Você está na página 1de 1

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa diasaskan


pada tahun 1945 di kawasan seluas 1.2191
hektar. Sekolah ini letaknya di Kampung
Sungai Rubana iaitu km 3 dari jalan utama
menghubungkan bandar Teluk Intan dan
Setiawan. Nama sekolah ini adalah sempena
dengan nama sungai yang berhampiran
sekolah.

Murid-murid SK Sungai Rusa datangnya dari


Kampong Permatang Guntung, Kampong
Sungai Lubok Keli, Kampong Sungai Rusa dan Kampong Tanjung Sari. Jumlah keseluruhan murid-murid
di sekolah ini ialah 95 orang dari kelas Pra Sekolah hingga Tahun 6. Prestasi akademik sekolah adalah
sederhana dalam peperiksaan UPSR. Prestasi terbaik pernah dicapai adalah pada tahun 2010 di mana
semua calon lulus 100% dalam peperiksaan tersebut.

Jumlah guru sekolah ini ialah seramai 13 orang yang terdiri daripada 10 orang guru akademik
dan 3 orang guru agama. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Tuan Hj Ayob bin Ahmad yang bertugas
sehingga tahun 1947. Seterusnya jawatan itu silih berganti hinggalah En Mohamad Faddir bin Baharin
telah dilantik sebagai Guru Besar SK Sungai Rusa mulai bulan November 2016.

Dalam bidang Kokurikulum, sekolah ini sentiasa memberikan komitmen yang serius dalam
penyertaan serta aktiviti di peringkat kelompok, daerah dan negeri. SK Sungai Rusa pernah melahirkan
murid-murid yang berketrampilan dalam bidang sukan, sahsiah serta unit beruniform ke peringkat negeri
Perak.

Você também pode gostar