Você está na página 1de 3

Bahagian B

Seorang guru telah mentadbirkan 30 item ujian Matematik kepada 35 orang murid tahun 4.
Keputusan untuk item 5 dan 10 dalam ujian ini adalah seperti di dalam Jadual 1 dan Jadual
2. Jawapan yang betul untuk item 5 ialah *B manakala item 10 ialah *C.

Jadual 1

Pilihan Jawapan Item 5 Kumpulan Atas Kumpulan Bawah Kumpulan Sederhana

A 0 2 2

*B 9 2 12

C 0 2 1

D 0 2 2

Tidak dijawab 1

Jadual 2

Pilihan Jawapan Item 10 Kumpulan Atas Kumpulan Bawah Kumpulan Sederhana

A 1 3 3

B 1 1 4

*C 7 4 8

D 0 1 2

Tidak dijawab

Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2:

a. Hitungkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi bagi item 5 dan 10.

Indeks Kesukaran, p = Bilangan murid mendapat betul


Jumlah murid

Indeks Kesukaran bagi item no. 5 = 23


35
=0.66
Indeks Kesukaran bagi item no.10 = 19
35
=0.54

Indeks Diskriminasi, d = RA – RB
1
(
2 Jumlah murid dalam RA dan RB )

RA merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item daripada
kalangan murid berpencapaian tinggi, iaitu kumpulan Atas.

RB merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item daripada
kalangan murid berpencapaian rendah, iaitu kumpulan Bawah.

Indeks Diskriminasi bagi item no. 5 = 9 – 2

1
2
(9+9)
= 7/9

= 0.78

Indeks Diskriminasi bagi item no. 10 = 7 – 4

1
(
2 9+9 )
= 3/9

= 0.33

b. Adakah kedua-dua item dalam ujian ini mudah atau sukar? Berikan justifikasi anda.

Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebaran baik bagi keputusan ujian dapat
diperoleh jika kesukaran, p, berada dalam julat 0.20 hingga 0.80 dengan min antara 0.50
hingga 0.60. Jika p < 0.20, ítem dianggap terlalu sukar dan jika p > 0.80, item dianggap
terlalu mudah. Oleh itu, jika indeks kesukaran sesuatu item itu kurang daripada 0.20 atau
lebih daripada 0.80, maka item itu perlu diubah suai atau digugurkan terus. Indeks
kesukaran item no. 5 ialah 0.66 dan no. 10 ialah 0.54 iaitu terletak antara julat 0.20 dan
0.80. Oleh itu, kedua-dua item ini boleh diterima. Justeru, kedua-dua item ini tidak sukar
mahupun mudah. Kesukarannnya adalah sederhana.
c. Adakah kedua-dua item mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi atau rendah? Berikan
justifikasi anda.

Mengikut Macintosh dan Morrison (1972), semua item yang mempunyai indeks
diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima manakala item yang mempunyai indeks diskriminasi
kurang daripada 0.20 merupakan item yang kurang baik dan perlu diubahsuai atau
digugurkan. Justeru, berdasarkan kriteria Macintosh dan Morrison item no. 5 dan item no. 10
boleh diterima kerana kedua-duanya mempunyai indeks diskriminasi 0.20 ke atas. Kedua-
dua item ini mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.

d. Tentukan sama ada terdapat distraktor yang bermasalah bagi kedua-dua item ini.

Menurut Yiong, Hong dan Aeria (2017) analisis distraktor merupakan komponen ketiga
dalam analisis item. Tidak terdapat distraktor yang bermasalah dalam jadual 1 bagi item 5
tetapi tetapi terdapat satu distraktor yang bermasalah pada jadual 2 bagi item 10. Distraktor
bermasalah jenis kedua iaitu bilangan murid berpencapaian tinggi yang memilih distraktor B
adalah sama banyak dengan bilangan murid berpencapaian rendah di mana Seorang murid
berpencapaian tinggi memilih distraktor B dan seorang murid berpencapaian rendah juga
memilih distraktor B.

e. Adakah kedua-dua item tersebut item baik atau item lemah? Nyatakan hujah anda.

Kedua-dua item tersebut merupakan item yang baik kerana kedua-duanya mempunyai
indeks kesukaran yang terletak antara 0.20 dan 0.80. Oleh itu, kedua-dua item ini boleh
diterima. Item 5 dan 10 merupakan item yang baik kerana kedua-duanya mempunyai indeks
diskriminasi 0.20 ke atas. Walaubagaimanapun, bagi item 10 distraktor B perlu diubahsuai
kerana distraktor B merupakan distraktor bermasalah jenis kedua iaitu bilangan murid
berpencapaian tinggi yang memilih distraktor B adalah sama banyak dengan bilangan murid
berpencapaian rendah di mana.

f. Buat satu ulasan berkaitan kedua-dua item tersebut.

Kedua-dua item 5 dan 10 merupakan item yang baik kerana lebih daripada 18 orang iaitu
separuh daripada 35 orang murid dapat menjawab item-item tersebut dengan betul. Item-
item ini mempunyai indeks kesukaran item dan indeks diskriminasi item yang baik dengan
distraktor yang tidak begitu banyak.

Você também pode gostar