Você está na página 1de 15

1.

0 PENGENALAN

Puasa merupakan salah satu ibadah wajib yang terdapat dalam Rukun Islam. Tujuan utama
puasa adalah untuk memperoleh darjat ketaqwaan. Keistimewaan bagi orang yang berpuasa
sangatlah banyak. Antaranya ialah Allah menyediakan pintu khusus di syurga bagi orang
yang berpuasa ketika di dunia. Dari Sahal bin Sa’ad, dari Nabi baginda bersabda:

Maksudnya: “Di syurga ada lapan pintu. Antaranya ada pintu yang bernama Rayyan yang
hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa.”

Puasa bukan sahaja bermaksud menahan lapar dan dahaga tetapi juga membawa
makna menghindarkan diri daripada berkata-kata perkara yang sia-sia dan menjerumus ke
arah dosa seperti berdusta, menipu, mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Bagi umat Islam,
perintah wajib berpuasa telah disyariatkan pada bulan Ramadhan. Bulan ini merupakan
penghulu segala bulan dan darjatnya tinggi di sisi Allah.

Agama Islam sangat menitikberatkan keadaan umatnya kerana menetapkan puasa


yang wajib, sunat, makhruh dan haram ditunaikan. Ini bermakna tidak semua puasa
dibenarkan dalam Islam. Contohnya puasa pada Hari Raya Aidilfiri diharamkan kerana hari
tersebut adalah untuk menyambut hari kemenangan umat Islam. Amalan berpuasa bukan
sahaja terdapat dalam ibadah agama Islam tetapi juga terdapat dalam agama lain seperti
Kristian, Buddha, Hindu dan Juidism. Walaubagaimanapun, cara berpuasa setiap agama
berbeza seperti yang disyariatkan dalam Islam.

Seperti ibadah-ibadah lain, puasa juga mempunyai hikmah yang tidak terkira.
Antaranya adalah untuk mendidik jiwa manusia supaya bersabar dalam setiap keadaan. Orang
yang berpuasa perlu bersabar menunggu waktu berbuka dan menghindarkan diri dari perkara-
perkara yang boleh membatalkan puasa. Ilmu fiqh mengenai puasa wajib difahami dan
dihayati oleh seluruh umat Islam agar ibadah puasa yang dilakukan menjadi lebih sempurna.
Projek HBIS3101 iaitu Fiqh I melibatkan lima tajuk seperti yang diringkaskan dalam jadual
di bawah:

Definisi, Perbezaan Konsep


Hikmah Berpuasa
Hukum Dan Puasa Antara Islam
Pendahuluan Dalam Aspek Sosial Kesimpulan
Jenis Puasa Dengan Agama
Dan Ekonomi
Selain Islam

1
2.0 MAKSUD, HUKUM DAN JENIS PUASA DALAM ISLAM

2.1 Maksud Puasa Dalam Islam

Perkataan puasa berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu “Shiyam”. Perkataan ini
diungkapkan sebanyak 13 kali dalam Al-Quran dan 112 kali dalam pengertian hukum syariat.

Puasa seperti yang disebut oleh Syeikh Dr. Yusuf Qadhawi dalam bukunya Fiqih
Shiyam bermaksud meninggalkan dan menahan diri secara bahasa dan secara istilah
bermaksud mencegah dan menahan diri secara sedar daripada makan, minum, berhubungan
seks dan hal-hal sejenisnya selama sehari yakni bermula terbit fajar sehingga terbenamnya
matahari.

Menurut Sheikh Kamil Muhammad Uwaidah dalam Al-Jami’ Fiqih An-Nisa, puasa
dari segi bahasa bermaksud menahan manakala menurut syariat bermaksud menahan diri
secara khusus dalam waktu tertentu serta syarat-syarat tertentu. Menahan diri di sini termasuk
ibadah kerana wajib menahan diri dari makanan, minuman dan hubungan seks serta nafsu
sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Selain itu, maksud puasa dalam Al Manhaji ‘Ala Mazhab Imam Syafi’I hasil karya Dr
Mustafa Al-Khin menjelaskan perkataan puasa berasal dari bahasa arab (Ash-Shiyam) yang
secara bahasa bererti menahan diri dari sesuatu perkataan atau makanan. Menurut syariat pula
bererti menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbit matahari disertai
dengan niat. Hal ini bertepatan seperti firman Allah dalam Al-Quran yang menceritakan
tentang Maryam bernazar tidak akan berbicara dengan sesiapapun.

“Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah “ (QS.
Maryam:26).

2
2.2 Hukum Puasa

Puasa pada bulan Ramadhan merupakan perintah wajib yang ditetapkan dalam Al-Quran, As-
Sunnah, dan Ijma’ para ulama.

Firman Allah • Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa


Dalam Al- sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu
Quran supaya kamu bertaqwa.(Al-Baqarah: ayat 183)

• "Islam dibangun datas lima perkara iaitu: Bersaksi tiada tuhan


Sabda Nabi
yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad
Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan
dalam As-
zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Sunah
Baitullah.

Riwayat
• "......Berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Sahih
Baitullah."
Muslim

Puasa pada bulan Ramadhan telah difardhukan pada Sya’ban tahun kedua Hijrah. Hal
ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-
Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah. Oleh itu
sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa.”

Muslim yang mencapai akil baligh wajib berpuasa. Oleh sebab itu, puasa tidak
diwajibkan ke atas orang kafir sehinggalah mereka memeluk Islam. Malah, puasa juga tidak
menjadi wajib bagi kanak-kanak sehinggalah mereka mencapai akil baligh.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak tersebut hendaklah didorong untuk berpuasa sekiranya
mereka mampu menunaikannya. Seseorang yang mengingkari kewajipan berpuasa ini akan
jatuh kafir.

Menurut Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah puasa pada bulan Ramadhan tidak
menjadi wajib sekiranya terdapat keuzuran. Antara keuzuran yang diberi keringanan untuk
tidak berpuasa ialah orang bermusafir, orang sakit, orang tua yang tidak larat dan khus bagi
wanita yang dalam keadaan haidh, nifas, hamil atau menyusu.

3
2.3 Jenis Puasa

Puasa boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:

Puasa Puasa
Haram Wajib

Puasa Puasa
Makhruh Sunat

2.3.1 Puasa Wajib

Puasa wajib merupakan puasa yang wajib dilaksanakan dan orang yang mengerjakannya akan
memperoleh pahala dan jika tidak dikerjakan akan mendapat dosa.

Bil. Jenis Puasa Wajib Keterangan

1. Puasa bulan Puasa ini difardukan kepada seluruh umat Islam pada setiap bulan
Ramadhan Ramadhan setiap tahun.

2. Puasa qadha dan Puasa qadha wajib ditunaikan kerana menggantikan puasa yang
kifarah puasa telah ditinggalkan pada bulan Ramadhan.

Puasa kafarah wajib ditunaikan untuk menebus dosa yang


dilakukan sekiranya melanggar perintah Allah seperti bersetubuh
pada siang bulan Ramadhan, membunuh orang dan bersumpah.

3. Puasa nazar Puasa nazar wajib ditunaikan apabila hasrat seseorang yang
bernazar telah dikabulkan oleh Allah.

4
2.3.2 Puasa Sunat

Puasa yang hukumnya sunat ialah puasa yang jika dikerjakan akan memperoleh pahala tetapi
tidak akan mendapat dosa sekiranya tidak dikerjakan. Puasa sunat bertujuan menambahkan
amalan soleh dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui puasa.

Bil. Jenis Puasa Sunat Keterangan

1. Puasa hari Isnin Puasa pada kedua-dua hari ini merupakan kebiasaan Rasulullah
dan Khamis sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Dari Aisyah R.A bahawasanya nabi Muhammad memilih puasa


pada hari isnin dan Khamis.” (H.R. Tirmizi)

2. Puasa Syawal Puasa syawal ialah puasa enam hari pada bulan syawal. Dari Abi
Ayyub telah bersabda Rasulullah:

Maksudnya: Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikuti


dengan puasa enam hari dibulan Syawal akan mendapat pahala
seperti satu tahun: (H.R. Muslim)

3. Puasa Asyura Puasa ini dikerjakan pada 10 Muharam.

2.3.3 Puasa Makhruh

Antara contoh puasa makhruh ialah:

Bil. Jenis Puasa Makhruh Keterangan

1. Puasa khusus hari Puasa pada kedua-dua hari ini menjadi makhruh sekiranya
jumaat dan sabtu tidak digandingkan dengan hari sebelum atau selepasnya
kecuali bertujuan untuk mengqadha atau bernazar puasa.

