Você está na página 1de 9

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (NILAM)

1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang
dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat
buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan
membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca,
menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah
kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi
minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan
ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca
dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk
memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul
perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang
dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang
dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang
suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-
masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah
buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat
kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen
berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang
disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan
daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel
untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan
kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan
menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak
itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah
cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian
melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia
terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan
pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan
keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau
membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling
satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan
kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia
dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-
sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola
suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati
menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan
membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari
khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang
dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan
mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-
aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka
berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru
kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan
projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut
jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua
warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu
tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang
dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah
atau akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa
buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan
mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru
mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak
berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan.
Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku
yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan,
perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca
oleh murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada
100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru
mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing
akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak
boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui
tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik
kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk
grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.
ERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PERPUSTAKAAN

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

1. a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan
guru.
2. b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan
jelas.
3. c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
4. d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
5. e. Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

1. a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri
mereka.
2. b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
3. c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid
yang berjaya.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)

1. a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.


2. b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
3. c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER

1. a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.


2. b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
3. c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

1. a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.


2. b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
3. c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU

1. a. Menarik minat murid untuk membaca.


2. b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

7. SUDUT KUIZ BESTARI

1. a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.


2. b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
3. c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH

1. a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.


2. b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN

1. a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun.


2. b. Mengekalkan budaya melayu.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

1. a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.


2. b. Menghargai kejayaan sekolah.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA

Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:

1. i. Sudut Mata Wang Sedunia


2. ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia
3. iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.

1. a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.


2. b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
3. c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM

1. a. Menghargai bakat yang ada pada murid.


2. b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
3. c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

13. SUDUT HASIL KERJA MURID

1. a. Menghargai segala hasil kerja murid.


2. b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

14. SUDUT PERMAINAN

1. a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.


2. b. Mengekalkan permainan tradisional
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT POHON ILMU

1. a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.


2. b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
3. c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

16. SUDUT BERCERITA

1. a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
2. b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

17. SUDUT MAYA PUPET

1. a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan


keyakinan diri yang teguh.
2. b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

18. SUDUT WARISAN BUDAYA

1. a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.


2. b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA


1. a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan
tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
2. b. Menanam sikap menyintai negara sendiri.
3. c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

20. LAMAN BUSANA

1. a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di


negara kita.
2. b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

1. a. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan


masyarakat pada zaman sekarang.
2. b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah
wujud.
3. c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan
teknologi sekarang.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING

1. a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.


2. b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
3. c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA

1. a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di


dalam perpustakaan.
2. b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR

1. a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita


semasa.
2. b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN GURU

1. a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan.


2. b. Menarik minat guru ke perpustakaan.

26. SUDUT RUJUKAN MURID

1. a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan


2. b. Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT KAKTUS

1. a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".


2. b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
3. c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT MAJALAH

1. a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.


2. b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT HIDUPAN AIR

1. a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid.


2. b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

1. a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.


2. b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

31. SUDUT PROGRAM NILAM

1. a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.


2. b. Melicinkan guru membuat analisis .
3. c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

32. SUDUT ANGKASA LEPAS

1. a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.


2. b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
3. c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT JALAN RAYA


1. a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
2. b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

1. a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir


Islam.
2. b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT INFO AKURIUM

1. a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
2. b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
3. c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

36. SUDUT NOSTALGIA GURU

1. a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.


2. b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
3. c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
4. d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

Você também pode gostar