Você está na página 1de 27

ANALISIS MODEL SISTEM BEHAVIORAL MENGGUNAKAN

TEKNIK SWOT

1. Strengths (Kekuatan)

Maksud kekuatan dalam analisis ini adalah faktor-fakor yang


mendukung penyelenggaraan program, serta diakui kewujudannya
oleh individu. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah
meramal dan mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi
penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga pelajar akan lebih
rajin. Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama
digabungkan dengan rangsangan yang baru. Pembelajaran berlaku
apabila rangsangan diberi. Pembelajaran menjadi pasif tanpa
rangsangan dan pembelajaran tidak berlakusecara konsisten.

Dalam model pengajaran ini diterapkan peneguhan positif. Suatu


tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi
gerak balas itu berlaku akan menambah peneguhan positif atau
ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan,
hadiah dan lain-lain. Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar
untuk lebih berusaha semasa di dalam kelas dan bersungguh-
sungguh ketika melakukan aktiviti.

Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai


pembelajaran dan pembelajaran akan bermula apabila murid benar-
benar memahami pembelajaran yang lepas. Ini menunjukkan
bahawa, kefahaman juga menjadi komponen penting terhadap
model pengajaran jenis ini.
Model juga dibahagikan unit-unit kecil pengetahuan serta
kemahiran yang dipelajari. Ini memberi peluang kepada murid untuk
memahami sesuatu unit dengan baik. Ini membolehkan pelajar
dapat mencapai kriteria pembelajaran akhir dicapai dan
memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.

2. Weaknesses (Kelemahan)

Maksud kelemahan dalam analisis ini adalah permasalahan yang


timbul dari penyelenggaraan program dan hasilnya. Permasalahan
merupakan kelemahan yang dapat berubah menjadi tentangan bagi
kelancaran pelaksanaan tugasan atau program. Sebagai contoh
kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara automatik
dan penentuan peribadi diambil kira. Pelajar harus mengambil
inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan
oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar, contohnya guru atau ibu
bapa. Hal ini pada kebiasaannya apabila pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ibu bapa akan
memberikan hadiah kepada anak-anak.

Sistem pengajaran ini dilihat lebih kepada penerangan yang lebih


berpusatkan kepada guru. Proses pengajaran-pembelajaran akan
kelihatan pasif apabila hanya satu pihak sahaja yang mempunyai
kuasa untuk berbicara. Kelemahan ini dapat dibaiki apabila guru
boleh bertanyakan soalan dan membuat sesi soal jawab,
perbincangan atau sebagainya dengan murid.

Cabaran utama untuk melaksanakan pembelajaran model ini


adalah memerlukan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi
pembelajaran bagi memastikan semua pelajar akan mencapai
keupayaan yang sama.
3. Opportunities (Peluang)

Maksud peluang dari analisis ini adalah hal-hal atau faktor-faktor


yang membolehkan kita menemui idea baru melalui percubaan
ataupun ujian yang di analisis dan di kenal pasti. Peluang yang
terkandung merujuk kepada model ini, ia mempunyai mekanisme
pembetulan kendiri yang berupaya mengubah suai tingkah laku
berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya
melakukan tugasan yang telah diberikan.

Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik


dalam pengajaran mereka. Aspek pengajaran juga dapat
dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, murid dapat mengetahui
perbezaan murid antara yang pandai dan tidak, dan di sini guru
dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan tahap
pelajar.

Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan


sistematik dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian murid. Dan di sini
kemahiran dalam mengurus bahan bantu mengajar yang ingin
digunakan ketika guru melaksanakan proses pengjaran-
pembelajaran.

4. Threat (Ancaman)

Maksud tentangan dalam analisis ini adalah hal-hal yang harus


diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan
pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan. Tentangan
bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus
pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik. Tentangan
dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan
secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam
pengaplikasian teori ini.

Tentangan yang diterima terhadap model ini adalah sedikit kerana


pengajaran yang dijalankan pada masa sekarang masih
menggunakan model sebegini. Tentangan mungkin mungkin dapat
dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran
guru dan pembelajaran murid pada hari ini.
APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI

Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan


pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala
menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir
semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan
yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu
menguasai pembelajarannya.

Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah


satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat
membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan
ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid
apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan
masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan
kriteria yang jelas.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan


pembelajaran Masteri suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran


dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang
dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran
yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran
masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang
mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk
memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

Kesimpulannya, Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah


pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan
kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan
dipelajari. Pembelajaran secara ini memerlukan pelajar menguasai
hasil pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya.

TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI


Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua
pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang
mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.

Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu


mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan
yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca
dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk
memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah
murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid
yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN

- Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh


guru.
- Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan
disusun daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami
murid.
- Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai
hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai
pembelajaran maka guru perlu mendorong pelajar untuk
menguasai sesuatu yang diajar.
- Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar
dan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
- Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti
supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.
- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran mestilah jelas.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI

Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.


Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan
dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar
hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya
menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
dalam topik yang sedang dipelajari.

Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada


beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus
kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka
menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.
Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil
Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan
memudahkan pelajar memahami dan mencapainya.

Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras


80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada
setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan
markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan
itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran


dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah
serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara
kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara
individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah
bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan


kemajuan pembelajaran murid.Penilaian yang dilaksanakan dalam
pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau
sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah
bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.

Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil


Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh
murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi
mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan
atau pencapaian hasil pembelajaran.

Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut


tahap penguasaan setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka
masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan
manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh
meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI


Penentuan Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil
Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang
perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan
hasil pembelajaran. Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan
bahan bantu belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk membina
ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran dinyatakan
berdasarkan Sukatan Pelajaran dalam, bentuk tingkah laku yang
boleh diperhatikan dan diukur. Dinyatakan secara eksplisit, jelas
dan terperinci. Selain itu, di dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

Pengajaran dan Pembelajaran


Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru
mesti mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan
murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya
pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid
bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran
bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah
membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga
masa yang diperuntukkan untuk mengajar.

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu


pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid.
Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah penerangan,
penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan
demonstrasi. Pendekatan berpusatkan murid pula boleh
menggunakan kaedah bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran
akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan,
demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek,
pembelajaran koperatif dan amali.

Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan,
kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran
Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru.
Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian
Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik.
Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang
telah ditetapkan.Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan
untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti murid yang
cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada Hasil
Pembelajaran sudah atau belum dikuasai, mengenal pasti sebab
kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran, menentukan
aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan,
menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan
mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran
dan pembelajaran, selepas sesuatu unit pembelajaran atau selepas
tempoh tertentu seperti mingguan,
bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah
kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti.
Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid
tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan
susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan
(pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk
membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan
dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah
dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan
dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar
semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan
perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk
mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan
mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan
pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk
belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid menyusun
maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda
dan melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai
aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang
kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas
pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan
sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam
pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan
dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan
dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit
pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh
dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar,
memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta
minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan
latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses
maklumat dari laman web.

Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang
sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh
dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti
pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan
membuat kajian.

STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Pelbagai strategi telah dicadangkan oleh tokoh dalam pembelajaran


masteri dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah Model
Pembelajaran Masteri Block dan Anderson yang menyenaraikan
sembilan proses iaitu (Ornstein dan Hunkins, 2004):

Clarify - Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan


untuk belajar.
Inform - Mengajar pelajaran, bergantung kepada arahan
keseluruhan
Pretest - Memberi kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan,
pelajar boleh memeriksa kuiz mereka sendiri.
Group - Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan
masteri dan kumpulan tidak masteri (80% boleh dianggap masteri).

Enrich and correct - Beri pengayaan pengajaran kepada kumpulan


masteri dan pemulihan kepada kumpulan yang tidak masteri.

Monitor - Pantau pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru


dan beri sokongan untuk setiap kumpulan berdasarkan saiz dan
juga persembahan.

Posttest - Beri kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri

Assess performance - Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai


masteri dengan ujian sumatif.

Reteach - Jika tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan dan


pemulihan pengajaran (belajar dalam kumpulan kecil, tutorial
bersendirian, bahan pengajaran alternatif, kerja rumah tambahan,
membaca banyak bahan, praktikal dan latih tubi).
ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan


dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.
Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang
akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian
akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan
termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai,
kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau
instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.

Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.


Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang
belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal
kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-
peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih
kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat
awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya
akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.

Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan


pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:

i.Modul dan pakej pembelajaran.


ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan
mengikut kerangka (frame) (“Programmed Instruction”).

iii.Audio-tutorial.

iv. “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat


mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar
mengesan kemajuan pembelajarannya.
v. Pembelajaran berbantukan komputer.

Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta


dengan langkah pemulihan yang sesuai.
Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh
dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan
dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara
langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal
jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan
objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan
cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya
menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar
berkenaan.
Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir
yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu
melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama
ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran
kerja atau latihan.

KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

- Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.


- Mengetahui perbezaan murid.
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti
yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar.
- Menyimpan rekod kemajuan murid.
- Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil
pembelajaran.
- Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN


Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untu
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai ga
berlainan.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti
yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah


atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan
mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
PENGAJARAN LANGSUNG

Sebelum kita membincangkan tentang pengajaran langsung, mari kita membuat


refleksi terhadap apa-apa yang telah berlaku pada zaman kecil kita.
Ambil satu minit untuk menyenaraikan perkara yang anda dapat ingat tentang
perkara yang dibuat oleh ibu bapa atau guru untuk membantu anda belajar
perlakuan-perlakuan berikut:
Bagaimanakah memakai baju sekolah?
Bagaimanakah mula menunggang basikal?
Bagaimanakah mengingat sifir?
Ibu negeri untuk semua negeri di Malaysia?

Adakah terdapat langkah-langkah atau aktiviti yang digunakan? Adakah perkara-


perkara tertentu membantu pembelajaran anda? Apakah persamaan antaranya?
Adakah perkara-perkara yang menghalang pembelajaran?

Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-


kemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran
pembelajaran adalah berstruktur. Mengikut Arends (2001), pengajaran langsung
merupakan satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiram asas
kepada murid.

Pembelajaran langsung merupakan strategi pengajaran yang digunakan oleh gur


dan mengikut struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing
pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru akan mengekalkan
kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar
sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah menyampaikan
maklumat yang banyak dalam masa tertentu. Oleh sebab model ini terarah guru,
maka guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur
pelajar dan berperingkat-peringkat.

Pengajaran langsung boleh diterangkan dalam tiga aspek, iaitu jenis hasil
pembelajaran pelajar, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran.
Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan
pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah demi langkah.
Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu
penentuan set; penerangan/demonstrasi; praktis/latihan terbimbing; maklum balas;
dan amalan/praktis lanjutan. Maka, pengajaran langsung bertujuan untuk mencapai
dua hasil pembelajaran utama, iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan
penguasaan pelbagai kemahiran.

Pengajaran langsung berasaskan teori behaviorisme dan pembelajaran sosial.


Pembelajaran behaviorisme banyak menyumbang terhadap pengajaran langsung.
Guru yang mengajar mengikut prinsip, merangka objektif yang mendeskripsikan
dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar; menyediakan pengalaman
pembelajaran seperti amalan di mana pembelajaran murid boleh dipantau dan
maklum balas disediakan; serta memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah
laku di dalam bilik darjah diberikan ganjaran.

Lanjutan daripada kritikan tentang pelaziman klasik yang memberikan pandangan


pembelajaran yang agak terhad, maka pembelajaran sosial digunakan untuk
membantu aspek yang tidak dapat diperhatikan seperti pemikiran dan kognisi.
Mengikut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Dalam proses ini terdapat pembelajaran melalui pemerhatian yang terdiri daripada
empat langkah, iaitu memberikan perhatian, mengingat apa-apa yang diperhati,
melakukan semula perlakuan dan peneguhan/motivasi. Dalam pengajaran langsung,
latihan dan rehearsal mental merupakan proses yang membantu pelajar mengingat
dan menghasilkan perlakuan yang diperhatikan.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN LANGSUNG

Antara prinsip pembelajaran langsung ialah:


Pengenalan/Review
Topik atau maklumat yang dipelajari amkan disampaikan kepada murid atau
mengkaji semula maklumat yang disusun untuk pembelajaran.
Perkembangan
Guru memberikan penerangan, huraian, contoh atau model tentang apa-apa yang
ingin dipelajari dengan jelas serta menyemak pemahaman pelajar melalui penyoalan.
Amalan terbimbing
Peluang diberikan kepada pelajar untuk melatih apa-apa yang diharapkan oleh
mereka untuk dikuasai. Di samping itu, guru memantau aktiviti atau tugasan yang
diberikan.
Penutup
Guru-guru mengakhiri pelajaran dengan merumuskan apa-apa yang telah diajar.
Latihan kendiri (Independent)
Tugasan-tugasan diberikan untuk mengukuhkan pembelajaran tanpa bantuan guru.
Penilaian
Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap-tahap penguasaan.
PROSES PENGAJARAN LANGSUNG

Pengenalan/Review
Langkah pertama dalam pengajaran langsung adalah untuk menarik perhatian
pelajar. Langkah ini dirujuk kepada peristiwa fokus, di mana peringkat ini
menyediakan pentas untuk pemebajaran berlaku. Pelajar dimaklumkan tentang
matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran dan kepentingan pelajaran berkenaan.
Langkah ini dilakukan dalam bentuk seperti mengenal maklumat baharu atau
menokok tambah apa-apa yang telah dipelajari.

