Você está na página 1de 17

1.

0 PENGENALAN TENTANG BUMI, BULAN, BURUJ DAN BINTANG

1.1 Bumi

Bumi merupakan satu-satunya planet dalam sistem solar yang terdiri daripada hampir
keseluruhan dengan air di permukaannya iaitu kira-kira 70 peratus. Di sebabkan berlaku
kombinasi suhu dan tekanan di permukaan bumi, membolehkan air wujud dalam keadaan
yang sangat unik iaitu dalam keadaan cecair, pepejal dan wap air. Hal ini berbeza dengan
bukti kajian yang telah di lakukan di Planet Mars di mana keadaannya sangat sejuk dan kering
menyebabkan air hanya boleh wujud dalam bentuk ais dan wap air sahaja (Elizabeth Kay
Berner and Robert A.Berner, 1987).

Bumi ialah planet yang ketiga dari Matahari, 149.6 juta kilometer jauh secara purata.
Bumi tidak terlalu dekat dengan Matahari sehingga ianya terlalu panas, mahupun terlalu jauh
sehingga ianya terlampau sejuk membeku. Bumi terbentuk pada 4.65 bilion tahun yang lalu.
Orbit Bumi di sekeliling Matahari ialah sepanjang 939,886,400 kilometer dan mengambil
masa 365.242 hari untuk melaluinya. Bumi menyerong pada 23.5°. Suhu di permukaan Bumi
ialah dari -89°C hingga 58°C. Bumi juga ialah planet yang kelima terbesar di dalam sistem
solar, dengan berdiameterkan 12,756 kilometer dan berukur lilit sebanyak 40,024 kilometer di
Garisan Khatulistiwa. Selain itu, bumi ialah salah satu daripada empat planet yang berbatu,
bersama-sama dengan Utarid, Zuhrah dan Marikh. Di samping itu, Bumi dilindungi daripada
radiasi Matahari oleh sebuah medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang terhampar
sehingga 60,000 kilometer ke angkasa.

Orbit Bumi

Orbit Bumi ialah pergerakan bumi mengelilingi matahari, dari jarak purata 149597870
kilometer bersamaan 93 juta batu. Satu putaran lengkap bumi mengelilingi matahari berlaku
setiap 365.2563666 hari solar min iaitu satu tahun. Secara purata ia mengambil masa 24 jam-
sehari-untuk Bumi melengkapkan putaran penuh paksi relatif kepada matahari supaya
Matahari kembali ke meridian. Kelajuan orbit bumi mengelilingi purata matahari kira-kira 30
km / s (108,000 km / h, atau 67.108 mph), yang cukup pantas untuk menampung diameter
planet (kira-kira 12,700 km, atau 7,900 batu) dalam tujuh minit, dan jarak ke Bulan daripada
384,000 km (239,000 batu) dalam empat jam.
Sistem suria dan orbit bumi

1.2 Bulan

Bulan adalah objek yang terbesar dan paling terang di langit malam, bersinar bak
Matahari pada waktu malam. Namun begitu, ia tidak menghasilkan cahayanya sendiri. Ia
hanyalah batuan bola yang sejuk dan besar serta bersinar hanya disebabkan pantulan cahaya
daripada Matahari. Ia merupakan teman Bumi di angkasa, kira-kira 384,000 kilometer jauh,
dan mengelilinginya perlahan-lahan sekali dalam sebulan. Apabila bulan mengelilinginya, ia
juga berputar perlahan-lahan di atas paksinya, jadi hanya permukaan yang sama akan
menghadap kita. Permukaan yang lain tidak akan dapat dilihat dari permukaan Bumi.

Bulan berdiameter sepanjang 3,400 kilometer (2,160 batu) dan berumur kira-kira 4.6
bilion tahun. Suhu di permukaan bulan adalah lebih kurang -155°C hingga 105°C. Secara
tepat, bulan mengambil masa 27.3 hari untuk mengelilingi Bumi dan berputar di paksinya.
Selain itu, jisim Bulan adalah 0.012 x Bumi.

