Você está na página 1de 38

BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

NEGERI : JOHOR
DAERAH : MERSING
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

NAMA GURU BESAR : HAJAH SABIHAH BINTI SAPUAN

NAMA GURU : ENCIK A.MURAT BIN ABD.RANI


PUAN JOCELYN ANAK BINI

NAMA PROGRAM : PROJEK ‘ C CUP ’


(MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN PRS DALAM
ORGANISASI SEKOLAH)
TEMPOH PERLAKSANAAN : 2015 ( SEPANJANG TAHUN )
SASARAN : PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS TAHUN 6)
BIDANG : PENINGKATAN SAHSIAH, DISIPLIN & AKADEMIK

BAHAGIAN B : PENGAKUAN
Dengan ini saya mengaku bahawa :
(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
(ii) Dokumen yang dihantar adalah hasil saya sendiri dan belum pernah disiarkan
di mana-mana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan
serta menerima segala keputusan pihak Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian berhubung dengan maklumat ini.

……………………………..
A.MURAT BIN ABD.RANI

Tarikh : 27 Julai 2016

1
__________________________________________________________________

TAJUK AMALAN TERBAIK :

PROJEK “C CUP”

( MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN PRS DALAM ORGANISASI SEKOLAH )

__________________________________________________________________

2
PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk memperkasakan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Sekolah Kebangsaan Sri Mersing dalam saf kepimpinan murid di SK Sri Mersing
supaya dapat menjadi contoh dan role model warga SKSM dalam bidang sahsiah,
akademik, dan disiplin. Kebanyakan pemilihan murid yang menjadi PRS di sekolah
SK Sri Mersing terdiri daripada kalangan murid kelas lemah yang bukan sahaja tidak
cemerlang dari segi akademik, disiplin yang sederhana, bakat kepimpinan yang
lemah.kerana kebanyakan murid yang cemerlang secara automatik dipilih oleh pihak
sekolah sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah.
Projek “ C CUP ” yang diperkenalkan ini benar-benar menguji kekuatan
kaunselor dalam membentuk, mengubah persepsi, menjenamakan semula bakat dan
kemenjadian barisan kepimpinan PRS yang telah dilantik menjadi sekumpulan warga
SK Sri Mersing yang dapat menyumbangkan sesuatu yang membawa memberi makna
baru kepada barisan guru dan ibu bapa bahawa “ semua manusia boleh mencipta
kecemerlangan, kejayaan jika mendapat bimbingan, diberikan penghormatan dan
diberikan kepercayaan serta diberi masa untuk berubah sesuai dengan bakat dan tahap
keupayaan murid yang pelbagai. Dapatan kajian ini menunjukkan berlakunya
peningkatan jumlah kehadiran PRS ke sekolah, peningkatan prestasi akademik, disiplin
dan sahsiah di sekolah.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan Kajian adalah untuk memastikan Projek C CUP ini dapat membantu
meningkatkan potensi diri sebenar subjek kajian yang selama ini digambarkan sebagai
seorang murid yang lemah dari segala segi terutamanya, sikap yang negatif seperti
malas, selalu ponteng, pencapaian akademik yang lemah, akhlak yang buruk, tiada
daya kepimpinan dan sikap tegas diri yang rendah. Hasil kajian ini diharapkan dapat
melonjakkan motivasi diri PRS untuk merasa seronok berada di sekolah, dihargai, yakin
kebolehan tentang kehebatan diri dan seterusnya menjadi faktor pencetus atau ikon
sekolah kepada murid lain untuk menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri, secara tidak
langsung menjadikan PRS pilihan utama barisan kepimpinan sekolah.