2. Puasa sepanjang Puasa ini dikerjakan setiap hari berturut-turut kecuali pada hari
tahun diharamkan berpuasa.

5
2.3.4 Puasa Haram

Antara puasa yang diharamkan ialah:

Bil. Jenis Puasa Haram Keterangan

1. Puasa Pada Kedua- Hari Raya Aidilfitri haram untuk berpuasa kerana hari tersebut
Dua Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam yang harus diraikan dengan
gembira.

Hari Raya Aidiladha juga diharamkan berpuasa kerana umat


Islam disunnahkan menyembelih haiwan kurban dan
memberikannya kepada fakir miskin untuk merayakan hari
kebesaran itu.

2. Puasa Hari Tasyrik Hari Tasyrik adalah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan masih
diharamkan berpuasa kerana umat Islam masih dalam suasana
perayaan.

3. Puasa Hari Syak Hari syak adalah pada 30 Syaaban.

6
3.0 PERBEZAAN KONSEP PUASA ANTARA ISLAM DENGAN AGAMA LAIN

Puasa bukan sahaja menjadi amalan ibadah umat Islam tetapi juga menjadi amalan lazim
masyarakat agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan Juidism. Menurut sejarah,
amalan berpuasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Firman Allah
dalam surah Al-Baqarah:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana


diwajibkan ke atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah,
ayat 183)

3.1 Konsep Puasa

Agama Konsep Puasa


Islam Puasa ialah menahan diri dari semua perkara yang membatalkan puasa mulai
dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dengan niat berpuasa sebagai
ibadah kepada Allah.

Kristian Kristian tidak mewajibkan pengikutnya berpuasa. Menurut “Encyclopedia of


America”, puasa dianggap sebagai amalan sukarela pada dua abad pertama
sejak kemunculan agama ini. Puasa dalam agama ini bertujuan untuk berserah
diri kepada Tuhan, menahan nafsu duniawi, meminta jawapan atas masalah
yang dihadapi dan untuk mengusir syaitan yang hanya boleh diusir oleh orang
yang berpuasa.

Buddhisme Puasa disebut sebagai Uposatha. Uposatha tidak wajib bagi penganutnya.
Berdasarkan “Encyclopedia of Religion”, penganut Buddha menganggap puasa
sepanjang hari bukanlah suruhan agamanya. Puasa dilihat sebagai usaha untuk
menghindari kenikmatan duniawi. Dalam “The Shambala Dictionary of
Budhism and Zen” (Kohn, Michael H. 1997) puasa dipercayai menjadi jalan
mempercepat proses spiritual.

Hinduisme Puasa merupakan sebahagian daripada amalan penganut Hindu. Puasa pada
hari Ekadasi dipercayai boleh menghapuskan semua dosa, mengubah hidup
dan meningkatkan kekuatan dalaman. Puasa pada hari Khamis pula adalah

7
untuk menyembah “Dewa Vrihaspati”. Sebahagian penganut wanita yang baru
berkahwin di bahagian utara India berpuasa dengan tujuan untuk menjadi lebih
cantik, keluarga hidup aman dan tidak bergaduh dengan suami. Mereka akan
berbuka setelah melihat bulan melalui saringan ketika matahari tenggelam.

Yahudi Penganut Yahudi berpuasa sebagai perbuatan meratapi kesedihan atas bencana
(Juidism) yang dialami. Mereka mempercayai bahawa kemurkaan Tuhan dapat
dikurangkan dan dosa diampuni melalui puasa.

3.2 Hari dan Waktu Berpuasa

Agama Hari dan Waktu Puasa


Islam Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
Mereka juga disunatkan untuk berpuasa pada hari-hari tertentu seperti hari
Isnin dan Khamis.

Kristian Penganut Kristian berpuasa 40 hari bermula dari “Ash Wednesday” sehingga
hari “Ester”. Mereka juga berpuasa pada hari “Good Friday”, “Rogetion
Days”, “Ember Day” dan hari-hari lain secara sukarela.

