Você está na página 1de 19

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

STID 1103
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN

TUGASAN 2 (KUMPULAN)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHD AZLI BIN HJ ABDUL GHAIB

DISEDIAKAN OLEH:
1. MOHD NUR BUSTHAMAM BIN AZMI (251503)
2. CHE MOHD SHAIRI BIN CHE WIL (251365)
3. NORHASLIZA BINTI OTHMAN (251909)

TARIKH
16 DISEMBER 2017
SOALAN TUGASAN

JELASKAN FUNGSI-FUNGSI SISTEM OPERASI (OPERATING SYSTEM – O/S) YANG


MENGURUSKAN PERKAKASAN DAN SUMBER RANGKAIAN SESUATU SISTEM
KOMPUTER – CPU (CENTRAL PROCESSING UNIT), INGATAN (MEMORY),
STORAN (STORAGE), ALATAN TELEKOMUNIKASI SERTA PERANTI
(INPUT/OUTPUT)

(2000 PATAH PERKATAAN)

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. TAJUK 1

2. ISI KANDUNGAN 2

3. PENDAHULUAN 3-4

4. DEFINISI SISTEM OPERASI KOMPUTER

5. SEJARAH SISTEM OPERASI

Generasi Pertama (1945-1955)

Generasi Kedua (1955-1965)

Generasi Ketiga (1965-1980)

Generasi Keempat (1980-2000)

6. FUNGSI – FUNGSI SISTEM OPERASI KOMPUTER

MENJALANKAN OPERASI ASAS

MENGURUS KERJA PERKAKASAN DAN PERISIAN

PROGRAM KONTENA ATAU APLIKASI

MEMPERSEMBAHKAN PANDANGAN

MENYELARAS KERJA PERALATAN KOMPUTER

OPTIMALKAN FUNGSI PERIPHERAL KOMPUTER

MENGAWASI DAN MELINDUNGI PERJALANAN FUNGSI PROGRAM

JENIS – JENIS SISTEM OPERASI

2
MICROSOFT

MAC OS X

LINUX

KESIMPULAN

4.1. Data
5

4.2. Perkakasan dan rangkaian 5-6

4.3. Perisian 6

4.4. Prosedur 6

4.5. Sumber manusia 6-7

5. KELEBIHAN SISTEM PANGKALAN DATA 7

5.1. Pangkalan data terkawal 7-8

5.2. Kesepaduan data 8-9

5.3. Kebebasan format fail 10

5.4. Perwakilan data organisasi 10

5.5. Tatacara keselamatan lebih selamat 11

5.6. Kapasiti capaian pengguna tinggi 11

5.7. Tatacara sandar dan pemulihan 11

5.8. Kebebasan data dan program 12

5.9. Meminimumkan pertindihan data 12

3
5.10. Memperbaiki perkongsian data 12

5.11. Meningkatkan produktiviti bagi pembangunan aplikasi 12

5.12. Memperbaiki kebolehcapaian data 13

5.13. Mengelak kebocoran data 13

6. KELEMAHAN SISTEM PANGKALAN DATA 13

6.1. Kos tinggi 13

6.2. Kos perkakasan 14

6.3. Kos penukaran 14

6.4. Saiz dan kerumitan 14

6.5. Prestasi tidak konsisten 14

6.6. Risiko kegagalan 15

6.7. Sistem yang kompleks 15

6.8. Saiz storan yang besar 15

6.9. Kehilangan maklumat 15

6.10. Pemisahan data 15

6.11. Individu yang berkelayakan 16

6.12. Tidak efisien 16

7. PENUTUP 16

8. RUJUKAN 17

4
PENDAHULUAN

Pangkalan data ditakrifkan sebagai himpunan data atau data-data yang disimpan pada suatu

tempat simpanan data khusus dan kemudiannya digunakan oleh organisasi dan pihak

berkepentingan yang lain bagi proses pembuatan keputusan. Anda telah mengetahui bahawa

koleksi data atau himpunan data diperlukan untuk tujuan pembuatan keputusan tertentu

dalam organisasi. Oleh itu, data-data yang dihimpunkan merupakan data yang saling berkait

antara satu sama lain dan ia disusun dalam aturan tertentu supaya mudah dicapai dan dapat

digunakan oleh berbagai hierarki pengurusan dalam organisasi.

