Você está na página 1de 5

RUJUKAN

Abang Ismail Bin Abang Julhi dan Mohd. Taib Bin Harun. (2007). Keberkesanan Penggunaan
Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Agnew, P. W & Kellerman, A. S. 1996. Distributed multimedia, technologies, application and


opportunities in the digital information industry.t.tp.:Addison-Wesley.

Aszoura Binti Muhamed Salleh, (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan


Komputer Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains
Tingkatan Satu. Fakulti Sains dan Pendidikan Asas. Universiti Terbuka Malaysia.

Choong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Helen Ten dan M.P. Haridas 1994. Panduan mengajar bola tampar. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Lindberg, J.O., & Olofsson, A.D. (Eds.) (2010). Online learning communities and teacher
professional development: methods for improved education delivery. Hershey,
Pennsylvania: IGI Global.

Mahyuddin Bin Arsat dan Hasnisham Bin Khalip. Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran Guru – Guru Teknikal. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Player-Koro, Catarina (2012). Factors influencing teachers’ use of ICT in education.


Education Inquiry, 3(1), 93–108.

Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak. Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik, Negeri Sembilan. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007). ICT Dalam Pendidikan : Prospek dan
Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Rosinah Edinin (PhD) 2011. Penyelidikan tindakan, kaedah dan penulisan, Edisi Kedua. Kuala
Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Isling Poromaa, P. (2013). ICT practices, social class and pedagogy in Swedish lower
secondary schools. Education Inquiry, 4(4), 649-669. http://www.education-
inquiry.net/index.php/edui/article/view/23224
KURSUS : GGGB6012
PENULISAN AKADEMIK 1
SEMESTER 2 PENGAJIAN 2014/2016

TUGASAN INDIVIDU :
KERTAS KONSEP
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM MENINGKATKAN
PRESTASI MURID TAHUN 5 DALAM KEMAHIRAN SERVIS BOLA
TAMPAR

PENSYARAH :
DR. MOHD TAIB BIN HARUN

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD AMZAR BIN MOHAMAD AZHAR
GP03311
PERNYATAAN MASALAH

Isu yang timbul dalam kajian ini mewujudkan satu cara atau kaedah yang telah diguna pakai
oleh pengkaji – pengkaji terdahulu untuk diaplikasikan ke dalam kemahiran servis bola
tampar iaitu kaedah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat menimbulkan kesan
yang memberangsangkan. Ini dapat dibuktikan dengan jurnal yang dihasilkan oleh Rafidah
Binti Sitam yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam berpendapat bahawa
aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan meninggalkan implikasi yang
positif terhadap pelajar samada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sebagai
contoh, pengkaji telah menunjukkan video berkenaan dengan kemahiran servis bawah
tangan supaya responden dapat memahami teknik perlakuan yang betul untuk melepasi
jaring. Pengkaji hanya menerangkan semula perlakuan yang telah ditunjukkan di dalam
video ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemudian responden perlu
mengaplikasikan teori yang diajar oleh pengkaji di dalam kelas kepada pembelajaran yang
berbentuk amali di gelanggang bola tampar.

Selain itu, dalam teori pembelajaran konstruktivisme juga ada menyatakan bahawa
penggunaan ICT akan dapat membina keyakinan pelajar untuk belajar sendiri. Sebagai
contoh responden boleh mencari video – video atau maklumat – maklumat yang berkaitan
dengan kemahiran servis bawah tangan untuk meningkatkan tahap metakognitif dan
melahirkan pelajar yang berkualiti dalam pembelajaran.

KAJIAN LITERATUR

Satu kajian yang hampir menyamai penyelidikan ini adalah kajian yang dilakukan oleh Abang
Ismail Bin Abang Haji Julhi dan Mohd. Taib Bin Harun (2007). Mereka menjalankan kajian
tentang Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan
Bola Baling. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah
multimedia terhadap penguasaan kemahiran – kemahiran sukan bola baling. Mereka
menggunakan kaedah eksperimental dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa multimedia lebih berkesan daripada kedua – dua kaedah terhadap
peningkatan kemahiran bola baling selepas melalui ujian pra dan ujian pos.

