Você está na página 1de 1

DG NUR ATIQAH MUSFIRAH BINTI DARIKAH

NAMA PENYELIA: JAMES GEOFREY W. MOLIJOH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT PERKATAAN

KVKVKK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FERNALD

MURID TAHUN 2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid pemulihan tahun 2

membaca perkataan KVKVKK. Fokus kajian ini pula adalah untuk meningkatkan

kemahiran bacaan KVKVKK dengan mengunakan kaedah Fernald. Seramai 3 orang

murid tahun 2 telah diambil sebagai sampel kajian ini. Penilaian kumpulan sasaran

untuk kajian ini dilakukan melalui pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan sepanjang

menjalani sesi praktikum fasa kedua dari hujung bulan julai sehingga pertengahan

bulan oktober 2017. Melalui pemerhatian awal yang pengkaji lakukan semasa

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pengkaji mendapati responden

sering kali melakukan kesilapan ketika membaca perkataan KVKVKK. Pengkaji telah

menggunakan kaedah Fernald ataupun dikenali sebagai VAKT untuk membantu

mereka dalam penguasaan perkataan KVKVKK. Kajian ini juga mengambil kira

peningkatan amalan Pengajaran dan Pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Hasil

dapatan daripada kajian dalam penguasaan bacaan KVKVKK meningkat bagi ujian

yang telah dijalankan. Harapan pengkaji agar kaedah yang telah dilaksanakan ini

dapat membantu pengkaji yang lain menggunakan keberkesanan kaedah ini yang

mampu mengaktifkan seluruh deria responden khususnya yang mempunyai masalah

dalam kesukaran dalam belajar seperti hilang tumpuan dan sukar untuk mengingati

perkataan yang kompleks.

Você também pode gostar