Pangkalan data juga ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang saling berkaitan. Ini

bermaksud bahawa setiap data di dalam pangkalan data mempunyai hubungan tertentu di

antara satu dengan lain. Perkaitan di antara data-data adalah penting bagi memudahkan

penggunaan, penganalisaan, pengurusan, perolehan semula, dan sebagainya dengan cepat dan

berkesan. Kepentingan ini adalah relevan dengan organisasi besar yang mempunyai pelbagai

cawangan. Jadi pengguna data tidak perlu untuk mencari data dari satu jabatan ke satu

jabatan lain dalam organisasi tersebut seperti mana kaedah penyimpanan data tradisional.

Data untuk sesebuah jabatan boleh dikumpulkan dalam satu pangkalan data jabatan.

Manakala, jika sesebuah jabatan ingin memperolehi atau mengguna data jabatan lain, maka

jabatan tersebut boleh membuat capaian terhadap pangkalan data jabatan yang dikehendaki

berdasarkan prosedur tertentu.

5
SISTEM PANGKALAN DATA

Sistem pangkalan data dari segi takrifannya merujuk kepada keseluruhan sistem yang terdiri

daripada empat perkara utama iaitu pangkalan data, sistem pengurusan pangkalan data, atur

cara pengguna, dan pengguna. Komponen-komponen ini adalah saling berinteraksi dan

berhubungan di antara satu sama lain. Komponen-komponen ini boleh dianggap sebagai satu

set besar, iaitu keempat-empat komponen tersebut adalah saling bekerja dan saling membantu

di antara satu dengan yang lain. Komponen sistem pengurusan data merupakan perkara asas

yang perlu anda ketahui. Komponen yang dimaksudkan ialah data, perkakasan dan rangkaian,

perisian, prosedur, dan sumber manusia. Dengan adanya perkara asas tersebut maka sistem

pangkalan data dapat beroperasi dan digunakan dalam organisasi khususnya organisasi

pengurusan. Keterangan mengenai asas-asas tersebut dan kaitan di antaranya adalah seperti

berikut:

(a) Data

Data yang dimaksudkan ialah data pengguna dan lazimnya data pengguna ini merupakan data

yang seringkali berubah-ubah dan mengalami penambahan dari semasa ke semasa. Data

berkaitan definisi atau keterangan mengenai sesuatu data juga disimpan dalam pangkalan

data dan data ini dikenali sebagai meta data. Manakala meta data adalah dijana oleh kamus

data yang mana digunakan untuk penyimpanan dan mengurus data yang terkandung dalam

pangkalan data.

(b) Perkakasan dan rangkaian

6
Keperluan terhadap jenis perkakasan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis

sistem pengurusan pangkalan data digunakan dan pangkalan data yang ingin dihasilkan.

Namun demikian, kapasiti setoran (setoran utama dan sekunder) adalah perkara yang perlu

diteliti dan dikaji terlebih dahulu supaya data yang besar dapat ditampung dan diuruskan

dengan cekap dan efisien.

(c) Perisian

Keperluan terhadap perisian adalah bergantung kepada beberapa faktor. Namun demikian,

perisian asas seperti sistem pengurusan pangkalan data dan perisian sistem pengoperasian

perlu disediakan. Pemilihan jenis sistem pengurusan pangkalan data dan sistem

pengoperasian adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antara sistem pengoperasian yang

selalu digunakan ialah Microsoft Windows dan UNIX, dan kedua-dua sistem ini

berkeupayaan untuk mengurus keperluan kawalan sistem secara menyeluruh. Antara sistem

pengurusan pangkalan data yang boleh digunakan ialah Microsoft Access dan Oracle.

Perisian aplikasi ini bertindak sebagai mengurus dan memantau keseluruhan sistem

pangkalan data daripada permulaan proses pembangunan hinggalah kepada proses capaian

dan selenggaraan data.

(d) Prosedur

Prosedur biasanya dirujuk sebagai aturan atau tata cara yang menjadi rujukan. Prosedur ini

boleh disimpan dalam bentuk dokumentasi dan softcopy yang disediakan oleh Pentadbir

Pangkalan Data dengan sokongan dan bantuan daripada pengatur cara program. Prosedur ini

akan sentiasa disemak dan dikawal oleh pemilik pangkalan data terutamanya dari aspek

keselamatan dan kewibawaan data.

