Você está na página 1de 5

Adab bercakap dalam majlis

Maksud Majlis
Bahasa:
Tempat duduk atau berhimpun
Istilah:
Sebarang pertemuan dan perjumpaan yang dihadiri ramai orang kerana sesuatu
tujuan /perkara tertentu
Majlis terbahagi kepada
1. Majlis yg baik [Al-Majlis al-Saleh]
Ciri Majlis As-Saleh;
Majlis mengingatkan kepada Allah swt dan menepati syarak
Contoh: Majlis ilmu, Majlis Zikir, Majlis mesyuarat, dan majlis perkahwinan yang
tiada unsur maksiat

2. Majlis yg buruk [Al-Majlis as-Su’]


Ciri Majlis As-Su’:
Majlis yang melalaikan dari mengingati Allah swt dan berlaku perkara yg
bertentangan dgn syarak
Contoh: Konsert muzik rock, pesta-pesta minum arak, liar dan majlsi tari menari
Adab bercakap ( Dalam Majlis )
1. Percakapan yang berkesan dan mudah difahami
2. Beri peluang org lain bercakap dan meghormatinya
3. Bertutur dengan mengguna kan kata-kata yg sopan
4. Memohon maaf jika terkasar bahasa
5. Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar
6. Mengucapkan percakapan yang baik dan berfaedah
7. Menuturkan percakapan yang dapat mengingati Allah
8. Menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri
9. Bercakap benar dalam semua keadaan
10. Merendahkan suara dan bersikap rendah diri

Faedah Beradab Semasa Bercakap


1. Menjauhi prasngka yang buruk dan salah faham
2. Memudahkan tercapai sesuatu matlamat dan Dapat memberikan kesan positif
kepada pendengar
3. Menimbulkan kemesraan dan mengukuhkan persaudaraan serta perpaduan
4. Menyampai maklumat dengan jelas & tersusun
5. Mewujudkan suasna yang harmoni
6. Mendapat keredaan Allah dan terpelihara daripada gangguan syaitan

Kelebihan bercakap benar


1. Kehidupan tennag dan tenteram
2. Terhindar dari dosa melakukan pembohongan
3. Jiwa dan mindanya disinari nur Allah swt
4. Boleh bersama Rasulullah dalam syurga
5. Mendapat kepercayaan masyarakat [thiqah]
6. Jauhi dari sifat nifaq
7. Mendapat keampunan dan keredaan Allah swt
8. Dapat mengatasi tipu daya syaitan
Akibat Jika Tidak Menjaga Adab Ketika Bercakap
1. Berperlakuan buruk & disisih masyarakat
2. Tidak mendapat kepercayaan masyarakat
3. Dapat dosa dan dibenci Allah dan rasul
4. Mencetuskan perbalahan lidah & perpercahan
5. Keras hati dan jiwa tidak tenang
6. Sukar menyelesaikan masalah

Você também pode gostar