Você está na página 1de 3

OPENING ADDRESS BY

Y.B. Datuk Anifah Hj Aman


Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Getah Malaysia
(LGM) kerana menjemput saya untuk merasmikan RUBBER PLANTERS' CONFERENCE 2007 dan
memberi peluang kepada saya untuk berucap di Majlis ini. Walaupun semakin berkurangan, pengeluaran
dan pendapatan negara dari komoditi ini semakin meningkat. Selain faktor harga, keadaan ini disokong
oleh hasil-hasil penyelidikan terutamanya penghasilan klon-klon baru dan teknologi pengeluaran lateks yang
berkesan. Sungguhpun demikian, perhatian perlu diberi untuk memastikan kawasan getah tidak terus mengecil
dan seterusnya menjejaskan sumbangan sektor ini. Program tanaman semula getah perlu dilaksanakan
dengan lebih agresif lagi dan diharapkan tiada polisi yang menjurus kepada pengurangan kawasan tanaman
getah negara diamalkan oleh mana-mana pihak dinegara ini. Saya berharap seminar ini dapat meningkatkan
pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan tentang status terkini sektor penanaman getah dan memanfaatkan
pengetahuan tersebut untuk memajukan lagi industri getah negara demi mengekalkan daya saing industri
tersebut. Persidangan ini menunjukkan industri getah asli semakin penting dan telah dapat mengembalikan
keyakinan mereka yang terlibat dalam komoditi ini.

Pada kali ini RUBBER PLANTERS' CONFERENCE dianjurkan sempena negara menyambut ulangtahun
kemerdekaannya yang ke 50 tahun. Dalam tempoh 50 tahun tersebut industri getah negara telah melalui
berbagai cabaran dan apa yang pastinya industri getah masih menjadi industri yang penting kepada negara
dan kekal memberi sumbangan yang signifikan kepada ekonomi Malaysia. Sejak diperkenalkan pada lewat
kurun ke 19, industri ini telah berjaya membangunkan ekonomi negara dengan menyediakan peluang-peluang
pekerjaan kepada rakyat negara ini. Industri ini telah menyediakan peluang pekerjaan dipelbagai sektor seperti
pengeluaran bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, pengilangan dan perdagangan.

Permintaan terhadap getah asli dilihat terus meningkat tahun demi tahun mulai 2001. Keadaan ini dijangka
berterusan seperti yang diunjurkan oleh International Rubber Study Group (IRSG). Syarikat-syarikat tayar
terkemuka dunia mengunjurkan permintaan yang berlipat ganda dalam tempoh sepuluh atau lima belas tahun
akan datang berikutan pertumbuhan yang pesat di kawasan Asia Pacific khususnya China dan India. Adalah
dijangkakan, menjelang 2020, permintaan getah asli dunia akan mencapai 13.7 juta tan manakala pengeluaran
berada di paras 13.4 juta tan.

Harga getah yang kukuh, telah berjaya meningkatkan sumbangan industri getah kepada pendapatan eksport
negara. Pada tahun 2006 ia mencecah RM 25.64 billion berbanding RM11.82 billion pada 2001, menunjukkan
peningkatan lebih 100% (116.9%). Kenaikan harga getah ini telah meningkatkan pendapatan pekebun kecil
dan juga sektor estet. Namun begitu, negara menghadapi satu kekangan, iaitu kekurangan kawasan untuk
penanaman baru khususnya di Semenanjung Malaysia. Ini berdasarkan penguncupan kawasan yang berterusan
daripada 1,430.70 hektar pada 2001 kepada 1,237,000 hektar pada 2006, iaitu merosot 13.5 peratus.

Cabaran utama industri getah negara sekarang ialah untuk meningkatkan pengeluaran getah dari kawasan
yang terhad di Malaysia. Oleh itu penganjuran "Rubber Planters' Conference" yang bertemakan "Towards
Sustainable Natural Rubber Production" oleh Lembaga Getah Malaysia amat tepat pada masanya. Kertas-
kerja kertaskerja yang akan dibentang dan dibincang bersama oleh tuan-tuan dan puan-puan bertujuan untuk
mendapatkan pendekatan yang boleh membantu mengatasi cabaran yang dihadapi oleh industri ini.