Setiap bulan, Bulan kelihatan seolah-olah berubah bentuk. Walaupun begitu, apa yang
berlaku ialah bahagian bulan yang menghadap bumi yang terkena cahaya matahari akan
kelihatan dari bumi.Bulan mengelilingi bumi sekali dalam setiap 27.3 hari. Bulan juga
mengambil masa yang sama untuk mengelilingi paksinya.Bahagian bulan yang sama adalah
selalu menghadap sisi yang sama akan menghadap bumi. Jumlah bahagian bulan yang
kelihatan berubah apabila kedudukan bulan berubah.
1.3 Buruj

Langit malam dipenuhi dengan titik-titik bercahaya dalam kegelapan malam.


Kebanyakannya ialah bintang - matahari-matahari bersaiz gergasi yang sangat jauh sehingga
kelihatan amat kecil. Kira-kira 2,000 bintang boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi terdapat
berbilion-bilion lagi bintang yang berada di angkasa. Untuk mencari laluan pada waktu
malam, ahli astronomi telah membahagikan langit kepada 88 corak bintang, atau buruj.
Kebanyakan buruj masih mempunyai nama pahlawan-pahlawan dan makhluk-makhluk mitos
yang diberikan pada masa dahulu, seperti Belantik si Pemburu. Tidak apa-apa penghubung
yang khusus antara bintang dan buruj, ia hanya kelihatan berdekatan sesama sendiri di langit
malam.

1.4 Bintang

Bintang hidup. Ia lahir, hidup, dan mati. Malah Matahari adalah fana, mengikut yang
dipercayai oleh kebanyakan orang. Dalam 5 bilion tahun, ia akan mati, dan bakinya akan
dikitar semula menjadi bintang baharu. Terdapat jumlah kuasa yang sangat banyak di dalam
sesebuah bintang. Apabila sesetengah bintang mati, kuasa tersebut akan dibebaskan dalam
sebuah letusan yang sangat kuat sehingga boleh mewujudkan seluruh sistem solar. Bintang
terdekat dengan bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh
Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9 trilion kilometer atau 4.2
tahun cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang
menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi
kimianya.

Bintang tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam
galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang. Galaksi tipikal mengandungi beratus-ratus
bilion bintang, dan terdapat lebih daripada 100 bilion galaksi di dalam alam semesta yang
dapat dilihat. Sementara selalu dipercayai bahawa bintang hanya wujud di dalam galaksi,
bintang antara galaksi telah ditemui. Kiraan bilangan bintang pada tahun 2010 dianggarkan
sebanyak 300 sextillion di dalam alam semesta yang dapat dilihat.

1.5 Kajian Bulan, Bintang Dan Planet

Kajian tentang bulan, bintang dan planet atau Astronomi adalah salah satu cabang
ilmu yang khusus untuk mengkaji mengenai pergerakan dan ciri-ciri objek samawi seperti
matahari, bulan, bintang-bintang, buruj-buruj, planet, komet dan benda-benda langit lainnya
dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan objek itu serta nisbahnya berbanding kedudukan
objek-objek yang lain.

Astronomi adalah salah satu ilmu yang paling lama dalam sejarah manusia. Budaya
prasejarah telah meninggalkan artifak astronomi seperti monumen Mesir dan tugu-tugu
Nubia, dan tamadun awal seperti orang-orang Babylon, Yunani, Cina, India, Iran dan Maya
yang melakukan pengamatan dan pemerhatian yang amat teratur pada langit malam. Walau
bagaimanapun, penemuan teleskop amatlah penting sebelum astronomi dapat berkembang
menjadi ilmu pengetahuan moden. Dari segi sejarah, astronomi sudah termasuk pelbagai
bidang, astrometri, navigasi langit, astronomi pemerhatian dan membuat kalendar, tetapi
astronomi profesional pada masa kini sering dianggap sebagai sinonim dengan astrofizik.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Tempat : 37A, Jalan Bunga Raya 2, Batu Caves.