3
SOALAN KAJIAN

Antara soalan berkaitan kajian ialah :

1. Adakah Projek C CUP ini dapat membantu membina potensi diri yang lebih
positif dan cemerlang di kalangan PRS di SK Sri Mersing.
2. Adakah kaedah yang dijalankan menarik minat murid terhadap kejayaan PRS
di SK Sri Mersing.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan PRS diharapkan dapat mencapai objektif berikut :

(i) OBJEKTIF UMUM


Tujuan kajian ini adalah mempromosikan PRS sebagai ikon perubahan
sikap positif melalui Projek C CUP

(ii) OBJEKTIF KHUSUS


 PRS dapat memahami konsep pentingnya mempunyai sikap yang
positif untuk capai sekurang-kurang prestasi C CUP
( sekurang-kurangnya gred C dalam akademik)
 PRS meningkatkan potensi diri (kelebihan diri) mereka yang
selama ini tidak disedari atau tidak digunakan dalam kehidupan
mereka seharian.
 PRS dapat bertindak dalam setiap permasalahan kehidupan
mereka menggunakan Teknik WDEP.

BATASAN KAJIAN

Hanya melibatkan kajian terhadap 20 orang murid yang dilantik sebagai PRS
SK Sri Mersing sebelum dikembangkan kepada seluruh enrolmen murid di
SK Sri Mersing.

4
INSTRUMEN KAJIAN

Data dikumpul dengan menggunakan kaedah;

i) Temubual
ii) Pemerhatian
iii) Rekod

ANALISIS KAJIAN

i) Temubual dibuat terhadap guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sri Mersing


yang turut memberikan kerjasama dalam membuat pemerhatian terhadap
sampel kajian seperti Pentadbir Sekolah, guru mata pelajaran dan guru kelas,
guru bertugas mingguan, pengawal keselamatan sekolah, Kakitangan
sekolah yang bukan guru serta ibu bapa.
ii) Pemerhatian dibuat berdasarkan sikap murid di dalam kelas, hubungan
murid dengan rakan sebaya serta rasa tanggungjawab subjek kajian terhadap
tugasan dan tanggunjawab yang diamanahkan.
iii) Rekod dibuat berdasarkan sikap positif yang ditunjukkan oleh PRS dalam
semua aspek yang dinilai.(Kad Saman dan Kad SIkap Positif).

5
PROFIL SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sri Mersing adalah sebuah sekolah Gred A terletak berhampiran
dengan Bandar Mersing. Bilangan Murid bagi sesi persekolahan 2016 adalah seramai
799 orang murid. Di bawah Kepimpinan Puan Hajah Sabihah binti Sapuan sebagai
Guru Besar. Bilangan guru pula adalah seramai 61 orang. SK Sri Mersing merupakan
sekolah rendah terbesar bagi kategori sekolah rendah di Daerah Mersing.

Enrolmen Guru dan Kakitangan SK Sri Mersing

Jantina Guru Staf

Lelaki 12 4

Perempuan 49 7

Jumlah 61 11

Enrolmen Murid Mengikut Jantina

Bilangan murid mengikut Jantina Peratus

Lelaki 427 53.4

Perempuan 372 46.6

Jumlah 799 100

6
IDEA
Projek “ C CUP ” merupakan cetusan idea guru bimbingan dan kaunseling
SK Sri Mersing bagi memperkasakan peranan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
SK Sri Mersing. Perkataan “C CUP” adalah perkataan bahasa inggeris yang membawa
bermaksud Piala C ( gred C). Perkara ini dicetuskan kerana murid-murid yang telah
menjadi PRS merupakan murid yang lemah dalam bidang akademik dan memerlukan
bimbingan akademik. Oleh itu PRS perlu dibantu dalam bidang akademik. “ C CUP ”
dari segi intonasi sebutan dalam Bahasa Malaysia disebut “SIKAP” dua perkataan yang
berbeza makna tetapi ada perkaitan dalam mencapai kejayaan dalam segala bidang.
Untuk berjaya, dalam akademik, PRS perlu mempunyai sikap yang positif, bermoral
tinggi dan berdisiplin. Untuk menjadi PRS yang dihormati, PRS perlu lulus
sekurang-kurangnya gred C dalam semua subjek utama UPSR. Projek “C CUP”
merupakan projek yang benar-benar mencabar kewibawaan kami sebagai guru
bimbingan dan kaunseling bagi memastikan kejayaan PRS melalui projek ini mencapai
matlamat sekurang-kurangnya mencapai prestasi “ C CUP ” di samping mempunyai
sikap yang terpuji dan tahap disiplin yang tinggi

