Você está na página 1de 2

Pandangan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Zatul Maharah Bt Sahabudin (GB03159)

Malaysia merupakan sebuah negara yang makin pesat serta membangun malah mempunyai
banyak tarikan yang unik. Di sinilah gabungan pelbagai bangsa dan agama dapat dilihat di
mana kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum dapat hidup bersama dalam suasana aman
dan harmoni. Kekayaan budaya dan warisan hasil daripada gabungan masyarakat inilah yang
menjadi tarikan utama pelancong asing datang ke Malaysia. (Mohamed,2017)

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan dunia yang wajib dikunjungi
disebabkan mempunyai pelbagai bentuk lanskap pelancongan, kelimpahan anugerah alam
semulajadi, sinergi antara warisan budaya, makanan, seni dan kraf malah terdapat pelbagai
tarikan yang menarik dari sudut keagamaan dan kepercayaan yang terdapat di Malaysia.

Setiap tahun Malaysia akan mengalami peningkatan bilangan ketibaan pelancong tidak
kira dari mana-mana Negara. Pada tahun 1980, jumlah ketibaan pelancong khususnya dari luar
Negara adalah sebanyak 2.06 juta orang. Jumlah ini meningkat kepada 7.4 juta pada tahun
1990, 10.2 juta (2000), 24 juta (2010) dan 2.5 juta (2015). Perkembangan ini telah mendorong
meningkatnya sumbangan industri pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
(Norlida,2016).

Prestasi positif ini sememangnya terus menjadi agenda pembangunan ekonomi


Malaysia dengan sasaran industri pelancongan bajal mengalami pertumbuhan kekal sekitar 8%
dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) dengan mencatat bilangan ketibaan pelancong
sekitar 36 juta pelancong dengan RM115 bilion perolehan (Norlida,2016).

Pelbagai rancangan berkaitan pelancongan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi


menjamin kejayaan dan pertumbuhan yang bersifat lestari, antaranya menggalakkan
pembangunanproduk pelancongan yang lebih memberansangkan. Usaha tersebut
menghasilkan pelbagai produk pelancongan seperti pelancongan eko, pelancongan agro,
pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan budaya, pelancongan yang
berkonsepkan mesyuarat, persidangan, pameran (MICE), Malaysia My Second Home dan
tidak terkecuali yang terkini pelancongan bermotifkan keagamaan dan kepercayaan.
Pelancongan motif keagamaan sebenarnya bukan suatu yang baharu dalam kalangan
masyarakat. Pelancongan keagamaan dan kepercayaan, telah berkembang sejak ribuan tahun
dahulu ketika berkembangnya penyebaran agama sama ada Islam, Kristian, Hindu mahupun
lain-lain.

Antara faktor permintaan pelancong terhadap pelancongan agama dan kepercayaan


adalah keinginan pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang agama dan
kepercayaan yang dianuti selain mencari ketenangan dan kebahagiaan terutama bagi kategori
warga emas. Walaupun, pelancongan berasaskan agama masih belum diketengahkan secara
keseluruhan di Malaysia, secara tidak langsung ia sebenarnya sudah bertapak dan
sememangnya Malaysia sesuai menjadi pusat pelancongan yang bermotifkan agama dan
kepercayaan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya adalah kerana disokong kuat oleh
latar belakang Malaysia yang dihuni oleh pelbagai penganut agama dan kepercayaan iaitu
Islam, Hindu, Kristian dan Buddha. Melalui kepelbagaian agama dan kepercayaan ini, pelbagai
produk dan destinasi pelancongan yang berkonsepkan agama dan kepercayaan dapat
dibangunkan di Malaysia.

Você também pode gostar