Koordinat : N 3° 4' 32.52" E 101° 37' 11.27"

Tarikh : 5 Hingga 6 November 2014

Masa : 9.00 PM hingga 1.00 AM


Peralatan : Teleskop, Binokular, Kompas, Peta Bintang

Perisian : Stellarium, Asynx Planetarium v2.73

Catatan Pemerhatian :

Cerapan langit selatan

1. Berdiri menghadap arah selatan.

2. Pegang peta bintang tepat di atas kepala.

3. Pegang dengan tangan kanan di bahagian label B dan tangan kiri pegang di label
A peta bintang.

4. Pastikan tengah peta bintang tepat di atas kepala dan Selatan di peta bintang sama
arah dengan Selatan sebenar.

Cerapan langit malam perlu dilakukan pada malam yang cerah, kurang berawan atau
mendung. Hindari dari gangguan cahaya lampu dengan menutup lampu luar atau halaman.
Apabila kita berada dalam persekitaran yang gelap kita akan dapat melihat langit dengan lebih
baik. Tunggu beberapa minit sehingga mata kita dapat menyesuaikan dalam keadaan gelap.
Lebih lama kita dalam keadaan gelap lebih banyak bintang yang akan dapat dilihat.

2.1 Bulan

Bulan dapat dilihat dengan jelas pada awal proses pemerhatian lagi. Pada masa itu bentuk
bulan yang kelihatan adalah Bulan Purnama Baru memandangkan tarikh takwim qamari pada
masa tersebut adalah 12 Muharram 1426 Hijrah. Berdasarkan perisian Stellarium, bulan akan
muncul dari sebelah kiri kaki langit dan ini dibuktikan dengan pemerhatian yang telah
dilakukan.
Gambar 1 : Kedudukan bulan pada awal pemerhatian.

Bulan itu tadi akan bergerak dari timur ke barat dan berubah kira-kira 15o daripada
kedudukan awal proses pemerhatian. Kedudukan pemerhati adalah penting supaya ia tetap
dan tidak berubah sepanjang proses pemerhatian agar dapatan daripada proses ini konsisten
dan tepat.

Bentuk bulan semasa pemerhatian ini adalah Bulan Purnama Baru yang mana ia
merupakan fasa keempat dalam proses perubahan fasa bulan. Pergerakan bulan ini adalah
penting untuk fenomena pasang dan surut air. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil
semasa pemerhatian bulan.
Gambar 2 : Rentetan pergerakan bulan

Dari apa yang diperoleh semasa pemerhatian jelaslah yang bulan bergerak dari timur ke barat
sepanjang malam tersebut. Ini juga dapat membuktikan bahawa bulan bergerak mengelilingi
bumi.

2.2 Bintang

Dalam proses ini, terlebih dahulu bintang yang ingin diperhatikan perlulah ditentukan.
Ini akan dapat membantu kita memerhatikan pergerakan bintang sepanjang tempoh
pemerhatian. Namun begitu, agak sukar untuk melihat bintang pada awal proses pemerhatian.
Ini mungkin berlaku kerana keadaan kurang gelap pada ketika tersebut. Dalam proses
pemerhatian bintang ini, saya telah memilih buruj belantik kerana ia mudah dikenal pasti.
Belantik hanya akan muncul di langit timur pada bulan November dan saya terpaksa
melanjutkan tempoh pemerhatian hingga ke awal pagi kerana dengan jelas pada jam 1.00
pagi.

Cara untuk mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang
terdapat pada tali pinggangnya tiga butir bintang ini di kenali sebagai Alnitak, Alnilam dan
Mintaka. Buruj Orion di gambarkan sebagai seorang pemburu.Betelgeusedan Rigeladalah dua
butir bintang yang paling terang di buruj ini. Betelguese juga adalah bintang yang teramat
besar hingga 550 kali lebih besar dari matahari . Jika kita boleh mengelilingi bintang ini
dengan kapal angkasa ,kita mengambil masa beribu-ribu tahun untuk melengkapkan satu
pusingan di garisan khatulistiwanya.
Buruj Orion memiliki banyak kelebihan dalam menunjuk arah . Bintangnya yang
paling atas yang ditandakan lamda. Bintang yang bersimbol λ (lamda) sentiasa menunjukkan
ke arah utara. Buruj Orion juga boleh di gunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi orang
Islam yang hendak bersolat.