(e) Sumber manusia

7
Sumber manusia merupakan aset penting bagi melaksanakan penggunaan pangkalan data.

Sumber manusia dalam konteks pengurusan pangkalan data dikategorikan kepada dua

kumpulan utama yakni kumpulan pengguna dan kumpulan pakar. Secara ringkasnya,

kumpulan pakar komputer merupakan kumpulan sumber manusia yang biasanya mempunyai

kemahiran teknikal tertentu manakala kumpulan pengguna akhir pula merupakan kumpulan

pengguna biasa.

KELEBIHAN SISTEM PANGKALAN DATA

1. Pangkalan data terkawal

Penggunaan pangkalan data terpusat melibatkan pemusatan semua rujukan data kepada satu

tempat dan kaedah ini dapat mengelak atau mengurangkan perulangan data. Seperti mana

yang telah diterangkan, semua fail yang dipunyai oleh jabatan yang berlainan disimpan dalam

pangkalan data di bawah tanggungjawab seorang pentadbir pangkalan data. Kandungan fail-

fail tersebut disusun semula untuk mencerminkan data terpusat. Misalnya, jika ingin

menyimpan tiga fail dalam pangkalan data. Nama fail akan anda tulis dengan huruf besar

manakala kandungannya diletak dalam kurungan. Penyimpanan Data dalam Satu Lokasi Oleh

itu, danmendapati bahawa simpanan data dalam satu lokasi secara langsung akan mengatasi

masalah seperti berikut:

(a) Mengurangkan lewahan data

Apabila fail-fail dalam pangkalan data dihimpun dalam satu tempat dan diselaraskan,

data berulang akan dibuang dan ini menjimatkan ruang setoran dan masa untuk kerja-

kerja kemasukan data.

(b) Keselarasan data terjamin

8
Penyimpanan beberapa salinan data yang sama di tempat yang berlainan dapat

dielakkan dan secara langsung ia dapat mengawal lewahan data. Dengan ini, ia dapat

mengurangkan risiko terdapatnya dua data yang tidak selaras. Jika satu salinan data

sahaja disimpan dalam pangkalan data, maka sudah pasti keadaan ini tidak akan

menimbulkan kesilapan semasa proses pengemaskinian data. Ini kerana hanya satu

nilai data yang perlu diubah. Oleh yang demikian, anda mendapati bahawa

keselarasan data telah terjamin.

(c) Kewibawaan data bertambah

Jaminan keselarasan data boleh mempertingkatkan kepercayaan pengguna terhadap

pangkalan data. Namun demikian, kewibawaan data juga bergantung kepada

kesahihan dan keselarasan data itu sendiri. Kewibawaan data perlu terjamin kerana ia

boleh meningkatkan goodwill sesebuah organisasi.

2. Kesepaduan data

Semua data yang disimpan dalam pangkalan data secara terpusat hanya boleh dicapai melalui

sistem pengurusan pangkalan data. Oleh itu, atur cara penggunaan hanya perlu memberikan

arahan kepada sistem pengurusan pangkalan data tentang bagaimana fail-fail ingin disatukan.

Manakala kendalian-kendalian lain akan dilakukan oleh sistem pengurusan pangkalan data.

Kesepaduan data telah mewujudkan hasil yang positif yang dapat memantapkan lagi sistem

pangkalan data yang digunakan. Antara manafaat daripada kesepaduan data ialah:-

(a) Memudahkan kawalan terhadap data

Pentadbir Pangkalan Data merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap

pangkalan data. Oleh itu, beliau boleh mengenakan suatu standard terhadap peraturan

seperti menamakan bidang, peraturan mengemas kini, capaian data, peraturan format

9
fail, dan sebagainya. Kawalan secara terpusat terhadap data akan menghilangkan

masalah sinonim dan hononim seperti mana yang wujud dalam sistem pemprosesan

fail.

(b) Perkongsian data

Melalui sistem pangkalan data, fail tidak lagi dimiliki secara mutlak oleh jabatan

tertentu sahaja, sebaliknya data dalam pangkalan data boleh dikongsi oleh semua

pengguna yang dibenarkan. Untuk itu, aturcara pengguna boleh menggunakan takrif

data yang telah disediakan oleh sistem pengurusan pangkalan data.

