Você está na página 1de 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU, 16109 KOTA BHARU

KELANTAN DARUL NAIM


_____________________________________________

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

BM/PJ SIVIK (SEM 4)

-KERJA KURSUS PENDEK-

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

NAMA: IKLIL YAFFRAH BT YUSOP (890925-04-5030)

NOR ATIKA BT HARUN (890403-02-5032)

SITI NURULHASIKIN BT HANAPI (890216-06-5274)

PENSYARAH PEMBIMBING :

ENCIK. ROSLI BIN YUSOF

TARIKH HANTAR : 31 OGOS 2010


TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

TEORI KOGNITIF

GESTALT PENERIMAAN PENEMUA PEMPROSESAN


CELIK AKAL N MAKLUMAT
HIERARKI
PEMBELAJARAN
KOHLER GAGNE
AUSEBEL
BRUNER

Teori pembelajaran kognitif ialah perubahan proses mental yang berlaku


secara aktif. Teori ini dibina berdasarkan beberapa prinsip iaitu pertama, otak
manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya. Kedua ialah pembelajaran
dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu, ketiga pelajar membina
pengetahuan, bukannya merekod. Pengetahuan melibatkan aktiviti memberikan
makna dalam pengalaman. Keempat ialah pengetahuan yang dibina bergantung
pada pengetahuan sedia ada pelajar. Kelima pula melibatkan pembelajaran
meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai dan yang terakhir ialah
pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.

Gestalt merupakan pengkaji yang berasal dari Jerman yang membuat kajian
ke atas seekor cimpanzi. Hasil kajian ini juga menghasilkan teori celik akal iaitu
mendapat idea secara tiba-tiba atau juga dikenal sebgai pengalaman AhHa!. Bagi
kes cimpanzi yang berada di dalam sangkar yang berusaha untuk mendapatkan
pisang, kejayaan diperoleh apabila timbulnya idea secara tiba-tiba. Maka, cimpanzi
dapat mengambil pisang dengan hasil idea yang timbul.
Yang kedua ialah teori pembelajaran Penerimaan Ausebel. David Ausebel
merupakan seorang ahli psikologi Amerika (1918-2008). Teori ini mengambil kira
pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau bilik darjah. Pembelajaran
bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bahan yang
dimaksudkan boleh dalam bentuk teks atau penyampain guru. Ini membolehkan
banyak maklumat dapat dikuasi secara serentak. Menurut Ausebel, pembelajaran
bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia
ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Hal
ini berlaku pada masa maklumat baru sedang dalam proses perolehan.
Pembelajaran akan berlaku apabila makluamat baru mempunyai kaitan dengan
maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

6. Minta pelajar 1 . Persembahan


beri contoh advance
tambahan organizer

2 .Kemukakan
5. Buat contoh positif
rumusan.

4. Lihat cirri 3. Kemukakan


persamaan contoh negatif
dan perbezaan
Teori seterusnya ialah teori pembelajaran Penemuan Bruner yang
diperkenalkan oleh Jerome Bruner (1915) yang merupakan ahli psikologi Amerika.
Bruner berpendapat bahawa manusia meliahat oersekitaran dunianya dari sudut ciri-
ciri persamaan dan perbezaan. Bruner membahagikan konsep kepada tiga kategori
iaitu enaktif (berasaskan perlakuan), ikonik ( berasakan imejan) dan simbolik
(berasakan bahasa). Ketiga-tiga kategori ini saling berkait dan saling bersilih ganti
dan setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya
penyampaian disusun atur dengan cara yang sesuai.

Dan yang terakhir ialah Hierarki Pembelajaran Gagne yang berkait dengan
pengajaran berkesan (1968). Menurut Gagne, teori pengajaran hendaklah
mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran
kompleks. Hierarki pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran isyarat,
pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangakaian motor, pembelajaran bahasa,
pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan
penyelesaian masalah.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme ialah teori pembelajran yang melihat pelajar sebagai pembina


pengetahuan, bukannnya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina semua
pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima
bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Sebagai contoh, main biasanya
dianggap sebagai aktiviti yang tidak berfaedah, tetapi sebenarnya melalui bermain
kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara. Teori ini terbahagi kepada dua
iaitu kognitif dan sosial.

Teori Konstruktivisme ( kognitif )

Jean Piaget (1896-1980) merupakan salah seorang tokoh yang terkenal


dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina
pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan
berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut
peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.
Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema.

