Você está na página 1de 1

Analisis 5W 1H

 Analisis 5W 1H adalah salah satu alat mudah bagi memahami masalah sebelum mengenal
pasti punca sebenar masalah. Contohnya sebuah sekolah luar bandar ingin
menyelesaikan masalah murid sekolahnya yang selalu lewat hadir ke sekolah.
 W (WHAT) pertama ialah APA? Apa sebenarnya masalah dihadapi? Apakah tujuan
memahami masalah ini? Masalah yang dihadapi ialah sebilangan (15%) murid hadir lewat
ke sekolah setiap hari.
 W (WHO) kedua ialah SIAPA? Siapa murid yang terlibat. Murid terlibat adalah dari murid
tahun 5 dan tahun 1. Kebanyakan murid ini adalah daripada ibubapa yang bertani dan
bekerja sendiri.
 W (WHERE) ketiga ialah DI MANA? Di mana lokasi mereka tinggal? Murid berkenaan
kebanyakan tinggal di lima kampung berjauhan yang tidak ada jalanraya yang sesuai,
terpaksa melalui sungai dan jambatan gantung.
 W (WHEN) keempat ialah BILA? Bilakan hari atau masa murid hadir lewat. Biasanya murid
akan lewat hadir pada hari Isnin dan hari Jumaat. Jika hujan lebat mereka tidak dapat
hadir kerana aras air sungai terlalu tinggi.
 W (WHY) kelima ialah KENAPA? Lakukan sumbangsaran bagi mendapatkan idea kenapa
pelajar hadir lewat dengan mengambil kira semua maklumat di atas. Kebanyakan murid
hadir lewat kerana masalah jauh. Kebanyakan mereka bertolak dari rumah seawal jam 5
pagi untuk sampai ke sekolah sebelum 7.30 pg.
 H (HOW) adalah BAGAIMANA? Iaitu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan
masalah dengan membuat pemilihan penyelesaian terbaik. Antara keputusan yang boleh
diambil ialah menyediakan asrama bagi menempatkan murid berkenaan. Sekolah perlu
memohon peruntukan perjawatan warden asrama dari pihak yang boleh membantu.

WHAT? Kehadiran aktiviti kokurikulum sangat rendah

WHO?
60% (45 orang) murid Tahun 3-Tahun 6. Ahli biasa persatuan/kelab
(siapa mereka)

WHERE? Taman/kampung berdekatan. Ada beberapa murid tinggal agak


(tinggal di mana) jauh dari sekolah

WHEN?
Perjumpaan aktiviti persatuan /kelab pada sesi petang Rabu
(bila tak hadir)

• Jauh
WHY?
• Motivasi rendah • Tak penting
(Apakah sebab
• Tiada • Tak minat aktiviti
mereka enggan hadir)
pengangkutan
45 murid Tahun 3 – Tahun 6.
HOW MANY? Apa tindakan???
HOW??? Iaitu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan
membuat pemilihan penyelesaian terbaik.

Você também pode gostar