PERNYATAAN MASALAH
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Sri Mersing menghadapi cabaran yang besar dalam
proses Membina Kepimpinan PRS yang berkualiti dan berkesan setanding dengan
Kepimpinan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan
sebagainya. Keadaan ini terjadi disebabkan murid yang cemerlang dari segi akademik,
mempunyi sahsiah yang terpuji telah dipilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas
pusat sumber sekolah. Kebanyakan PRS yang dipilih adalah saki baki murid tahun 6
yang agak lemah dalam akademik, kurang keyakinan diri dan bakat kepimpinan rendah
serta tiada daya pengaruh di kalangan rakan sebaya.

Untuk Kajian ini, Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjadikan 20 orang ahli
PRS yang terdiri dari murid tahun 6 yang diletakkan harapan yang tinggi setelah
diberikan latihan dan bimbingan dalam Projek C Cup akan menunjukkan kehebatan diri
dalam pelbagai aspek penting yang dijadikan penanda aras kejayaan iaitu aspek

7
sahsiah & sikap, akademik, kepimpinan dan daya pengaruh sikap positif di kalangan
rakan serta boleh berfikir dan bertindak lebih positif dalam menghadapi masalah
seharian.

DATA KEHADIRAN MURID


Merujuk kehadiran murid melalui buku kehadiran murid bagi bulan Januari hingga bulan
Mac 2015, kehadiran bagi murid yang dikaji amat mendukacitakan. Lebih dari pada 50
peratus murid atau 10 orang murid, sentiasa tidak hadir sekurang-kurang sehari setiap
dua minggu.

PEMILIHAN TEORI
Pemilihan kaedah ini menitikberatkan tentang pentingnya pembinaan matlamat
yang betul, pembentukan sikap yang rasional demi mencapai “ C CUP ” atau Piala C
dalam semua mata pelajaran di sekolah sepertimana yang ditegaskan oleh William
Glasser dalam mengaplikasikan Teori Pilihan Realiti Terapi. Teori Pilihan merupakan
teori yang membincangkan bagaimana manusia itu bertingkah laku berdasarkan
kehendak dalaman individu dan dunia realiti yang wujud. Individu boleh bermasalah
sekiranya tidak dapat apa yang mereka harapkan. Di sini bermulalah peranan
kaunseling. Pelaksanaan kaunseling yang baik adalah berdasarkan kepada
penggunaan teori. Terapi Realiti adalah merupakan aplikasi terhadap Teori Pilihan.
Dalam Terapi Realiti, strategi WDEP digunakan untuk membantu klien.Teori Pilihan
membantu untuk memahami mengapa manusia bermasalah dan boleh dan
menggunakan Terapi Realiti untuk membantu klien membuat keputusan yang betul dan
rasional.
Menurut Teori Pilihan Terapi Realiti sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang
mengawal tingkah laku individu. Manakala kehidupan seseorang itu ditentukan oleh
pilihan yang kita buat sendiri. Oleh itu “ Projek C Cup ” ini memberi tumpuan kepada
misi memahami tingkah laku individu dalam memilih dan membuat pilihan serta
membuat keputusan yang tepat dalam kehidupannya. Penekanan kepada prosuder
WDEP yang merupakan akronim strategi dalam terapi realiti dijadikan elemen penting
untuk membantu PRS berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan

8
kehendak individu tersebut, di samping mewujudkan suasana kaunseling agar
kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.

Projek “ C Cup ” memberikan penekanan kepada segala aspek keperluan setiap


ahli PRS sebelum menjadi pemimpin murid yang disegani di sekolah. Kerjasama semua
guru dalam memastikan kejayaan program ini dijalankan amat penting dalam misi
perubahan sikap murid terutamanya PRS adalah kunci utama kepada kejayaan murid
dalam segala aspek kehidupan seperti akademik, sahsiah, kepimpinan, kokurikulum
dan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih positif dan sihat dalam kehidupan
seharian.

