Você está na página 1de 16

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

PROGRAM PENGAJIAN SARJANA

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PTV


KERJA
TUGASAN KURSUS SEPARUH MASA
KRITIK JURNAL

KOD KURSUS MBE 13203

TARIKH SERAH 21 MEI 2016


(PROGRAM PESISIR)PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL

DISEDIAKAN OLEH:

1. LYSSA BINTI DAUD HB 150104

PENSYARAH:

DR SAIFULLIZAM BIN PUTEH

DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA

WITH WISDOM, WE EXPLORE


Kandungan

ICT integrations in TVET: Is it up to expectations? ....................................................................... 2


1.1.Kepentingan Kajian ....................................................................................................... 2
1.2 Persoalan Kajian ............................................................................................................ 2
1.3. Metodologi .................................................................................................................... 2
1.4. Dapatan Kajian.............................................................................................................. 3
1.5. Kesimpulan ................................................................................................................... 5
Online learning in vocational school: focus on students’ perceptions ............................................ 5
2.1. Kepentingan Kajian ...................................................................................................... 5
2.2. Persoalan Kajian ........................................................................................................... 5
2.3. Metodologi .................................................................................................................... 5
2.4. Dapatan Kajian.............................................................................................................. 6
Preparations for practical exercises in vocational education: Can ICT-based distance instruction
be an alternative to face-to-face instruction? An empirical contribution ....................................... 7
3.1. Kepentingan Kajian ...................................................................................................... 5
3.2. Metodologi .................................................................................................................... 7
3.3. Dapatan Kajian ........................................................................................................................ 9
3.4. Kesimpulan ............................................................................................................................. 9
The Indicators of Instructional Design for E- learning in Indonesian Vocational High Schools .. 10
4.1. Kepentingan Kajian............................................................................................................... 10
4.2.Metodologi .............................................................................................................................. 10
4.3. Dapatan Kajian ...................................................................................................................... 11
4.4. Kesimpulan ................................................................................................................. 12
5.0. Rumusan ............................................................................................................................ 13
6.0. Cadangan............................................................................................................................ 14

1
4th World Congress on Technical and Vocational Education and Training (WoCTVET),
5th–6th November 2014, Malaysia

ICT integrations in TVET: Is it up to expectations?


Zurina Yasaka, Maizam Aliasa*
a
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat 86400, Malaysia

1.1. Kepentingan Kajian

Artikel ini mengambil pendekatan melalui salah satu topik perbincangan dalam E-forum
UNESCO-UNEVOC (2013) mengenai 'ICT di dalam kelas: bagaimanakah ICT digunakan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran?

1.2. Persoalan Kajian

1. Kaedah yang digunakan oleh guru untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran mereka
dari segi aplikasi yang digunakan, sumber aplikasi dan teori pembelajaran yang terlibat
dalam membina aplikasi tersebut.
2. Apakah tahap keberkesanan penggunaan ICT dalam membantu meningkatkan kualiti
pengajaran dan hasil pembelajaran. Hasil keberkesanan ini akan berfokus kepada
peningkatan dari sudut domain pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Langkah yang dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan integrasi ICT.

1.3. Metodologi

Artikel ini menjalankan kajian semula secara sistematik ke atas 20 penerbitan penyelidikan untuk
menilai keberkesanan aplikasi ICT di dalam TVET untuk tempoh 2003-2014. Tempoh ini
dianggap sesuai kerana penerbitan mengenai e-pembelajaran dalam TVET hanya mula muncul
dalam jumlah yang lebih besar bermula pada tahun 2003 (Institut UNESCO untuk Teknologi
Maklumat dalam Pendidikan (IITE), 2005) (ms 112). Penerbitan yang menggunakan kaedah reka

2
bentuk eksperimen dalam kajian sahaja yang akan dipilih untuk penilaian. Ini selaras dengan
saranan oleh Institut UNESCO untuk Teknologi Maklumat dalam Pendidikan (IITE) (2005) yang
menekankan kepentingan menggunakan uji kaji dan pengalaman kajian dalam menilai kesan
sebenar pengajian teknologi (ms 124).

1.4. Dapatan Kajian

Kaedah pengajaran menggunakan ICT

Bagi menjawab persoalan kajian pertama, kaedah pengajaran menggunakan ICT terbahagi
kepada 3 bahagian.

