Você está na página 1de 2

ANALISIS LAGU RASA SAYANG IRAMA

Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang
berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun
naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan iramayang berbeza. Irama merangkumi
faktor detik, meter, rentak, tempoh masa dan tempo.Irama terbentuk daripada sesuatu susunan
bunyi. Irama lagu Rasa Sayang ialah sinkopasi.

I) RENTAK
Rentak digunakan untuk mengiringi muzik nyanyian atau permainan alat muzik. Corak irama
rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri,
Asli, Sumazau dan Joget. Rentak lagu Rasa Sayang ialah rentak masri. Rentak masri dimainkan
dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat
tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat
perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-
lagu dalam rentak masri.

II) TEMPO
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Setiap lagu
mempunyai tempo yang berbeza sama ada cepat, sederhana atau lambat.

Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat)
ALLA MARCIA (March, Patriotik) DAL CAPO (D.C) Irama diulang Lagu Rasa Sayang
digolong dalam jenis tempo AN DAN TE, iaitu sederhana cepat. Tempo ini digunakan untuk
lagu Rasa Sayang kerana ia dapat mewujudkan suasana yang riang. Tempo ini sesuai dinyanyi
dan digemari oleh kanak-kanak.

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah
bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan. Bagi lagu yang kami pilih,
not yang menjadi asas detik ialah minim menggunakan tangga G major.

MELODI
Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan pic yang sama ada
secara menaik, menurun atau mendatar. Melodi adalah bunyi-bunyian yang disusun, diatur untuk
menyedapkan dan mendatangkan kepuasan bila mendengarnya. (Abdul Fatah Karim,1999). 2 3 4
4 4 4 2, 3, 4 4 4 4 4 4

Você também pode gostar