Você está na página 1de 4

Siamang Gagap. Nama yang aneh serta jarang disebut oleh generasi kini.

Dikait pula dengan


Abdul Kahar Mukmin. Siapakah insan ini hinggakan di Negeri Sembilan namanya terpampang
di sebatang jalan. Ramai yang bertanya atau tertanya-tanya.

JIKA negeri lain berbangga kerana memiliki pahlawan terbilang menentang Inggeris, Negeri
Sembilan juga tidak terkecuali mempunyai tokoh yang boleh dibanggakan dan disanjung tinggi
kerana berjuang menentang penjajah itu. Abdul Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk
Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus",
peristiwa yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan
adat Perpatih itu. Namun sejarahnya amat jarang diketahui dan dibuku.Namun seorang penulis,
Tuan Abdul Latif telah berjaya membuku kisah pahlawan ini.

Sedikit petikan dari laman blog:


1872.... Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk
Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada
Tengku Ahmad Tunggal. Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula.... Tengku
Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula
melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan.
Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua
belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat
yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang? *** Menurut ceritanya, suatu
ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung
di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk
kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi
sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk
kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu. Menurut
sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya
menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji
Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap
atau Pendekar Siamang gagap.

Maklumat Lanjut di: http://www.taman-


ilmu.com.my/?p=productsMore&iProduct=1103&sName=-Pendekar-Siamang-Gagap

Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan
pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad Tunggal
pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam. Datuk Siamang Gagap yang berasal dari
suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya
ketika itu sama seperti Menteri atau Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta
kerajaan.

Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap apabila dikatakan bersendirian dalam
menentang orang Rawa (Temusi) yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran Seri
Menanti dan kerana kehandalannya itu beliau diberi gelaran itu oleh Yamtuan Radin. Walaupun
Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar istana yang
penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya itu dari 1861-
1869. Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan
Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya dirinya
dilantik menjadi Yamtuan.

Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana dikatakan enggan melantiknya dan Datuk
Siamang Gagap secara tegas mengangkat Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada
Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta kerajaan.

Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak
mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana yang
kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak saudara kepada
Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972. Pelantikan Tengku Laksamana Antah
sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat
tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.

Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta kerajaan yang
membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai
"Perang Bukit Putus". Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri
Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk
Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya.

Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari
Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819 memainkan
peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan. Inggeris yang datang ke Sungai Ujung
(dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih timah menyatakan sokongan kepada Datuk
Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri
Menanti dalam usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.

PERANG BUKIT PUTUS

Perjuangan menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni Almarhum
Yamtuan Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi
kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana
Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang
Inggeris, Henry Velge membuka lombong biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula detik
itu, Empayar British bertapak di Negeri Sembilan. Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap
pada April 1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi
ke Singapura untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew
Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai Ujong berada di bawah
lindungan penjajah itu. Datuk Kelana menghantar surat itu kepada Clarke yang mengalu-alukan
kehadiran seorang residen untuk menasihatinya memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack
akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana di Ampangan pada
September 1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British
cuba memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong. Bagi mengukuhkan
kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu oleh 150 askar British lengkap
bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar Rahang yang dimusuhinya
pada November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat serangan itu.

Dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar


Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai Ujong, PJ
Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan jelas
tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan Datuk Kelana membawa masuk British
ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk menjajah negeri mereka. Hari berikutnya
memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan
pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu
meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana membenarkan British
bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya dengan pembesar lain termasuk
Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah
Sungai Ujong. Pada pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana
mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayahnya
miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk
Kelana dan British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan
daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang sama. Yamtuan Antah yang
semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk Kelana. Residen
British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan Antah itu
sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar undang-undang. Pada 27
November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hixman selain 30 polis dan
masing-masing seorang doktor dan seorang jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke
Terachi, tetapi tidak mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari kemudian, Murray
kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung
Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai
200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong. Daly
ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai Ujong dan Residen itu segera
dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.

Pertempuran
Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan Antah
mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk menghadapi
peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan
beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Seterusnya, pasukan perang Yamtuan Antah segera mendaki
dan menyeberang Bukit Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat
amaran kepada Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh
Terachi. Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera
meminta bantuan kepada Negeri-negeri Selat. Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting
kerana mereka khuatir akan penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada
di Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan
tentera mereka. Pada Disember1875, pasukan Yamtuan Antah yang seramai 200 orang berjaya
menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British
dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan Peyton tiba untuk menentang
kebangkitan penduduk. Dengan bantuan tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang
seramai 30 askar, 30 polis dan 6 askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah
di Paroi. Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk
menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada pasukan Hinxman
menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka akan kalah, askar
British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah. Tentera Yamtuan Antah berjaya
menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi Sungai Linggi. Pada 5 Disember 1875, British
semakin tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka
merancang serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka
membedil tentera Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu.

Selepas satu jam berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang
terbentang di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya
ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan
tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan Arab menuju
ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan, mereka terus
diburu askar tempatan. Tunku Laksamana akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Bantuan
tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai
Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripa
350 askar British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu,
menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di Paroi.
Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu Yamtuan Antah. Selepas
melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur. Selepas pertempuran
hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan Arab selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya
Paroi dapat dirampas semula oleh British. Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa
masuk iaitu pasukan askar Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32orang.
Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan kekuatan
tentera itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang
menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan Antah, daripada
pelbagai penjuru. Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang diketuai Murray bertolak dari
Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan seramai 280
orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan
akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama
pasukannya menuju ke Seri Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya
terpaksa berundur meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.

Di negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu Bakar kemudian
menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan Johor ketika itu,
pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William
Jervois. Yamtuan Antah bersama empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali
lagi menemui Gabenor British di Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak
British memikirkan perkara yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi
menunjukkan imej baik mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah
kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di bawah kekuasaan
British.

Kemangkatan
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri
Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888 beliau
meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti.

Você também pode gostar