Você está na página 1de 10

Sambal Nasi Kak Wook Yang Original

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih pada follower blog Azie Kitchen
yang setia mengunjungi dan membaca blog saya. Ya
lah sekarang ni zaman pelbagai media sosial seperti
Instagram yang rata rata orang berkongsi resepi dan
masakan. Saya tetap percaya, blog akan kekal diminati
kerana blog lebih personalised berbanding IG yang lebih
touch and go.
Telah lama, saya tidak selitkan petikan kuliah dari ustaz
yang diadakan di surau tempat saya bekerja. Jadi
sempena hari Jumaat yang barakah ini, saya ingin
kongsikan Kuliah Zohor dari Ustaz Abu Jihad berkenaan
ikhlas dalam beribadah. Sebab apa orang terus
melakukan dosa? Kerana ada orang lain yang sokong
tindakan mereka sebagai contoh komen dalam facebook
akan post orang menunjukkan duit. Komen yang
menyokong adalah seperti, "tak apa. Dia tak kacau
orang. Dia guna duit sendiri".
Zaman sekarang, ramai orang berbangga bangga
dengan kejahatan yang dilakukan. Mereka tidak segan
untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kejahatan
yang dibuat dengan berkongsi di laman sosial. Bukan
sekadar berbangga bangga dengan kebaikan yang
dibuat.
Ikhlas adalah menyembunyi amal kebaikan
sebagaimana kita menutup amal kejahatan. Amalan
soleh walaupun ditutup, Allah pasti akan menunjukkan
amalan soleh kita. Jadi tak perlu lah nak menunjuk pada
orang lain. Biar antara kita dengan Allah sahaja yang
tahu. Orang dapat naungan arasy ialah orang yang buat
amalan dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu.
Ikhlas adalah sentiasa berjaga jaga. Sebelum tahap
ikhlas adalah tahap buat buat ikhlas. Sebagai contoh,
kita digalakkan menangis selepas solat malam. Ada
orang yang sangat susah hendak menangis. Jadi dia
kena cuba juga dan buat buat menangis. Jadi dalam
ikhlas pun, kita kena cuba untuk ikhlaskan amalan kita.

Antara tanda ikhlas ialah tidak bertambah amalan sebab


dipuji atau tak berkurang dengan sebab dikeji. Tanda
ikhlas kedua ialah lupa memandang amalan yang lepas.
Jangan tengok lagi amalan yang dulu. Yang ketiga ilab
lupa kepada pahala hari akhirat. Maksudnya dia redha
beribadah semata mata kerana Allah. Amalan hanya lah
sebagai tanda syukur akan nikmat dunia yang Allah bagi
cukup banyak. Nikmat Allah tak terhitung banyak nya.

Seperti yang saya tulis dalam Instagram saya sebelum


ini, saya belajar resepi ini dari Maznah sahabat saya
sejak dari darjah satu lagi. Kalau bukan kerana sahabat
baik, dia pun mungkin tidak mengajar saya detail satu
persatu.
Dia melihat sendiri Kak Wook memasak kerana
memang berkawan rapat dengan Kak Wook. Selalu
menjenguk ke dapur ketika Kak Wook menyediakan
hidangan untuk nasi Kak Wook. Rahsia yang mesti ada
ialah aji no moto. Jadi kalau ada yang tidak makan aji no
moto, bolehlah menggunakan apa apa serbuk perasa
atau tidak menggunakannya.

Saya berjanji untuk berkongsi resepi Sambal Nasi Kak


Wook di Instagram saya sehingga ramai yang
meninggalkan komen mereka tidak sabar untuk
membacanya. Jadi sebagai menunaikan janji, saya
gagahkan diri untuk menyediakan Nasi Kak Wook
sebagai hidangan tengahari keluarga saya walaupun
saya sangat sibuk ketika ini.

Sambal Nasi Kak Wook ini memang sedap dan secukup


rasa. Tapi jangan lupa kepedasan cili adalah berbeza,
jadi jika rasa terlebih pedas, tambahlah satu atau dua
sudu gula lagi untuk seimbangkan rasa pedas dengan
manis. Begitu juga garam, bolehlah tambah secukup
rasa tekak masing masing. Di bawah ini adalah gambar
selepas sehari disimpan di dalam peti ais.

Klik di SINI untuk resepi Gulai Ayam Nasi Kak


Wook dan di SINI untuk Ayam Goreng Nasi Kak Wook
untuk mengetahui rahsia dan teknik penyediaannya.

Jangan lupa melihat video cara penyediaannya di


Azie Kitchen Youtube Channel. Kepada yang belum lagi
follow Azie Kitchen Instagram, jom follow di
@aziekitchen. Ramai yang menulis memberitahu
mereka baru sahaja jumpa dengan IG Azie Kitchen
sedangkan telah lama saya membuka akaun di IG untuk
follower blog Azie Kitchen.

Sambal Nasi Kak Wook


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
15 tangkai cili kering - rebus & tos
10 tangkai cili merah
Segenggam cili padi kampung hijau - 30 tangkai
6 biji asam limau kasturi - buang biji
1 ibu jari belacan - bakar seketika
1 ulas bawang putih - bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa
Cara cara:
Hiris halus semua cili padi dan cili merah. Tujuannya
supaya ianya mudah hancur. Cili kering guna yang jenis
berkilat, bukan yang kerinting.
Cucuk belacan dengan menggunakan garfu dan bakar
atas api seketika. Ulang yang sama untuk bakar
bawang putih pula.

Blender semua bahan di atas dengan menggunakan


"pulse" sahaja. Jangan dikisar halus. Biar ada kasar
kasar sedikit.
Akhir sekali, tuang ke dalam mangkuk dan masukkan
sedikit aji no moto, jika suka. Kacau sebati dan
sesuaikan rasa.
Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti
sejuk.
Nota:
Mesti ada lebih rasa manis.
Boleh disediakan lebih awal kerana rasanya akan
menjadi lebih sedap setelah semua cili telah terjeruk di
dalam gula dan cuka.

Você também pode gostar