KAEDAH PERLAKSANAAN
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah 20 orang murid
yang dirujuk dengan menggunakan kaedah:
1. Analisa buku rekod kedatangan murid lewat ke sekolah.
2. Analisa buku rekod catatan salah laku murid.
3. Data Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:

i. Aktiviti 1: Mendapatkan maklumat awal.


Langkah 1 : Mendapatkan maklumat awal daripada buku rekod
kedatangan murid lewat ke sekolah, buku rekod catatan
salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Perbincangan tindakan yang telah diambil oleh guru
disiplin.
ii. Aktiviti 2: Semakan rekod dan data
Langkah 1 : Menyemak buku rekod poteng sekolah, buku rekod
catatan salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Menyenarai pendek beberapa nama murid yang terlibat
salah laku.

9
iii. Aktiviti 3: Pertemuan dengan Ibu bapa dan murid
Langkah 1 : Mengenalpasti punca murid terlibat salah laku dan tidak
bersemangat untuk ke sekolah.
Langkah 2 : Menerangkan kepada murid bahawa mereka sedang
dalam perhatian.
iv. Aktiviti 4: Perbincangan bersama pentadbir dan guru disiplin
Langkah 1 : Perbincangan bersama guru besar, guru penolong kanan
HEM dan guru disiplin mengenai langkah-langkah yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan sahsiah dan disiplin
murid.
v. Aktiviti 5: Penerangan mengenai Projek C CUP di perhimpunan pagi.
Langkah 1 : Penciptaan logo bimbingan dan kaunseling
Langkah 2 : Menggantung Logo Projek C CUP di laluan penting
vi. Aktiviti 6: Pengukuhan
Langkah 1 : Aktiviti pengukuhan dilaksanakan secara konsisten
berbantukan peneguhan-peneguhan positif.
Langkah 2 : Penekanan tentang penggunaan Kad Saman SIkap dan
Kad SIkap Positif diberikan kepada murid sebagai ujuran
petunjuk prestasi sikap murid oleh guru di sekolah.

10
3.0 BERTINDAK

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut:


i. Aktiviti 1: Mendapatkan maklumat awal.
Langkah 1 : Mendapatkan maklumat awal daripada buku rekod
kedatangan murid lewat ke sekolah, buku rekod catatan
salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Perbincangan tindakan yang telah diambil oleh guru
disiplin.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini mendapat


sokongan sepenuhnya daripada semua guru.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan bahawa warga guru sentiasa prihatin terhadap prestasi sikap
murid-murid di sekolah.
ii. Aktiviti 2: Semakan rekod dan data
Langkah 1 : Menyemak buku rekod kedatangan murid ke sekolah,
buku rekod catatan salah laku murid dan data SSDM.
Langkah 2 : Menyenarai pendek beberapa nama murid PRS yang
terlibat salah laku.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kesalahan yang
sering dilakukan murid ialah:
i. Bangun lewat
ii. Ibu bapa dan penjaga lewat
iii. Pengaruh rakan sebaya
iv. Ingin bergurau dengan rakan
v. Ingin mendapatkan perhatian daripada guru
vi. Berasa tidak bersemangat untuk ke sekolah
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah
kesalahan yang dilakukan murid adalah berpunca daripada sikap dan disiplin
mereka sendiri.

11
iii. Aktiviti 3: Pertemuan dengan murid
Langkah : Mengenalpasti punca murid terlibat salah laku dan tidak
1 bersemangat untuk ke sekolah.
Langkah : Menerangkan kepada murid bahawa mereka sedang
2 dalam perhatian.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa murid terlibat
dengan salah laku atas beberapa faktor seperti pengaruh rakan, masalah sikap
dan disiplin sendiri, bersikap sambil lewa dan kurang bersemangat.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan bahawa murid yang melakukan kesalahan disiplin ini mencapai
prestasi akademik yang sederhana dan lemah.