1. Pengajaran sepenuhnya menggunakan ICT (seperti dalam pembelajaran jarak jauh)


2. Pengajaran separa ICT (bercampur)
3. ICT sebagai elemen tambahan dalam pembelajaran.

Tahap keberkesanan Penggunaan ICT dalam Membantu Pembelajaran

Kesemua 20 kajian menunjukkan tumpuan pembelajaran teknikal yang menggunakan ICT ialah
menerusi domain kognitif. Integrasi ICT bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman khusus mata pelajaran. 50% daripada kajian memberi tumpuan kepada kedua-dua
matlamat pembelajaran kognitif dan psikomotor iaitu, kemahiran khusus dalam disiplin kajian.
43% kajian memberi tumpuan kepada kedua-dua matlamat pembelajaran kognitif dan afektif.
25% daripada kajian memberi tumpuan kepada semua matlamat pembelajaran iaitu kognitif,
afektif dan psaikomotor.

ICT Sebagai elemen Tambah dalam Pembelajaran

Integrasi ICT dalam TVET sangat berkesan dalam melatih jurulatih. Kajian oleh Kelly et al.
(2012) menunjukkan penggunaan ICT memberi kesan positif kepada guru-guru pra-
perkhidmatan. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga sangat membantu untuk
pelajar pendidikan khas (Starcic dan Niskala,2010). Akan tetapi, kesemua kajian menunjukkan
bahawa integrasi ICT atau e-pembelajaran yang sedia ada tidak berkesan untuk membangunkan

3
kemahiran kerja tangan tetapi cukup berkesan untuk membangunkan kemahiran kognitif. Mod
pembelajaran campuran dilihat lebih berkesan dalam pembelajaran yang melibatkan kemahiran.

1.5. Kesimpulan

Integrasi ICT secara umum dapat menggalakkan pembelajaran domain kognitif dan memenuhi
keperluan pembelajaran afektif pelajar tetapi kurang menggalakkan pembangunan kemahiran
psikomotor. Aplikasi ICT perlu disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pasaran dan
dilengkapi arahan yang jelas. Usaha pembelajaran perlu diberi tumpuan memastikan integrasi
ICT dalam TVET yang berkesan.

4
INTE 2014

Online learning in vocational school: focus on students’ perceptions

Sinan Aydin a* , Yaşar Akkanb, Ercan Arpazc, Bülent Koparand

a,c,d
Kocaeli University, Kocaeli Vocational High School, Kocaeli, Turkey bGümüşhane University,
Engineering Faculty, Gümüşhane, Turkey

2.1. Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujan mengkaji bentuk latihan dan persepsi pembelajaran dalam talian berdasarkan
temubual dan pemerhatian ke atas pelajar sekolah vokasional. Hasil kajian ini akan memberi ciri-
ciri pelajar dalam kuliah atas talian, persepsi pelajar sekolah vokasional terhadap pendidikan atas
talian. Hasil kajian terbahagi kepada aspek positif dan negatif berkenaan kuliah atas talian dan
cadangan untuk memperbaiki pengajaran atas talian

2.2. Persoalan Kajian

1. Bagaimanakah pelajar, guru dan universiti mengendalikan pendidikan atas talian?


2. Apakah kaedah pengajaran yang boleh menjadi pendekatan terbaik bagi keperluan
pembelajaran talian?
3. Bagaimanakah persepsi pelajar keatas pembelajaran atas talian memberi kesan ke atas
pembelajaran?

2.3. Metodologi

Data telah dikumpulkan dalam sesi akademik musim panas 2012-2013 di Sekolah Menengah
Vokasional Kocaeli, Turki. Sampel kajian terdiri daripada 18 orang pelajar. Teknik pengumpulan
data kualitatif telah digunakan untuk mendapatkan pandangan pelajar vokasional tentang
pembelajaran atas talian merangkumi skop

 bahan pembelajaran
 proses pengajaran

5
Data dikumpulkan menggunakan dua kaedah iaitu temubual dan pemerhatian. Data dari kaedah
pemerhatian digunakan untuk mengesahkan penemuan daripada temubual.

2.4. Dapatan Kajian

Bahan Pembelajaran

Peranan komunikasi dalam pembelajaran atas talian adalah penentu dalam setiap kaedah
pengumpulan data. Pelajar memerlukan arahan dan maklumat lengkap berkenaan bentuk
penilaian pembelajaran atas talian. Semua peserta menyatakan bahawa mereka merasakan
kekurangan komunikasi berbentuk ilmiah dengan pengajar sekiranya pembelajaran atas talian
dilaksanakan. Bentuk komunikasi guru diatas talian akan menentukan pemahaman pelajar.

Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati, responden tidak merasakan teknologi itu
bersifat negatif, akan tetapi, mereka menjelaskan terdapat beberapa masalah mengenai
penggunaan dan pelaksanaannya. Terdapat peserta menyatakan masalah dalam pelaksanaan
teknologi adalah berkait dengan kelemahan pensyarah menstruktur bahan kuliah.

Semua respondent menggunakan sistem pencarian internet untuk mengumpul bahan-


bahan kuliah. Mereka menegaskan bahawa bahan-bahan kuliah yang disediakan oleh pihak
sekolah adalah terhad, tidak mencukupi dan sukar difahami. Pelajar menyatakan sekiranya
kualiti pendidikan dan sumber pembelajaran terhad, mereka terpaksa membuat pendekatan
strategik melalui pembelajaran atas talian. Semua peserta menyatakan sebab utama mereka
memilih alternatif pendidikan atas talian adalah kerana pembelajaran atas talian adalah lebih
fleksibel, bebas mendapatkan maklumat dan pembelajaran kendiri. Walaubagaimanapun, cara
pembelajaran ini dilihat mencipta beberapa masalah komunikasi dengan pengajar. Bagi
sesetengah pelajar, pembelajaran atas talian mempunyai titik kelemahan sekiranya hala tuju dan
tahap pendidikan atas talian tidak seperti yang diingini oleh pengajar.

6
WCES 2012

Preparations for practical exercises in vocational education: Can ICT-based


distance instruction be an alternative to face-to-face instruction? An empirical
contribution

Robert Holmgren*

a
Department of Education, Umeå University, S-901 87 Umeå, Sweden Abstract

3.1. Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah mengenai persiapan dan pelaksanaan latihan praktikal dalam bidang
pendidikan ahli bomba. Tujuan artikel ini adalah untuk membandingkan dua bentuk kaedah
pembelajaran iaitu menggunakan ICT dan secara bersemuka dalam persediaan pelajar untuk
latihan praktikal. Perbandingan dilihat melalui kesan perlaksanaan ke atas proses pembelajaran
dan latihan praktikal. Perhatian khusus diberikan kepada persoalan berikut:

Persoalan Kajian

1. Bagaimanakah kaedah penyediaan bahan pengajaran memberi kesan keatas proses


pembelajaran pelajar? - perbandingan antara pembelajaran menggunakan ICT dan secara
bersemuka
2. Apakah kesan kaedah penyediaan pengajaran menggunakan pendekatan ICT ke atas
pelaksanaan latihan praktikal?

3.2. Metodologi

Atrikel ini adalah berdasarkan dua sesi kajianiaitu pada tahun 2008 dan 2010. Sewaktu
pelajar dipenghujung semester satu dan pada tahun akhir di semester keempat.

Kajian peringkat pertama dijalankan melalui 14 temu bual separa berstruktur keatas 6
pengajar dan 4 orang pelajar. Tiga pengajar terlibat dengan pengajaran dalam kampus dan tiga

7
terlibat dengan pengajaran luar kampus. Hanya data dari 5 pengajar sahaja yang layak digunakan
kerana pengajar yang dipilih mestilah berpengalaman mengajar kedua-dua jenis pendidikan dan
seorang dari pengajar tidak menepati kriteria tersebut. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan
kepada penyertaan secara sukarela. Dalam peringkat kedua kajian kesemua pelajar dan
pengajar dalam kajian pertama ditemuramah semula. Tetapi seorang daripada pengajar tidak
dapat mengambil bahagian. Semua responden ditemuramah dan semua kenyataan mereka
direkodkan, disalin dan kemudian dianalisis.

3.3. Dapatan Kajian

Bentuk Pendekatan Pembelajaran

Menurut pengajar, pengalaman adalah asas utama dalam memberi arahan untuk
pengajaran praktikal. Hasil temu bual menunjukkan bahawa kaedah tradisional (bersemuka)
lebih efektif dalam pembelajaran dalam kampus berbanding pembelajaran jarak jauh
menggunakan ICT. Pengajar juga bimbang akan kesan pembelajaran jarak jauh ini akan
membataskan komunikasi antara pengajar dengan pelajar.

