Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
BENTUK GEOMETRI,
SINOPSIS
Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mewarna murid dalam mewarnakan bentuk
geometri dengan mengaplikasikan teknik ton warna dalam kalangan murid tahun 3 Soorian.Murid-murid
tahun 3 Soorian ini perlu mengaplikasikan teknik ton warna dalam mewarnakan bentuk-bentuk geometri
yang telah mereka lukiskan.Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun 3 Sooriyan.Peserta kajian ini
telah dipilih melalui kaedah pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,soal selidik dan
juga senarai semak kajian.Kesemua peserta kajian telah menggunakan Kit Sun& Moon selama tiga
minggu,dalam mewarnakan bentuk geometri dengan menggunakan teknik ton warna.Perubahan dalam
mewarnakan bentuk geometri telah diperhatikan.Pengunaan kit ini telah menujukkan perubahan dalam
teknik mewarna murid apabila membuat perbandingan dengan hasil karya mereka yang pertama
dengan hasil karya mereka yang terakhir.Kesimpulanya, dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan
penggunaan Kit Sun & Moon dalam mewarnakan bentuk geometri dengan mengaplikasikan teknik ton
warna.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Menambahbaik amalan pengajaran guru dengan menggunakan kit Sun & Moon dalam aktiviti
mewarna.
1. Murid menetapkan tempat yang hendak dicerahkan dan juga tepat yang hendak digelapkan.
2. Murid perlu meletakan templet gambar matahari di tempat yang hendak cerahkan dan gambar
bulan di tempat yang hendak gelapkan.
3. Murid akan memilih templet ton warna untuk mewarnakan bentuk geometri.