Você está na página 1de 5

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN


PENDIDIKAN KHAS

KPP6034

Perbezaan Individu & Pengurusan Bilik Darjah

NAMA PELAJAR : Siti Zerafina Binti Osman


NO MATRIK : 20171001437
NO KAD PENGENALAN : 930514135166
KUMPULAN PENGAJIAN : Pendidikan Khas
SEMESTER : 1
PENSYARAH PEMBIMBING : Dr. Mohd Nazir Bin Md Zabit
TAJUK TUGASAN : Analisis Artikel 2

1.0 TAJUK:
‘Affective Curriculum for Gifted Students in Malaysia: A Recommendation’

2.0 OBJEKTIF KAJIAN:


Kajian yang dilaksanakan adalah bertujuan bagi mengupas mengenai isu sosio-emosi yang
berlaku dalam kalangan remaja pintar cergas serta pelaksanaan kurikulum afektif dan yang
bersesuaian bagi memenuhi kehendak sosio-emosi remaja pintar cergas. Dalam pada itu,
kajian juga turut mengupas mengenai jenis-jenis model yang digunakan bagi
membangunkan kurikulum afektif untuk murid pintar cerdas dalam konteks sistem
pendidikan di Malaysia.

3.0 PENGARANG/PENYELIDIK:
Brendan Ch’ng

4.0 INTIPATI KAJIAN


4.1 Pengenalan
Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, pendidikan khusus bagi pintar cergas
adalah sedang membangun tahun demi tahun. Universiti Kebangsaan Malaysia telah
melancarkan Program Pendidikan PERMATA Pintar dan ‘Camp Holiday School’ untuk
mengenal pasti dan menampung keperluan pembelajaran pelajar berbakat dan berbakat
dari seluruh negara. Bahkan juga, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) telah
menggariskan rancangan jangka panjang dalam Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia
2013-2025 bagi menyokong dan melaksanakan program pintar cerdas di Malaysia.
Berdasarkan usaha KPM dalam membentuk pemahaman mendalam mengenai keperluan
murid pintar cerdas serta memajukan pendidikan pintar cerdas, artikel ini mengulas
mengenai keperluan sosio-emosi murid pintar cerdas, dan menampilkan pelbagai strategi
bagi membangunkan kurikulm afektif khusus untuk program pintar cerdas di Malaysia.
4.2 Isu Sosio Emosi Remaja Pintar Cergas
Kajian Hollingworth dalam Gross, (2002) menyatakan bahawa individu pintar cerdas
memiliki tahap IQ antara 125 dan 155 serta merupakan individu yang "seimbang, percaya
diri, keluar, dan dapat memenangi keyakinan dan persahabatan rakan sebaya. Dalam pada
itu, Hollingworth juga menyatakan bahawa individu pintar cerdas mengalami pelbagai
masalah sosio-emosional kerana kanak-kanak berkemampuan sederhana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan mereka, maka individu pintar cerdas sukar untuk membina
hubungan baru.
Antara isu yang dihadapi oleh murid pintar cerdas adalah gaya pemikiran murid pintar
cerdas yang berbeza dengan murid sederhana. Sedia maklum bahawa murid pintar cerdas
mempunyai daya pengamatan dan kepekaan yang tinggi di mana ianya mempengaruhi
tahap perkembangan sosio-emosi mereka.Berdasarkan Teori Disabegrasi Positif Dabrowski,
perkembangan murid pintar cerdas adalah berkembang dari tahap dari rendah (‘egocentric’)
sehingga ke tahap tinggi (‘altruistic’)" dengan cara pemecahan positif. Cara pemecahan
positif ini menyebabkan murid cergas mengalami pengalaman unik dari segi perkembangan
mereka. Daya psikomotor, sensual, intelektual, imaginasi, dan emosi murid pintar cergas
lebih tinggi dari murid sederhana. Walaupun demikian, kelebihan yang ada pada murid
pintar cerdas ini menyebabkan mereka tampak berbeza dari murid lain. Hal ini
menyebabkan murid pintar cerdas ini terasing dan sering disalah ertikan oleh murid-murid
yang tidak dapat memahami gaya murid pintar cerdas yang unik.
Seterusnya, murid pintar cerdas juga mengalami tekanan untuk membina perhubungan
dengan rakan sebaya. Budak lelaki pintar cerdas berpandangan bahawa mereka perlu mahir
bersukan atau unsur kecindan untuk memastikan kebijaksanaan mereka diterima oleh rakan
sebaya. Kontradiksinya dengan budak perempuan pintar cerdas di mana mereka lebih
gemar menyembunyikan kelebihan mereka dan memlih aktiviti stereotaip untuk bergaul
dengan rakan sebaya. Perkara ini menyebabkan murid pintar cerdas tertekan dan mereka
terpaksa menyembunyikan kebijaksanaan mereka agar mereka dapat bergaul dengan
rakan sebaya. Tambahan pula, murid pintar cerdas juga takut dilabel sebagai murid ‘nerd’
dan ‘geek’ apabila kebijakasanaan mereka terserlah. Hal ini adalah kerana golongan murid
‘nerd’ dan ‘geek’ sering dibuli disebabkan perbezaan mereka denga murid lain.
Selain itu, murid pintar cerdas mempunyai ciri ‘self concept’ yang baik tetapi
kemahiran sosial yang lemah. ‘Self concept’ ini adalah imej atau pandangan individu
terhadap dirinya sendiri. ‘Self concept’ ini mempengaruhi murid pintar cergas dari aspek
kejayaan, keyakinan diri, motivasi dan perhubungan. Walaupun begitu, ‘self concept’ murid
pintar cerdas berkurangan apabila mereka berterusan merasa bimbang dan terasing di
dalam persekitaran sekolah. Peminggiran dari rakan sebaya di sekolah membuatkan
mereka hilang ‘self concept’ . Kekurangan dari kemahiran sosial juga menyebabkan murid
pintar cerdas hilang arah, rendah diri serta hilang identiti diri. Hal ini juga turut menyebabkan
murid pintar cerdas sekaligus hilang keyakinan terhadap kemampuan mereka.
Di samping itu, murid pintar cerdas mempunyai sikap perfeksionis yang tinggi.
Perfeksionis ini adalah bermaksud di mana individu yang sentiasa memastikan semua
perkara berada pada tahap yang sempurna dan tidak mempunyai cacat cela. Murid pintar
cerdas yang perfeksionis ini sering mempunyai standard yang tinggi semasa melakukan
tugasan. Perkara ini adalah bagus akan tetapi tidak semua murid sederhana dapat
mengikuti cara ini. Sikap perfeksionis ini juga menyebabkan murid pintar mempunyai
jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri dan rakan sekelas mereka. Hal ini menyebabkan
rakan sekelas mereka tidak gemar melakukan tugasan bersama dengan murid pintar cerdas
yang mempunyai standard tinggi dan karenah yang banyak semasa melakukan tugasan.

