Você está na página 1de 7

Agar Agar Kering

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)

Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang
airnya.

Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar
hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur.Angkat
dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna
acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik
sentiasa supaya ia kering sekata.
Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur
baru masukkan dalam periuk.
Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan
menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan
serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips.
Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan
kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-
20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka
manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk
adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut
kesesuaian keras adunan

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap
mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam
dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam
fridge supaya adunan tidak cair.
Unik kan bentuk dia.... setengah orang cakap geli nak makan.... hahaha.... Memang
satu kerugian tau kalau sesiape yang tak merasainya.. Biasa orang buat diorang
akan meletak hiasan coklat chip,tapi bagi saya inginkan sentuhan yang lain ckit
dari yang lain... saya letak hiasan bintang2 plak...Meriah lah sket siap bercolor2
lagi... Cantik kan?? ??....

Woww....merah nyer mata dia..

Haaa...Tengok yang atas nie... saya cuba mempelbagaikan hiasan dengan


meletakkan jelly tips plak. Lagi naik seri warna nyer kan...kan.. Ikut la kreativiti
korang kalau nak letak apa pun.... Kita yang buat dia kan... hehe...

uuhhh!!!....seksi siottt...pakat2 menonggeng tue...

Ok....Pada sape2 yang ingin membuat tempahan macam biasa la,bleh hubungi saya
di No 0125798517 atau pm jer kat fb saya (HaiDa RifQi)... Pada yang nak
mencuba sendiri bleh la ikut resepi dibawah yer....

Resepi Untaian/Biskut Landak

1 ketul butter 250g


1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung jagung(utk rangup kalu untuk gebu 2 cwn tepung jagung)
3 cwn tepung gandum....
cara adun sama jer mcm samperit.....tapi rasa yang berbeza....selamat
mencuba!!!
BISKUT UNTAIAN MUTIARA
Bahan-bahannya:
Bahan A
250 g butter..juga bole gunakan Buttercup
3/4 cawan gula halus( kurangkan sedikit pun lg bagus)
1 biji kuning telur

Bahan B
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan tepung ubi
sedikit garam untuk rasa lemak
(sekiranya nak tmbh gebu lebihkn tepung ubi n klo nak rangup lebihkan
tepung jagung)

Cara-caranya
1) satukan bahan Adan kacau hingga sebati..
2)masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh lembut sepeti samperit
3) masukkan ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar dan
masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 180c l/kurang 12-20 minit..

senang kan kawan2??jom la cuba!!


BISKUT UNTAIAN KASIH
Oleh : Ckin Azizan

250 gm mentega atau margerin


1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak
payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan

1 1/2 cawan tepung jagung


1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan tepung gandum

Kaedah Penyediaan

Satukan bahan tepung dan ayak


Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat

Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu


atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut
dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15 ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak dan simpan dalam bekas kedap
udara.

Você também pode gostar