Você está na página 1de 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELI

36400 HUTAN MELINTANG, PERAK

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN CATUR SEKOLAH-SEKOLAH


RENDAH KELOMPOK 5
DAERAH HILIR PERAK 2017

Tarikh : 30 MAC 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak.
Kehadiran : 11 orang

Pengerusi : En Junaidi Bin Ismail (Penolong Kanan Kokurikulum)


En Noorazlan Bin Ahmed Alias Mat (Wakil Pegawai Teknik)

Kehadiran :
1. GK HEM SK. Sungai Keli
2. GK Kokurikulum SK.Sungai Keli
3. Guru SK Sungai Keli
4. Wakil SJKT Ladang Teluk Buluh
5. Wakil SJKT Ladang Jenderata 1
6. Wakil SK Teluk Buluh
7. Wakil SJKT Ladang Kamachy
8. Wakil SJKT Ladang Ulu Bernam 2
9. Wakil SK Hutan Melintang
10. Wakil SJKT Ladang Jenderata 3

1.0 Ucapan Pengerusi ( En Junaidi Bin Ismail – PK Kokurikulum)


1.1 Encik Junaidi bin Ismail selaku pengerusi memulakan mesyuarat dan
mengalu-alukan kedatangan semua wakil Jawatankuasa Kejohanan Catur
Sekolah-sekolah Rendah Kelompok 5 Daerah Hilir Perak.

2.0 Ucapan Pengerusi Teknik


2.1 En Noorazlan Bin Ahmed Alias Mat selaku Wakil Pegawai Teknik
mengucapkan terima kasih kepada semua wakil guru yang sudi hadir ke
Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Rendah
Kelompok 5 Daerah Hilir Perak.
3.0 Lantikan Ahli Jawatankuasa Pengelola
3.1 Hasil mesyuarat kelompok telah bersepakat memutuskan Sekolah
Kebangsaan Sungai Keli untuk menguruskan lantikan Ahli Jawatan Kuasa
pengelolaan pertandingan catur kelompok 5 Daerah Hilir Perak.
Tindakan: Makluman

4.0 Maklumat Pertandingan Peringkat Kelompok dan Daerah


4.1 Terdapat 2 kategori pertandingan:
4.1.1 Kejohanan Catur Bawah 12 (Lelaki / Perempuan)
4.1.2 Kejohanan Catur Bawah 11 (Lelaki / Perempuan)
Tindakan: Makluman

4.2 Maklumat Pertandingan Peringkat Kelompok 5


Tarikh : 13.4.2017 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK. Sungai Keli
Tindakan: Makluman

4.3 Setiap borang Pertandingan Peringkat Kelompok perlu dilampirkan bersama


salinan surat kelahiran/ salinan kad pengenalan yang telah disahkan pada
hari pertandingan berserta dengan yuran penyertaan sebanyak RM55.00.
Penyerahan perlu dibuat 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
Tindakan: Pengurus Pasukan
4.4 Peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam setiap kategori
layak untuk bertanding di peringkat daerah.
Tindakan: Pengurus Pasukan

4.5 Kejohanan Catur Daerah dijadualkan pada 26 dan 27 April 2017 yang
akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Dato Laksamana Raja
Mahkota (DALARAMA)

4.5.1 Kejohanan Catur Bawah 11 Tahun (26.4.2017) – 2.30 petang.


Lelaki dan Perempuan
4.5.2 Kejohanan Catur Bawah 12 Tahun (27.4.2017) – 2.30 petang.
Lelaki dan Perempuan
4.5.3 Johan dan Naik Johan kategori Lelaki dan Perempuan bawah 11
tahun layak untuk bertanding di bawah kategori Lelaki dan
Perempuan bawah 12 tahun.
Tindakan: Pengurus Pasukan

4.6 Setiap borang Pertandingan Peringkat Daerah perlu dilampirkan bersama


salinan surat kelahiran/ salinan kad pengenalan yang telah disahkan pada
hari pertandingan berserta dengan yuran penyertaan sebanyak RM100.00.
Tindakan: Pengerusi Kelompok

5.0 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan


5.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Federation
International Des Eches ( F.I.D.E.).
5.2 Pertandingan ini merupakan Kejohanan Perseorangan / Individu.
5.3 Kejohanan perseorangan ini akan dijalankan mengikut Sistem Swiss
sebanyak lima pusingan.
5.4 Masa yang diberi kepada setiap peserta 30 minit satu pusingan.
5.5 Pemilihan pemenang ditentukan dari tempat Ke-1, Ke-2 dan Ke-3.
5.6 Peserta yang telah memasuki pertandingan tidak boleh menarik diri
semasa pertandingan.
5.7 Pemain perlu mencatat pergerakan sendiri dan pihak lawan.
5.8 Encik Noorazlan bin Ahmed Alias Mat meminta ahli mesyuarat membaca
undang-undang dan peraturan pertandingan yang telah diedarkan untuk
pemahaman yang lebih jelas.

6.0 Kewangan
6.1 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memutuskan yuran penyertaan
bagi setiap sekolah sebanyak RM55.00.
6.2 Yuran penyertaan ini merangkumi perbelanjaan hadiah untuk pemenang,
sagu hati, makan dan minum peserta serta guru pengiring.

7.0 Hal-hal lain


7.1 Sebanyak 8 buah sekolah yang mengambil bahagian.
7.1.1 SJKT Ladang Teluk Buluh
7.1.2 SJKT Ladang Jenderata 1
7.1.3 SJKT Ladang Jenderata 3
7.1.4 SJKT Ladang Ulu Bernam 2
7.1.5 SJKT Ladang Kamachy
7.1.6 SK Hutan Melintang
7.1.7 SK Teluk Buluh
7.1.8 SK Sungai Keli
7.2 Perlantikan Pembantu pengadil iaitu Encik Gopi dari SKJT Jenderata 3.
7.3 Mewujudkan Group Whatapps Catur.
7.4 Senarai nama peserta perlu diserahkan selewat-lewatnya 11 April 2017
kepada pengerusi kelompok.
7.5 Pengadil dan para guru pengiring boleh memuat turun jam digital di telefon
pintar (Chess Clock).

8.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Encik Junaidi bin Ismail selaku pengerusi berharap agar Kejohanan Catur
Peringkat Kelompok 5 berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat
merealisasikan sasaran di Peringkat Daerah.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.37 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. …………………………… …………………………..


(MOHD AKMAL BIN MOHD DIN) ( JUNAIDI BIN ISMAIL ) ( ROZALI BIN DARUS)
Setiausaha Kokurikulum, Guru Kanan Kokurikulum, Guru Besar
SK Sungai Keli, SK Sungai Keli, SK Sungai Keli
36400 Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

Tarikh: 4 April 2017 Tarikh: Tarikh:

Você também pode gostar