Você está na página 1de 5

Agama Buddha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia


Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran
Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun
ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5
kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang
seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan
timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama,
iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna,
and Vajrayāna.
Di dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap luhur
nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan Mulia" atau juga dikenali
sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan
bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula. Aliran Theravāda
merupakan aliran yang paling diikuti di Sri Lanka dan Asia Tenggara.
Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi Tanah Tulen, Zen, Buddhisme
Nichiren, Shingon dan Tiantai (Tendai) banyak dijumpai di bahagian Asia
Timur. Bertentangan dengan nirvana, Mahayana mengilhamkan
pencapaian kebuddhaan melalui laluan bodhisattva, satu tahap di mana
seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu
manusia lain mencapai kesedaran.
Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin
boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran
Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna
abad ke-lapan India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya,
Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan pencapaian
kebuddhaan atau badan pelangi.
Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488 - 535 juta penganut di
seluruh dunia. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang
paling utama di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semesta yang benar
melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan
pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali
sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang menghidari kejahilan dan
mengenali alam semesta nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.
Śākyamuni dikatakan sebagai pengasas Buddha. Terdapat banyak
penganut-penganut Buddha selepas Śākyamuni dan persengketaan
sesama manusia dan kemusnahan persekitaran dunia sering berlaku
mengikut nafsu sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa
dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang
sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha
yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan
mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara
keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk
menamati segala kesengsaraan dalam kehidupan kemanusiaan. Bagi
mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih
minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan
Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu
mencapai kebebasan dari segala kesengsaraan,
iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

Kehidupan Buddha[sunting | sunting sumber]


Agama Buddha merupakan agama dari India yang bercirikan ajaran
Buddha. Semua perincian tentang kehidupan Buddha telah disebut dalam
banyak teks awalan Buddha tetapi ianya tidak konsisten, latar belakang
sosial dan butiran kehidupan Buddha pula tidak dapat disahkan, tarikh
yang tepat pula tidak dapat dipastikan.
Bukti-bukti teks awalan tersebut mencadangkan beliau dilahirkan sebagai
Siddhārtha Gautama di Kapilavatthu, sebuah bandar di kawasan dataran
sempadan moden Nepal-India. Beliau manghabiskan kehidupannya di
kawasan yang dikenali secara moden pada hari ini, Bihar dan Uttar
Pradesh. Sesetengah penulis wali telah menyatakan bahawa ayahnya
adalah seorang Raja yang bernama Suddhodana dan ibunya yang
bernama Maya, dan beliau dilahirkan di Taman-Taman Lumbini.
Walaubagaimana pun, sarjana seperti Richard Gombrich
mempertimbangkan pernyataan itu sebagai dakwaan palsu kerana
terdapat kombinasi bukti yang mencadangkan beliau dilahirkan di dalam
komuniti Shakyas - di mana beliau kemudiannya menerima gelaran
Shakyamuni dan komuniti tersebut ditadbir oleh sebuah majlis mesyuarat
kecil oligarki atau republik di mana ia tidak terdapat konsep pangkat dan
sebaliknya mementingkan konsep senioriti. Sesetengah cerita mengenai
Buddha, kehidupannya, ajarannya dan dakwaan tentang masyarakat di
mana beliau membesar mungkin telah direka dan ditokok tambah pada
masa kemudiannya dalam teks-teks Buddha.
Teks-teks awalan Buddha (yang diterima sebagai teks-teks benar) dan
biografi awalan Buddha menyatakan beliau belajar dengan guru Vedik,
seperti Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta, mempelajari meditasi dan
falsafah kuno, terutamanya konsep "ketiadaan, kekosongan" dan "apa
yang tidak dilihat atau terlihat".
Buddha tergerak dengan sifat sengsara semula jadi dalam kemanusiaan.
Beliau bermeditasi berseorangan untuk satu tempoh yang berpanjangan,
dengan pelbagai kaedah termasuklah mengelakkan diri dari terlibat dalam
keseronokan dunia, dalam sifat kesengsaraan dan kaedah-kaedah untuk
mengatasi kesengsaraan. Beliau terkenal dengan posisi duduknya iaitu
duduk di bawah pokok Ficus religiosa, yang sekarang dikenali sebagai
pokok Bodhi di bandar Bodh Gaya di kawasan dataran Gangetic di Asia
Tenggara. Beliau mencapai kesedaran, menemui apa yang para penganut
Buddha gelar sebagai "Jalan Kesederhanaan", suatu praktis rohani untuk
menamatkan kesengsaraan (dukkha) dari kelahiran semula di alam
Saṃsāra. Sebagai seorang manusia yang tersedar
(Skt. samyaksaṃbuddha), beliau telah menarik pengikut dan mengasaskan
Sangha (aturan monastik). Sekarang, sebagai seorang Buddha, beliau
menghabiskan hayat yang seterusnya dengan mengajar Dharma yang
ditemuinya dan meninggal dunia di Kushinagar, India pada umur 80 tahun.

Konsep penganut Buddha[sunting | sunting sumber]


Dukkha[sunting | sunting sumber]
Dukkha merupakan satu konsep pusat dalam buddhisme dan salah satu
doktrin Empat Kebenaran Mulia dan juga pusat ciri kehidupan di dunia ini.
Ia boleh diterjemah sebagai "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi", "sifat
ketidakpuasan dan ketidakjaminan semua fenomena yang mempunyai
kondisi", "kesakitan". "Dukkha" sering diterjemahkan sebagai
kesengsaraan di mana ia merupakan penterjemahan yang salah kerana ia
bukanlah merujuk kepada kesengsaraan sebenar, akan tetapi
ketidakpuasan terhadap tahap dan benda bersifat sementara termasuklah
pengalaman yang menyenangkan tetapi bersifat sementara.
Empat Kebenaran tersebut mencerminkan orientasi asas Buddhisme: kita
mengejar dan berpaut kepada tahap dan benda yang bersifat sementara,
di mana ianya adalah dukkha, "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi" dan
kesakitan. Ini menyebabkan kita terperangkap dalam saṃsāra, kitaran
kelahiran semula yang tidak berkesudahan, dukkha dan meninggal dunia
lagi. Akan tetapi, terdapat satu cara untuk membebaskan kita dari kitaran
ini dan kepada tahap nirvana, iaitu "Lapan Jalan Mulia".
Kebenaran Dukkha adalah pandangan asas di mana kehidupan di dunia
biasa ini, dengan pautan dan keinginan untuk tahap dan benda yang tidak
berkekalan ialah dukkha dan tidak memuaskan. Kita menginginkan
kegembiraan dari tahap dan benda yang tidak berkekalan dan oleh itu,
tidak dapat mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Você também pode gostar