Alat dan Sumber Pembelajaran

Pembelajaran dalam kampus menggunakan kaedah komunikasi secara bersemuka dengan


pengajar. Pelajar juga menyelesaikan tugas dengan berdiskusi, mencari maklumat di
perpustakaan dan menghadiri seminar yang berkaitan. Interaksi dengan pengajar merupakan satu
sumber yang utama sekiranya pelajar memerlukan bantuan dalam pengajaran. Keseluruhannya,
pembelajaran dalam kampus menggunakan kaedah komunikasi lisan sebagai medium utama
antara pelajar dengan pengajar.

Pembelajaran jarak jauh menggunakan medium seperti slaid, arahan bertulis dan video
kuliah. Setiap pelajar bertanggungjawab dalam mencari bahan pembelajaran masing-masing.
Tugasan juga dilaksanakan dengan membuat diskusi secara maya, forum atas talian atau telefon.
Pengajar akan memberi maklumbalas bertulis sekiranya pelajar menghantar sebarang tugasan
atau persoalan. Kaedah penerangan bertulis memberi perbezaan besar antara pembelajaran dalam
kampus dan jarak jauh

8
Penilaian Kaedah Pembelajaran

Hasil temuduga mendapati para pelajar dalam kampus bersetuju pembelajaran secara
bersemuka lebih membantu untuk pembelajaran berbentuk kemahiran. Ini kerana, pelajar boleh
terus bertanya dan mendapat maklumbalas dari pengajar sekiranya menghadapi kemusykilan.

Pengajar berpengalaman dari kedua-dua bentuk pendidikan percaya bahawa cara


penggunaan ICT digunakan menyumbang dengan ketara kepada refleksi pelajar ke atas
kandungan kursus proses pembelajaran mereka sendiri. Ini kerana, pembelajaran jarak jauh
memerlukan lebih inisiatif dari pelajar mitu sendiri. Secara langsung kaedah ini meningkatkan
tanggungjawab pelajar untuk mempertimbangkan dan memahami isi kandungan pembelajaran.

Kesan Konsep Penyediaan Pembelajaran Jarak Jauh

Hasil kajian mendapati, pengajar berpendapat secara keseluruhannya, hasil penilaian


menunjukkan keputusan pelajar dalam kampus dan jarak jauh tidak banyak perbezaan. Akan
tetapi, banyak masa yang dapat dijimatkan untuk pelajar jarak jauh. Pelajar jarak jauh juga
mempunyai kefahaman asas tentang pembelajaran yang lebih tinggi kerana mereka kurang
bertanya soalan asas tetapi bertumpu kepada penyelesaian masalah yang lebih kompleks.

3.4. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa proses pembelajaran jarak jauh adalah sesuatu yang mencabar
dalam institusi pendidikan di kalangan para pelajar dan pengajar. Cabaran ini amat ketara
terutamanya dalam pendidikan vokasional yang berorientasikan praktikal seperti pendidikan ahli
bomba. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan, penyediaan bahan pembelajaran
menggunakan medium ICT yang direka dengan baik dapat mengatasi masalah dalam pendidikan
jarak jauh.

9
4th World Congress on Technical and Vocational Education and Training (WoCTVET),
5th–6th November 2014, Malaysia

The Indicators of Instructional Design for E- learning in Indonesian


Vocational High Schools

M. Bruri Triyono*

Faculty of Engineering Yogyakarta State University, Yogyakarta 55282, Indonesia

4.1. Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti rekabentuk instruksional untuk membina model e-
pembelajaran di Sekolah Menengah Vokasional,(VHS) di Indonesia. Melalui analisis keatas
model terdahulu, kajian berharap model e-pembelajaran yang dihasilkan dapat membantu pelajar
mendapatkan pengalaman sebenar sewaktu berada di dalam kelas.

