi

2
Pendidikan Kanak-Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood
education) merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan
dan bimbingan kepada kanak-kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan
Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program-program yang disediakan untuk
kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun termasuk jagaan di taman
asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama itu
dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program


yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia
lapan tahun samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi,
tadika dan sekolah rendah. Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi
penekanan kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan,
perhatian kepada kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi
standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC. Terdapat pelbagai falsafah
dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Abdullah Nashih Ulwan (1996) dalam
penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman Pendidikan Anak
dalam Islam) menjelaskan tangungjawab terbesar bagi para pendidik terdiri daripada
tujuh iaitu tanggungjawab Pendidikan Iman, tanggungjawab Pendidikan Akhlak(Moral),
tanggungjawab Pendidikan Fizik, tanggungjawab Pendidikan Intelektual, tanggungjawab
Pendidikan Psikologi, tanggungjawab Pendidikan Sosial dan tanggungjawab Pendidikan
Seksual.

Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1996) lagi, ibu bapa dan pendidik
bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak dengan memberikan pendidikan yang
sempurna dan sewajarnya. Ibu bapa juga merupakan teladan kepada anak-anak. Apa yang
dilakukan oleh ibu bapa, bakal menjadi ikutan mereka dalam proses pembentukan
tingkah laku dan keperibadian diri. Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali (1996) turut
bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa anak merupakan amanah Allah

3
SWT kepada ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan seharusnya dilaksanakan
dengan sebaiknya.

Kini, kebanyakan ibu bapa semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke taman
asuhan sejak dari awal usia lagi, ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal
kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan wanita yang bekerjaya. Kebanyakan
ibu bapa yang bekerjaya, meletakkan tanggungjawab menjaga, mengasuh dan memberi
pendidikan kepada orang lain atau pengasuh serta guru di pusat-pusat asuhan, jagaaan
dan didikan seperti taska dan tadika. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar
diberikan perhatian serius khususnya kandungan kurikulum yang berkaitan pendidikan
awal kanak-kanak.

4
2.0 KONSEP KURIKULUM

Kurikulum didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak


dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh
dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk
penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu kurikulum juga membawa
pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Mengikut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat
pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar
dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999)
menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata
dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara
langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi,
rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula
ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku
kanak-kanak dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

5
3.0 PERTIMBANGAN DAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

3.1 Falsafah Pendidikan

Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Jika ingin


menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar
ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan
prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah
yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang
dibuat untuk kanak-kanak. Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk
berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kedua-dua
falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-
kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang
dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum
yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil
kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan
dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.2 Matlamat dan Objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan
pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif
perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau
menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang
perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada
tahap yang berbeza-beza.

6
4.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN
KURIKULUM

Selain daripada mengetahui tiga komponen utama bagi membentuk sesuatu kurikulum,
kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau
perubahan sesuatu kurikulum.

4.1 Kehendak dan Keperluan Murid

Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow , faktor keperluan murid merangkumi


keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan
kendiri. Kehendak dan keperluan murid perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendiri
yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin
dirancang. Perlu difahami bahawa keperluan individu juga perlu dipenuhi dari aspek ilmu
pengetahuan, peluang mengembangkan potensi dan minat secara menyeluruh dari
pelbagai aspek agar perkembangan berlaku secara seimbang dan harmonis.

4.2 Kehendak dan Keperluan Negara

Kehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai
dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di negara Malaysia pembentukan kurikulum
pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang pastinya dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka, elemen yang dimasukkan di
dalam kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyakarat serta nilai
yang diterima oleh semua. Ia juga wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaing
dalam era globalisasi.

7
4.3 Kehendak Sejagat
Pembentukan sesuatu kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak sarwa jagat. Arus
pemodenan dengan kepesatan teknologi misalnya telah menuntut persaingan positif di
seluruh dunia. Aspek keseimbangan politik, kestabilan ekonomi serta teknologi
maklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Asas
pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada bidang pendidikan. Maka dengan
itu, kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu
pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara.
Justeru, pembentukan sesuatu kurikulum perlulah memenuhi semua kehendak
stakeholders.

5.0 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

5.1 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas semua tunjang kerana
penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan kemahiran
bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep,
berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

Pelaksanaan kurikulum secara bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan


yang Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP) seperti yang disarankan oleh
NAEYC. Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan murid adalah satu pendekatan
yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
Pendekatan kurikulum yang berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based
learning) memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta
amalkan hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti
pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh
murid.

