Você está na página 1de 4

AGAMA YANG SEBENAR ADALAH ISLAM

PENGERTIAN ISLAM.

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan


manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-
hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah,
agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara
khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama’
berdasarkan kepada Al-Qur’an dan AsSunnah adalah:-

 Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya
yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang
seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah swt:-

“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya
menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun
terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83)

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima
agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam
menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang
diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia.

 Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur
kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh
Rasulullah saw dripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta
menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada
dosa dan pahala.

Firman allah swt:

“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima
daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang
rugi” (Surah Ali Imran ayat 85)

 Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada
RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang
berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam
Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.

Firman Allah swt:

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan
risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia”

1
 Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang
terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan
dan hokum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh
keikhlasan.

Firman Allah swt:

“Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik,
maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan
mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat 112)

 Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak
ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada
penganutnya.

Firman Allah swt:

“orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka:
“Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum
masuk ke dalam hati-hati kamu”. (Surah Al Hujurat: ayat 14)

 Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang


dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu:

i) -dari mana ia datang?
ii) -mengapakah ia dijadikan?
iii)-kemanakah ia dikembalikan?

Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5,
Surah Al Mukminun ayat 12-14, dan surah AtTariq ayat 5

Jawapan soalan dua “mengapakah ia datang” terkandung didalam surah AzZariyat


ayat 56.

Jawapan untuk soalan tiga “kemanakah ia dikembalikan” ada di dalam Al Qur’an


Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat11, Surah AzZumar ayat 7, Surah An
Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8.

 Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya


petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi;
memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat
kepada sesiapa yang melaluinya.

2. TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR.

Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan
segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan
dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu Islam merangkumi aspek aqidah,
ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik,

2
dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi. Disini diselitkan beberapa takrif
berkenaan dengan tasawwur Islam tersebut

 Aqidah
Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa
ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok
ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana
yang difirmankan oleh Allah swt:
Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul
supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut” (Surah An Nahl ayat 36)

 Ibadah
Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek
kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan
semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah.
Firman Allah swt:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri
kepadaKu” (Surah Az Zariyat ayat 56)

 Syariah
Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh
diubah dengan apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu
agama, nyawa, maruah, akal dan harta.

 Akhlak
Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang
tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih
dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu
ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat
takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang
sebenar bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa
tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku
manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam
gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.

 Kebudayaan
Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara
kebudayaan yang berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak
menetapkan cara khusus berpakaian kerana masing-masing kaum mempunyai cara
berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki dan
perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk.
Kaum lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah
sebaliknya.

 Ilmu pengetahuan
Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya
menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi
Islam dan para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yang pertama menyuruh
manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil
yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu.

3
 Ekonomi
Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf
dan menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu
yang berkaitan dengan ekonomi di dalam Islam telah banyak diperluaskan oleh
ulama’ yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan
diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh
perihal ekonomi.

 Politik
Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu
ia memerlukan bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah
meninggalkan kita dengan meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai
sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian
daripada Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada
Islam beerti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah
fahaman ideology yang ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat
Islam akan terpisah secara berjuzsuk-juzuk dari amalan Islam yang sebenar.

 Dakwah

Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia


adalah tugas mulia yang amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di
utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan mengenai dakwah akan
dibincangkan dalam topik yang akan datang.

 Pergaulan
Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan
manusia lainnya. Oleh kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-
pasang supaya manusia berasa damai dan tenteram dalam kehidupan. Dalam
kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana
tatacara hidup bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua,
memuliakan jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya.

 Jihad
Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut
syarak ialah pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan
menyebarkan Islam kerana menuntut keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu
kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat
Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam
pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan
peperangan, dan pelbagai lagi.

Você também pode gostar