(c) Capaian data serempak

Dalam sistem pemprosesan fail, maklumat yang dihasilkan merupakancantuman

beberapa fail yang diperolehi daripada beberapa jabatan yang berbeza. Kebenaran

untuk mencapai atau menggunakan data-data tersebut juga bukan satu perkara yang

mudah terutamanya organisasi yang mempunyai dan prosedur birokrasi yang ketat.

Tetapi, dengan menggunakan sistem pangkalan data, masalah capaian serempak dapat

diatasi. Ini akan memudahkan capaian pengguna terhadap sesuatu data dari pelbagai

jabatan dalam organisasi yang sama.

(d) Pertambahan maklumat

Jika data disimpan berasingan seperti dalam sistem pemprosesan fail, maka ia akan

menyebabkan nilai maklumat adalah terhad dan terbatas kepada sesuatu jabatan

sahaja. Namun, melalui kesepaduan data ia akan mengizinkan rujukan di antara fail

dibuat bagi menghasilkan maklumat tambahan untuk organisasi tanpa melibatkan

pertambahan data baru.

10
3. Kebebasan format fail

Pangkalan data bukan sahaja menyimpan data tetapi ia juga menyimpan format fail.

Mengikut piawaian yang telah ditetapkan, capaian kepada data dan format fail boleh dibuat

melalui sistem pengurusan pangkalan data. Manakala bagi atur cara pengguna, ia tidak perlu

menyimpan format data yang digunakan. Keadaan ini menunjukkan bahawa atur cara

penggunaan pangkalan data tidak bergantung kepada struktur dalaman pangkalan data. Ini

bermaksud, format fail mungkin boleh diubah namun, atur cara penggunaan tidak perlu

ditulis semula apabila perubahan dilakukan terhadap format fail. Sistem pengurusan

pangkalan data juga bertanggungjawab memadankan unsur-unsur data yang ditakrif oleh

aturcara penggunaan kepada struktur fizikal seperti mana yang disimpan dalam pangkalan

data. Masalah ketidakserasian fail juga tidak berulang lagi seperti mana yang berlaku di

dalam sistem pemprosesan fail. Ini kerana seluruh sistem pangkalan data adalah ditadbir oleh

seorang pentadbir pangkalan data. Selain itu, semua atur cara penggunaan diberikan hak

terhadap capaian kepada pangkalan data melalui sistem pengurusan pangkalan data yang

serasi dengan sistem pengurusan pangkalan data tersebut.

4. Perwakilan data organisasi

Kesepaduan data memperlihatkan perhubungan secara jelas di antara fail dan rekod dalam

pangkalan data. Perhubungan ini dapat mengelak daripada berlakunya kesukaran untuk

memilih sesuatu model data untuk perwakilan data dalam pangkalan data. Tambahan lagi,

sesuatu model data adalah penting kerana ia dapat mencerminkan operasi sebenar sesebuah

organisasi. Sebagai contohnya, fail JABATAN, PELANGGAN, STAF, dan unsur datanya

mencerminkan operasi asas sebuah organisasi perniagaan dari pandangan seorang pengguna.

11
5. Tatacara keselamatan lebih selamat

Sebenarnya, risiko kehilangan data dalam sistem pangkalan data adalah lebih tinggi

berbanding sistem pemprosesan fail kerana data disimpan hanya pada satu tempat sahaja.

Oleh sebab itu, sistem pangkalan data memerlukan tatacara keselamatan yang lebih canggih.

Kita dapati bahawa sistem pangkalan data terpusat membenarkan Pentadbir Pangkalan Data

mengenakan peraturan keselamatan piawai terhadap pangkalan data. Selain itu, Pentadbir

Pangkalan Data diberikan hak untuk mereka bentuk mekanisme keselamatan tambahan

seperti penggunaan kata laluan, kebenaran capaian bertingkat, dan menguatkuasakan

keselamatan fizikal.

6. Kapasiti capaian pengguna tinggi

Sistem pemprosesan fail direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengguna dan

penggunaannya adalah terhad untuk jabatan tertentu sahaja. Ia juga tidak mempunyai

mekanisme kawalan bagi menentukan capaian serempak oleh ramai pengguna. Keadaan ini

dapat menghindari kehilangan data dan secara tidak langsung meningkatkan kewibawaan

data. Namun begitu, sistem pengurusan pangkalan data pada hari ini mempunyai mekanisme

kawalan pemprosesan serempak dan mekanisme ini berfungsi dalam menentukan

keselamatan dan kewibawaan data agar sentiasa terjamin.