Buddhisme Penganut agama ini berpuasa dua kali sebulan mengikut kalendar Buddha iaitu
pada bulan gelap dan bulan purnama. Ada juga yang berpuasa 6 kali sebulan.

Hinduisme Mereka mengamal pelbagai jenis puasa seperti puasa 9 hari yang dipanggil
Navarathiri iaitu 28 hari sebelum perayaan Deepavali. Mereka juga berpuasa
pada hari Ekadasi (hari kesebelas), hari Karva Chauth dan hari Bulan Baru.

Yahudi Puasa yang wajib dikerjakan ialah hari Yom Kippur (Hari Penebusan atau
(Juidism) Pembersihan Dosa) iaitu puasa yang diperintahkan dalam hukum Taurat
(Masaic Law).

8
3.3 Cara Berpuasa

Agama Cara Berpuasa


Islam Menjauhkan diri daripada makan dan minum, perbuatan dan percakapan yang
sia-sia dan tidak elok dan hubungan seksual dari sebelum terbit fajar sehingga
terbenam matahari selama sebulan.

Kristian Penganut Kristian berpuasa dengan pelbagai cara dan tujuan mengikut
mazhabnya. Mereka berpuasa dengan tidak makan dan minum, makan sayur
dan air putih dan tidak bersuara. Keputusan persidangan Majlis Gereja Vatican
1965 di Rom sepakat bahawa mereka hanya perlu berpuasa sebahagian sahaja
iaitu berpantang tidak makan daging pada hari perayaan “Ash Wednesday” dan
hari Good Friday”.

Buddhisme Walaupun berpuasa, mereka masih dibolehkan minum. Ketika berpuasa,


mereka hendaklah mengikut peraturan puasanya iaitu tidak membunuh
makhluk hidup, tidak mencuri, tidak berbohong, tidak mengambil makanan
dan minuman memabukkan, tidak makan, tidak menyanyi dan melakukan
hubungan seks. Terdapat juag penganut yang berpuasa secara vegetarian iaitu
tidak makan daging. Puasa mereka dianggap tidak sempurna sekiranya
melanggar salah satu peraturannya.

Hinduisme Terdapat pelbagai cara berpuasa agama Hindu. Terdapat penganut yang tidak
makan dan minum sejak matahari tenggelam sehinggalah 48 minit selepas
matahari terbit hari seterusnya. Penganutnya juga makan makanan tertentu
sahaja. Puasa menjadi batal sekiranya menyentuh makanan yang berasal dari
binatang, seperti daging dan telur (Lipner, J. 1998. “Hindus: Their Religious
Beliefs and Practices. Rouledge).

Yahudi Terdapat sebahagian penganut Yahudi Ortodoks yang berpuasa seperti Nabi
(Juidism) Yahya, Nabi Musa dan nabi Ilyas yang berpuasa selama 40 hari. Malah ada
yang hanya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela. Mereka
bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum tetapi mereka juga
dilarang bekerja, bersetubuh dan mandi.

9
4.0 HIKMAH BERPUASA

Terdapat banyak hikmah berpuasa dalam kehidupan manusia. Hanya yang benar-benar
menghayati erti sebenar puasa dapat merasainya. Hikmahnya diibaratkan seperti lautan luas
kerana hanya orang yang menyelami lautan itu dapat mengambil mutiara-mutiara
didalamnya. Hikmahnya bukan sahaja terhadap aspek ruhaniah tetapi juga memberi implikasi
kepada kehidupan sosial dan ekonomi.

4.1 Hikmah Berpuasa Dalam Aspek Sosial

Puasa merupakan ibadah yang mendorong manusia membuat kebaikan. Manusia berlumba-
lumba membuat kebaikan ketika berpuasa untuk memperoleh hikmah darinya. Terdapat
banyak hikmah dari aspek sosial.