Gambar 3 : Buruj Orion

Untuk menentukan kedudukan sebenar buruj ini di langit sekali lagi perisian Stellarium
digunakan.

2.3 Planet

Planet adalah perkara yang sangat sukar untuk ditentukan di langit malam kerana ia
berada bersama dalam kalangan bintang yang banyak. Sepanjang melaksanakan pemerhatian
ini, pemerhatian pergerakan planet Musytari, Bulan dan buruj Aquarius telah direkodkan
dengan melakar gambarajah kaki langit pada malam tersebut seperti gambarajah di bawah.
Berikut merupakan hasil pemerhatian selama 4 jam tentang perubahan kedudukan planet
Musytari, buruj Aquarius dan Bulan pada malam tersebut.
a) Pemerhatian 1 – 9.00 malam

Bulan

Planet Musytari

Buruj Aquarius

Dalam pemerhatian yang telah dilakukan semasa membuat pencerapan bintang di


langit. Terdapat taburan bintang yang dapat diperhatikan semasa pemerhatian dijalankan.
Pemerhatian yang dilakukan adalah bermula pada pukul 9 malam. Semasa pemerhatian
tersebut dilakukan, didapati bahawa terdapat satu gugusan bintang yang dikenal pasti sebagai
Buruj Aquarius telah ditemui. Bintang tersebut dapat dikesan berada di sebelah kiri
penglihatan. Begitu juga dengan kedudukan bulan, ianya dapat dilihat pada kedudukan
berhampiran dengan bintang tersebut.
b) Pemerhatian 2 – 11.00 malam

Bulan

Planet Musytari

Buruj Aquarius

Pemerhatian seterusnya dibuat pada jam yang berikutnya. Buruj Aquarius yang
terdapat di langit sebelum ini sudah tidak kelihatan. Begitu juga dengan kedudukan bintang-
bintang yang lain. Terdapat perubahan kedudukan bintang yang dapat diperhatikan
berbanding sebelum ini. Ini menandakan bahawa, bintang yang terdapat di langit telah
berubah kedudukan. Begitu juga dengan kedudukan bulan yang semakin ke kanan. Ini
disebabkan oleh peredaran bulan yang mengelilingi bumi serta pergerakan bumi yang
berputar, menyebabkan kedudukan bintang dan bulan semakin berubah kedudukan
berbanding sebelumnya.
c) Pemerhatian 3 – 1.00 pagi

Bulan

Planet Musytari

Buruj Aquarius

Pemerhatian terakhir dilakukan. Buruj Aquarius yang diperhatikan tadi telah berubah
kedudukan sama sekali. Begitu juga dengan kedudukan bulan. Namun begitu, bulan semakin
bersinar berbanding dengan jam yang sebelumnya.
3.0 REFLEKSI DAN TINDAK BALAS PADA PEMERHATIAN

3.1 Penjelasan Tentang Perubahan Kedudukan Dan Ketinggian Bulan

Berdasarkan daripada penyiasatan yang dijalankan jelaslah menunjukkan bahawa


kedudukan Bulan akan berubah mengikut masa. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini
perubahan objek-objek dilangit pada waktu malam adalah disebabkan oleh peredaran serta
putaran Bumi pada paksinya maka terbitnya Bulan pada setiap malam adalah disebabkan oleh
putaran Bumi pada paksinya hingga menyebabkan seolah-olah bulan terbit di sebelah timur
dan tenggelam di sebelah barat, sama seperti terbitnya Matahari setiap pagi iaitu disebabkan
oleh putaran Bumi pada paksinya dari barat ke timur.