7. Tatacara sandar dan pemulihan

Dalam sistem pemprosesan fail, pembuatan sandaran data merupakan tanggungjawab

pengatur cara pengguna. Biasanya sandaran dibuat di atas pita pada sela masa tertentu.

Sekiranya berlaku kegagalan sistem, data urus niaga (semenjak sandaran terakhir dibuat

sehingga masa kegagalan berlaku) akan hilang. Biasanya pemulihan memakan masa. Namun

begitu, sistem pengurusan pangkalan data hari ini mempunyai tatacara sandar dan pemulihan

12
yang cekap serta tidak membebankan pengguna atau pengatur cara pengguna. Untuk

makluman anda, setiap pengemaskinian pangkalan data direkodkan dalam satu log yang

digunakan untuk memulihkan sistem apabila berlaku sesuatu kegagalan atau gangguan

terhadap sistem pangkalan data.

8. Kebebasan data dan program

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) mengasingkan data dan program. Pengasingan

ini akan memudahkan kepada penyelenggaraan.

9. Meminimumkan pertindihan data

Dengan menggunakan pangkalan data ia dapat meminimumkan pertindihan data. Ini kerana

dalam pangkalan data menggunakan konsep penormalan yang bertujuan untuk

meminimumkan pertindihan data. Ini mengelakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos.

10. Memperbaiki perkongsian data

Oleh kerana konsep pangkalan data itu sendiri bersifat perkongsian, maka data-data dalam

pangkalan data boleh dikongsi bersama-sama daripada pengguna dalaman atau luaran.

Namun, pengguna-pengguna tersebut terikat dengan kebenaran yang diberi terhadap

pangkalan data.

11. Meningkatkan produktiviti bagi pembangunan aplikasi

Konsep pangkalan data membolehkan pembinaan aplikasi baru dibina dengan

meminimumkan kos dan masa. Ini kerana, kebanyakan Sistem Pengurusan Pangkalan Data

telah menyediakan banyak kemudahan seperti membina form, membina query, membina

laporan dan sebagainya.

13
12. Memperbaiki kebolehcapaian data

Sesuatu data akan dapat dicapai terus oleh semua organisasi kerana adanya intergrasi data.

13. Mengelak kebocoran data

Penggunaan pangkalan data hanya kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran sahaja. Ini

membolehkan maklumat rahsia disimpan dan diakses oleh individu tertentu sahaja.

KELEMAHAN SISTEM PANGKALAN DATA

Sistem pangkalan data sememangnya mempunyai kelebihan yang secara langsung telah

mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pemprosesan fail. Namun begitu,

sistem pangkalan data turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan-

kelemahan ataupun kekurangan yang wujud dalam sistem pangkalan data ialah:-

1. Kos tinggi

Bagi komputer peribadi, kos sistem pengurusan pangkalan data adalah rendah kerana saiz dan

keperluannya yang tidak kompleks. Tetapi, bagi sebuah organisasi yang besar biasanya

memerlukan sistem pengurusan pangkalan data menggunakan kerangka utama (mainframe)

untuk persekitaran pelbagai pengguna. Ini menyebabkan kos pembangunan sistem pangkalan

data adalah tinggi untuk organisasi besar. Walau bagaimanapun, pelaburan membeli atau

membina sendiri sistem pengurusan pangkalan data biasanya mendatangkan keuntungan

kepada syarikat untuk tempoh jangka masa panjang. Masalah kos ini adalah ketara

terutamanya di kalangan syarikat atau organisasi seperti syarikat baru, organisasi bersaiz

sederhana, organisasi berisiko tinggi kepada kerugian, dan sebagainya.

14
2. Kos perkakasan

Pemasangan sistem pengurusan pangkalan data mungkin memerlukan sokongan perkakasan

yang lebih tinggi dari aspek keupayaan. Mungkin juga perlu dibeli satu komputer untuk

dijadikan sebagai sistem pelayanpelanggan data yang khusus untuk menempatkan sistem

pengurusan pangkalan data. Kos perkakasan ini dikategorikan sebagai kos tetap kepada

sesebuah syarikat atau organisasi.

