Você está na página 1de 2

PEMAKANAN TING 4

1 Apakah peranan karbohidrat, lemak dan protein kepada atlet?

A Pembinaan tumbesaran tulang


B Sumber tenaga utama
C Membaiki sel-sel yang telah rosak
D Menambah kecekapan metabolisme

2 Berapakah jumlah tenaga yang dibebaskan daripada karbohidrat?

A 6.3 molekul ATP setiap satu molekul oksigen


B 5.6 molekul ATP setiap satu molekul oksigen
C 3.6 molekul ATP setiap satu molekul oksigen
D 6.5 molekul ATP setiap satu molekul oksigen

3 Berapakah jumlah peratus tenaga yang perlu di ambil oleh individu yang aktif
dalam aktiviti fizikal.

A 50 - 55 peratus
B 65 - 70 peratus
C 60 – 65 peratus
D 55 – 60 peratus

4 Apakah unsur- unsur utama yang terdapat di dalam lemak

A Karbon dan hidrogen


B Nitrogen dan oksigen
C Hidrogen, karbon dan oksigen
D Karbon, hidrogen dan nitrogen

 Mengekalkan pertumbuhan normal


 Pemeliharaan tisu
 Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam sel

5 Apakah keperluan tubuh badan yang boleh dikaitkan dengan pernyataan diatas.

A Protein
B Karbohidrat
C Lemak
D Mineral
6 Apakah sumber makanan utama vitamin A.

A Ayam, ikan, hasil tenusu, daging


B Hati, mentega, susu, keledek, lobak merah
C Sayuran hijau, hati, telur, susu
D Sayuran hijau, kekacang, bijirin

7 Adenosina tritosfat (ATP) dihasilkan melalui tiga sistem tenaga.


Apakah sistem tenaga tersebut.

A Anaerobik alaktik, anaerobik, aerobik


B Anaerobik laktik, anaerobik, aerobik.
C Aerobik laktik, aerobik alaktik, aerobik
D Anaerobik alaktik, anaerobik laktik, aerobik

8 Apakah keperluan serta fungsi Vitamin D?

A Meransang pertumbuhan tulang


B Disintesis untuk badan bagi tindakan dalam pembekuan darah
C Melicinkan penyerapan kalsium dari usus serta meningkatkan aras fosfat
dalam badan
D Bertindak sebagai antioksidan serta membantu menstabilkan Sel membran

9 Mengapakah pengambilan mineral kalsium penting untuk tubuh badan?

A Pembentukan tulang dan gigi


B Pemanangkin bagi metabolisma glukosa
C Membantu tindakbalas metabolisma
D Mengekalkan fungsi otot dan sistem saraf

10 Berapa peratuskah jumlah lemak yang perlu diambil oleh seseorang atlet?

A 10 hingga 15 peratus
B 15 hingga 20 peratus
C 20 hingga 25 peratus
D 25 hingga 30 peratus

Você também pode gostar