Você está na página 1de 6

1.

Apakah pengajian ketamadunan


Pengajian Tamadun membincangkan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun
secara konseptual, teorikal dan abstrak.

2. Apakah sejarah Tamadun


Sejarah Tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari
segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemundurannya.

3. Huraikan konsep-konsep berikut


Madana- kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka Bandar atau kota serta
perbuatan memperhalus budi pekerti.
Madani- merujuk kpd sifat sesuatu yg berkaitan dengan satu cara hidup yg menzahirkan
kehalusan budi pekerti yang terpuji.
(madana dan madani berasal daripada din yg bermaksud agama, ia menggambarkan
kehidupan beragama)
Umran-Ibnu Khaldun menggunakan istilah Umran bagi menjelaskan makna tamadun yang
merangkumi organisasi social dan budaya.

4. Bezakan Umran Hadhari dan Umran Badawi


UH=masy y telah mencapai tahap kemajuan dlm pelb segi kehidupan
UB=masy y msih berada ditahap y msih belum maju

5. Huraikan jangka hayat sesebuah peradaban menerusi 3 generasi


Awal = memiliki semangat juang dan kekuatan semgat kekitaan (asabiyyah) dan solidariti
sosial yg tgi
Tgh= memiliki keupayaan intelek, ilmu & kemahiran.
Berikutnya= mula lemah dan dilindungi kemewahan, kehilangan adab, akhlak dan jati diri y
kemudiannya membawa kepada kemerosotan peradaban.
6. Terangkan teori at-taa’wun
Melalui teori at-taa’wun, Ibn Khaldun menjelaskan bagaimana manusia hidup dalam
masyarakat yang berubah dari Badawi kepada Hadhari di mana terdapatnya konsep
pergantungan antara satu anggota masyarakat dengan yg lain.

7. Maksud civilization
-tamadun (civilization)
-Asalnya Bahasa Latin, Civitas (kota/bandar)
-seperti Hadarah/peradaban penggabungan antara ketinggian budaya dgn kemajuan
kebendaan.

8. Huraikan 8 ciri tamadun dengan ringkas


I. Wujudnya system kepercayaan dan agama;
II. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota, Bandar, atau madinah seperti Lembah
Indus, Lembah Yang Tze dan Lembah Nil;
III. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik, seterusnya terhasil peningkatan
jangka hayat;
IV. Kewujudan system organisasi dan institusi social dalam bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang lebih baik dan teratur;
V. Kemunculan satu Bahasa atau beberapa Bahasa yang serumpun dengan satu system
tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan kkomunikasi, perakaman,
penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu;
VI. Kewujudan sisitem perundangan yang teratur dan system nilai serta moral yang
berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak-tinduk
masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan;
VII. Kelahiran dan peningakatan daya reka cipta dalam pencipta teknoligi dan pembinaan
bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan ; dan
VIII. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian,
kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri

9. Apakah kaitan kepercayaan, agama, dan tamadun


Hubungan Tamadun dengan agama
-Agama membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat.
-Tamadun manusia diasaskan kepada kepercayaan keagamaan
- Pembinaan budi pekerti mulia dalam diri individu dan masyarakat adalah perkara yang
penting bagi kehidupan bertamadun
-Proses tersebut adalah berkait rapat dengan peranan utama kepercayaan dan agama
seseorang

10. Perbezaan tamadun & budaya


-Pengaruh & natijah Tamadun lebih lama berbanding pengaruh dan natijah Budaya
-Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah
-Budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu

11. 5 faktor perkembangan tamadun


-kedudukan dan strategi
-rangsangan keagamaan & kerohanian
-pembangunan ilmu & penghayatan nilai
-peningkatan kemahiran & penghasilan teknologi
-persaingan dengan Tamadun lain

12. 5 faktor kemerosotan tamadun


- Jurang social
- Kezaliman
- Keruntuhan moral
-Jumud
- Bencana alam

13. 7 persamaan setiap tamadun


-alam sekitar
-keluarga
-masyarakat
-kerajaan
-ekonomi
-pendidikan
-kesihatan & kesejahteraan

14. 7 prinsip dialog


I. memahami dan menyedari tujuan utama dialog ialah untuk kedua-dua pihak
menyedari sesuatu, dan sesudah itu melalui atau mengalami perubahan kea rah
kebaikan.