Pertamanya, puasa dapat menyemai sifat tidak mementingkan diri sendiri. Ketika
berpuasa setiap individu tidak kira miskin atau kaya sama-sama menahan perut dengan tidak
makan dan tidak meminum apa-apa. Perbuatan ini menunjukkan bahawa sekaya mana
sekalipun seseorang itu, mereka juga tidak boleh memilih untuk makan apa-apa yang
digemari ketika berpuasa. Lama-kelamaan, amalan yang diwajibkan ini menjadi sebati dalam
diri mereka dan mendorong mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri lagi. Oleh itu,
mereka akan mula untuk melakukan kebaikan terhadap orang yang kurang mampu kerana
mereka akhirnya memahami perasaan orang miskin yang hanya dapat makan ketika
mempunyai wang sahaja.

Selain itu, puasa dapat melatih diri individu untuk membantu golongan yang kurang
berkemampuan melalui sedekah. Sedekah itu mampu membantu golongan miskin
mengurangkan beban harian mereka. Sikap bersedekah bukanlah sesuatu yang mudah
dilakukan sekiranya memiliki sikap kedekut di dalam diri. Namun, puasa dapat menimbulkan
sikap mengambil berat terhadap individu lain apabila mereka dapat merasai perasaan sebenar
orang yang tidak dapat menikmati kehidupan senang setiap hari tidak seperti orang kaya-
raya. Perasaan kasihan yang timbul di dalam diri mendorong mereka untuk bersedekah
kepada orang yang memerlukannya. Amalan sedekah ini juga mampu membersihkan jiwa
setiap individu daripada perasaan sombong. Malah, bulan Ramadhan juga dikatakan adalah
peluang bagi orang kaya mendidik hati agar menjadi insan yang berhati lembut, memiliki
perasaan persaudaraan yang tinggi dan bersedia mengutamakan kepentingan masyarakat
demi kemaslahatan bersama.

10
Puasa juga dapat menyemai semangat kerjasama antara anggota masyarakat. Perkara
ini dapat dilihat apabila masyarakat bekerjasama mengumpul duit dana bagi membolehkan
mereka mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama. Orang kaya dan miskin sama-sama
menghulurkan bantuan semata-mata untuk menjayakan majlis berbuka puasa itu. Kerjasama
sesama mereka akhirnya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Daripada yang tidak
kenal menjadi kenal dan daripada kenal menjadi sayang. Ketika berbuka, mereka memakan
makanan yang sama sahaja tanpa mengira darjat masing-masing. Oleh itu, puasa
membuktikan tiada istilah miskin atau kaya dalam menunaikan ibadah ini.

Puasa dapat membentuk masyarakat yang hidup aman dan harmoni. Hal ini kerana
Islam melarang umatnya melakukan perbuatan buruk seperti mencela, menfitnah dan
sebagainya terutamanya ketika berpuasa. Oleh itu, setiap masyarakat akan berusaha untuk
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tersebut supaya puasa yang dikerjakan
tidak menjadi amalan yang sia-sia. Hal ini akhirnya menjadikan masyarakat hidup aman dan
harmoni tanpa fitnah-menfitnah dan benci-membenci.

Puasa dilihat mampu melahirkan umat Islam yang taat pada perintah agama. Umat
Islam yang berkemampuan diwajibkan mengeluarkan zakat untuk membantu golongan
miskin yang memerlukan. Allah telah memerintahkan hambaNya mengeluarkan zakat sebaik
sahaja tiba bulan Ramadhan. Secara automatik, umat Islam akan mula menjalankan
tanggungjawab mengeluarkan zakat ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Melalui situasi ini,
puasa dilihat dapat melahirkan umat Islam yang taat pada perintah agamanya. Zakat
sesungguhnya memberi seribu satu kebaikan kepada orang Islam. Allah berfirman dalam Al-
Quran:

Maksudnya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan yang sempurna sebelum kamu
menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Al-Imran:92)

Kesimpulannya, hikmah berpuasa dari aspek sosial bukan sahaja memberi kesan
terhadap diri individu tetapi juga mempengaruhi masyarakat dan Negara. Puasa juga
membuktikan orang Islam tidak sekadar menjadikan puasa sebagai kewajipan tetapi medan
untuk mendidik moral, akhlak dan tanggungjawab terhadap perkara sosial.

11
4.2 Hikmah Berpuasa Dalam Aspek Ekonomi

Meskipun terdapat banyak hikmah yang menfokuskan kepada aspek kerohanian, kesihatan
dan psikologi, puasa juga tidak dinafikan memberi hikmah yang besar dalam aspek ekonomi.
Malah, kebanyakan hikmah dalam aspek ekonomi saling berkaitan dengan aspek kesihatan.