4.2. Metodologi

Kajian ini menganalisis dan membandingkan lima model rekabentuk instruksional terdahulu iaitu

1. Model pembinaan Dick dan Carey dalam rekabentuk instruksional


2. Model pembinaan of Leshin, Pollock, dan Reigeluth
3. Model pembinaan rekabentuk produk multimedia
4. Model Pembinaan dicadangkan oleh W. Lee dan Owens Other
5. Model Pembinaan dan Rekabentuk Instruksional oleh Trollip dan Alesi

Bagi membina satu model e-pembelajaran di VHS berdasarkan 4 kriteria asas iaitu:

 Sifat subjek ini memberi tumpuan lebih banyak kemahiran vokasional dan diajar di dalam
amalan bengkel dan makmal
 Perkembangan teknologi dapat digunakan sepenuhnya dalam industri
 Bahan pengajaran boleh didapati dari Internet

10
 Penggunaan simulasi menunjukkan pelbagai kemahiran kerja menggunakan monitor
komputer

satu bentuk model pembangunan e-pembelajaran telah dihasilkan berdasarkan gabungan Model
Pembinaan dan Rekabentuk Instruksional oleh Trollip dan Alesi dan Model pembinaan of
Leshin, Pollock, dan Reigeluth.

Hasil analisis akan dijadikan asas model pembangunan e-pembelajaran VHS. Kumpulan
Fokus Diskusi (FGD) dibentuk untuk membincangkan draf reka bentuk pengajaran dan
menyemak semula draf. Data dikumpul melalui kaedah wawancara, perbincangan, mengisi soal
selidik, dan menjawab instrumen. Para peserta FGD terdiri dari 5 pakar media instruksional dari
universiti, dan 5 pakar teknologi maklumat dan komunikasi. Pakar-pakar akan diberikan draf
reka bentuk pengajaran dan instrumen untuk dibincangkan, manakala penyelidik akan menjadi
moderator. Para peserta dalam forum FGD ini termasuk pelajar siswazah daripada bidang
pengkhususan Teknologi Vokasional ICT yang berfungsi memberi petunjuk dalam setiap sub-
aspek. Petunjuk ini merupakan aspek utama dalam pembinaan model reka bentuk e-pembelajaran
VHS.Terdapat 20 orang guru dan 165 pelajar VHS yang terlibat untuk menentukan susunan
keutamaan lima petunjuk dalam setiap aspek sub-aspek.

4.3. Dapatan Kajian

Kajian ini mengasaskan model draf reka bentuk pengajaran untuk e-pembelajaran dalam
VHS. Model yang terhasil adalah seperti berikut:

Need Selection and


Instructional Instructional
Analysis Order of
Development Development
Competency

Expertize Competencies Instructional Instroctional


Field Analysis Strategy performance

To Define
Student’s Teaching Formative
Competency
Condition Material Summative
Indicator

11
Model ini mempunyai empat aspek, termasuk: 1) analisis keperluan, 2) pemilihan dan susunan
kecekapan, 3) pembangunan pengajaran dan 4) penilaian pembelajaran. Empat Indikator dalam
perlaksanaan model e-pembelajaran

Kepakaran penunjuk lapangan

Merujuk kepada kesediaan yang ada pada pelajar untuk menggunakan aplikasi ICT dalam
pembelajaran.

Kompetensi penunjuk analisis.

Tahap kompetensi yang ditetapkan untuk para pelajar capai di akhir pembelajaran.

Petunjuk daripada strategi pengajaran

Starategi pengajaran yang perlu ada pada pengajar dalam melaksanakan proses pengajaran
menggunakan ICT

Petunjuk prestasi pengajaran.

Strategi penilaian selepas perlaksanaan ICT dalam pengajaran bagi menguji keberkesanan
pembelajaran tersebut

4.4. Kesimpulan

Reka bentuk pengajaran yang sesuai dengan e-pembelajaran vokasional adalah model
reka bentuk pengajaran yang mempunyai empat aspek utama iaitu aspek keperluan analisis,
pemilihan dan susunan kecekapan, pembangunan pembelajaran, dan penilaian pembelajaran.

Petunjuk berkaitan dengan sub aspek reka bentuk pengajaran ditentukan oleh susunan
tersebut penerokaan, pemerhatian, perbincangan kumpulan fokus dan ujian untuk menentukan
petunjuk yang paling diperlukan. Petunjuk telah dikenal pasti sebagai asas untuk membangunkan
garis panduan reka bentuk vokasional pengajaran dalam e-pembelajaran yang akan dilaksanakan
pada tahun kedua siri kajian ini.

