Você está na página 1de 4

Kata prafasa meliputi:

a)kata bantu
b)kata penguat
c) kata penegas
d)kata nafi
e)kata pemeri
f)kata sendi nama

a)Kata bantu:

- Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan
masa hadapan.
- Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa
hadapan (akan dan belum)
- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan
- Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

b)Kata Penguat

- perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan
maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh
- contoh:
i. Pelajar itu sungguh rajin
ii. Karangan Anita agak baik
iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.
iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah
keluarganya di kampong

c)Kata Penegas

-sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian


tertentu dalam ayat.
-terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

i.yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata


penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah.
ii.yang menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa
predikat atau bahagian-bahagiannya.
iii.Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan
memang.

Contoh:
i. Itulah ibu pejabat persatuan kami
ii. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah

d)Kata Nafi

- Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa
tersebut.
- Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang
penggunaannya.
Contoh:
i.Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i.
ii.Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.

e) Kata Pemeri

- unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam
predikat.
- terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contoh:
Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan.

2. Adalah, yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Contoh:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
i. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung
tersebut.

b) Dengan predikat frasa adjektif


ii. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.

f) Kata Sendi Nama


- perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
- contoh:
di, ke, daripada, kepada, dari, pada.
bagi, demi, untuk, tentang, seperti.
umpama, sejak, terhadap, akan, oleh.
hingga, untuk, antara, dengan, dalam.

g) Kata Bilangan
- sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
- contoh:
dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh.

Kata Pascafrasa
- hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.

- terdapat dua subjenis kata pascafrasa, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu:
1. kata penekan - yang memberikan penegasan
contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata
nama.
contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.
Peribahasa latihan 2

 Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih


 Jika ada kemenyan sebesar lutut pun,jika tidak dibakar tidak akan berbau
 Bagai gembala diberi keris
 Condong ditumpil,lemah dianduh
 Bagai menatang minyak yang penuh
 Membuka pekung di dada
 Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
 Besar pasak daripada tiang
 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
 Mengangkat bendera putih
 Kacang hantu
 Jalan buntu
 Berpeluk tubuh
 Menuding jari
 Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga
 Ikan pulang ke lubuk
 Belayar sambil memapan,merapat sambil belayar
 Berkayuh sambil bertimba
 Sambil berdiang, nasi masak
 Ke sungai sambil mandi
 Sambil menyelam minum air
 Sambil berdendang, biduk hilir
 Biar putih tulang,jangan putih mata
 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
 Bersatu teguh,bercerai roboh
 Bersatu bertambah mutu
 Bahasa menunjukkan bangsa
 Enggang lalu ranting patah
 Seperti aur ditarik songsang
 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Peribahasa latihan 1

 Ilmu itu pelita hati


 Membuka mata
 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
 Seperti lipas kudung
 Buah tangan
 Usaha tangga kejayaan
 Ada jalan
 Beralih angin
 Mengambil bahagian
 Mengambil kesempatan
 Anak didik
 Orang lama
 Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih
 Belum duduk sudah belunjur
 Biar jatuh terletak,jangan jatuh terhempas
 Pencegahan lebih utama daripada pengubatan
 Arang habis,besi binasa
 Bagai air mencari jenisnya
 Air beriak tanda tak dalam
 Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

Você também pode gostar