Apabila disebut ekonomi dan kewangan, maka istilah tersebut berkaitan dengan
pelaburan. Pelaburan bermakna menjalankan sesuatu aktiviti dengan tjuan mendapatkan
keuntungan pada masa hadapan. Puasa diibaratkan sebagai pelaburan kerana setiap insan
cenderung mengerjakan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh adalah demi keperluan
masa hadapan. Oleh itu, puasa menawarkan pelbagai pelaburan dan hikmah yang
tersembunyi dari aspek ekonomi.

Antara hikmahnya ialah puasa membantu menyemai sikap jimat-cermat dalam urusan
kewangan. Sikap berjimat ini dapat dididik apabila individu dilatih untuk menahan nafsu
mereka dalam semua perkara termasuklah nafsu terhadap makanan. Manusia ketika berpuasa
cenderung mengikut hawa nafsu mereka untuk berbelanja terhadap sesuatu yang tidak
diperlukan seperti membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Namun, sebaik sahaja
kekenyangan setelah berbuka, juadah yang tidak habis mulai dibuang. Hal ini telah membawa
kepada amalan pembaziran. Allah telah melarang hambaNya membazir dalam urusan
kehidupan kerana membazir merupakan amalan syaitan.

Puasa juga membantu umat Islam dalam mengurangkan anggaran perbelanjaan dalam
bab makanan dan minuman. Hal ini kerana setiap individu hanya perlu membelanjakan wang
mereka sebanyak dua kali sahaja ketika berpuasa iaitu ketika berbuka dan bersahur.
Sekiranya mereka tidak berpuasa, mereka terpaksa menggandakan jumlah perbelanjaan
mereka memandangkan mereka perlu bersarapan, makan tengah hari, makan petang dan
makan malam untuk meneruskan aktiviti harian mereka dengan lancar. Oleh itu, puasa
menjadi bukti bahawa umat Islam dapat meringankan beban ekonomi mereka.

Selain itu, umat Islam dapat meningkatkan pendapatan ekonomi mereka ketika bulan
puasa. Hal ini dapat dilihat apabila mereka cenderung terlibat dalam bidang ekonomi dengan
mengusahakan pelbagai perniagaan ketika bulan puasa memandangkan terdapat permintaan
yang tinggi daripada pengguna-pengguna. Antaranya ialah dengan mewujudkan pelbagai
perusahaan membuat kuih, perusahaan pakaian, penjualan kasut dan sebagainya untuk
menyambut bulan Ramadhan dan hari kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang

12
disambut selepas bulan Ramadhan. Dengan kewujudan pelbagai perusahaan, peluang
pekerjaan juga menjadi semakin meningkat. Umat Islam boleh mengambil peluang tersebut
untuk menambahkan pendapatan ekonomi supaya dapat menampung kehidupan seharian.

Selain itu, puasa dapat membantu individu menjimatkan perbelanjaan dalam urusan
kesihatan. Boleh dikatakan perbelanjaan dalam kesihatan memakan perbelanjaan yang paling
tinggi memandangkan harga ubat-ubatan dan barangan kesihatan agak mahal berbanding
barangan-barangan lain. Kajian yang bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” yang
dibentangkan di Casablanca pada tahun 1996 telah membuktikan bahawa puasa mampu
mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah menurunkan gula
darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Individu hendaklah berpuasa agar dapat
menghindarkan diri daripada menghidap penyakit-penyakit tersebut. Sekiranya ada yang
menghidapi penyakit tersebut, mereka terpaksa menghabiskan banyak wang untuk
mengubatinya. Malah, puasa bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah tetapi juga
dapat menurunkan berat badan. Oleh itu, individu secara tidak langsung boleh menjimatkan
wang mereka daripada membeli produk-produk pelangsingan badan. Terbuktilah puasa dapat
menyihatkan badan seseorang. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (H.R. Thabrani)

Kesimpulannya, setiap individu hendaklah menjadikan puasa sebagai salah satu


pelaburan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam kehidupan akhirat.