Di awal permerhatian yang telah dilaksanakan,didapati bahawa terbitnya Bulan setiap


malam menunjukkan bahawa saiz Bulan begitu besar berbanding saiz bulan yang dapat dilihat
pada pukul 1.00 pagi. Hal ini terjadi kerana ketika bulan terbit pada waktu malam pada arah
timur, jadi padakedudukan Bulan kelihatan di kaki langit, Bulan di kelilingi oleh objek-objek
yang besar yang terdapat di kaki langit seperti tumbuhan dan gunung-ganang. Ini
menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar. Akan tetapi, apabila Bulan telah mula
naik ke langit yang luas, Bulan kelihatan seolah-oleh lebih kecil. Ini kerana Bulan dikelilingi
oleh objek yang besar dan luas iaitu langit.

Bumi sentiasa berputar pada paksinya dan dapat dilihat dengan jelas daripada tiga
gambarajah yang telah direkodkan menunjukkan bahawa ketinggian Bulan juga akan berubah
bermula daripada terbitnya Bulan sehingga waktu siang. Hal ini terjadi disebabkan oleh
putaran Bumi pada paksinya yang sedikit condong. Kecondongan paksi Bumi inilah yang
menyebabkan mengapa ketinggian Bulan berubah mengikut masa. Ketinggian Bulan akan
menurun apabila waktu telah melepasi 12 tengah malam. Jadual di bawah menerangkan
fenomena yang terjadi.

3.2 Penjelasan Tentang Perubahan Kedudukan Buruj Aquarius

Berdasarkan daripada gambarajah urutan pemerhatian yang telah dilukis, terdapatnya


buruj Aquarius muncul pada malam tersebut. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini buruj-
buruj dilangit juga akan muncul pada waktu-waktu tertentu kerana peredaran Bumi
mengelilingi Matahari.Jika diperhatikan dengan teliti kedudukan buruj Aquarius tersebut
berubah ataupun bergerak sedikit dari timur ke barat. Oleh kerana penyiasatan ini dijalankan
agak singkat, maka pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi boleh diukur tentang
perubahan kedudukan buruj ini yang semakin ke barat jika penyiasatan ini diteruskan ke
beberapa malam lagi. Perubahan kedudukan buruj ini terjadi adalah kerana peredaran Bumi
mengelilingi Matahari dari barat ke timur.

3.3 Penjelasan Tentang Perubahan Kedudukan Planet Musytari

Sekiranya seseorang yang tiada pengetahuan tentang planet-planet di dalam sistem


suria, kita tentu menyangka bahawa planet-planet ini tidak mungkin dapat dilihat dengan mata
kasar. Sebenarnya dengan sedikit pengetahuan melalui pembacaan mahupun melalui lawatan
ke pusat-pusat pencerapan yang mempunyai teleskop berkuasa tinggi kita akan dapat
mengetahui bahawa planet-planet yang berdekatan dengan Bumi seperti Marikh, Zuhal dan
Musytari boleh dilihat dengan mata kasar dari Bumi. Planet-planet ini yang selama ini kita
menyangkakan adalah bintang yang agak terang berbanding bintang-bintang yang lain
sebenarnya merupakan adalah sebuah planet.

Melalui pengalaman pemerhatian yang dijalankan, Planet Musytari muncul dan dapat
dilihat dengan menggunakan perisian Skymap. Apa yang saya dapati kecerahan planet zuhal
yang lebih berbanding dengan berjuta-juta bintang- bintang yang muncul pada malam tersebut
telah membantu saya mengenal pasti bahawa planet-planet juga sentiasa berubah
kedudukannya walaupun perubahan kedudukan ini amat sedikit kerana tempoh masa
penyiasatan yang singkat.

Perubahan kedudukan planet musytari ini secara khususnya dan planet-planet lain
secara amnya pada waktu malam adalah disebabkan oleh peredaran planet-planet ini pada
orbitnya selain daripada peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kita boleh
melihat perubahan kedudukan planet musytari berubah daripada timur ke barat. Sekiranya
pemerhatian ini diteruskan untuk tempoh masa yang lebih lama sudah semestinya kita dapat
melihat perubahan kedudukan planet zuhal ini dengan ketara.

