Você está na página 1de 7

Angkup Vernier

-Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat
sehingga ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm . Mempunyai dua skala utama dan
skala Vernier . Biasanya digunakan di dalam bengkel mesin .

Bahagian-bahagian Angkup Vernier

Badan

-Badan berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam
unit metric atau inci . Senggatan ini dinamakan skala utama . Panjang badan ini
menentukan saiz angkup Vernier.

Plat Vernier

-Plat Vernier mempunyai skala vernier dan boleh bergerak-gerak kan di sepanjang
badan .

Rahang

-Terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar . Rahang tetap merupakan
sebahagian daripada badan yang bengkok , manakala rahang gelangsar merupakan
sebahgian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari
dengan rahang tetap .Permukaan di antara kedua-dua rahang ini merupakan muka
ukuran bagi angkup Vernier . Apabila muka ukuran ini bersentuh , bacaannya ialah sifar
dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap .
Rusuk

-Rusuk berbentuk runcing . Ia terletak di sebelah atas . Binaannya hampir sama dengan
rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam .

Skru pengunci

-Digunakan untuk mengunci plat Vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak
semasa angkup Vernier dikeluarkan dari benda kerja . Ini dapat mengurangkan
kesilapan semasa mengukur .

Penganjak Halus

-Juga terdapat pada angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak halus .
Pengapit penganjak halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat peganjak
halus boleh mengawal pelarasan plat vernier .

Bilah pengukur dalam

-Ia merupakan satu bilah yang kecil , boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah
di bahagian belakang badan apabila rahang dibuka .

Prinip Skala Vernier

- Skala Venier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-gagak


sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala . Oleh
itu angkup Vernier mestilah :

1. Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier


2. Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier .
3. Perbezaan antara skala utama dan skala vernier merupakan bacaan yang paling
kecil yang boleh dibuat
Skala utama disenggatkan kepada 10 bahagian . Tiap-tiap bahgian bersamaan dengan
1 mm . Skala vernier yang mempunyai panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10
bahagian yang sama . Garisan ke-10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan
ke-9 skala utama .

9
10 bahagian pada skala vernier = mm ( skala utama )
10
9 1 9
1 bahagian pada skala vernier = x = mm
10 10 100
1 10
1 bahagian pada skala utama = = mm
10 100

Perbezaan panjang antara skala utama dan skala vernier ialah

10 9
− = 0.01 mm
10 10

Senggatan skala vernier besamaan dengan 0.01 mm

Jika angkup disetkan pada 0.01 maka senggatan pertama pada kedua-dua skala utama
dan skala vernier akan sejajar .
Jika angkup vernier disetkan pada 0.02 maka senggatan ke-2 pada skala utama dan
skala vernier pula yang akan sejajar . Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan
menggunakan ukuran yang lain .

Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran
0.05 mm dan 0.02 mm sahaja . Ini adalah kerana untuk membahagi 9 mm kepada 10
bahagian yang sama tentulah garisan-garisan senggatan ini terlalu rapat dan
seterusnya sukar untuk dilihat . dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm .

Membaca Angkup Vernier tentukuran 0.02 mm

Skala Utama disenggatankan kepada 1 mm bagi setiap satu senggatan dan


dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10,20,30 dan seterusnya.

Untuk mengetahui perbezaan nilai-nilai antara satu senggatan skala utama dengan
skala vernier , mka tolakkan 1 mm dengan nilai satu senggatan pada skala vernier.
Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama


1 senggatan =49/50
=0.98 mm

Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm


= 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm


Bacaan skala utama yang hampir dengan 1 mm =42 X 1 = 42.00mm

Bacaan skala vernier senggatan ke-16 yang sejajar


dengan salah satu garisan utama =16 X 0.2 = 0.32 mm
42.32 mm

Bacaan sebenar ialah 42.32 mm

Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.05 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan


dinhombarkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10,20,30 dan seterusnya .
Skala vernier pulayang panjangnya19 mm disenggatkan kepada 20 bahagian yang
sama .

Perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier maka tolakkkan 1
mm dengan nilai satu senggatan skala verneir . Nilai satu senggatan pada skala vernier
ialah :

20 sengggatan pada skala verneir =19 mm skala utama


1 senggatan =19/20
Perbezaan nilai senggatan =1 – 0.95 mm
= 0.05 mm

Oleh itu , nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.05 mm


Selain angkup vernier , alat-alat pengukur yang lain juga mengunakan skala vernier
bagi membolehkan mengambil ukuran lebih kecil .
Contoh :

1.Tolok Tinggi Vernier – Ia digunakan untuk mengukur atau menanda jarak menegak

2. Tolok Dalam Vernier – Digunakan untuk mengukur kedalaman lubang , lurah dan
9
lekuk .
10
Angkup Vernier Gigi Gear

-Digunakan untuk mengukur saiz gigi gear iaitu lebar gigi dan addendum .

Você também pode gostar