Você está na página 1de 7

SHE 101 HUBUNGAN ETNIK

AGAMA DAN MASYARAKAT MAJMUK

Dr Ratna Roshida Abd Razak


PP Ilmu Kemanusiaan
USM

SHE 101 HUBUNGAN ETNIK

AGAMA DAN MASYARAKAT

Dr Ratna Roshida Abd Razak


PP Ilmu Kemanusiaan
USM
Kenapa Agama Itu Penting?

1- Agama menggariskan segala peraturan berkaitan dengan kehidupan


manusia,
 Agama menyediakan peraturan lengkap yang mencakupi
seluruh aspek kehidupan manusia dari segi individu,
masyarakat, ekonomi, politik dll.

2- Agama juga menjelaskan panduan atau cara yang perlu untuk


menghasilkan satu perhubungan yang harmoni sesame manusia,
antara Pencipta dan dengan alam sekitar.

 Akal fikiran yang terbatas tidak mampu menyingkap sesuatu


kebenaran.

3- Agama juga menyediakan cara penyelesaian kepada segala masalah


yang sudah, sedang dan akan berlaku dalam kehidupan manusia.

Kenapa ada banyak agama?

4-Semua agama yang ada secara umumnya bertujuan untuk


mengabdikan diri kepada Tuahn dan memohon kebahagiaan, kejayaan
dan kebebasan hidup di dunia.
Persoalan yang timbul, kenapa banyak agama?

 kerana manusia yang dijadikan berbagai bangsa, suku dan


puak.

 Kenapa manusia dijadikan sedemikian?

1
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kami di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi maha Mengenal” (Al-Hujurat: 13)

5- Allah jadikan kamu berbangsa-bangsa agar kamu saling kenal


mengenali antara satu sama lain.

6- Berlainan bahasa dan warna kulit adalah tanda-tanda kekuasaan


Allah.

7- Seandainya pelbagai kaum ini adalah bertujuan utk bermusuh-


musuhan, nescaya Allah jadikan satu kaum sahaja.

Rasulallah SAW menerangkan bahawa seluruh manusia adalah berasal


daripada satu bapa dan satu ibu. Sebagaimana sabdanya:

Wahai Manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal),


dan kamu sekalian daripada Adam dan Adam berasal dari
tanah)- Riwayat Bukhari dan Muslim.

THE GOLDEN RULE OF LIFE

Do Not Do To Others What You Do Not Want Others Do To You.


In more positive language: Do to others what you want others do to
you.

Buddhism
“Treat all creatures as you would like to be treated”
 Mempunyai Sepuluh Perintah yang perlu diamalkan
 Jangan membunuh
 Jangan mencuri
 Jangan melakukan perkara buruk atau yang tidak bermoral
 Jangan menipu atau berbohong
 Jangan minum benda yang memabukkan
 Tidak boleh makan selepas tengah hari
 Tidak boleh berhibur
 Tidak boleh berhias
 Tidak boleh bermewah-mewah atau bersenang-senang

Hinduism
“This is the essence of morality: Do not do to others which if done to
would cause you pain”

2
 Agama ini berkonsepkan kitaran semuala (cyclical religion), sama
seperti roda yang tidak ada permulaan dan pengakhiran.

 Perbuatan yang baik dipanggil PUNYA dan perbuatan buruk


dikenali sebagai PAPA.

 PAPA dan PUNYA menetukan nasib seseorang pada kelahiran


yang akan datang.

 Tujuan kitaran semula ialah untuk mencapai kebebasan dan


keselamatan yang dipanggil MOKHSA.

Sikhism
“Do as you desire goodness for yourself as you cannot expect tasty
fruits if you sow thorny tress”
 Lebih berbentuk peraturan kemasyarakatan
 Percaya kepada kelahiran semula
 Sekiranya seseorang pada kehidupan lalu jahat, dia tidak akan
dilahirkan dalam kedudukan yang lebih tingga atau rendah,
tetapi dikahirkan dalam keadaan yang sama.
 MUHKTI adalah keselamatan dan kebebasan rohani seperti hidup
yang kekal abadi.
 Salah satu cara untuk mencapai MUKHTI ialah melalui amalan
menuntut ilmu, berdisiplin dan berkhidmat pada manusia.
 Terdapat beberapa larangan, salah satunya tidak boleh
berkelakuan buruk ataupun tidak bermoral.

