Você está na página 1de 2

Oleh: Aaron 1A

Ahli Sihir Yang Angkuh


Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang
ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.
" Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah
sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau
menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon."

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya
ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?"
"Boleh, mintalah apa-apa sahaja, akan saya kabulkan permintaan anda," kata
Tukang Sihir.

"Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya
tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata
Thenaliraman.

"Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata Tukang Sihir.


Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan
tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah
matanya.

" Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihire


dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata
Thenaliraman.
Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang
diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh.
Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu.
Pengajaran:
- Jangan bersifat angkuh
- Sikap sombong dan suka bercakap besar boleh memakan diri (merugikan
diri)

Você também pode gostar