Você está na página 1de 9

Tajuk : Alkohol, ester dan amina

Tujuan: Penyediaan sampel etanol dan menyiasat sifat-saifat kimia etanol

Penyata : Adakah sampel yang dihasilkan mengandungi etanol?


masalah

Pengenalan: Etanol biasanya dikenali sebagai alkohol. Etanol merupakan sejenis alkohol
etil dan dalam minuman beralkohol. Etanol juga merupakan alkohol utama
yang terkandung di dalam minuman alkohol setelah melalui proses
penapaian gula dengan menggunakan yis. Tambahan lagi, etanol mampu
menyebabkan kemabukan namun etanol bermanfaat sebagai pelarut,
antiseptic, bahan api fosil dan cecair aktif dalam thermometer mekuri.
Misalnya, etanol telah digunakan sebagai bahan api lampu di Amerika
Syarikat seawal tahun 1840. Selain itu, etanol ini merupakan cecair yang
meruap di kawasan persekitaran yang terdedah, mudah terbakar dan tidak
berwarna. Etanol juga boleh digunakan sebagai pembasmi kuman kerana
dalam 70% hingga 85% larutan tersebut mengandungi etanol. Larutan
tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan
melarut lipid serta menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah
virus. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Oleh itu, etanol
boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama. Struktur formula bagi
etanol ialah CH3CH2OH, yang sering disingkatkan
sebagai C2H5OH atau C2H6O. Etanol merupakan alkohol rantai lurus dan
asid lemah malahan juga lebih lemah daripada air dan membentuk ion
etanoat.
Etanol dalam minuman beralkohol dihasilkan melalui proses
penapaian. Penapaian ialah proses mengekstrak tenaga daripada
pengoksidaan sebatian organik.
Satu eksperimen telah dijalankan untuk menguji penghasilan etanol
dengan menjalankan proses penapaian larutan glukosa dengan yis dan
seterusnya menjalankan proses penyulingan berperingkat. Seterusnya akan
diuji untuk melihat kebolehbakaran dan sifat kimia bahan dengan
menggunakan larutan kalum permaganat(VI).
Hipotesis: Etanol terhasil daripada proses penapaian glukosa dan yis.

Bahan-bahan: Nasi, yis, air kapur, air suling, air paip, kalium permanganat dan asid
sulfurik pekat.

Radas: Kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang


penyulingan, penyumbat dengan tiub penghantar, penyumbat dengan
satu lubang, termometer, kondeser Liebig, kaki retort, tungku kaki tiga,
kasa dawai, penunu Bunsen, tiub getah, corong turas, tabung didih,
kertas litus biru, mangkuk penyejat, pemegang tabung uji, penitis dan
forcep.

Kaedah: A. Penyediaan sampel etanol


1. 20 g glukosa telah dilarutkan ke dalam 150 𝑐𝑚3 air suling pada
kelalang kon yang bersih.
2. 10 g yis ditambahkan ke dalam kelalang kon tadi dan telah
digoncangkan sehingga sebati.
3. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat yang telah
disambungkan dengan tiub penghantaran. Hujung tiub
penghantaran dicelupkan ke dalam tabung didih yang berisi air
kapur seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.0.
4. Radas dibiarkan selama 4 hingga 5 hari dalam suhu 35bbᵒC
5. Pemerhatian telah dilakukan dari semasa ke semasa.
6. Selepas 4 hingga 5 hari, kandungan dalam kelalang kon
dituraskan ke dalam satu kelalang penyulingan.
7. Penyulingan disediakan seperti dalam Rajah 1.1.
8. Turasan dalam kukusan air dipanaskan dan etanol dikumpulkan
yang mendidih lebih pada 78 - 80 ᵒC
9. Warna dan bau yang terkumpul dan terhasil daripada
penyulingan diperhatikan.
10. Langkah 1 sehingga 9 diulang dengan menggunakan nasi yang
telah dilenyek sehingga lembut untuk menggantikan glukosa.
B. Menyiasat kebolehbakaran etanol
1. 20 𝑐𝑚3 etanol telah dituangkan ke dalam piring menyejat.
2. Kayu uji yang menyala digunakan untuk menyalakan etanol
seperti dalam Rajah 2.0.
3. Pemerhatian pada etanol dilakukan.

C. Menyiasat pengoksidaan etanol


1. 10 𝑐𝑚3 larutan kalium permanganat ditunagkan ke dalam tabung
didih.
2. 10 titis asid sulfurik ditambahkan ke dalam tabung didih dengan
menggunakan penitis.
3. Radas disediakan seperti dalam Rajah 3.0.
4. Tabung didih kemudian dipanaskan secara perlahan sehingga
campuran mendidih.
5. Pemerhatian terhadap bau produk terhasil dijalankan dan
direkodkan.