iv. Aktiviti 4: Perbincangan bersama pentadbir dan guru disiplin


Langkah 1 : Perbincangan bersama guru besar, guru penolong kanan
HEM dan guru disiplin mengenai langkah-langkah yang
perlu dilakukan untuk meningkatkan sahsiah dan disiplin
murid.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini berjaya
memberikan saya beberapa alternatif dan kaedah positif dalam usaha
meningkatkan disiplin dan sahsiah murid di sekolah.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan bahawa kaedah Projek C CUP merupakan salah satu cara
menyampaikan mesej kepada murid dan membantu pengekalan mesej tersebut
di dalam minda murid-murid.
vii. Aktiviti 5: Penerangan mengenai Projek C CUP di perhimpunan pagi.
Langkah 1 : Penciptaan logo bimbingan dan kaunseling
Langkah 2 : Penerangan mengenai Projek C CUP yang akan
dijalankan.
Langkah 3 : Menggantung kata-kata motivasi di sepanjang laluan ke
bilik bimbingan dan kaunseling.

12
Langkah 4 : Melaksanakan program pemantapan dan
penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dengan membuka stesen-stesen bimbingan
dan kaunseling.
Langkah 6 : Pelaksanaan program Kad Saman Sikap dan Kad Sikap
Positif
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat
melibatkan semua murid, guru. kakitangan dan ibu bapa serta Projek C CUP
dapat menarik minat murid terhadap sesuatu mesej yang ingin disampaikan.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan bahawa ibu bapa dan penjaga juga berperanan penting dalam
memastikan pembentukan sahsiah dan displin murid berjalan lancar dan
konsisten.
viii. Aktiviti 6: Pengukuhan
Langkah 1 : Aktiviti pengukuhan dilaksanakan secara konsisten
berbantukan peneguhan-peneguhan positif.
Langkah 2 : Kad Saman Sikap dan Kad Sikap Positif diberikan
kepada murid sebagai pengukur peningkatan prestasi
akademik, sahsiah dan disiplin murid.
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini berjaya
membantu saya mendekati dan mengenalpasi permasalahan murid secara lebih
dekat lagi.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan bahawa murid perlu sentiasa diingatkan mengenai mesej yang
ingin disampaikan. Selain itu, penggunaan ikon juga didapati dapat membantu
murid merangsang minda mereka terhadap sesuatu perkara atau mesej yang
ingin disampaikan seterusnya membantu proses pengekalan mesej di dalam
minda murid-murid. Penghargaan juga dapat membuatkan murid berasa diri
mereka dihargai atas segala usaha mereka untuk mengubah sikap dan
membentuk disiplin diri mereka sendiri.

13
4.0 MEMERHATI
Statistik dan laporan peratusan (%) disiplin murid mengikut bilangan
murid dan kes yang didapati daripada portal Sistem Salah Laku dan Disiplin
Murid, Kementerian Pendidikan Malaysia melaporkan jumlah murid melakukan
kesalahan disiplin adalah tujuh orang dan mewakili 1.4 % daripada keseluruhan
bilangan murid di SK Sri Mersing. Berdasarkan statistik ini, didapati kaedah
Projek C CUP merupakan satu kaedah yang mampu mempengaruhi murid-murid
untuk bertingkah laku baik dan perdisiplin. Ini kerana murid sering diingatkan
mengenai sikap-sikap murid yang baik setiap masa samada ketika mereka di
sekolah mahupun ketika mereka berada di rumah bersama keluarga.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan
yang positif peningkatan tahap sahsiah dan disiplin murid dapat diperbaiki dan
dipertingkatkan sepanjang masa.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada
kajian tindakan saya ini, saya berasa masih perlu diperbanyakkan program atau
aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan diri murid. Oleh itu, saya bercadang
untuk meluaskan lagi kaedah Projek C CUP dalam membantu meningkatkan lagi
sahsiah dan disiplin murid SK Sri Mersing ini.

KEWANGAN
Kos Penyediaan Bahan

Bil Bahan Kos (RM)


1 Promosi Logo Projek C CUP RM 50.00
2 Pemplet Edaran Projek C CUP RM 50.00
3 Papan tanda Projek Laluan Senyap C CUP RM 150.00
Jumlah Kos RM 250.00

Kaedah dengan merekod nama PRS dan alasan masalah sikap negatif di dalam buku
rekod Projek C CUP (Sampel dilampirkan). Dalam masa yang sama, saya merakamkan
ucapan-ucapan guru bertugas yang menyentuh tentang sikap negatif murid dengan
memberikan nasihat dan motivasi kesedaran diri kepada mereka. (sampel dilampirkan).