Judaism
“What is hateful to you, do not do to your neighbour- that is the basic
law, all the rest is commentary”

 Terdapat Sepuluh Perintah


 Jangan menyembah Tuhan lain selain Yahuwa
 Jangan membuat patung atau mengukirnya
 Jangan menyebut nama Yahuwa dengan sia-sia
 Muliakan hari sabat (sabath)
 Hormati ibu bapa
 Jangan membunuh
 Jangan melakukan zina
 Jangan mencuri
 Jangan melakukan kesaksian dusta
 Jangan menginginkan hak milik orang lain tanpa hak

Islam
“Not one of you is a believer until you desire for your neighbour that
which you desire for yourself”

3
 Islam bersifat menyeluruh- ditujukan kepada semua makhluk
termasuk manusia
 Surah al-Sabak: 28 “Dan kami (Allah) tidak mengutuskanmu
wahai Muhammad melainkan untuk manusia seluruhnya:
Memberi berita baik (kepada yang taat) dan berita buruk (kepada
yang ingkar)
 Tidak kira dari mana asal, warna kulit, bahasa, jantina, peringkat
umur, status atau keturunan
 Islam sentiasa menyuruh melakukan kebaikan dan melarang
melakukan keburukan
 Islam menyuruh manusia menggunakan akal untuk mencari
kebenaran
 Islam menganggp dunia sebagai jambatan ke akhirat.
 Untuk bahagia di akhirat, kebaikan perlu dilakukan di dunia
 Darjat manusia adalah sama.
 Tidak ada sistem pendeta atau hamba abdi
 Semuanya sama di sisi Tuhan
 Tidak ada perbezaan dari segi keturunan, bangsa, warna ataupun
kedudukan
 Yang membezakan hanyalah amalan kebaikan (kepada Allah dan
manusia)
 Setiap manusia mempunyai hak dan tanggungjawab yang
tersendiri

Dalam konteks Malaysia, Islam yang menjadi agama rasmi negara,


sebagaimana yang diperakukan oleh Perlembagaan Malaysia perlu
menjadi penilai dan penyelesaian bagai sesuatu masalah.

LATAR BELAKANG PIAGAM MADINAH

1. Merupakan perlembagaan bertulis yang dirangka pada 622 M


berpandukan wahyu Allah.
2. Asas pemerintahan Islam Madinah bagi masyarakat bukan Islam
dan Islam.
3. Mencatatkan peraturan, tanggungjawab ketua Negara dan rakyat
dengan berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. Kandungan piagam Madinah adalah menyeluruh dan diambil kira
semua pihak.

5. Contoh –contoh kandungan:


a. Fasal 1: Masyarakat terdiri daripada ummah yang bebas.
b. Fasal 2: Orang muhajirin mempunyai hak.
c. Fasal 6: Kaum Yahudi berhak mendapat bantuan.
d. Fasal 17: Tidak dibenarkan orang Islam membuat
perjanjian dalam peperangan kecuali atas dasar keadilan.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

4
Dipersetujui orang Islam dan bukan Islam iaitu Yahudi.

1. Mengandungi 23 fasal (hubungan orang Islam dan


tanggungjawab) dan 24 fasal (tanggungjawab orang bukan Islam
terhadap Madinah).
2. Perlembagaan bertulis pertama di dunia yang berasaskan Negara
berdaulat (Amerika 1787 dan Perancis 1795)
3. Dirumus kepada tujuh aspek yang penting.

