Você está na página 1de 5

Anak yang taat

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Assalamualaikum dan salam sejahtera


saya ucapkan kepada barisan juri yang bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.

Rakan-rakan,
Marilah dengar cerita saya pada hari ini yang bertajuk “Anak Yang Taat”.

Yang berkhayal, sedar-sedarkan


Yang terlena, kejut-kejutkan
Yang tersesat kembali ke pangkal jalan
Dengarkanlah kawan-kawan.

Di dalam sebuah kampung, ada seorang petani bernama Pak Kantan.


Isterinya bernama Mak Timah. Mereka mempunyai seorang anak yang
masih kecil bernama Irfan. Pak Kantan juga ada memelihara seekor anak
kerbau. Setiap hari dia membawa anak kerbaunya makan rumput di
padang.

Pada suatu hari, Pak Kantan telah pergi ke pinggir hutan. Dia melepaskan
anak kerbau itu ke dalam hutan. Kemudian, dia pulang ke rumah
memberitahu Timah.

“Kalau Irfan besar nanti, suruhlah dia mencari kerbau yang aku lepaskan di
dalam hutan itu dan peliharalah dengan baik,” pesan Pak Kantan.

1
Selang beberapa hari kemudian, Pak Kantan jatuh sakit. Dia telah
berpesan lagi kepada isterinya.

“Timah! Ingat pesan abang. Apabila Irfan besar, suruh dia cari semula
kerbau yang aku lepaskan itu,” kata Pak Kantan.

Mak Timah berjanji akan menunaikan permintaan suaminya. Selepas itu,


Pak Kantan pun meninggal dunia.

Semenjak Pak Kantan tiada, Mak Timah terpaksa bekerja keras mencari
nafkah. Apabila pergi ke kebun dia akan membawa Irfan bersama-
samanya sementera dia bekerja, Irfan dibiarkan bermain di bawah pokok.
Itulah sahaja harta peninggalan suaminya selaindaripada rumah buruk dan
seekor anak kerbau.

Beberpa tahun kemudian, usia Irfan genap sepuluh tahun. Dia seorang
anak yang taat dan baik.

“Irfan! Sekarang pergilah kau ke hutan. Carilah kerbau yang arwah ayah
kau lepaskan dulu,” kata Mak Timah.

Irfan pun pergi ke hutan mencari kerbaunya.

Apabila sampai di pinggir hutan tempat ayahnya melepaskan kerbau


dahulu. Irfan ternampak seekor kerbau yang gemuk dan besar.

2
Irfan pun membawa kerbau itu pulang ke rumahnya. Mak Timah gembira
kerana Irfan berjaya mendapatkan semula kerbaunya.

Ketika musim kemarau, kehidupan Mak Timah semakin susah. Semua


tanamannya tidak menjadi. Oleh kerana itu, dia pun memanggil Irfan,

“Irfan! Juallah kerbau ini dengan harga lima puluh ringgit,” kata Mak Timah.

“Baiklah mak,” jawab Irfan patuh.

Di pertengahan jalan Irfan bertemu dengan seorang lelaki tua. Dia


memberitahu yang dia hendak menjual kerbau itu dengan harga lima puluh
ringgit.

“ Kalau begitu, datuk akan beli dengan harga seratus ringgit,” jawab lelaki
tua itu.

Irfan tidak bersetuju kerana emaknya menyuruh dia menjual dengan harga
lima puluh ringgit sahaja.

Lelaki tua itu berkeras untuk membeli kerbau dengan harga yang
ditetapkannya itu,

Kemudian dia pun berkata,” sekarang pergi beritahu ibu cucu, datuk
hendak membeli kerbau ini dengan harga seratus ringgit. Selepas itu
datang semula ke sini,” kata lelaki tua itu.

3
Irfan pulang ke rumah dan memberitahu ibunya. Mak Timah bersetuju
menjual kerbau itu dengan harga seratus ringgit. Irfan pergi semula
mendapatkan lelaki tua itu. Tapi malangnya lelaki tua itu sudah tiada di
situ. Irfan pulang ke rumah dengan kecewa. Dia pun memberitahu ibunya
apa yang sebenarnya berlaku. Mak Timah memujuk Irfan.

“Mungkin kita belum ada rezeki lagi. Tak apalah, anakku.” Kata Mak Timah.
Irfan tahu ibunya sedih kerana tidak mendapat wang.

Pada malam itu, Irfan bermimpi bertemu dengan lelaki tua siang tadi. Lelaki
tua itu memuji Irfan kerana dia seorang yang taat kepada ibunya.

Lelaki tua itu berpesan, “ Wahai cucu! Tidak lama lagi ada seorang lelaki
akan membeli kerbau itu, jualkanlah dengan harga seribu lima ratus
ringgit.”

Selepas itu Irfan terjaga dari tidur.

Keesokan harinya Irfan memberitahu mimpi itu kepada ibunya. Mak Timah
tersenyum mendengar cerita Irfan.

“Anak yang baik dan taat, tentulah baik juga balasannya,” kata Mak Timah.
Irfan gembira mendengar kata-kata ibunya.

Beberapa hari kemudian, dating seorang pemuda ke rumah Irfan. Dia


hendak membeli kerbau itu. Irfan meletakkan hara seribu lima ratus ringgit.

4
Tanpa banyak bicara, pemuda itu terus membayar harga kerbau itu.
Alangkah gembiranya hati Irfan mendapat duit sebegitu banyak.

Irfan menyerahkan duit itu kepada ibunya. Mak Timah bersyukur kepada
Tuhan. Dia memeluk Irfan dengan penuh kasih sayang.

“ Inilah balasan anak yang taat,” kata Mak Timah.


Irfan tersenyum mendengar pujian ibunya.

Você também pode gostar