Sebagai contoh, Skymap adalah perisian percuma yang boleh membiarkan anda
melihat langit 3D melalui teleskop komputer atau binokular dengan mata tanpa bantuan.
Perisian ini digunakan pada masa kini untuk tujuan planetarium. Alat ini akan membantu anda
belajar bintang dan buruj yang berbeza walau di mana sahaja berada.
3.4 Keadaan Langit Malam Jika Pemerhatian Dilakukan 3 Bulan, 6 Bulan, 9 Bulan,
Atau Setahun Kemudian

Bumi adalah planet yang ketiga dalam sistem suria. Jarak Bumi dari matahari ialah
kira-kira 149.6 juta km. Diameter Bumi ialah 12 753 km. Bumi adalah satu-satunya planet
dalam sistem suria yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan. Bumi beredar
mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Bumi berputar dari atas paksinya dari arah barat ke
timur selama 24 jam. Bumi mempunyai satelitnya sendiri iaitu Bulan.

Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Peredaran mengelilingi matahari


mengambil masa 365 ¼ hari atau satu tahun. Peredaran berlaku mengikut arah lawan jam.
Jarak yang paling dekat (147 juta km) dengan matahari ialah pada 3 Januari dan dikenali
sebagai perihelion. Manakala jarak yang paling jauh (152 km) dengan matahari pada 4 Julai
dikenali sebagai afelion.

Oleh itu, apabila bumi sudah cukup mengelilingi matahari selama setahun, ia akan
kembali kepada permulaan yang sama yang dialami oleh bumi pada dahulunya. Maka, kita
sebagai pengamat mampu melihat langit malam yang sama selepas setahun kemudian.

4.0 PERBINCANGAN

Dalam alam semesta ini terdapat beberapa galaksi dan salah satunya ialah ‘Bima
Sakti’. Galaksi Bima Sakti mengandungi 100 000 bintang. Matahari merupakan salah satu
daripada bintang-bintang tersebut. Ia dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria terdiri
daripada matahari, sembilan planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain seperti asteriod,
komet, meteorit dan awan habuk planet. Matahari dapat mengawal kedudukan kesemua jasad
ini melalui tarikan gravitinya yang menghasilkan medan graviti. Kesemua jasad dan planet
beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk bujur atau elips.

Namun, agak sukar untuk memerhatikan objek samawi ini dengan mata kasar kita.
Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini, kita pasti memerlukan alat untuk membantu
mengatasi limitasi tahap penglihatan. Antara alatan yang sentiasa digunakan oleh ahli
astronomi ialah teleskop. Teleskop terbahagi kepada 2 jenis iaitu teleskop pembiasan dan
teleskop pantulan. Teleskop pembiasan ialah teleskop yang menggunakan kanta sebagai
objektif utama. Manakala, teleskop Pantulan ialah teleskop yang menggunakan cermin
sebagai objektif utama. Teleskop ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu Teleskop Pantulan
Newtonian,Teleskop Pantulan Cassegrain,Teleskop Pantulan Maksutov-Cassegrain dan
Teleskop Schmidt-Cassegrain.

Teleskop pantul menggunakan cermin untuk objektifnya dalam memantulkan


cahayanya. Teleskop ini terdiri dari cermin cekung yang berfungsi sebagai lensa objektif dan
cermin datar sebagai reflector atau pemantul. Prinsip kerja teleskop ini ialah cahaya
memasuki kanta objektif untuk untuk membentuk imej pertama, imej adalah sebenar, terbalik
dan mengecil. Kemudian,imej pertama akan menjadi objek untuk kanta mata. Akhirnya imej
yang terbentuk adalah maya,terbalik, dan diperbesarkan.Imej terakhir terbentuk pada infiniti.

Bagi para pendidik, penggunaan Stellarium sebagai media pembelajaran adalah


pilihan yang tepat untuk memberikan kemudahan dalam penyampaian ilmu.