13
5.0 KESIMPULAN

Tujuan puasa menurut Sayid Qutub berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 183 adalah untuk
mencapai ketaqwaan. Taqwa itulah yang menjadi matlamat agung umat Islam dalam
menunaikan ibadah puasa kerana menjunjung perintah Allah. Oleh itu, ilmu fiqh tentang
berpuasa ini dipelajari untuk mencapai hakikat puasa yang menghasilkan taqwa.

Individu seharusnya sudah memahami erti sebenar puasa iaitu menahan diri daripada
lapar, dahaga, perkataan yang sia-sia dan hawa nafsu supaya menjadi hamba yang bertaqwa.
Walaubagaimanapun, puasa bereerti lebih daripada itu kerana puasa yang dikerjakan haruslah
disertai dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan mengharap hanya redhaNya. Puasa pada
bulan Ramadhan adalah ibadah yang difardhukan oleh Allah dan dilaksanakan sebelum terbit
fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Di samping mengerjakan puasa wajib itu, kita
hendaklah menambah amalan kebaikan dengan mengerjakan puasa-puasa sunat.

Puasa juga seperti yang diketahui merupakan amalan seluruh manusia di dunia.
Hakikatnya puasa dianggap sebagai amalan agama tetapi puasa dipercayai menjadi formula
untuk membersihkan jiwa dan raga daripada segala dosa dan penyakit. Walaubagaimanapun,
masa dan cara pengamalan puasa berbeza mengikut agama meskipun motifnya hampir sama.

Allah memerintahkan amalan puasa bukan tanpa sebab. Puasa memiliki pelbagai
hikmah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Hikmahnya bukan sahaja dari
aspek kerohanian dan kesihatan tetapi juga dari asepk psikologi, sosial dan ekonomi.
Berdasarkan hikmah daripada aspek sosial, kita dapat lihat bahawa puasa dapat menerbitkan
nilai-nilai kasih sayang, kepedulian atas penderitaan orang lain dan sikap tolong menolong
dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, puasa menjadi salah satu amalan ibadah yang mulia di sisi Allah.
Sesiapa yang mengerjakannya dengan ikhlas dan sesuai dengan kehendakNya maka akan
mendapat ganjaran yang besar. Hadith riwayat Ibn Mandah dalam ‘Amali, daripada Ibn Umar
dan Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat,
doanya mustajab dan amalannya digandakan.”

(3140 patah perkataan)

14
BIBLIOGRAFI

Al-Quran dan As-Sunah

Dr Mustafa Al-Khin, D. M.-B.-S. (2011). Al Manhaji ‘Ala Mazhab Imam Syafi’i . Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kohn, M. H. (1991). The Shambala Dictionary Of Budhism & Zen. Boston: Ma:Shambhala.

Lipner, J. (1998). Hindus: Their Religious Beliefs And Practices. Rouledge.

Muhamad, S. K. (1996). Fiqih Wanita. Pustaka Al-Kautsar.

Qardhawi, S. D. (2006). Fiqih Shiyam. Era Intermedia.

Sabiq, S. (1949). Fiqih Sunnah. Pena Publishing.

INTERNET

Jebat, A. (1999, Disember 17). Puasa Dari Perspektif Pelbagai Agama. Dicapai Pada 11 Jun,
2016, Dari Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=re
ncana&pg=ot_01.htm

Rahman, D. M. (n.d.). Puasa Dalam Sejarah Umat Lampau. Dicapai Pada 11 Jun, 2016, Dari
Institut Kefahaman Islam Malaysia: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7385-
puasa-dalam-sejarah-umat-lampau-dan-islam

Razid, M. A. (2011, Ogos 3). Menilai Ibadah Puasa Dari Sudut Rohani Dan Sosial. Dicapai
Pada 10 Jun, 2016, Dari Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=re
ncana&pg=re_07.htm

Rajagukguk, A. S. (n.d.). Menguak Pesan Puasa Bagi. Dicapai Pada 21 Jun 2016, Dari
Waspada e-news:
http://www.waspadamedan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=5379&ca
tid=61&Itemid=230

Tuasikal, M. A. (2009, Ogos 20). Hukum Puasa Ramadhan. Dicapai Pada 9 Jun, 2016, Dari
Rumaysho: https://rumaysho.com/444-hukum-syarat-dan-rukun-puasa.html

15

Você também pode gostar