II. dialog antara Tamadun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada
kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan inter tamadun

III. dialog perlulah dijalankan dengan penuh ikhlas

IV. mestilah boleh atau berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai) yang
dipegangnya dengan jelas.

V. peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.

VI. mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun orang lain.

VII. mestilah tidak mempunyai prejudis.

15. 4 halangan dialog


-bertukar agama
-rasa rendah diri
-sindiran social
-syak wasangka

16. Nyatakan 3 konsep yang berkaitan dengan pandangan semesta Tamadun Islam
-konsep keimanan
-konsep kekuasaan
-konsep kemanusian

17. Terangkan konsep penting dalam memahami Tamadun Islam


I. Konsep keimanan (tauhid)
-Beriman kepada Allah menjadi asas kepada pembinaan tamandun Islam.
-Konsep ini berdiri tegak atas dasar-dasar yang terdapat dlm Al Quran dan memenuhi setiap
ruang, kaedah, dan kehidupan orang Islam. Oleh itu, konsep kepercayaan dalm tamdun
Islam ialah ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT adalah dalam lingkungan menurut
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

II. Konsep Kekuasaan


- konsep kekuasaan dlam Islam lebih jelas, mudah dan meyakinkan jika dibandingkan dengan
konsep kekuasaan ciptaan manusia yg kabur lagi mengelirukan.

III. Konsep Kemanusian


- Manusia adalah makhluk Mukallaf iaitu makhluk yang diberi tanggungjawab kepada
kewajipan tertentu yang diamanahkan.
- Kedudukan manusia di alam semesta ini lebih tinggi daripada makhluk yg lain kerana
kejadian manusia adalah dari gabungan roh dan jasad.

18. Terangkan sumber Tamadun Islam


I. Al Quran
-iaitu wahtu yang diturunkan oleh Allah kpd Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril.
-mukjizat yg terbesar
-mengandungi prinsip asas agama Islam dan Ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh
manusia

II. Hadis/Sunnah

- kewibawaan Hadis/Sunnah sebagai sumber kedua tamadun Islam tidak boleh dinafikan
kerana apa yang disampaikan dan diamalkan oleh RAsulullah SAW juga merupakan
sebahagian daripada wahyu Allah.

III. Ijtihad

IV. Tamadun & budaya lain

19. Apakah 2 asas dalam Tamadun Islam & terangkan


I. Akidah
Merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap
dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. Pegangan akidah yang kuat dan kukuh
akan dapat membebaskan diri manusia daripda tunduk dan patuh kpd sesuatu yang
bersifat makhluk, sama ada dlm bentuk jirim atau roh.
II. Syariah
Secara umumnya, syariah membawa maksud undang2, aturan2, ketetapan2 Allah
SWT. Ia diperuntukkan kpd manusia sesama manusia dan hubungan dgn alam untuk
mencapai kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di dunia bagi menjamin
kebahagian kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
III. Akhlak

20. Huraikan Tamadun Islam

21. Apakah ciri-ciri keistimewaan tamadun


-bersifat Rabbani
-sesuai dengan fitrah dan akal manusia
- tidak membebankan
-sempurna dan menyeluruh
- keseimbangan antara rohani dan jasmani
-sesuai sepanjang zaman
-terbuka & toleransi
-kesatuan dalam pelbagai

22. Terangkan sumbangan penting Tamadun Islam


Akidah Tauhid
-Islam telah membebaskan manusia drpd sebarang bentuk perhambaan & penyembahan
sesama makhluk kepada pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT
Sosial
- dari segi social tamadun islam telah memperkenalkan prinsip social yg berteraskan
keadilan, persamaan, kehormatan dan kemulian insan.
Ekonomi
-tamadun islam telah memperkenalkan system ekonomi yang berteraskan keadilan,
mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan.
Politik
-dari segi politik tamadun islam telah memperkenalkan suatu system pemerintahan yang
menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Kuasa dan kepimpinan politik adlh
amanah. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Adalah menjadi
tanggungjawab rakyat utk mentaati pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati
Allah.

Ilmu Pengetahuan
- Daripada al Quran umat Islam telah mengembangkan ilmu-ilmu tradisi seperti tafsir,hadis
dan fiqah, serta ilmu-ilmu moden seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan dan
lain-lain. Ilmu-ilmu ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian umat Islam sehingga
mampu membangunkan tamadun yg unggul.
Kesenian
- al quran membawa pengaruh yang besar dalam perkembangan seni. Ini termsuklah seni
Bahasa dan tulisan , kesusasteraan, seni bina dan seni ukir, seni muzik dan lagu.

23. Huraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam


-pengabdian diri kepada Allah SWT dalam seluruh kegiatan hidup
-asas akidah
-keluhuran nilai manusia
-nilai kesucian dan keharmonian hidup; dan
-tugas khalifah di bumi Allah SWT

Você também pode gostar