Terdapat satu lagi kajian yang dilakukan oleh Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002) yang
berkaitan tentang implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran
Pendidikan Jasmani yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar.
Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani bagi kemahiran bola tampar. Mereka menggunakan kaedah tinjauan
dan eksperimen dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam
meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar. Implikasi daripada kajian ini juga
mendapati bahawa masyarakat umumnya seharusnya sedar dan tahu bahawa aplikasi
multimedia berkemampuan dijadikan sebagai tutor yang berkesan dalam era dunia tanpa
sempadan. Hasil kajian ini juga, pengkaji mendapati bahawa penggunaan multimedia ini
dalam pengajaran permainan bola tampar mampu menarik minat dan perhatian golongan
pelajar dan belia untuk menceburi permainan ini. Ini telah dibuktikan dengan penilaian yang
tinggi bagi setuju dan sangat setuju. Memandangkan respon ini amat menggalakkan, sukan-
sukan lain seperti permainan bola baling sudah tentu diminati oleh golongan pelajar dan
belia dengan menggunakan kaedah multimedia kerana permainan bola tampar dan bola
baling menggunakan tangan sebagai anggota dominan dalam melakukan permainan ini di
samping disokong oleh anggota yang lain.

Hussin (1999 ) dalam kajian Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002) menyatakan terdapat tiga
sebab utama komputer digunakan dalam pendidikan. Pertama, ialah perkembangan
teknologi baru telah menawarkan satu teknologi maklumat yang berkuasa, bersepadu serta
berfungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat
kepada para pendidik dan pelajar. Kedua, ialah peranan komputer itu sendiri sebagai alat
yang mempunyai perkaitan dengan maklumat dan pengetahuan. Ketiga pula, ialah para
pendidik dan pelajar memerlukan maklumat serta pengetahuan sebagai kunci kejayaan.

Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia
mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan
yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah
persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran dengan
kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan
capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar
dalam mata pelajaran tertentu. Kaedah multimedia juga memberi persembahan maklumat
yang dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang
menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan.
Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan
ke atas proses pembelajaran.

Kajian yang dilakukan oleh Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, Hamdan Mohd. Ali dan Subahan M.
Meeran (2002) berkaitan dengan meningkatkan penguasaan kemahiran permainan bola
tampar melalui penggunaan multimedia jelas menunjukkan bahawa pembelajaran
menggunakan multimedia adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran yang
menggunakan sepenuhnya teknologi terkini seperti penggunaan laman web tertentu, web
televisyen dan sebagainya. Manakala pembelajaran secara tradisional pula merupakan
pembelajaran yang hanya berfokus kepada guru sahaja. Hasil kajian mendapati penggunaan
multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran sesuatu permainan, malahan setiap
perisian yang terdapat pada multimedia juga menarik dan jelas.

Boyle (1997) dalam kajian yang sama, menyatakan bahawa teknologi komputer pada era
globalisasi ini membolehkan pelajar mengaplikasikan penggunaan komputer tanpa
sempadan. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia membekalkan komputer di semua
sekolah di Malaysia merupakan satu usaha yang positif dalam menarik minat pelajar
menggunakan komputer sebagai alat untuk pembelajaran mereka. Selain itu, beliau turut
menekankan kepada aspek kepentingan kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar
akan menjelajahi pengetahuan baru serta menggabungkannya dengan beberapa sumber
pengetahuan untuk penyelesaiannya.
Arfan (2001) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan (sukan gelanggang). Dapatan kajian
beliau menunjukkan bahawa penerimaan responden terhadap penggunaan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan gelanggang khasnya di kalangan
pelajar adalah positif. Sungguhpun begitu, nilai peratusan yang sederhana 42.53% tetapi ia
cukup untuk membuktikan bahawa responden menyambut baik inovasi dan reformasi
dalam Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan dapatan daripada kajian - kajian lepas, ternyata sambutan penggunaan


multimedia begitu menggalakkan di kalangan penyelidik untuk menguji keberkesanannya
dalam meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta memberi persembahan yang
memberangsangkan dalam sesuatu ujian. Penggunaan multimedia boleh dijadikan sebagai
medium perantaraan untuk membantu mencapai objektif kajian. Oleh yang demikian, ICT ini
boleh dikatakan bersifat universal dan fleksibel kerana ianya boleh diakses pada bila – bila
masa dan keadaan untuk mendapatkan informasi yang boleh dimanfaatkan.

Você também pode gostar