Você está na página 1de 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) CHEMOMOI

28310 TRIANG, PAHANG DARUL MAKMUR


TEL: 09-2458393 FAKS: 09-2457352
E-mail : smkchemomoi02@gmail.com
___________________________________________________________________
Ruj. Kami : CEA 0060/700-5/1(04)
Tarikh : 3 Januari 2018

Kepada,
YDP PIBG,
EN KHALILUDDIN BIN JAMALUDDIN,
SMK (LKTP) CHEMOMOI,
28310 TRIANG,
PAHANG.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SESI 2018.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah berbesar hati menjemput Yang Dipertua PIBG SMK (LKTP) CHEMOMOI,
En. Khaliluddin bin Jamaluddin untuk hadir ke majlis berkenaan dan seterusnya memohon jasa
baik tuan untuk menyampaikan Watikah Lantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2018 kepada pelajar
yang terlibat dalam majlis tersebut.

3. Untuk makluman tuan, majlis tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut :

Tarikh : 8 Januari 2018 (ISNIN)


Masa : 7.40 – 8.40 Pagi
Tempat : Dataran Ilmu SMK (LKTP) CHEMOMOI

4. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan akan melancarkan lagi
program yang dirancang. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, kami dahului dengan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………….
( EN. SHAHRUM BIN MD SAUD )
PENGETUA,
SMK (LKTP) CHEMOMOI.

Você também pode gostar