Você está na página 1de 11

Arnab Dengan Buaya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan
Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada


arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak.
Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi
arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini.
Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh
kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu
berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor
buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani
mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah
pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab
berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian
begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata,
“Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong


periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa
berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya
satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya
dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi
yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya
cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

1
Penebang Kayu Dengan Anaknya
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang
Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .


Penebang kayu itu mempunyai seorang anak dan seorang bapa yang telah tua
lagi uzur.

Pada suatu hari, oleh keranan terlalu miskin, penebang kayu itu telah
menghantar bapanya ke dalam hutan dengan menggunakan sebuah bakul
besar. dia ingin membuang bapanya di hutan.

Sebelum pulang ke rumah, tiba-tiba, anak penebang kayu itu menjerit,


“ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul ini semula!”

“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.

“Ayah,apabila ayah tua nanti, saya akan gunakan bakul ini untuk
memikul ayah dan buang ayah ke dalam hutan juga..”

Penebang kayu itu terkejut lalu dia insaf akan kelakuannya ini amatlah
derhaka. Dia meminta maaf dengan ayahnya dan membawa ayahnya pulang
semula ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.

2
Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang
amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan
amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk
meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan
itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu
diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih
kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri
Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar. “Raja Tinggi
tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku
yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di
terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya
Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat
terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi
berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih.
“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya Raja
Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. “ Adinda
ialah kakak kepada Puteri Bongsu,”
Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan
serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan
negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

3
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan
Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia
kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh
raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama
beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki
oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera
raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun
demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya
yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada
dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja
mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan segera belayar
meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke
pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun
pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu
memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah
itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,”
titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada
ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak
bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada
ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat
begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada

4
ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali
ini. Sekian, terima kasih.

Perempuan Muda Yang Berani


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda
Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda
telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah
perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan
perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu
ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya.
Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan
bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi
dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata “ Perahu ini tidak
akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi
yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain
tidak boleh!”
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak
ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya
untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang
mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja
Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang
dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis
melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya
demi kepentingan Raja Tua.

5
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang
lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak
ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat
ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya
itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja
Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara
perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.

Harimau Yang Tamak


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau
Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada
penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka
kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja
Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu
dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah
rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah
daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku
mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari,
tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.”
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa.
“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak
engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.
“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau
tergagap-gagap.

6
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan
kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh
haru sekali,” kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak
mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali.
“ Tuanku…Patik…Patik…”
“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun
beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah
sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.

7
8
9
10
11

Você também pode gostar