Você está na página 1de 5

MODUL 8

Transformasi Objek

1. Transformasi objek merujuk kepada proses meminda struktur sesuatu objek


dari pelbagai aspek seperti perspektif, saiz, sudut pandangan dan sebagainya.
Melalui proses transformasi ini, keseragaman imej-imej dapat dihasilkan sama ada
dari segi saiz, pandangan, pencahayaan dan sebagainya bagi membentuk paparan
ataupun gabungan imej yang lebih sempurna.

Asas Transformasi Objek di dalam Adobe Photoshop

2. Untuk melakukan proses transformasi, terdapat beberapa cara utama yang


boleh digunakan seperti arahan Edit>Transform atau pun menerusi arahan Edit>Free
Transform di bar menu. Arahan yang pertama membahagikan proses transformasi
kepada beberapa bahagian seperti Scale, Perspective, Skew dan sebagainya. Arahan
yang kedua pula membenarkan pengguna menentukan sendiri jenis atau spesifikasi
proses transformasi yang diperlukan. Ikuti latihan kerja seterusnya bagi melihat
bagaimana setiap kemudahan ini dapat digunakan.

Transformasi Objek : Scale dan Distort

3. Proses transformasi boleh dilakukan kepada pelbagai elemen seperti teks,


imej, objek dan sebagainya. Dalam latihan kerja yang seterusnya, anda akan
menggunakan 2 jenis transformasi objek yang disediakan oleh Adobe Photoshop iaitu
Scale dan juga Distort pada imej.

a.. Buka 2 imej yang dirasakan sesuai.

1
b. Aktifkan fail sunset.jpg. Gunakan arahan Select>All bagi memilih
keseluruhan imej tersebut.

c. Seterusnya, aktifkan ikon Move Tool pada Toolbox dan tekan kekunci
ALT pada papan kekunci. Klik pada imej dan heretkan ianya ke dalam
fail Apple.jpg.

d. Hasilnya, paparan imej dari fail Laut.jpg akan menindih imej dari fail
Apple.jpg seperti yang berikut :

e. Selain dari itu, sekiranya anda melihat tetingkap palet Layers, didapati
satu layer baru (Layer 1) yang mengandungi imej dari fail Laut.jpg akan
terbentuk.

f. Memandangkan imej dari fail sunset.jpg agak besar maka ianya perlu
dikecilkan sedikit. Semasa Layer 1 diaktifkan, gunakan arahan
Edit>Transform>Scale.

g. Arahan ini menyebabkan keseluruhan imej pada Layer 1 diaktifkan


dengan setiap penjurunya dikelilingi kotak-kotak kecil seperti yang
berikut :

h. Klik pada mana-mana penjuru (pada kotak kecil) dan gerakkan ianya ke
arah yang bersesuaian (bergantung kepada proses pembesaran atau
pengecilan imej yang diperlukan).

i Dalam contoh ini, penjuru bawah kanan akan diheretkan ke arah dalam
bagi membolehkan saiz imej tersebut dikecilkan. Tekan kekunci Shift
semasa proses meminda saiz imej bagi mengekalkan nisbah pemindaan
saiz dapat dilakukan.

2
j. Tekan kekunci Enter apabila anda telah berpuas hati dengan saiz baru
imej yang diperolehi.

k. Seterusnya, laksanakan arahan Edit>Transform>Distort. Apabila imej


tersebut diaktifkan, klik penjuru bawah kiri imej dan heretkan ia agar
membentuk paparan seperti yang berikut :

Transformasi Objek : Flip

4. Dalam latihan kerja seterusnya, anda akan menggunakan satu lagi jenis
transformasi objek yang disediakan oleh Adobe Photoshop iaitu Flip pada imej.
Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasikan sesuatu objek secara
horizontal mahupun vertikal.

a. Buka sebarang fail imej yang dirasakan sesuai.

b. Gunakan arahan Select>All bagi mengaktifkan keseluruhan imej.

3
c. Seterusnya, gunakan pula arahan Edit>Transform>Flip Horizontal.
Kesannya, paparan imej akan ditransformasikan secara horizontal seperti
yang berikut :

d. Gunakan arahan Edit>Undo atau kemudahan History pada tetingkap


palet History untuk mengembalikan imej kepada kedudukan asalnya.

e. Laksanakan pula arahan Edit>Transform>Flip Vertical pada imej


tersebut. Kesannya, paparan imej ditransformasikan secara vertikal
Selain dari melakukan proses transformasi pada keseluruhan imej, ianya
juga boleh dilakukan di mana-mana bahagian imej yang telah diaktifkan.

f. Dengan menggunakan ikon Marquee Too atau Lasso Tooll, pilih


sebahagian dari imej tersebut.

g. Seterusnya laksanakan arahan Edit>Transform>Flip Horizontal.


Kesannya, hanya bahagian imej yang diaktifkan sahaja yang akan
ditransformasikan secara horizontal seperti yang berikutnya :

h. Dengan kemahiran anda serta kemudahan yang disediakan oleh Adobe


Photoshop, imej tersebut boleh dipinda secukup rasa agar kelihatan lebih
realistik seperti yang berikutnya pula :

Transformasi Objek : Rotate

5. Dalam latihan kerja yang seterusnya, anda akan menggunakan satu lagi jenis
transformasi objek yang disediakan oleh Adobe Photoshop iaitu Rotate pada imej.
Kemudahan ini membolehkan anda mentransformasikan sesuatu objek secara putaran
secara lebih bebas mengikut keperluan masing-masing.

4
Transformasi Objek : Free Rotate

6. Selain dari kemudahan Rotate dengan sudut putaran yang telah ditetapkan
(90° dan 180°), Adobe Photoshop juga menyediakan kemudahan yang membolehkan
putaran pada objek dilakukan secara bebas. Ini boeh dicapai menerusi arahan
Edit>Transform>Rotate.

Transformasi Objek : Perspektif dan Skew

7. Perspektif dan Skew merupakan satu lagi jenis transformasi objek yang
disediakan oleh Adobe Photoshop. Kemudahan ini membolehkan anda
mentransformasikan sesuatu objek kepada bentuk baru menerusi perubahan yang
dilakukan pada struktur imej yang asal.

Transformasi Objek : Transformasi Bebas


(Free Transform)

8. Selain dari menggunakan kemudahan transformasi yang telah ditetapkan,


Adobe Photoshop juga membenarkan proses transformasi secara bebas dilakukan.
Transformasi bebas merujuk kepada proses transformasi dari mana-mana aspek
(seperti struktur, saiz, kedudukan dan sebagainya) yang boleh dilakukan tanpa
memerlukan penetapan spesifikasi atau aturan yang tertentu. Semua ini boleh
dilakukan dengan menggunakan arahan Edit>Free Transform.

Você também pode gostar