14
IMPAK
Projek C CUP telah menujukkan peningkatan prestasi sikap positif di kalangan 20 orang
murid yang terlibat dalam kajian ini. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui peningkatan
laporan perubahan sikap dan amalan baik yang dilaporkan oleh guru terhadap 20 orang
murid tersebut. Pernyataan ini juga turut disokong dengan pengurangan laporan Kad
Saman Sikap oleh guru terhadap murid tersebut.

Tahap Keyakinan diri murid juga lebih tinggi berbanding dengan sebelumnya kerana
ramai murid yang terlibat dengan Projek C CUP telah menunjukkan penglibatan aktif
dalam kegiatan olahraga, bola sepak dan bola baling, menjulang nama Sekolah
Kebangsaan Sri Mersing di Peringkat Daerah Mersing dan Negeri Johor.

Dalam bidang akademik juga, prestasi akademik murid terlibat melebihi sasaran
“ C CUP ” atau sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran apabila,
beberapa orang murid mencapai tahap cemerlang dalam UPSR iaitu 4A1C dan 1A4B.

PENGIKTIRAFAN
Melalui program ini, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah dinobatkan sebagai Johan
Amalan Terbaik Peringkat Daerah Mersing dan Johan Amalan Terbaik Kaunseling
Peringkat Negeri Johor 2016.

PENUTUP
Dapatan kajian dan kesan daripada amalan ini menunjukkan perubahan kepada
peningkatan tingkah laku dan sikap positif, pengurangan masalah disiplin seterusnya
menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik.

Selepas ini, Unit UBK SK Sri Mersing Bercadang meneruskan Projek C CUP ini menjadi
satu projek yang perlu dijalankan kepada murid tahun 4 2016, untuk memastikan
pencapaian UPSR SK Sri Mersing lebih cemerlang pada tahun 2018.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati amalan yang diaplikasikan menggunakan Teori


Pilihan Realiti Terapi telah mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian.

15
BIBLIOGRAFI

H. Djaali. 2008. Psikologi Pendidikan. Jakarta : Bumi Aksara

Anonim a. 2008. Faktor – Faktor yang mempengaruhi sikap ( Online ) http: // www.

Sikap. Com,diakses 7 April 2010

Sri Utami Rahayuningsih . 2008. Sikap ( Attitude ) (Online ) http:// www.

Atttitude,blogspot. Com, diakses 7 April 2010

Fitri. 2008. Pengertian Sikap (Online ) http:// Blog dunia Psikologi. Com, diakses 7

April 2010

Hanurawan Fattah. Psikologi Sosial Suatu Pengantar. Bandung :Rosada

Sarwono Sarlito. Pengantar Psikologi Umum. Jakarta : Rajawali Pers

16
LAMPIRAN

17
REKOD
MASALAH
MURID

18
Dirujuk oleh guru disiplin kerana mencuri

Dirujuk kerana melakukan Vandalisme peralatan sekolah

dirujuk oleh guru disiplin kerana ponteng sekolah

19
Dirujuk oleh guru mata pelajaran sebab ponteng kelas

Dirujuk oleh guru mata pelajaran kerana sering tidur di kelas

20
IMPAK
PENINGKATAN
SAHSIAH & KEPIMPINAN

21
22
23
24
25
26
27
IMPAK
KEMENJADIAN
MURID DALAM
KO KURIKULUM

28
OLAHRAGAWAN KESELURUHAN
DALAM (MSSD) MERSING 2015

PEMAIN TERBAIK PASUKAN BOLA


SEPAK & BOLA BALING MERSING.

MENDAPAT KEPUTUSAN 1A2B2C


DALAM UPSR.

TOKOH MURID KOKURIKULUM


2015.