8
5.2 Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sub-NKRA (National Key Result Area) Peningkatan
kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan
memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Kronologi Penyemakan Kurikulum telah dilakukan seperi berikut:

1970an – KEMAS dan Jabatan Perpaduan memulakan kelas prasekolah awam


1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula
2010 – Pelaksanaan KSPK

Perubahan dan penyemakan terhadap kurikulum dilakukan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) dilakukan dari masa ke semasa agar relevan dengan isu dan cabaran
semasa. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan
kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan,
mengikut keperluan semasa erta
ada kesinambungan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Sistem pendidikan negara memberikan penekanan terhadap perkara-perkara seperti:


- Pembangunan modal insan
- Penghasilan pelajar celik minda
- Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
- Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran
kritis, kreatif dan inovatif

9
6.0 FAKTOR KEBERKESANAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum bergantung kepada beberapa faktor penting.


Antara faktor-faktor tersebut ialah:-

6.1 Ilmu dan kandungan kurikulum

Sepertimana yang telah ditakrifkan, kurikulum merupakan panduan perancangan


pelaksanaan matlamat dan falsafah. Sehubungan dengan itu, ilmu dan kandungan dalam
sesuatu kurikulum mestilah bertepatan dan sesuai dengan kehendak individu, kehendak
negara dan kehendak sejagat. Dalam hal ini, kandungan kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak perlulah memenuhi kehendak dan keperluan serta perkembangan awal
kanak-kanak. Kandungan kurikulum prasekolah misalnya, mengandungi beberapa
tunjang yang diperjelaskan menerusi objektif khusus. Namun, justifikasi tentang
keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan kaedah pengaplikasiannya dalam bilik darjah
masih boleh dipertikaikan. Inilah antara isu yang sering diketengahkan oleh sesetengah
pihak berkaitan ilmu dan kandungan kurikulum yang sewajarnya disepadukan menerusi
semua tunjang.

6.2 Kemahiran Guru


Guru atau pendidik memainkan peranan utama sebagai pelaksana kurikulum.
Keberkesanan kurikulum amat bergantung kepada dedikasi seorang guru atau pendidik.
Justeru, guru perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam ilmu pedagog dan psikologii,
mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Penyelesaikan masalah, kemahiran
melakukan penyelidikan, pengurusan ruang, kemahiran berfikir dan sentiasa berusaha
meningkatkan penguasaan ilmu serta kecerdasan pelbagai. Dalam erti kata lain, cabaran
terhadap tugas dan tanggungjawab guru amat tinggi. Oleh itu, guru atau pendidik dituntut
agar sentiasa mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

10
6.3 Sumber dan Murid
Bahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan kurikulum. Guru perlu memahami dengan jelas keperluan bahan dan
peralatan yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum. Kesesuaian bahan dan peralatan
dari segi aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuklah keselamatan penggunaannya
kepada murid merupakan faktor utama dalam menentukan keberkesanan melaksanakan
sesuatu kurikulum. Setiap sumber yang dipilih pula mestilah bersesuaian dengan
keperluan murid. Bahan dan aktiviti yang disusun akan memberikan kesan kepada proses
pembelajaran murid. Ia secara langsung mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan
kurikulum.

6.4 Premis
Persekitaran premis yang kondusif mendorong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar turut menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
Pengurusan ruang dalam bilik darjah serta pengurusan ruang luar bangunan yang selamat
dan sistematik akan
menggalakkan kesedíaan pembelajaran seterusnya mempengaruhi tingkah laku murid.
Hasil kajian Kounin & Shernan (1979), mendapati bahawa murid akan berkelakuan
mengikut keadaan yang bersesuaian dengan reka bentuk persekitaran.

6.5 Kurikulum Berpusat


Kurikulum disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia secara berpusat. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal khusus
untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan menjadi rujukan wajib kepada
guru-guru prasekolah seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996.

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah di


definisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

11
Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan
"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan
emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang
kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira


latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal
kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas
mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan
keadaan dan keperluan mereka.

12
7.0 PEMILIHAN SATU AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI PRASEKOLAH

Permerhatian aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan pada 6 Julai 2017 di
Pra Sekolah, SK Tansau Putatan Sabah. Aktiviti yang dirancang oleh gurunya ialah
“sandwich maker”. Aktiviti tersebut mengajar kanak-kanak untuk membuat sandwich
dengan menyediakan urutan piring yang dilabelkan nombor 1 hingga 6. Aktiviti akan
dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut arahan guru mereka.

Gambar 1: Gambar ini menunjukkan label nombor pada setiap piring iaitu no.1 hingga
no.6.

Setiap pelajar akan membuat sandwich mengikut urutan nombor yang dilabelkan pada
pinggan yang disediakan oleh guru mereka.