Bagi Piaget, proses adaptasi ialah proses menerima maklumat baru dimana
proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam sturktur kog nitif untuk
mendapatkan keseimbangan anatara skema dengan persekitaran. Piaget telah
membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu :

 Asimilasi

- Maklumat baru yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat


sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan
mudah ke dalam struktur kognitif.
 Akomodasi

- Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan


maklumat dalam skema, akan berlaku ketidakseimbangan dalam struktur
kognitif. Maklumat baharu tersebut hanya akan diserap masuk apabila
skema berubah melalui pembacaan,perbincangan atau seumpanya.

Melalui adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur


kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.
Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang
hayat individu.

Teori konstruktivisme ( sosial )

Teori ini dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934) yang berpendapat


bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistemis,
logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Ini
dapat dijelaskan bahawa teori ini melihat pembelajaran manusia dalam
konteks sosio-budaya. Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku
melalui bermain, penyampain secara formal atau kerjasama antara pelajar
yang lebih berpengalaman.

 Zon Perkembangan Terdekat.

- Merujuk kepada tugasan yang pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri


oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain
yang lebih mahir. Sekiranya pelajar itu dapat melakukannya sendiri, isi
pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori ini diperkenalkan oleh ahli psikologi Albert Bandura (1925). Beliau
berpendapat bahawa manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan
atau pemerhatian, iaitu dengancara melihat orang lain melakukan, mendapat
ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada
perlakuan. Individu meniru bukan sahaja tingakh laku yang baik, tetapi juga tingkah
laku yang yang tidak diterima masyarakat.

Teori pembelajaran sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruan


dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling. Terdapat tiga bentuk
peniruan, iaitu :

 Peniruan secara langsung

- Peniruan ini berlaku secra langsung apabila melihat model (orang lain)
melakukan sesuatu.

 Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan

- Peniruan ini melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua


situasi (tak sekat lakuan) dan tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam
situasi tertentu sahaja (sekat lakuan).

 Peniruan elisitasi

- Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan, sebgai contoh apabila


melihat orang lain membuka gerai pisang goring dan jualannya laku, maka
timbul keinginan individu lain untuk memulakan jualan pisang goreng.
TEORI PEMBELAJARAN MELALUI RANGSANGAN

Teori pembelajaran melalui rangsangan dapat dilihat di dalam teori


pembelajaran Behaviorisme dimana teori Pelaziman Klasik yang diperkenalkan oleh
Ivan Pavlov (1849-1936). Terdapat beberapa konsep dan istilah yang digunakan
dalam proses pelaziman iaitu :

Tiga jenis rangsangan :

a) Semua objek dalam persekitaran ada hubungan langsung dengan diri,


kita tidak akan beri respon kepadanya dikenali sebagai rangsangan
neutral

b) Semua objek ada hubungan semuala jadi dengan diri, kita bergerak
balas secara semualajadi dikenali sebagai rangsangan semula jadi.

c) Rangsangan neutral yang wujud beserta rangsangan semula jadi dan


menghasilkan gerak balas yang serupa dikenali sebagai rangsangan
terlazim.

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah


dihasilkan oleh Pavlov. Antara konsep tersebut ialah diskriminasi, pembelajaran
semula, penghapusan dan generalisasi.
 Kesesuaian salah satu teori dalam pengajaran dan pembelajaran PSK.

Setelah melihat dan meneliti keempat-empat teori di atas, teori yang dipilih ialah
Teori Pembelajaran Sosial. Kita sebagai manusia secara semula jadinya akan
membentuk perlakuan dengan cara peniruan atau pemerhatian. Sebagai manusia,
kita dari kecil akan membina pengetahuan atau tingkah laku melalui peniruan seperti
kanak-kanak yang cuba belajar sesuatu melalui pemerhatian terhadap orang yang
berada dekat dengan mereka.

Kita juga kerap kali mendengar atau membaca kes-kes luar biasa dan ngeri
berlaku, dan tidak lama kemudian peristiwa yang hampir sama berlaku di tempat
lain. Ada pendapat yang mengatakan salah satu sifat manusia ialah untuk meniru
tingkahlaku atau tindak tanduk orang lain. Ketara sekali dikalangan kaum remaja.
Apabila seorang penyanyi atau jaguh sukan terkenal memotong rambutnya,
peminat-peminatnya juga mengikut dengan rambut pendek dan juga yang botak.  Ini
menyatakan bahawa seorang individu akan meniru tingkahlaku yang diterima
masyarakat dan juga tingkahlaku yang tidak diterima masyarakat.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


(PSK), teori ini adalah sesuai dijalankan kerana merupakan salah satu proses
pembelajaran yang berlaku di persekitaran kanak-kanak. Sebagai contoh dalam
tema “Sayangi Keluarga”. Kanak-kanak dipengaruhi oleh perlakuan oleh orang yang
lebih dewasa dimana mereka akan mencium tangan (bersalam) orang yang lebih
tua. Kanak-kanak secara tidak langsung akan mengikut perlakuan tersebut dan
dapat menanam sikap menghormati orang yang lebih tua. Sebab atau kewajaran
sesuatu tingkah laku juga perlu diberi peneguhan agar kanak-kanak lebih faham nilai
tingkah laku yang dilakukan.