Stellarium merupakan suatu program replika langit yang memudahkan manusia


mengamati langit dengan mata kasar, tanapa perlu menggunakan teleskop, kita dapat melihat
luar angkasa. Dengan ciri-ciri yang dimilikinya, Stellarium mampu menggantikan kedudukan
pusat pemerhatian dalam pembelajaran kendiri, kerana dilengkapi dengan pengiraan jarak,
ketinggian, nama ilmiah, magnitud sehingga pengguna tidak perlu mengiranya secara satu
persatu. Dalam proses belajar-mengajar di bangku sekolah, khususnya sekolah rendah dan
menengah media ini dapat menjadi perantara penyampaian ilmu secara optimum dan berkesan
bagi pelajar. Dengan kemudahan yang diberikan akan memudahkan pelajar memahami ilmu
yang disampaikan, dengan kaedah pembelajaran rekreatif maka pelajar tidak akan merasa
terbeban dengan bahan tersebut.

Penemuan ini menjadi penyelesaian utama menyelesaikan masalah media pengajaran


astronomi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Adanya stellarium memudahkan pengajar
dalam menyampaikan ilmu astronomi tanpa perlu bersusah-susah menganalogikan bintang
dengan benda atau membawa anak didiknya ke pusat pemerhatian. Tingkap luar angkasa
dapat dibuka dengan mudah hanya dengan satu skrin. Selain itu animasi yang dipaparkan oleh
program ini juga dalam bentuk 3D sehingga semakin mudah pelajaran dapat diterima selain
itu hal ini juga membuat astronomi menjadi pelajaran yang menarik dan menyeronokkan
untuk dipelajari. Kelengkapan ciri yang dimiliki oleh program ini semakin memberi
keselesaan kepada pengguna dalam memanfaatkan aplikasinya. Selain nama bintang dari
barat misalnya, program ini juga mempunyai nama bintang china, korea, aztek, Greece,
Norway, dan masih banyak lagi.
5.0 PENUTUP

Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah
sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang pernah kita
tonton. Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus kepada usaha
memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri aeroangkasa, di samping cuba
membuka ruang yang lebih luas kepada bidang penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata
lain, sebagai peserta baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah
menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.

Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa lepas
yang terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej baik
terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran Wawasan
2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh.
Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan
seterusnya meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang
penyelidikan angkasa lepas.

Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada
beberapa bidang tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan berkenaan ialah
perdagangan dan pengangkutan. Satelit navigasi menerusi teknologi GPS misalnya, kini
digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada
para pelanggan KLIA. Dengan bantuan Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar
berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke
atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.

Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang lebih
tinggi pada masa hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah menerbangkan
angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana. Kita juga ingin menjadi pemain utama dalam
penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan China. Jika dilihat kepada
usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini, kita bukan lagi sedang mencari masa
depan dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Kita sebenarnya sedang membina masa
depan untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana pada alaf akan datang.
6.0 RUJUKAN

1. Buku

Aitken, R.G. 1933, The Use of Astronomy. Astronomical Society of the Pacific. Leaflet 59,
December 1933, 33-36

Bode, Cruz &Molster 2008, The ASTRONET Infrastructure Roadmap: A Strategic Plan for
European Astronomy, http://www.eso.org/public/archives/books/pdfsm/

astronet.pdf, August 2013

Jannatun Fitri 2011,kajian : Steallarium sebagai media pembelajaran geoastronomi, Universiti


Sebelas Maret Surakarta , Indonesia

John Farndon. (2002). Planet Earth. Miles Kelly Publishing. Hong Kong.

Lutgens, F.K. and Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth Science (4th Edition). Pearson
Prentice Hall. New Jersey.

Lafontaine, Bruce. Exploring the Solar System. A Dover Coloring Book. New York, ON:
General Publishing Company, Ltd., 1998.

MIRA's Field Trips to the Stars Internet Education Program". Monterey Institute for Research
in Astronomy. Diperoleh pada August 27, 2007. NASA,2006

2. Internet

http://sman7crb.sch.id/html/index.php?id=artikel&kode=27
http://saifularifin.com/memboyong-planetarium-surabaya-ke-komputer-download-
stellarium.htmlwww.newworldencyclopedia.org/entry/Astronomy

id.wikipedia.org/wiki/Astronomi
http://teknologi.kompasiana.com/terapan/2010/09/19/stellarium/

Você também pode gostar