Você está na página 1de 5

Panduan Pelaksanaan Penjaminan Kualiti

PBS Di Sekolah
Penjaminan Kualiti Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS


mengikut garis panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS
dilakukan melalui PEMENTORAN, PEMANTAUAN, PENYELARASAN dan
PENGESANAN oleh personel di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
sekolah. Keempat-empat komponen ini dijalankan secara formal mengikut jadual
yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.

Penjaminan kualiti merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diitikberatkan
terutama dalam pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu, berikut adalah panduan
bagaimana pelaksanaan keempat-empat elemen penjaminan kualiti yang boleh
dijalankan di sekolah. Pelaksanaan penjaminan kualiti di sekolah sehingga setakat ini
adalah pada tahap yang lemah dan diharapkan dengan rencana ringkas ini dapat
memberikan sedikit gambaran kepada warga sekolah bagaimanakah pengoperasian
penjaminan kualiti boleh dilaksanakan.

Pementoran

1. Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Pementoran untuk semua komponen


PBS.
2. Pastikan setiap aktiviti dirancang dilaksanakan. Sentiasa berhubung dengan
Setiausaha Ladap.
3. Jadual Pelaksanaan dan Laporan Aktiviti Pementoran semua komponen PBS
(cetakan) diserahkan kepada Guru Kanan / Ketua Panitia dilantik untuk
difailkan.
4. Guru Kanan yang memegang fail ini perlu mengingatkan serta bertanya apa-
apa pelaporan dari unit terlibat untuk dikumpulkan.

Jens-Jenis PEMENTORAN (CONTOH)

1. Taklimat Oleh Su Pbs Kepada Guru-Guru (UMUM PBS)


2. Ladap 7 Hari (UMUM PBS)
3. Taklimat Oleh Pengetua / Guru Besar Kepada Semua Guru (UMUM PBS)
4. Taklimat Oleh PK Kokurikulum (PAJSK)
5. Taklimat Oleh Kaunselor (PPSI)
6. Perbincangan Tidak Formal Antara Guru-Guru Berkaitan Dengan PdP,
Kandungan Mata Pelajaran, Pemetaan Mata Pelajaran, Modul Perekodan Dan
Lain-Lain (PS)
7. Mesyuarat Contact Time, Mesyuarat Panitia Matapelajaran, (PS)
8. Bimbingan Dan Bengkel Kepada Guru-Guru Berkaitan Instrumen, Penulisan
Ringkasan Mata Pelajaran (PS)
9. Latihan Pemeriksaan Item Oleh Ketua Panitia Kepada Guru-Guru Mata
Pelajaran Yang Lain (PS)
10. Bengkel Penyelarasan Skor Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran(PS)

Pemantauan

1. Sediakan Jadual Pemantauan Bagi Semua Komponen PBS dan jenis


pemantauan yang akan dibuat
2. Pastikan pelaksanaan pemantauan dijalankan
3. Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pemantauan setiap komponen
PBS diserahkan kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia dilantik untuk
difailkan
4. Guru Kanan/Ketua Panitia yang memegang bahagian Ini bertindak sebagai
orang yang memastikan aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul
pelaporan setiap komponen PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS
Di Sekolah )

Jenis-Jenis Pemantauan (Contoh)

1. Pentaksiran Sekolah – Personel Pemantau – Pengetua, Pk1, Guru Kanan,


Ketua Panitia

A. Pemantauan PdP /Pencerapan Klinikal Guru


B. Pemantauan Buku Ringkasan Mengajar Guru/Modul Perekodan Manual
Guru
C. Pemantauan Pengisian Prestasi Band Pelajar Di Komputer Khas
D. Pemantauan Buku Tulis/Buku Aktiviti/Instrumen Untuk Melihat
Evidens
*** Semua Jenis Pemantauan Di Atas Ini Boleh Disekalikan Dalam Satu
Sesi Pemantauan

Cadangan Instrumen Digunapakai : Standard 4 SKPM, Instrumen JNJK,


Instrumen Daripada SPA Atau Instrumen Yang Dibina Sendiri Oleh Sekolah

2. Pentaksiran Pusat (Pt3) - Personel Pemantau – Pentadbir, Guru Kanan, Ketua


Panitia
Pemantauan Setiap Peringkat Pelaksanaan Pt3 Yang Memerlukan Intergriti
Yang Tinggi. Contoh : Semasa Pelaksanaan Ujian Pelbagai Instrumen Dan
Ujian Bertulis Pt3, Penyemakan Skrip Jawapan Calon Dsb

Cadangan Instrumen : Instrumen Pemantauan Pentadbiran PT3 LP

3. Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani Dan Kokurikulum (Pajsk) - Personel


Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha
Sukan Dan Mereka Yang Dilantik.

a) Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jadual


Pemantauan Yang Ditetapkan Sekolah
b) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Segak
*** Personel Pemantauan Dilantik Terlebih Dahulu

Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen Bahagian Koku Dan


Kesenian / Dibina Sendiri Oleh Sekolah

4. Psikometrik – Personel Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan


Hem, Guru Bimbingan Dan Kaunseling/ Kaunselor

a) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 Dan Tahun 6 Di Sekolah


Rendah Dan Pentaksiran Psikometrik Di Tingkatan 3

Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen BPSH / Dibina Sendiri


Oleh Sekolah

Penyelarasan

1. Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Penyelarasan Untuk Semua Komponen


PBS. Contoh : 2 Kali Setahun Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Dan Peperiksaan Akhir Tahun.
2. Pastikan Setiap Aktiviti Dirancang Dilaksanakan.
3. Jadual Pelaksanaan Dan Laporan Aktiviti Penyelarasan Semua Komponen Pbs
(Cetakan) Diserahkan Kepada Guru Kanan / Ketua Panitia Dilantik Untuk
difailkan.
4. Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Fail Ini Perlu Mengingatkan Serta
Bertanya Apa-apa Pelaporan Dari Unit Terlibat Untuk Dikumpulkan.

Jenis-Jenis Penyelarasan (Contoh)


1. Penyelarasan Tugasan Dibuat Untuk Semua Guru Dalam Satu Sekolah.
Contoh : Mesyuarat Jawatankuasa PBS Akan Menentukan Hala Tuju Dan
Matlamat Sekolah Dalam Sesuatu Dasar.
i. Keselarasan Dalam Penulisan Buku Ringkasan Mengajar, Bila Perlu
Dihantar, Dan Kepada Siapa Perlu Dihantar. (PS)
ii. Setiap Guru Perlu Melengkapkan Modul Perekodan Dengan Kekerapan
Menanda Prestasi Murid Samada Dalam Bentuk Band/Tahap Penguasaan. (PS)
iii. Semua Guru Yang Terlibat Dalam Pajsk Perlu Melengkapkan Pelaporan
Pajsk Dan Segak Bila? (PAJSK)
iv. Keselarasan Dalam Penentuan Personel Yang Terlibat Dalam
Pelaksanaan Psikometrik Dll. (PPSI)

2. Penyelarasan Skor Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran


( Mohon Bantuan Sisc+, Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Dan Mereka Yang
Ada Pengalaman Tentang Penyemakan Kertas Dan Pemberian Skor ) Jika
Sekolah Tiada Kemudahan Personel Ini.

Contoh : Dibuat 2 Kali Setahun Untuk Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan


Dan Akhir Tahun (Perlu Ada Jadual) (PS)

Penyelarasan Instrumen Diguna Pakai Guru – Dibina Sendiri, Diambil


Daaripada Buku Aktiviti Atau Sumber Internet Dan Lain-Lain. (PS)

*** Instrumen Penyelarasan Boleh Menggunakan Instrumen Daripada PPD ,


LP Atau JNJK.

Pengesanan

1. Sediakan Jadual Pengesanan Bagi Semua Komponen PBS Dan Jenis


Pengesanan Yang Akan Dibuat
2. Pastikan Pelaksanaan Pengesanan Dijalankan
3. Pelaporan Bercetak Bagi Jadual Kerja Dan Aktiviti Pengesanan Setiap
Komponen Pbs Diserahkan Kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia Dilantik
Untuk Difailkan
4. Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Bahagian Ini Bertindak Sebagai
Orang Yang Memastikan Aktiviti Yang Dirancang Dijalankan Dan Mengumpul
Pelaporan Setiap Komponen PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS
Disekolah )

Jenis-Jenis Pengesanan ( Contoh )


1. Pengesanan Terhadap Instrumen Yang Digunapakai Guru Sebagai Latihan
Bertulis Di Dalam Kelas.
2. Pengesanan Terhadap Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan
Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Pengesanan Samada Instrumen Yang Guru Bina Atau Ambil Daripada Mana-
Mana Sumber Berkeupayaan Untuk Mentaksir Pelajar Mengikut Aras Sebenar
Pembelajaran Mereka.
4. Mengesan Samada Skor Atau Data Yang Guru Masukkan Samada Ke Dalam
Sistem Online PAJSK, Modul Perekodan Serta Pelaporan Psikometrik Atau
Aptitud Adalah Sah Dan Valid Serta Mematuhi Garis Panduan Yang
Ditetapkan

*** Boleh Menggunakan Instrumen Pengesanan Oleh LP

Você também pode gostar