4.3 Model Yang Digunakan Untuk Membentuk Kurikulum Afektif Pintar Cerdas
4.3.1 Taksonomi Krathwohl Dalam Domain Afektif
Taksonomi Krathwohl Dalam Domain Afektif adalah sebaghagian daripada
Taksonomi Objektif Pendidikan yang terdiri daripada tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Taksonomi ini menyatakan domain afektif dalam objektif pembelajaran
melibatkan dari segi minat, kelakuan, nilai, penghargaan, penyesuaian dan emosi murid.
Dalam pada itu, taksonomi afektif ini adalah berkait rapat dengan taksonomi kognitif.
Kedua-dua taksonomi ini boleh diterapkan dalam objektif pembelajaran murid pintar cerdas.
Sebagai contoh, taksonomi kognitif iaitu aplikasi dapat diselarikan dengan taksonomi afektif
iaitu menilai. Dari sini, murid bukan sahaja dapat belajar kemahiran aplikasi pengetahuan
yang telah dipelajari. Malah murid juga belajar untuk mencari nilai terhadap pengetahuan
yang dipelajari.
4.3.2 Kecerdasan Emosi
Menurut Mayer & Salovey (1997) , kecerdasan emosi adalah ditakrifkan sebagai kemahiran
untuk mengawal emosi, mengakses serta melahirkan emosi bagi membantu proses
pemikiran, memahami emosi dan pengetahuan emosi, dan refleksi emosi yang
mencerminkan perkembangan emosi dan intelektual individu. Kebanyakan murid pintar
cerdas mempunyai tahap IQ yang tinggi akan tetapi mereka mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang rendah. Oleh yang demikian, dengan penerapan kecerdasan emosi dalam
kurikulum akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid pintar cerdas
di samping membantu perkembangan emosi mereka. Mayer & Salovey (1997) juga turut
menyatakan bahawa kemahiran emosi lebih murdah untuk dipelajari melalui hubungan
antara guru dan murid. Di sini guru memainkan peranan sebagai ejen sosial di dalam kelas
untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid pintar cerdas di dalam kelas.
4.3.3 Pelan Pembangunan Bakat
Moon dan Ray (2006) menngulaskan bahawa kompetensi sosial dan peribadi adalah
elemen penting dalam menyumbang gaya kehidupan yang berjaya dan bahagia bagi
individu berbakat; bakat-bakat peribadi dan kemahiran sosial yang membantu pelajar
berkemahiran tinggi membuat persediaan bagi menghadapi dunia kerjaya yang mencabar.
Oleh sebba itu, murid pintar cerdas mestilah digalakkan untuk mencungkil potensi dan bakat
yang ada pada diri mereka bagi perkembangan sosio-emosi mereka. Guru boleh
menggunakan strategi pembelajaran secara instruksional atau tidak instruksional bagi
mencungkil potensi murid pintar cerdas. Sebagai contoh, guru menggunakan ALM
(Autonomous Learner Mode) yang menggabungkan pembelajaran secara instruksional atau
tidak instruksional. Melalui model ini, guru dapat mengenal pasti minat, keammapuan dan
nilai yang ada pada murid berdasarkan sesi pembelajaran. Model ALM ini juga menerapkan
kemahiran intrapesonal dan interpersonal murid di mana ia dapat membantu murid pintar
cerdas untuk bergaul dengan rakan sekelas sekaligus membina kemahiran sosial murid
pintar cerdas.
4.3.4 Program Pembangunan Kerjaya
Menurut Peter (2002), program pembangunan kerjaya perlu diterapkan dalam
kurikulum pintar cerdas di mana kurikum pintar cerdas tidak hanya tertumpu kepada minat
dan tahap akademikmurid tetapi juga mengambil kira personaliti, nilai dan tahap kesesuaian
