Você está na página 1de 3

Teks Bahas Pembangkang

Saya selaku pembangkang kedua menolak usul yang dibahaskan pada hari ini
kerana kami berpegang teguh dengan pendirian pasukan kami iaitu
kokurikulum merencatkan keterampilan murid bukan melengkapi
keterampilan murid.Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, pihak
perwakilan k, barisan pembangkang , sidg dewan yg sy kasihi,
ASSALAMUALAIKUM, SJ, SALAM PERDEBATAN.
Seterusnya, kami akan sambung dengan hujah kami yang kedua di bawah
kata kunci “ Aktiviti kokurikulum menyebabkan tekanan jiwa yang
merencatkan keterampilan murid” Pada tahun 2015, seorang pelajar
tingkatan 5 bertindak menggantung diri kerana terlalu tertekan. Dengan
adanya aktiviti kokurikulum, murid akan menjadi lebih tertekan kerana
banyak masa yang perlu dibahagikan dan tumpuan nya tidak beralih
kepada akedemik semata-mata.

TUAN YANG DIPERTUA,

Jika kita lihat, dengan adanya aktiviti kokurikulum murid akan


meluangkan masanya lebih di sekolah berbanding di rumah. Murid akan
merasa penat lebih lebih lagi murid pagi yang menjalani aktiviti
kokurikulum pada waktu petang. Mereka pasti akan pulang lewat dan
merunsingkan ibu bapa masing-masing di rumah. Kegiatan aktiviti
kokurikulum juga menyebabkan pelajar sering memberi alasan penat dan
tidak bermaya dalam kelas. Akibat drpd keletihan itu, pelajar kurang
memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Pelajar lebih cenderung
untuk tidur dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dalam kelas
serta tidak menepati tujuan utama penubuhan kokurikulum tersebut.
Hujah kami yang ketiga di bawah kata kunci” Kokurikulum sebagai
alasan, Keterampilan Murid hanya lakonan” Pada zaman kini, berita
mengenai pelajar mengunakan sekolah sebagai alasan untuk meninggalkan
sesi persekolahan agak ramai. Buktinya, pada 1 November 2017 di Mersing,
seramai 28 orang pelajar yang terdiri daripada darjah enam hingga
tingkatan tiga menggunakan alasan kelas tambahan sebagai alasan untuk
menunggang basikal lajak secara beramai ramai akhirnya dapat ditangkap
oleh polis.