Perkembangan
Apabila matlamat diberitahu kepada pelajar, guru akan memodelkan tingkah laku
(pengetahuan atau kemahiran), di mana pelajar diharap dapat menunjuk cara
tingkah laku tersebut. Langkah ini merangkumi penerangan yang jelas tentang
maklumat dengan memberikan banyak contoh untuk memastikan pemahaman
pelajar terhadap apa-apa yang dipelajari.

Antara proses perkembangan termasuklah menunjuk cara tingkah laku, memastikan


pelajar memperoleh pengusaan dan pemahaman serta memberikan perhatian
kepada ulangan latihan. Sepanjang langkah ini, guru membuat semakan tentang
kefahaman pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan utama perkara yang
dipelajari atau mencungkilkan soalan daripada pelajar. Guru boleh menggunakan
bahan bantu mengajar, persembahan multimedia dan sebagainya untuk
menggalakkan pelajar memproses maklumat.
Amalan terbimbing
Langkah ini amat kritikal dari segi guru mendekati latihan terbimbing. Latihan secara
aktif ini dapa meningkatkan ingatan, pembelajaran akan lebih automatik dan
membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kepada situasi baharu. Antara
prinsip yang boelh memberikan hala tuju kepada guru termasuklah memberikan
tugasan yang pendek dan bermakna; tugasan yang dapat meningkatkan
pembelajaran berlebihan (overlearning); menyedari tentang kelebihan tugasan
berterusan dan tugasan yang terbahagi kepada segmen tertentu serta memberikan
perhatian kepada peringkat awal latihan diberikan.

Apabila guru yakin bahawa penerangan dan contoh yang sesuai terhadap apa-apa
yang dipelajari dapat dimodelkan oleh pelajar, maka aktiviti atau tugasan boleh
diberikan kepada pelajar untuk latihan dengan pemantauan guru. Di peringkat ini
juga, guru boleh membantu pelajar yang belum menguasai pengajaran sera mereka
yang memerlukan pengajaran langsung daripada guru.

Penutup
Sebagai langkah terakhir dalam model ini, penutup merupakan pelajaran dirumuskan
dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali apa-apa yang diajar dalam
pelajaran. Langkah ini digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang matlamat
pengajaran dan sebagai persediaan untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan
kendiri yang diberikan oleh guru.

Latihan kendiri
Aktiviti atau tugasan yang berkait dengan hasil pembelajaran diberikan kepada
pelajar setelah mereka menunjukkan kompetensi atau kemahiran dalam langkah
ketiga. Latihan yang dilakukan secara kendiri bertujuan untuk mengelakkan apa juga
bantuan guru dan langkah ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan yang
dicapai oleh pelajar. Contohnya, kerja rumah boleh diaggap sebagai latihan kendiri
kerana memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat latihantanpa bantuan
daripada guru kelas.

Penilaian
Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada secara formatif
atau kumulatif. Penilaian boleh dilakukan dalam bentuk lembaran kerja dan tugasan
bilik darjah atau secara gabungan dalam bentuk ujian dan projek tentang satu-satu
pelajaran. Penilaian pembelajaran pelajar amat penting kerana memberikan maklum
balas kepada guru dan pelajar serta digunakan untuk menentukan sama ada hasil
pembelajaran yang diharapkan telah dicapai atau perlu diulangi pada pelajaran
berikutnya.

Rujukan Internet

http://id.wikipedia.org/wiki/Ivan_Pavlov

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pelaziman-
klasik-pavlov.html

http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html

http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme/download

Rujukan Buku

Boon Poon Ying, Noriati, Syarifah Fakriah Syed Ahmad,


(2009). Murid dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru Oxford
Fajar, Kuala Lumpur.
Chong Lean Keow PhD(2009). Murid dan Alam Belajar untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.

Ee Ah Meng(1994). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur :


Penerbitan Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin(1993).Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi


dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia.

Lee Shok Mee(1994).Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam Bilik


Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma


Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Rahil Mahyuddin, Habihah Elias (2001). Psikologi Pendidikan Untuk


Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.

Você também pode gostar