Seperti yang kita tahu, proses pembelajaran turut berlaku di sekolah dimana
guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi atau sikap murid.
Dalam tema “Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat”, murid perlu ditekankan
tentang cara kehidupan di sekolah. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik
seperti menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan guru yang lain.
Ini dapat memberi contoh dan menjadi model kepada murid untuk menanam sikap
sopan santun ketika berinteraksi. Murid juga diberi peringatan betapa pentingnya
mematuhi peraturan sekolah. Guru boleh mengambil tindakan kepada pelajar yang
melanggar peraturan seperti merotan, panggil ibu bapa ke sekolah atau berjumpa
dengan guru besar. Tindakan yang dikenakan akan memberi kesan kepada pelajar
lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama kerana mereka takut dikenakan
tindakan. Peniruan ini merupakan proses peniruan yang positif.

Selain daripada itu, kanak-kanak mudah dibentuk dalam mempelajari sesuatu


perkara. Sebagai contoh, apabila tiba Hari Kemerdekaan, kanak-kanak akan
bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Walaupun pada dasarnya mereka
tidak memahami maksud tersirat akan pentinganya bendera Malaysia, namun
mereka tetap mengibarkan bendera kerana mereka telah diberi peneguhan bahawa
pada Hari Kemerdekaan, Jalur Gemilang akan dikibarkan. Sikap yang dilakukan
melalui permerhatian dan pengalaman secara tidak langsung dapat menanam sikap
patriotisme atau cintakan Negara. Ini dapat dilihat dalam tema “ Malaysia Negaraku”
dimana akan berasa bangga ketika mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyi
lagu Kebangsaan.

Masalah sosial di kalangan remaja juga merupakan salah satu impak yang
buruk dimana murid lain boleh dipengaruhi dengan sikap negatif yang ditunjukkan.
Antaranya ialah membuli, merosakkan harta awam, kes ponteng sekolah, jenayah
dan lain-lain. Ini ditumpukan dalam tema “ Sedia Hadapi Cabaran” dimana ingin
membina budaya cemerlang untuk masa depan. Kita sebagai guru di sekolah dapat
menghindarkan daripada gejala ini berlaku. Ini dapat dilakukan dengan menyelitkan
kepentingan dalam membentuk tingakah laku positif semasa proses pembelajaran
berlaku. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan video kepada murid berkaitan
akibat atau kesan terhadap gejala ponteng sekolah. Selain itu, guru juga boleh
mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang bermasalah. Ini secara tidak
langsung dapat memberi kesan dimana, jika mereka melakukan kesalahan, mereka
akan dikenakan tindakan. Dan akhirnya, kesan daripada persekitaran yang berlaku,
tingkah laku yang diingini dapat dibentuk.

            
REFLEKSI PSK

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan


limpah kurnia-Nya dapat saya Iklil Yaffrah bt Yusop dapat menyiapkan tugasan
subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ini pada semester 4 tahun 2010.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari dan mengetahui banyak
perkara terutama tentang pelbagai teori yang diperkenalkan oleh banyak tokoh yang
terkenal.

Sebagai pelajar, saya tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai jenis


tekanan terutamanya ketika menyiapkan tugasan. Saya perlu bijak dalam
membahagi masa dalam membuat tugasan yang lain serta membahagi masa yang
diperlukan untuk aktiviti lain. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau
rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
Pembahagian masa, sukar memahami soalan yang diinginkan, wang, mendapatkan
maklumat yang diperlukan dan sebagainya menjadi faktor utama dalam cabaran
menyiapkan tugasan ini. Banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada
suatu masa dan tambahan pula pada masa ini adalah musim umat Islam
menunaikan ibadah puasa sehingga ia melemahkan semangat kami semua. Namun,
sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang
harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya, Encik Rosli b. Yusuf


dalam membantu menjelaskan segala kemuskilan dalam mendapatkan maklumat
dan penerangan bagaimana untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Penerangan
beliau amat membantu kami dalam tugasan ini. Berkat ilmu dan tidak lokek
berkongsi ilmu bersama guru pelatih yang lain, saya berjaya melakukan yang terbaik
untuk tugasan ini. Alhamdulillah ianya banyak membantu saya dalam
pembelajaran dalam subjek ini.

_______________________

(IKLIL YAFFRAH BT YUSOP)

Você também pode gostar