Você está na página 1de 6

Sudah menjadi tanggungjawab saya selaku pembangkang kedua untuk

meninda ketiga-tiga usul dari pihak kerajaan.

Sebentar tadi bangkit menteri kedua dengan hujahnya di bawah kata


kunci”…………………………………………………….”
Seterusnya, kami pihak pembangkang akan mengutarakan hujah kedua kami
yang berbunyi”Pengiklanan memanipulasi hak pengguna yang membentuk
budaya kepenggunaan yang negatif” Disebalik seribu satu kebaikan yang dilihat
oleh pihak kerajaan, mereka tidak sedar akan dua ribu keburukan pengiklanan.
Tidak semua pengguna dapat hak mereka malah dimanipulasi oleh iklan. Hal ini
membentuk budaya yang tidak baik kerana sikap pengguna sudah tidak dapat
dikawal akibat hak yang tidak dijelaskan. Sebagai seorang pengguna yang
bertanggungjawab, terdapat lapan hak pengguna yang perlu difahami dan
diketahui.Antaranya ialah hak bersuara, hak keselamatan, hak membuat
pilihan, hak keperluan asas , hak mendapatkan ganti rugi, hak pendidikan
pengguna dan hak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan
selamat.Kebanyakkan pengiklan membuat kenyataan palsu atau mengelirukan,
semata –mata untuk membuat pegguna membeli atau melariskan produk
tersebut. Sebagai contoh, iklan berbunyi satu percuma satu, 5o peratus
potongan harga, 100 originL dan sebagainya. Iklan tersebut sebenarnya terlalu
indah untuk menjadi kenyataan. Terdapat beberapa jenis aduan yang diterima
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional(NCCC) Antaranya ialah barang yang
diterima tidak serupa berbanding dalam gambar. Realitinya barang tersebut
lebih kecil dan pengguna tidak dapat untuk menebus wangnya semula.
Kenyataan ini jelas membuktikan pengiklanan merupakan platform yang
menyukarkan pengguna. Menurut Majalah Niaga, satu kajian statistic yang
dikeluarkan oleh The Uk’s Advertising Statistic Yearbook tahun 2007
mendapati bahawa39.8 peratus syarikat menggunakan iklan untuk
mempromosikan iklan dengan pelbagai tujuan lain.
Hujah kami yang seterusnya di bawah kata kunci” Pengiklanan gagal
membentuk budaya kepenggunaan” Seperti yang pihak kerajaan sendiri
katakana tadi, di televisyen dan radio kini banyak iklan tentang kepentingan
untuk menjaga alam sektar dan sebagainya. Apa yang boleh kita perhatikan di
Malaysia, pengguna hanya mengambil ringan dan tidak kisah akan jenis
pengiklanan di media siaran , media cetak atau sebarang media dan secara
automatiknya membazirkan kos untuk melakukan pengiklanan. Kos dari segi
suara, pelauran dengan sesuatu syarikat, modal dan sebagainya untuk
melakukan pengiklanan sedangkan tidak dititikberatkan oleh masyarakat.
Budaya kepenggunaan yang gagal dipupuk oleh masyarakat menyebabkan
statistic kemasukan pelancong berkurangan.

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kerajaan digesa mewujudkan akta yang mewajibkan


setiap iklan terutama berkaitan produk makanan dan minuman supaya
mempamerkan logo halal.
Desakan itu dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berikutan lambakan produk
yang diiklankan terutama menerusi kaca televisyen ketika ini tidak diketahui
statusnya.

Apa yang membimbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit adalah


sikap pengguna di negara ini yang disifatkan sebagai belum cukup 'bijak' untuk
menilai sesuatu produk itu sendiri.

Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, hanya tindakan


penguatkuasaan mampu memastikan semua pihak terbabit dalam menerbit
atau menyiarkan iklan lebih peka terhadap sensitiviti pengguna Islam.

"Industri halal yang mendapat pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), perlulah mempamerkan logo halal pada setiap iklan yang
disiarkan di media massa.

"Bagi produk makanan yang tidak mempunyai logo halal pula, kenyataan
seperti 'produk ini tidak mempunyai pengesahan halal daripada Jakim' perlu
dinyatakan dengan jelas," katanya berhubung aspek utama yang perlu
dimasukkan di dalam akta khas tersebut.

Mustaffa yang ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini berkata, adalah
penting untuk kerajaan menggubal akta khas itu bagi memastikan pemain
industri yang memandang ringan perkara tersebut dikenakan hukuman
setimpal.

Você também pode gostar