29
IMPAK
KEMENJADIAN
MURID DALAM
AKADEMIK

30
PENCAPAIAN AKADEMIK
UPSR 2015

MUHAMMAD ZUL HAFIQ RAFFIZAN


BMP BMT BI MAT SNS

Pencapaian Kep Gred


G G G G G

TOV B C D D D TM 1B1C3D

ETR B A C C B M 1A2B2C

PENCAPAIAN AKADEMIK
UPSR 2015

DANIAL AZIZI BIN HASHIM

BMP BMT BI MAT SNS


Pencapaian G G G G G
Kep Gred

TOV C C D D D TM 2C3D

ETR B A B B B M 1A4B

31
PENCAPAIAN AKADEMIK
UPSR 2015

SYAQEERA BT RAMLEE

BMP BMT BI MAT SNS

Pencapaian Kep Gred


G G G G G

TOV C B C D D TM 1B2C2D

ETR A A C A A M 4A1C

PENCAPAIAN AKADEMIK
UPSR 2015
WAN HURHAZIQAH BT WAN MOHD NOR

BMP BMT BI MAT SNS


Pencapaian Kep Gred
G G G G G

TOV C C C E D TM 3C1D1E

ETR B A C C C M 1A1B3C

32
ANALISA PRA UPSR TAHUN 6
2015
BM BM
NAMA MURID BI G G G MT G SN G
K P

SITI MARIAM BT MOHD TAHIR 30 D 47 C 55 C 20 D 46 C

SYAQEERA BT RAMLEE 41 C 43 C 65 B 34 D 36 D

WAN HURHAZIQAH BT WAN MOHD


41 C 40 C 50 C 18 E 36 D
NOR
NUR ATHIRAH ALEESYA BT MKOHD
34 D 20 D 53 C 15 E 34 D
SANI

SHALAWATI AZREEN BT ABD RAUF 35 D 33 D 45 C 10 E 34 D

NUR SHAFIRA DALINA BT HAMIZAN 23 D 40 C 15 E 14 E 22 D

NUR AIN NAJWANIS BT MOHD


34 D 38 D 40 C 19 E 40 C
ADNAN

KEPUTUSAN UPSR AHLI


PRS 2015
NAMA MURID KELAS BM BM BI MT SN
K P
NURUL IZZATY BT ISHAK 6 BESTARI A A C A A

SYAKIR AFIQ BIN SOPIAN 6 BESTARI A A C A B

RUSYAIDI HANIF B RUSLAIMI 6 KARISMA A B A A B

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMAD 6 KARISMA A A B A A

KHAIRUNNISA BINTI ABDUL RAHIM 6 KARISMA A A C C B

MUHAMMAD ZUL HAFIQ BIN RAFFIZAN 6 KAMIL B A C C B

MUHAMMAD AMRU BIN OMAR 6 KAMIL A A C B C

MUHAMMAD AMRI BIN OMAR 6 KAMIL A B C B B

MUHAMMAD AFIQ BIN SARDON 6 KAMIL C B C B B

DANIAL AZIZI BIN HASHIM 6 KAMIL B A B B B

33
KEPUTUSAN UPSR AHLI PRS
2015
NAMA MURID KELAS BM BM BI MT SN
K P
NOR ANIS HANNANI BT HARON 6 KAMIL A A C B B

MUHAMMAD SHAQIF AZRI B ABD RASHID 6 SARJANA B B C C B

NUR ATHIRAH ALEESYA BT MOHD SANI 6 SARJANA A B C D B

AZUAN SYAFIZAN BIN MOHD NAZIR 6 SARJANA A B C E C

NUR AIN NAJWANIS BT MOHD ADNAN 6 SARJANA C B D D D

FATNIN HUMAIRA BINTI MOHD RAFI 6 SARJANA B A C D C

NUR SHAFIRA DALINA BT HAMIZAN 6 SARJANA C B C D C

MOHAMAD SAIFUDDIN B ZAINUDIN 6 SUFI C A C C C

NOR FALA SHAMI BIN A.BAKAR 6 SUFI C C C C D

MOHAMAD SYAHMI B RAMAN SADRI 6 SUFI B B C E C

Ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2015 adalah seramai 20 orang
yang terdiri daripada kelas pertama hingga kelas kelima.

34
SIJIL DAN
PENGHARGAAN

35
36
37
38

Você também pode gostar