Langkah : 1. Pastikan semasa menjalani sampel etanol tempoh membiarkan


berjaga-jaga radas maksimum lima hari sahaja. Hal ini untuk mengelakkan
kehilangan gas yang terkandung dalam tabung didih.
2. Memastikan bahawa semasa menjalankan penurasan tidak
diganggu.
3. Pastikan hasil turasan tidak tercemar dengan bahan lain akibat radas
tidak dibersihkan dengan betul.
4. Larutan disukat dengan berhati-hati mengikut ukuran yang betul.
Semasa menuang larutan sulfirik pekat, langkah berjaga-jaga perlu
diambil kerana larutan tersebut sangat berbahaya apabila terkena
anggota badan yang akan mengakibatkan melecur.
5. Semasa menyalakan hasil sulingan hendaklah sentiasa memastikan
bara api daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar tersebut
untuk mengelakkan berlakunya percikan-percikan api.
Rajah:
Pemerhatian: A. Penyediaan sampel etanol
Selepas seminggu pemerhatian dibuat.

Tabung uji air penapaian glukosa:


Pembuakan berlaku. Gelembung gas keluar dari tiup kaca pada air
kapur. Maka ini membuktikan terdapat hadirnya gas.

Tabung uji air penapaian nasi lenyek:


Pembuakan berlaku. Gelembung gas keluar dari tiup kaca pada air
kapur. Maka ini membuktikan terdapat hadirnya gas.

Hasil sulingan pada suhu 78 ᵒC hingga 80 ᵒC warna larutan jernih bagi


kedua-dua jenis penapaian terkumpul dalam kelalang kon.
(etanol yang tulen)

B. Menyiasat kebolehbakaran etanol

Ciri pembakaran Pemerhatian

Kebolehbakaran Mudah terbakar

Warna nyalaan biru

Kejelagaan nyalaan Tiada jelaga

C. Menyiasat pengoksidaan etanol

Ciri pembakaran Pemerhatian

Warna larutan Warna ungu kekal tidak berubah

Bau Wangi, harum dan wangi


Perbincangan:
1. Selepas penapaian, didapati terdapat buih-buih putih yang terbentuk di atas
permukaan campuran dalam kelalang kon berisi nasi dan air glukosa.
2. Air kapur di dalam kedua-dua tabung didih juga menunjukkan pemerhatian warna
larutannya menjadi keruh walaupun tidak ketara. Warna keruh dalam tabung didih ini
membuktikan bahawa terdapat kehadiran gas karbon dioksida semasa proses
penapaian berlaku sepanjang seminggu. Namun, tidak terlalu keruh warnanya
berbanding keputusan sebenar kerana penapaian dibiarkan lebih daripada lima hari.
Ini menyebabkan berlaku penolakan gas karbon dioksida di mana gas karbon dioksida
diguna balik oleh proses penapaian. Hal ini juga menyebabkan yis dalam larutan akan
mati. Jika penapaian dibiarkan lebih dari seminggu maka kandungan etanol di dalam
larutan penapaian hanya akan mencapai 15% serta ia akan membunuh yis dan proses
penapaian akan terhenti.
3. Campuran larutan glukosa dan yis serta nasi lenyek dan yis ditutup dengan penutup
getah yang disambung dengan salur kaca dengan ketat supaya gas karbon dioksida
di hasilkan tidak terkeluar dari tabung uji air kapur.
4. Hasil turasan disulingkan untuk mengeluarkan etanol. Etanol yang dituraskan
mempunyai bau seperti alkohol atau arak. Perkara ini membuktikan bahawa hasil
penapaian glukosa dan nasi lenyek bersama yis dapat mengeluarkan etanol dan gas
karbon dioksida.
5. Proses turasan juga memakan masa yang agak lama. Jadi sebagai langkah
alternatifnya, penuras telah disediakan lebih daripada satu untuk penapaian dan
kertas turas diganti apabila air turasan turun agak perlahan.
6. Zimase merupakan enzim yang hadir dalam yis yang bertindak untuk melakukan
penguraian glukosa kepada etanol. Maka persamaan kimia untuk menunjukkan
penguraian glukosa kepada etanol ialah seperti

C6H12O6  2C2H5OH + 2CO2


Glukosa + etanol

7. Penyulingan dijalankan secara berperingkat dalam eksperimen ini bertujuan untuk


mengumpulkan etanol yang tulin pada takat didih etanol iaitu 78 ℃.- 80 ℃.
8. Hasil penyulingan didapati mempunyai bau dan tidak mempunyai warna. Hal ini
kerana penyulingan telah mengeluarkan alkohol tanpa kehadiran air di dalamnya. Ini
juga menunjukkan bahawa hasil pengoksidaan etanol adalah sejenis asid etanoik.
9. Hasil penyulingan alkohol kemudian telah diuji dengan melakukan pembakaran
alkohol. Hasil pembakaran membuktikan bahawa benarlah cecair yang dihasilkan oleh
penyulingan tadi merupakan alkohol kerana pembakaran menunjukkan api berwarna
biru pudar atau biru kepucatan dengan ketiadaan jelaga pada mulanya. Kemudian
warna api berwarna kuning keperangan.
10. Ketiadaan jelaga kerana alkohol yang dibakarkan terlalu sedikit dan kurang reaktif
dalam kuantiti yang sedikit. Maka persamaan yang boleh dinyatakan ialah:
C2H5OH + 3O2  2CO2 + 3H2O