3. Kos penukaran

Proses penukaran sistem pemprosesan fail kepada sistem pangkalan data atau daripada satu

sistem pengurusan pangkalan data kepada satu sistem pengurusan pangkalan data yang lain

juga melibatkan kos yang besar. Pertambahan kos juga melibatkan kerja-kerja seperti

penukaran format data, penulisan aturcara pengguna, pengubahsuaian format data, dan

sebagainya. Proses penukaran ini pula memakan masa dan memerlukan latihan semula staf

yang berkenaan.

4. Saiz dan kerumitan

Perisian yang mempunyai berbagai fungsi seperti sistem pengurusan pangkalan data adalah

bersifat rumit dan memerlukan ruang setoran serta ruang kerja yang besar. Ini bermakna

organisasi perlu bersedia untuk menghadapi sebarang pertambahan kos yang tinggi dari aspek

setoran dan penyenggaraan serta tambahan gaji untuk staf yang berkemahiran.

5. Prestasi tidak konsisten

Sistem pengurusan pangkalan data merupakan perisian umum yang dapat memenuhi berbagai

bentuk penggunaan. Prestasi sesetengah pengguna mungkin tidak sebaik sistem pengendalian

fail yang dikhususkan untuk satu-satu tugas tertentu. Ini mewujudkan ketidakserasian di

antara pengguna dengan sistem pengurusan pangkalan data. Keserasian dalam konteks ini

15
bukanlah bermaksud sistem pengurusan pangkalan data tersebut tidak sesuai. Tetapi

keserasian tersebut merujuk kepada aspek pengetahuan dan kemahiran pengguna yang rendah

sehingga menyebabkan sistem pangkalan data tidak digunakan sepenuhnya. Ini bermaksud

pengguna mahir akan menggunakan sistem pangkalan data pada tahap maksimum manakala

pengguna tidak mahir pula hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada keupayaan

sebenar sesuatu sistem.

6. Risiko kegagalan

Risiko kegagalan dalam sistem pangkalan data adalah lebih tinggi berbanding sistem

pemprosesan fail kerana data dan sistemnya adalah terpusat. Semua pengguna bergantung

kepada sistem pengurusan pangkalan data dan pangkalan data yang tunggal. Justeru itu,

kegagalan mana-mana bahagian menyebabkan keseluruhan sistem tergendala.

7. Sistem yang kompleks

Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem

8. Saiz storan yang besar

Saiz DBMS agak besar dan melibatkan storan yang banyak

9. Kehilangan maklumat

Kegagalan sistem atau serangan virus boleh menyebabkan kehilangan maklumat kerana

pengguna dan aplikasi amat bergantung kepada DBMS

10. Pemisahan data

Setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain. Ini menyebabkan proses

kemaskini data tidak dapat dilaksanakan serentak.

16
11. Individu yang berkelayakan

Memerlukan individu yang berkelayakan sahaja untuk mengendalikan sistem pengkalan data.

12. Tidak efisien

Sistem pengkalan data adalah multi-use software menyebabkannya tidak efisien berbanding

program yang dicipta hanya untuk mengendalikan satu tugasan sahaja.

PENUTUP

Kesimpulannya, sistem pangkalan data boleh dianggap sebagai pusat penting yang

menyimpan pelbagai maklumat dan data mengenai sesuatu perkara. Boleh dikatakan bahawa

pangkalan data merupakan rekod formal mengenai segala aktiviti dan masyarakat. Untuk

melihat dan mengkaji apa yang berlaku ke atas individu, organisasi, dan masyarakat,

pangkalan data perlu dianalisis dan diubah suai dari semasa ke semasa. Kemunculan

teknologi baru khususnya perisian yang berkaitan dengan pembangunan sistem pangkalan

data telah mempertingkatkan kualiti dan prestasi pangkalan data yang ada pada hari ini.

Selain itu, perkembangan konsep baru mengenai pangkalan data seperti konsep pangkalan

data pintar mencerminkan bahawa kita semua memerlukan sistem pangkalan data yang

efisien, efektif, dan sistematik.

(2788 patah perkataan)

17
RUJUKAN

Asas Pangkalan Data. Diakses pada 6 Disember 2017 daripada

https://support.office.com/ms-my/article/Asas-pangkalan-data-a849ac16-07c7-4a31-9948-

3c8c94a7c204

Kelebihan dan kelemahan sistem pangkalan data. Diakses pada 6 Disember 2017 daripada

https://unpluggedtmkg3.wordpress.com/2014/10/29/kelebihan-dan-kelemahan-sistem-

pangkalan-data/

18

Você também pode gostar