Você está na página 1de 4

STRUKTUR DAN JENIS TANAH

JENIS TANAH

Berdasarkan lawatan yang telah dibuat kami mendapati bahawa jenis tanah yang terdapat di
tapak itu adalah merupakan tanah liat. Apa yang boleh kita huraikan tentang tanah jenis ini
adalah tanah ini sangat tidak sesuai ditanam apa apa jenis tanaman. Tanah jenis padat dan
mempunyai partikel yang sangat kecil. Air juga tidak tersimpan lama pada tanah ini. Apabila
musim hujan tanah ini meleket dan becak manakala musim kemarau pula bertukar menjadi
keras dan merekah.

Namun faktanya, tanah liat mempunyai kandungan nutrient yang sangat banyak berbanding
dengan tanah pasir. Terdapat beberapa cara untuk membaik pulih tanah tersebut supaya
tanaman yang ditanam menjadi lebih berkualiti. Antaranya termasuklah :-
 Pengemburan tanah

Jika tanah liat anda terlalu padat dan keras, sila gembur tanah tersebut dengan cangkul
atau alat pengembur yang sesuai. Gembur hingga tanah tersebut hancur secara seragam
dan menjadi serpihan-serpihan kecil. Lakukan pengemburan ketika tanah dalam
keadaan kering. Jangan sesekali mengembur ketika hujan atau tanah dalam keadaan
basah.

 Membuat raise bed

Membuat raised bed pada tanah liat anda adalah salah satu cara paling baik untuk
memperbaiki tanah tersebut. Oleh kerana tanah liat ini air mudah hilang maka dengan
raised bed sekurang-kurangnya air dapat bertahan dalam tempoh yang lama.
 Campuran pasir sungai

Tambahkan pasir sungai ke dalam tanah liat anda. Pasir sungai bersifat peroi dan ini
boleh membantu mengurangkan kemampatan tanah liat ini serta rongga tanah liat
semakin besar membolehkan udara bebas bergerak di dalamnya.

 Campuran bahan organik

Untuk menjadikan tanah tersebut ringan dan hitam. Tambah bahan organik pada tanah
liat dan gaul hingga rata. Anda juga boleh menggunakan bahan organik seperti
kompos, peat moss, tinja binatang dan sewaktu dengannya. Antara tinja binatang yang
boleh digunakan ialah tinja lembu, tinja arnab dan tinja ayam serta tinja kambing.
Tujuan penambahan bahan organik ialah supaya pengudaran dan serapan air lebih
baik. Tanah juga kaya dengan bahan nutrisi khususnya nitrogen kepada tanaman.
 Pemulsaan dan sungkapan

Selepas mencampurkan bahan organik letak mulsa atau bahan mudah reput di atas
batas seperti daun kering, rumput kering, jerami dan reputan kayu. Ia bukan sahaja
memberi kelembapan pada tanah tetapi akan membekalkan nutrisi pada tanaman
ketika sungkupan ini mula mengompos secara perlahan-lahan.

Tanah liat yang telah dibaikpulih

Selepas membaikpulih tanah anda, anda boleh menanam tanaman yang anda sukai.
Tanam seperti biasa dan jangan lupa menyiram tanaman tersebut. Tanah liat boleh digunakan
untuk tanaman sama seperti tanah loam. Yang penting anda selalu membubuh baja organik
sekali dalam 2 minggu. Tanaman yang ditanam pada tanah liat yang dibaikpulih boleh
tumbuh dengan subur

Você também pode gostar