11. Api berubah warna dari biru ke kuning keperangan hasil pembakaran etanol dari
penyulingan kerana etanol tersebut kemungkinan masih mengandungi bahan lain di
dalamnya. Maka hasil pembakaran menunjukkan etanol bukan sepenuhnya alkohol.
12. Namun, ia juga mengurangkan pencemaran udara kerana pembakarannya tidak
menghasilkan jelaga.
13. Larutan kalium permanganat digunakan dalam eksperimen ini adalah untuk
mengoksidakan etanol kepada asid etanoik melalui proses pengoksidaan. Perubahan
warna pada hasil pembakaran menunjukkan pengoksidaan etanol berlaku. Maka
persamaan kimia yang menunjukkan pengoksidaan etanol ialah
C2H5OH + 2 [O]  CH3COOH + H2O

14. Larutan kalium permanganat dan asid sulfirik pekat digunakan kerana bahan tersebut
dapat membantu proses pengoksidaan etanol.
15. Larutan kalium permanganat dan asid sulfirik pekat dipanaskan dalam tabung uji yang
diletakkan di dalam bikar berisi air bagi mengelakkan pemanasan secara terus kerana
larutan tersebut sangat mudah terbakar. Larutan dibiarkan sehingga mendidih
sehingga mendapapati warna larutan tidak berubah warna ungu.
16. Kalium permanganat tidak menunjukkan perubahan dari segi warna larutan. Hal ini
mungkin terlalu banyak kuantiti atau kepekatan yang tinggi digunakan.semasa
melakukan pemanasan.
17. Air paip digunakan dalam proses penyulingan dalam kondeser Liebig untuk
menyejukkan larutan campuran etanol yang terhasil dan untuk mengasingkan air
suling dan etanol. Di mana etanol akan terhasil daripada proses kondensasi.
18. Oleh itu, etanol boleh dijadikan sebagai bahan api yang boleh mengurangkan
pelepasan berbahaya karbon monoksida, oksida nitrogen, dan lain-lain bahan
pencemar yang menyumbangkan kepada pembentukan ozon.
Soalan:

1. Namakan enzim yang terdapat dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol.

Enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol ialah zimase.

2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan penguraian glukosa kepada etanol.

Persamaan untuk proses penguraian glukosa kepada etanol ialah;

3. Terangkan pengunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.

Penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini bertujuan untuk mengumpul etanol


tulen pada takat didih etanol iaitu 78 ℃ - 80 ℃.

4. Tulis persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembakaran etanol.

Pembakaran etanol;

5. Apakah fungsi larutan kalium permanganat dalam eksperimen ini?


Larutan kalium permanganat digunakan dalam eksperimen ini adalah untuk
mengoksidakan etanol kepada asid etanoik melalui proses pengoksidaan.

6. Tulis persamaan kimia yang seimbang mewakili pengoksidaan etanol.


Pengoksidaan etanol;

7. Ramalkan pemerhatian anda apabila radas dalam Rajah 1 dibiarkan selama lebih daripada
seminggu. Jelaskan jawapan anda.

Warna air kapur yang keruh akan menjadi jernih semula kerana kekurangan karbon
dioksida yang dihasilkan oleh proses penapaian. Kemungkinan yang lain pula, yis akan
mati. Hal ini kerana apabila kandungan etanol di dalam larutan penapaian mencapai
15%, ia membunuh yis dan proses penapaian akan terhenti.
8. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan api kenderaan? Jelaskan jawapan anda.

Penggunaan etanol sebagai bahan bakar adalah tidak sesuai. Pengubahsuaian


terhadap penggunaan minyak kenderaan perlu dilakukan sebelum menggunakan
etanol sebagai bahan bakar kenderaan. Etanol akan menghakis tangki minyak,
sehinggalah ke enjin kenderaan yang biasa digunakan pada hari ini. Etanol juga
tidak efisyen minyak tanah menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak jauh.
Maka etanol tidak seberapa boleh, kerana ia mudah tersejat dan mudah terbakar.

Kesimpulan:

Kehadiran etanol dapat dihasilkan melalui penapaian glukosa dan nasi lenyek bercampuran
yis.

Você também pode gostar