12
6.0. Rumusan

Artikel 1 menerangkan tahap kesediaan menggunakan ICT sebagai mendium pengajaran


dan pembelajaran dalam TVET. Berdasarkan kajian yang dibuat keatas 20 artikel mendapati
aplikasi ICT yang digunakan dam TVET lebih bertumpu kepada pembangunan domain kognitif
dan amat kurang kajian yang menekankan aplikasi yang meningkatkan domain afektif. Selain itu,
amat jelas kebanyakan aplikasi seolah-olah tidak mempunyai prinsip-prinsip reka bentuk
pengajaran yang jelas dalam reka bentuk mereka. (Yasak & Alias, 2015)

Artikel 2 membincangkan pandangan pelajar tentang perlaksanaan ICT dalam pengajaran


di sekolah vokasional. Secara keseluruhannya, pelajar memberi pandangan positif tentang
perlaksanaan ICT. Semua responden menyatakan bahawa sebab utama mereka menggunakan
pendidikan atas talian adalah fleksibiliti pengurusan masa, kebebasan, kawalan diri dan
pembelajaran kendiri dalam sistem pembelajaran dalam talian.(Aydin, Akkan, Arpaz, &
Koparan, 2015) .Tetapi kadangkala, kaedah pembelajaran atas talian menimbulkan masalah dari
sudut komunikasi pelajar dan pengajar sekiranya maklumat yang diperoleh melalui ICT tidak
seiring dengan kehendak pengajar

Artikel 3 membincangkan pandangan pengajar dan pelajar tentang persediaan bahan


pengajaran yang berbentuk latihan menggunakan medium ICT. Persekitaran dalam talian dengan
alat ICT sokongan boleh menyumbang kepada pembelajaran reflektif. Pelajar menunjukkan
pemahaman konteks yang lebih besar dalam latihan.(Holmgren, 2012) Kekurangan komunikasi
langsung di dalam pembelajaran jarak jauh menyebabkan tahap interaksi dan kerjasama yang
lebih rendah untuk aktiviti berkumpulan. Kajian ini juga menunjukkan kepentingan memberi
arahan yang jelas untuk pembelajaran jarak jauh supaya pelajar jelas dengan kandungan
pembelajaran dan dapat mengenalpasti skop pembelajaran.

Artikel 4 membincangkan indikator yang harus dipertimbangkan dalam membentuk


model untuk membina e-pembelajaran. Empat indikator tersebut adalah 1) kepakaran penunjuk
lapangan, 2) kompetensi penunjuk analisis 3) petunjuk daripada strategi pengajaran, 4) petunjuk
prestasi pengajaran. Petunjuk telah dikenal pasti sebagai asas untuk membangunkan garis
panduan reka bentuk pengajaran e-pembelajaran di Sekolah Menengah Vokasional.(Triyono,
2015)

13
6.0. Cadangan

Hasil dari setiap artikel menunjukkan aplikasi ICT dalam TVET sangat membantu dalam
pengajaran dari sudut pemahaman dan pencarian bahan pengajaran. Keempat-empat artikel
menyatakan faktor paling penting dalam menjayakan pembelajaran ICT adalah peranan pengajar
dalam menyusun bahan pembelajaran supaya bahan yang disampaikan dapat difahami.
Komunikasi antara pengajar dan pelajar juga memberi kesan yang besar. Pengajar perlu memberi
arahan yang jelas dalam setiap tugasan dan bahan pembelajaran atas talian. Ini kerana
komunikasi dalam talian adalah terhad kepada antaramuka. Pelajar akan bergantung kepada
maklumat dan arahan yang dibaca. Oleh yang demikian, pengajar perlu memberi arahan teliti
supaya kefahaman pelajar tidak tersasar dari hasil pembelajaran sebenar.

Berdasarkan artikel 4, sistem pendidikan TVET di malaysia juga perlu mewujudkan


model e-pembelajaran yang seragam bersesuaian dengan acuan Malaysia.

14
7.0. Rujukan

Aydin, S., Akkan, Y., Arpaz, E., & Koparan, B. (2015). Online Learning in Vocational School:
Focus on Students’ Perceptions. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 174, 3663–
3667. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.1087

Holmgren, R. (2012). Preparations for Practical Exercises in Vocational Education: Can ICT-
based Distance Instruction be an Alternative to Face-to-face Instruction? An Empirical
Contribution. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46, 1152–1161.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.05.266

Triyono, M. B. (2015). The Indicators of Instructional Design for E- learning in Indonesian


Vocational High Schools. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 204, 54–61.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.08.109

Yasak, Z., & Alias, M. (2015). ICT Integrations in TVET: Is it up to Expectations? Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 204, 88–97. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.08.120

15

Você também pode gostar