dalam pelbagai persekitaran kerjaya. Program pembangunan kerjaya ini bertujuan bagi
mebantu murid pinat cerdas lebih peka dengan keperluan kendiri yang berkaitan dengan
kerjaya yang mepunyai potensi bagi mereka. Sebagai contoh, guru mengadakan lawatan ke
seminar kerjaya. Di sini murid pintar cerdas dapat melihat pelbagai jenis bidang kerjaya
yang berkaitan dengan minat dan potensi murid.
4.3.5 Biblioterapi
Hébert dan Kent (2000) menyatakan bahawa biblioterapi adalah satu konsep di mana
penggunaan bahan bacaan dapat melahirkan perubahan afektif dan perkembangan
personaliti dalam diri pembaca. Penerapan biblioterapi dalam kurikulum memabntu murid
pintar cerdas memahami diri mereka dan mengaitkan emosi mereka dengan membaca
bahan bacaan yang berkaitan dengan situasi mereka. Apabila murid merasa bahawa
mereka memounayi nasib yang sama di dalam watak bahan bacaan mereka, mereka akan
berpendapat bahawa mereka tidak berseorangan dalam mengahadapi krisis yang sama.
Tambahan pula, murid pintar cerdas juga mendaat mendengar luahan rakan sebaya mereka
semasa perkongsiaan masalah dalam sesi biblioterapi.
5.0 PENERAPAN KURIKULUM AFEKTIF DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Integerasi Taksonomi Krathwohl di dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral adalah merupakan tindakan yang efektif di mana taksonomi Krathwohl melibatkan
kedua-dua domain iatu afektif dan kognitif. Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa akan
memperbaharui isi kurikulum bagi kedua-dua subjek supaya meninggalakna impak nilai
yang lebih berkesan.
Dalam pada itu, kecerdasan emosi juga perlu diterapkan dalam subjek Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Melalui penerapan ini, guru dapat memperbaiki kemahiran
emosi murid di mana murid akan berinterkasi secara langsung atau tidak langsung bersama
dengan rakan sebaya atau guru. Pada waktu yang sama, perkara ini memberi peluang
kepada murid untuk terlibat secara aktif dengan kemahiran emosi yang telah dipelajari.
Seterusnya, biblioterapi boleh diterapkan dalam program sedia ada iaitu Program
Membaca NILAM. Semasa guru mengadakan program NILAM bersama dengan murid, guru
boleh mengadakan sesi biblioterapi pada waktu yang sama. Tindakan sedemikian akan
mengalakkan murid pintar cerdas untuk berkongsi cerita serta meluahkan perasaan
bersama rakan sebaya.
Di samping itu, program pembangunan kerjaya dan bakat telah dilaksanakan di
Malaysia melalui program PERMATA Pintar dan ‘School Holiday Camp’. Kedua-dua prigram
ini bertujan bagi melahirkan pendidikan holistik dan memperkembangkan potensi murid
pintar cerdas. Pada waktu yang sama, program pembangunan kerjaya dan bakat perlu
diterapkan ke dalam program Asasi Pintar yang ditubuhkan untuk pelajar pintar cerdas bagi
emmbantu mereka milih bidang kerjaya yang bersesuaian. Justifikasinya, program
pembangunan kerjaya dan bakat bukan sahaja perlu diadakan untuk murid pintar cerdas
malah murid sederhana juga boleh mendapat manfaat melalui program ini.

6.0 KONKLUSI & IMPLIKASI


7.0 BIBLIOGRAFI
Ch'ng, B. (2014). Affective Curriculum for Gifted Students in Malaysia: A Recommendation.
Journal for the Education of the Young Scientist and Giftedness Volume 2, 11-21.

Você também pode gostar