Você está na página 1de 25

Sila klik di sini

untuk video
1. Murid dapat menjawab 4 daripada 5 soalan
mengenai papan tanda jalanraya dengan tepat

2. Murid dapat menjawab 4 darpada 5 soalan


mengenai peraturan dan langkah-langkah
keselamatan jalanraya dengan
Panduan umum keselamatan
jalanraya

• Mempunyai lesen memandu untuk kenderaan


tertentu.
• Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
• Patuhi papan tanda keselamatan jalanraya.
• Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
• Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan
keselamatan semasa menukar lorong.
Panduan umum keselamatan
jalanraya
• Sentiasa patuhi peraturan jalan raya.
• Elakkan daripada mengekori kenderaan lain
terlalu rapat.
• Patuhi garis panduan keselamatan semasa
memotong.
• Jangan memotong barisan atau
menyalahgunakan lorong kecemasan
• Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini
membahayakan keselamatan.
Panduan keselamatan pemandu
kereta
• Periksa sekeliling kereta dan pastikan tiada
kerosakan.
• Pastikan tekanan tayar mencukupi.
• Pastikan tiada kanak-kanak/binatang atau apa-
apa halangan yang boleh menyebabkan
kemalangan.
• Sentiasa memakai tali pinggang keledar.
Panduan keselamatan
pemandu kereta
• Pandu dengan konsisten- seboleh-bolehnya mengekalkan
kelajuan.

• Memandu dengan kelajuan yang betul.

• Brek dengan perlahan-Jika anda perlu membrek, tekan dengan


perlahan-lahan.
Panduan keselamatan
pemandu kereta
• .Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan
dikategori kurang sopan.

• Lampu kecemasan-Lampu kecemasan (hazard light) adalah


untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti,
bukannya ketika sedang bergerak.

• Beretika-Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih


lorong anda dan tetap di situ.
Panduan keselamatan
penunggang motosikal
• 1. Sebelum memulakan perjalanan - Periksa tayar,
brek, cermin sisi dan lampu motosikal. Pastikan ianya
dalam keadaan baik dan berfungsi.

2. Jika hendak memotong, amalkan tabiat memotong
dengan selamat dan jangan teragak-agak untuk
memotong.
3. Patuhi undang-undang lampu isyarat iaitu lampu
hijau bermaksud boleh meneruskan perjalanan, lampu
kuning bermaksud perlahankan motosikal dan bersedia
untuk berhenti dan merah bermaksud berhenti.
Panduan keselamatan
penunggang motosikal
4. Beri keutamaan kepada pejalan kaki yang berada di
garisan belang untuk melintas.

5. Jangan menukar lorong sesuka hati.

6. Jangan mencelah-celah, ikut lorong anda.

7. Jangan menggunakan jalan raya untuk berlumba.

8. Sentiasa menjaga adab ketika berada di jalan raya.


Pakaian keselamatan
penunggang motosikal

Topi keledar Jaket

Sarung tangan kasut


TOPI KELEDAR
Pakai topi keledar dengan betul
iaitu kancing tali dagu dengan ketat
untuk perlindungan yang
maksimum dan pastikan anda
menggunakan topi keledar yang
telah diluluskan oleh SIRIM.
JAKET
Jaket itu memberikan perlindungan
pada tulang belakang, tulang bahu,
dada serta kulit badan
SARUNG TANGAN
Sarung tangan yang bagus dapat
melindungi pergelangan tangan anda
dengan baik.
Jika kita terjatuh dari motorsikal kita akan
lebih cenderung untuk menahan tangan
atau tapak tangan ke atas jalan raya.
Dengan memakai sarung tangan, risiko
kecederaan pada bahagian tangan dapat
dikurangkan.
KASUT
Dengan berkasut anda dapat
melindungi kuku kaki,jari-jari
kaki,kulit kaki, buku lali serta kulit
kaki anda. Langkah ini juga untuk
mengurangkan risiko kecederaan.
Panduan keselamatan
penunggang basikal
• 1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar,
lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.

2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.

3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh
kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang anda hendak buat dan buat isyarat
awal-awal lagi.

4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris
diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.

5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing ke kanan, lebih selamat
berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari
kedua-dua arah baru melintas.

6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin


Panduan keselamatan
penunggang basikal
7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.

8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.

10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan
mengejut.

11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-
buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi
dari membawa penumpang.

12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka
pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.

13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan
dan lampu mereah dibelakang.

14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu.
Panduan melintas(pejalan
kaki)
1. Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.
2. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan
ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari
hadapan (berjalan menentang arah lalu lintas).
3. Hendaklah gunakan jejantas atau zebra crossing untuk
melintas jika ada.
4. Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan
kaki.
5. Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan
pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu.
6. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari.
7. Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan
yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.
Melintas di lintasan pejalan
kaki
1.Berilah kesempatan untuk pemandu melihat
anda dan memberhentikankenderaannya
sebelum anda melintas.
2.Pastikan semua kenderaan berhenti dan
berjalanlah dengan cermat bila melintas.
3.Anda hendaklah berhati-hati kerana ada
kemungkinan kenderaan dibelakang akan
memotong kenderaan yang berhenti.
Melintas di jalan biasa
1. Berdiri diatas kaki lima atau pinggir jalan.
2. Perhatikan dan dengar lalulintas
sekeliling.Jika ada lalulintas yang datang
biarkan ia berlalu.
3. Pandang kanan,kiri dan kanan sekali
lagi.sekiranya tiada kenderaan,melintaslah
dengan selamat.
4. Jangan berlari atau bermain-main semasa
melintas jalan.
5. Semasa melintas,pandang kearah
kenderaan yang datan
Melintas menggunakan
lampu isyarat
• bila lampu isyarat untuk pejalan kaki
berkelip-kelip,ia bererti lampu isyarat
akan bertukar kepada warna merah dan
anda dinasihatkan berhenti daripada
melintas.Jika anda sedang
melintas,percepatkan langkah anda
Menaiki bas (pejalan kaki)
TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS
1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang
bergerak.
2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum
naik atau turun.
3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas.
4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas.
5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas
jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
6. Menunggu ditempat perhentian bas yang
disediakan.
Berjalan kaki di waktu malam
Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda
dinasihatkan mematuhi panduan berikut bagi
membolehkan pemandu kenderaan melihat anda:
1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.
2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul
cahaya
3.Membawa surat khabar atau benda-benda
berwarna putih
4.Menggunakan lampu picit.
Berjalan kaki di waktu hujan
1. Anda dinasihatkan memakai baju hujan jika berjalan di waktu
hujan.

2. Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul


agar tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying
berwarna cerah.
3. Jangan berlari semasa memegang paying terutamanya semasa
melintas jalan.
4. Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah
tergelincir.
5. Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda
mungkin tidak nampak kenderaan yang datang dari arah
hadapan.
.
Papan tanda Maksud
Selekoh ke kiri

Dilarang belok ke kanan

Dilarang memandu melebihi


had laju yang tertera

Beri laluan

Dilarang meletakkan
kenderaan

Você também pode gostar