Você está na página 1de 2

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG UPSR SAINS 2016

1. Terdapat 2 Kertas iaitu Kertas 1 (018/1) dan Kertas 2 (018/2)


2. Masa menjawab Kertas 1 adalah selama 1 Jam
3. Kertas 1 terdiri daripada soalan objektif pilihan jawapan (40 Soalan). Soalan-soalan ini
di ambil dari sukatan pelajaran Sains Tahun 3 hingga Tahun 6. Ini bermakna murid-
murid perlu menguasai setiap topik dengan baik dari Sains Tahun 3-Tahun 6.
4. Masa menjawab Kertas 2 pula adalah selama 40 minit.
5. Kertas 2 terdiri daripada soalan subjektif (8 Soalan). Soalan 1-6 terdiri daripada
sukatan pelajaran sains tahun 3-6 + Kemahiran Proses Sains manakala soalan 7 dan 8
terdiri daripada Soalan berbentuk Kemahiran Proses Sains (Pemerhatian,Inferens,
Hipotesis, Pembolehubah)
6. Bagi Kertas 2, Setiap soalan telah diperuntukkan markah yang tetap setiap tahun
seperti berikut :
a. Soalan 1 – 4 Markah
b. Soalan 2 – 4 Markah
c. Soalan 3 – 5 Markah
d. Soalan 4 – 5 Markah
e. Soalan 5 – 5 Markah
f. Soalan 6 – 5 Markah
g. Soalan 7 – 6 Markah
h. Soalan 8 – 6 Markah
7. Anda juga perlu mahir untuk melukis rajah dan membina jadual dari maklumat yang
diperolehi bagi menguasai Kertas 2 dengan baik.
8. JANGAN ABAIKAN Soalan-soalan topikal dari Buku Teks. Pastikan anda faham dengan
jelas tentang topik yang dipelajari dan mengikuti eksperimen yang dijalankan oleh
guru sains anda
9. Bagaimana untuk menguasai semula sukatan pelajaran Sains yang lepas..MUDAH
SAHAJA.....BACA BUKU...!!!! (Amalkan pembacaan berfokus)
10. Soalan-soalan juga boleh dibina berdasarkan penulisan yang terdapat di dalam buku
rujukan luar selain buku teks.
11. Kemahiran berfikir anda juga perlu lebih KBAT dengan mengambil kira segala aspek
yang logik dan bersesuaian dengan hukum sains semasa anda menjawab Soalan Sains
2016 ini nanti.
12. Kesimpulannya..Jangan Takut..Jangan Panik..Jangan nak Nangis...Tingkatkan Usaha,
Fokus dengan Pengajaran Guru dan Rajin bertanya jika tidak faham..InsyaAllah anda
boleh berjaya..!!!
SAYA YAKIN ANDA BOLEH!!!
BUKTIKAN PADA SEMUA..ANDA MAMPU UNTUK SKOR A DALAM SUBJEK SAINS UPSR 2016
INI..!!!

“SCIENCE IS FUN”

Você também pode gostar