Izinkan saya meneruskan ucapan saya dalam Bahasa Inggeris. Malaysia has reached the stage of development
to where it is now through the success of its agricultural development crafted by policies that matched the
social, economic and political demands of its time. The agriculture sector laid the foundation and has been
the driving force behind the growth of the country. It had over the past decades contributed strongly to the
country's economy, employment, social and political stability. The agriculture sector has been re-entrusted
as an important sector in the national development agenda, with an average growth rate of 5%, as evidenced
under the Ninth Malaysian Plan whereby the agricultural sector has been earmarked as the third engine of
growth.

One of the main source of growth expected from the agriculture sector is the natural rubber industry. As we
all know, the rubber industry has for many decades played an important role in the Malaysian economy. We
have to ensure that this industry will sustain in the future. The way forward is to remain competitive and
be relevant in the context of National development. To remain competitive this industry must increase its
productivity, quality, new innovations and products. The global growth of the rubber industry is estimated
at 3% per annum. Based on this figure, Malaysia needs 37,110 hectares of rubber to be planted annually
under the replanting programme. However, the replanting programme from rubber to rubber is scheduled at
20,000 hectares per annum which is only 54% of the projected annual global rubber growth. It appears that
the country's replanting programme is not taking into consideration the global growth. Hence, I urge the
respective implementing agencies and the estate sector to review their replanting programme to ensure the
competitiveness of the industry.

The industry must also be able to change and adapt to the needs and demands of the surrounding forces with
speed and agility. With the current global environment there is a need to go beyond the model of the earlier
successes.

It is gratifying to see the esteemed ranged of scientists from various disciplines related to rubber
plantation opted to share their expertise on current issues, development and technology related to rubber
in this event. I believe that the papers that have been selected for presentation at this conference are relevant
to all participants. I hope that all of you will find this conference productive, informative and more importantly
I hope it will generate interest in exploring new innovations from the R&D activities of the Malaysian
Rubber Board.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk menggalakkan pekebun kecil meningkatkan taraf hidup mereka dengan cara
meningkatkan penghasilan melalui penanaman klon-klon lateks balak, amalan agronomi yang baik (Good
Agriculture Practise) dan penggunaan teknologi ransangan lateks. Saya percaya bahawa dengan adanya
program ini pengeluaran getah Negara akan dapat ditingkatkan lagi.

Berkait dengan pengeluaran getah ialah aspek kualiti dan harga. Kesan kenaikan harga getah kini telah juga
menimbulkan masalah khususnya getah sekerap atau "cup him" dari aspek kualiti dan penentuan harga yang
tidak konsisten. Secara asasnya penentuan harga getah adalah berdasarkan Kandungan Getah Kering (KGK)
dalam getah sekerap yang dihasilkan. Dalam waktu yang sama terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab
mencampurkan bahan-bahan asing seperti kayu, pasir dan sebagainya untuk menambah berat getah. Saya
difahamkan Lembaga Getah Malaysia sedang mengkaj i cara untuk mengatasi masalah ini dengan mengeluarkan
inovasi terkini. Kaedah yang dinamakan Kaedah Pantas Gelombang Mikro dilihat mampu dijadikan kaedah
penentuan KGK dikebun-kebun dan di ladang dengan cepat dan berkesan

Melalui Persidangan ini, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bertukar-tukar pendapat, pengalaman

COPYRIGHT © MALAYSIAN RUBBER BOARD


dan maklumat terkini. Apabila meneliti program Persidangan ini saya dapati tajuk-tajuk kertaskerja adalah
menarik seperti Syor Penanaman terbaru, kaedah pengeluaran lateks terkini, hasil penyelidikan terhadap
'early latex harvest' dan juga keputusan penyelidikan bagi klon-klon RRIM siri 2000. Semua ini sudah tentu
dapat memberi manfaat kepada penanam-penanam getah.

Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim merasmikan Seminar Rubber Planters' Conference
(RFC) 2007. Terima kasih.

Você também pode gostar