Você está na página 1de 7

Halaman Pengakuan

“Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
TUGASAN 2: ULASAN KRITIS

Kamus Dewan memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk,sifat,


rupa atau keadaan. Maka dengan ini, sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu
diubah bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan.Perkara ini
bukanlah perkara baru kepada sistem pendidikan negara kerana perkara ini sudah lama
tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996 yang menyebut “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Transformasi pendidikan menjadikan tanggungjawab guru semakin besar dan


memerlukan kekuatan serta jati diri yang utuh.Oleh itu, setiap guru perlu bijak
mengintegrasikan diri yang terpuji dan ketinggian ilmu pengetahuan bagi pembentukan
akhlak yang mulia dalam memajukan masyarakat negara ini. Guru yang berkesan bukan
sahaja menyampaikan ilmu malah dapat menyesuaikan diri dengan arus kemajuan dalam
dunia pendidikan.Guru berperanan sebagai agen perubahan dan perlu bersedia dengan
kritikan dan tekanan daripada masyarakat yang tidak secara langsung membantu
meningkatkan martabat profesion keguruan.

ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal:

“Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru”

Penulis:

Boon Pong Ying

(Jabatan Ilmu Pendidikan)

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2


“Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru” adalah tajuk
jurnal yang telah dipilih oleh saya bagi membuat ulasan ini.Tajuk ini cukup memberi
gambaran kepada pembaca mengenai apa yang akan ditulis oleh penulis jurnal ini. Jurnal
ini telah di tulis oleh Boon Pong Ying dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPBA.Sebelum saya
mengulaskan tentang jurnal ini,saya hendak memberikan definisi tentang guru sebagai
agen perubahan supaya boleh mengkaitkan dengan jurnal pilihan saya ini.

Menurut Abd. Aziz (2000) ,guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu
terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal.Mereka perlu
bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka
dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya
menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif
dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan
pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah.

Perubahan ke atas guru boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang


dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan
pengajaran para guru. perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang
menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.Guru bertangggungjawab
untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri
seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan
menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Jurnal yang bertajuk Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri


Guru jelas menbincangkan membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk
pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa. Boon Pong Ying penulis jurnal ini,menyatakan pentingnya
peranan guru sebagai penyampai ilmu, kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak
mereka.Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat
kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.Oleh itu, seorang guru
perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan.Guru juga perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya
berfikir dan budaya menulis.
Penulis juga membincangkan strategi-strategi yang boleh membawa perubahan
dalam profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek
kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif dan
portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan.Dengan
mengaplikasikan amalan reflektif guru dapat mengenalpasti masalah yang wujud dalam
bilik darjah dan membuat perubahan secara menyeluruh iaitu termasuk latihan untuk
pelajar dan juga guru.

Penulis turut menyatakan guru seharusnya mampu memperkukuh kapasiti untuk


memperbaiki dan mengubah pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan
profesional dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta
memperjelaskan nilai-nilai profesional.Guru yang berpandangan progresif mampu
memperkaya diri dengan pengetahuan,dan kemahiran.Untuk itu, guru yang telah
menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-
masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-
bidang tertentu serta membawa perubahan dalam teknik pengajaran mereka.Perubahan
seperti ini dikatogorikan sebagai Perubahan Strategik Organisasi iaitu penglibatan
keseluruhan organisasi kurikulum memastikan peralatan yang mencukupi, teknik mengajar
diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mencapai sesuatu matlamat.

Dalam jurnal yang saya pilih ini juga penulis menyatakan bahawa amalan refleksi
dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional untuk membuat keputusan
yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi memberi peluang
kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri
selain dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka
dengan efektif.Selain itu, penulisan reflektif berbentuk portfolio menjadi satu cara guru
meningkatkan profesionalisme diri. Penulis menyatakan bahawa pembentukan portfolio
pengajaran memberi kesan yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti
pengajaran guru dalam profesionnya.Menurut penulis jurnal ini , apabila seseorang guru
meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu dia boleh mebuat perubahan dalam
pengajaran dia.
Menurut penulis jurnal ini guru boleh meningkatkan serta mengubah
profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain untuk
membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik
tertentu di samping mendapat input-input baru daripadafasilitator yang pakar dalam bidang-
bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri mereka tentang pengajaran, memperoleh
maklumbalas daripada rakan-rakan,membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan
berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran.Apabila
mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran,
mereka akan dapat mengubah strategi berpusatkan guru kepada berpusatkan murid dan
memberikan perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai dengan cemerlang.

Dengan mengkaji jurnal yang bertajuk “Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan


Profesionalime Diri Guru” ini saya dapat membuat kesimpulan bahawa kualiti guru adalah
asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada
profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri
dan amalan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membawa perubahan dalam
system pendidikan negara.Akhirnya guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum
perlu melatihkan diri mereka dengan amalan membuat reflektif supaya membawa
perubahan dalam diri murid serta mengatasi masalah murid dalam bilik darjah agar dapat
meningkatkan mutu pendidikan.
RUJUKAN

BUKU

 Syed Ismail Syed Mustafa (2010).Budaya dan Pembelajaran. Puchong, Selangor :


Penerbitan Multimedia.

INTERNET

 Reflektif ke arah peningkatan profesionalisme diri guru Dilayari pada 27 Februari


2018 daripada
https://www.academia.edu/4437368/AMALAN_REFLEKTIF_KE_ARAH_PENINGK
ATAN_PROFESIONALIME_DIRI_GURU_Boon_Pong_Ying

 Guru sebagai agen perubahan Dilayari pada 27 Februari 2018 daripada


https://www.slideshare.net/aizatoor/guru-sebagai-agen-perubahanmurid

 Transformasi pendidikan Dilayari pada 25 Februari 2018 daripada


https://www.slideshare.net/vhere1/transformasi-pendidikan
LAMPIRAN

Você também pode gostar