13
Gambar 2: Para pelajar yang mengambil bahagian

Gambar 3

14
Gambar 4

Gambar 5

15
Gambar 6

Gambar 7

16
Gambar 8

Gambar 9

17
Gambar 10

Gambar 11

18
Gambar 12

Gambar 13

19
Gambar 14

Gambar 15

20
Gambar 16

Gambar 17

21
Gambar 18

Gambar 19

22
Gambar 20

Gambar 21

23
Gambar 22

Gambar 23

24
Gambar 24

Gambar 25

25
Gambar 26

Gambar 27

26
Gambar 28

Gambar 29

27
8.0 KEMAHIRAN GURU MENGGUNAKAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Perancangan jangka masa panjang dan pendek bagi aktiviti p&p perlu dibuat
berdasarkan keperluan kurikulum
2. Perancangan jadual waktu berdasarkan perkembangan murid dan pelaksanaannya
adalah fleksibel.
3. Perancangan aktiviti p&p hendaklah mengambil kira perkara berikut:
 Kebolehan dan aras perkembangan kognitif murid
 Memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan semasa
menjalankan aktiviti.
 Memberi peluang dan masa yang mencukupi kepada murid untuk
menjalankan aktiviti penerokaan.
 Menggunakan bahan maujud dalam p&p bagi membantu murid menguasai
konsep dan pengetahuan.
 Aktiviti p&p perlu pelbagai dan seimbang supaya pembelajaran murid
lebih berkesan dan bermakna seperti: aktiviti dalam dan luar; aktiviti aktif
dan pasif; aktiviti individu, kumpulan dan kelas; serta aktiviti berasaskan
inisiatif murid dan aktiviti yang dirancang oleh guru.

28
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam proses p&p, tidak ada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik untuk
diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Guru perlu bijak
menggunakan pelbagai strategi p&p yang sesuai dengan tahap perkembangan,
keperluan, kebolehan, bakat dan minat murid supaya pembelajaran berkesan dan lebih
bermakna.

Terdapat pelbagai strategi p&p yang boleh digunakan oleh guru antaranya ialah:

Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam


sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran
mereka sendiri. Di bawah pembelajaran berpusatkan murid ini, murid memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana pembelajaran digerakkan atas
minat, dorongan dan keperluan murid. Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis
aktiviti, bahan dan masa semasa pembelajaran. Guru merupakan pemudahcara atau
pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat,
mengembirakan dan bermakna. Pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan
prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkahlaku semulajadi kanak-kanak.
Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan
pengalaman secara langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat
ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

29
Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan


amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu. Kaedah pengajaran ini
menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses
pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu
laporan yang betul.

Antara ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek ialah:


 Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
 Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang
siap.
 Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada
setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator)
 Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat
dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri

Antara strategi p&p yang boleh digunakan oleh guru antaranya ialah:
 Pendekatan Bertema
 Pendekatan Bersepadu
 Pembelajaran Masteri
 Pembelajaran Kontekstual
 Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan
 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Hasil pemerhatian guru tersebut telah memilih strategi p&p pembelajaran berasaskan
projek. Para pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap pelajar perlu membuat
sandwich. Di mana proses untuk membuat sandwich telah dilabel melalui piring-piring
yang telah diletakkan di atas meja. Aktiviti dijalankan dengan bantuan guru sebagai
fasilitator. Selepas aktiviti tamat kumpulan tersebut akan menikmati sendiri sandwich
yang mereka siapkan.

30
9.0 RUMUSAN

Sebagai seorang guru haruslah berfikiran kreatif dan inovatif agar dapat menerima
sebarang perubahan dari masa ke semasa. Apa yang penting seseorang harus bijak
menilai situasi semasa aktiviti p&p dijalankan dan boleh membuat perubahan apa-apa
perubahan yang sesuai.

Bagi kurikulum awal kanak-kanak sebenarnya bukan fokus kepada akademik


sahaja tetapi juga untuk membangunkan kemahiran kanak-kanak dalam penyelesaian
masalah, pemikiran, penaakulan dan kemahiran mencipta. Oleh yang demikian, setiap
perancangan kurikulum kanak-kanak hendaklah berdasarkan kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian,
Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika,
serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-
nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis
dan kreatif serta inovatif.

(2915 PATAH PERKATAAN)

31
10. RUJUKAN

Open University Malaysia. (2017). HBEC2203 Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-


kanak. Open University Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikullum Standard PraSekolah


Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reading Brick. HBEC2203 Early Childhood Education Curriculum

Ministry of Education. (1984). Status report of pre-school education. Kuala Lumpur:


Ministry of Education Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Kurikulum Prasekolah Malaysia. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1984, 1986, 1993, 1996). Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri, Raja Hamizah Raja Harun.
(2005). Tadika berkualiti [2]. Pahang: PTS Professional. (TSDAS Digital Library:
LB1140.3 Putzmar)

Arce, E.M.(2004). Curriculum for Young Children: An Introduction. New York:


Thomson Delmar Learning.

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN


AKHLAK:ISU DAN CABARAN MASA KINI. Dicapai pada 20 Julai 2017, daripada laman
web:https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKA
N_AWAL_KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK ISU DAN
CABARAN MASA KINI

32

Você também pode gostar