Perkara Rumusan
1. Politik  Nabi sebagai pemimpin Madinah dan hakim
yang menyelesaikan masalah yang timbul
antara bukan Islam dan Islam
2. Agama  Masyarakat bebas mengamalkan agama masing
–masing dan adat tetapi tidak menentang ajaran
Islam.
3. Sosial  Masyarakt Madinah sebagai ummah dan
mempunyai tanggungjawab yang sama
terhadap Negara.
 Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
4.  Undang –undang diguna secara keseluruhan dan
Perundangan peraturan keluarga dalam kabilah boleh
diamalkan jika tidak menentang Islam.
5. Ekonomi  Kerjasama antara masyarakat dituntut untuk
memajukan ekonomi.
 Penipuan dan riba dihapuskan dari perniagaan
6. Pertahanan  Anggota masyarakat dikehendaki
mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
7.Kedudukan  Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi
Yahudi mematuhi perlembagaan.

5. Politik : Nabi berperanan sebagai pemimpin. Semua setuju dan


Nabi berperanan sebagi hakim untuk menyelesaikan semua
masalah berasaskan musyawarah dan keadilan. Sebelum ini
tiada hakim yang dapat menyelesaikan masalah.
6. Masyarakat bebas memilih agama : Mesti menghormati
agama lain dan sikap buruk sangka dilarang. Nabi tidak pernah
memaksa.
7. Sosial : Dianggap ummah bersatupadu dan tolong-menolong
dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Perasaan benci mesti
dielakkan.
8. Undang –undang: Undang –undang Islam diamalkan secara
menyeluruh tetapi peraturan keluarga dibolehkan. Hukuman
dapat dilakukan dengan adil.
9. Mengakui kedudukan Yahudi sebagai rakyat yang mempunyai
hak yang sama dan menikmati keselamatan. Dibenarkan tinggal
di Madinah selagi mematuhi piagam dan tidak menimbulkan
huru –hara.

5
10. Nabi mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa.
Perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.

KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

 Model kerajaan Islam unggul dan dijadikan panduan. Unsur


–unsur Islam dapat dipraktikkan dalam Negara yang
berbilang bangsa.
 Ekonomi: riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak
dibenarkan. Bertimbang rasa dan bersedekah digalakkan.
Mementingkan keadilan dalam berniaga walaupun pada
mulanya menghadapi masalah ekonomi.
 Nabi berjaya membentuk masyarakat baru yang berasakan
ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan
mempunyai semangat ukhuwah Islamiah yang tinggi. Taraf
adan kedudukan rakyat adalah sama sesuai dengan konsep
keadilan sosial.
 Islam menekankan persamaan hak dan persaudaraan
Islam iaitu tiada beza taraf dan memupuk semangat
perpaduan dan Bantu –membantu.
 Masyarakat berbilang kaum dapat mendiami Negara yang
mempunyai undang –undang yang lengkap dan sempurna.
Syariah adil.
 Cara Nabi mendirikan kerajaan berbeza kerana Nabi
menyusun perlembagaan baru mengasaskan kerajaan.
Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
 Menyusun kehidupan bersistematik dan terikat dengan
undang –undang. Yahudi tidak boleh menindas Arab lain.
Semua harus mengikut peraturan. Disegani Negara luar.

Bagaimana pengetahuan tentang kepelbagaian agama dapat


membantu dalam mewujudkan perhubungan etnik yang
harmoni?

1- Membina kesedaran mengenai kepelbagaian.


 Memahami nilai dan kepercayaan sendiri dan orang lain.
 Membangunkan kesedaran tentang setiap individu.
2- Meneroka intipati ajaran setiap agama
 Apakah nilai murni (konteks kemanusiaan- bukan
ketuhanan) yang boleh dikongsi bersama
 Seperti Ilmu pengetahuan
 Kebebasan
 Pemesyuaratan
 Keadilan
 Persaudaraan dan kasih sayang

3- Membina kemahiran sosial yang asas seperti

6
 Perkenalan
 Persefahaman (terutama dalam amalan
keagamaan)
 Mewujudkan keinginan untuk bermuafakat
 Saling bantu membantu
 Semangat persaudaraan
 Menangani konflik
 Komunikasi
 Menangani stress

DISEDIAKAN OLEH:
DR RATNA ROSHIDA ABD RAZAK
PENSYARAH HUBUNGAN ETNIK
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
USM.

Você também pode gostar