Você está na página 1de 8

Pilih pantang larang yang anda tahu. (kaum Melayu). Number of responses: 64 responses.

Untuk pantang larang perkahwinan setiap kaum kami menyediakan senarai semakan pantang larang
setiap kaum dan meminta responden untuk menanda sekiranya mereka tahu.

Soalan pertama adalah mengenai jantina

68. 8% mewakili keseluruhan daripada responden kami adalah perempuan. Jumlah keseluruhan
responden kami adalah 64 org.

Kaji selidik kami yang kedua ialah mengenai kaum responden kami.

Soalan ketiga adalah mengenai pantang larang yang diketahui oleh responden mengenai kaum Melayu.

Berikut adalah senarai pantang larang kaum melayu yang kami letakkan sebagai pilihan mereka:

1) Dilarang keluar dengan pasangan selama 40hari sebelum diijabkabul

2) Pasangan dilarang bebas keluar ke mana-mana

3) Dilarang makan nasi dengan gulai berkuah sebelum berkahwin

4) Pengantin perlu dielakkan terkena cahaya matahari

5) Pengantin dielakkan keluar rumah tanpa tujuan

6) Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin

7) Tidak tahu langsung 9


Secara puratanya graf yang ditunjukkan oleh respondan seperti dibawah:

Kebanyakan daripada responden mengetahui mengenai pantang larang kedua dan kelima iaitu mengenai
pasangan dilarang bebas keluar ke mana-mana dan pengantin dielakkan keluar rumah tanpa tujuan.
Namun, ada juga yang tidak mengetahui sedikit pun mengenai pantang larang perkahwinan kaum
melayu. Ini sangat membimbangkan kerana kami menyediakan banyak pilihan jawapan yang kami
sediakan untuk pihak responden. Ini jelas merisaukan kerana ianya menunjukkan ada golongan yang
tidak mengambil berat mengenai pantang larang kaum melayu.

Seterusnya adalah mengenai pantang larang kaum cina.

Berikut adalah pilihan pantang larang yang kami sediakan untuk dipilih:

1) Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari

2) Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan
selepas majlis perkhawinan

3) Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan
hijau

10
4) Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya sudut bilik

5) Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan

6) Majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah

7) Perkahwinan yang mempunyai nama keluarga yang sama adalah ditegah kerana pasangan pengantin
dikhuatiri bersaudara

8) Tidak tahu langsung

Berikut adalah rajah yang kami perolehi hasil daripada semua responden:

Kebanyakan daripada mereka mengetahui mengenai pantang larang pertama dan pantang larang ketiga.
Namun apa yang agak membimbangkan ialah jumlah yang memilih tidak tahu langsung mengenai
pantang larang kaum cina juga ramai iaitu sebanyak 21 responden. Manakala pantang larang
perkahwinan kaum cina yang paling kurang diketahui umum ialah pantang larang keenam iaitu majlis
perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah

11
Soalan seterusnya adalah mengenai peraturan perkahwinan kaum india.

Berikut adalah pilihan pantang larang kaum india yang kami sediakan untuk para responden:

1) Ketika rombongan oleh bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut semasa
merisik

2) Selesai majlis pertunangan, bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki dilarang keluar
pada waktu malam

3) Kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa sebarang kesilapan

4) Hidangan seperti daging lembu tidak boleh dihidangkan, hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan
kepada para tetamu

5) Tidak tahu langsung

Antara pantang larang yang banyak diketahui oleh masyarakat ialah mengenai hidangan daging lembu
semasa majlis perkahwinan iaitu sebanyak 50% dan diikuti oleh pantang larang kedua iaitu mengenai kad
jemputan sebanyak 40.5%. Manakala untuk pantang larang pertama dan kedua pula juga diketahui oleh
masyarakat sebanyak 32.8% dan 35.9%. Seperti pantang larang untuk kaum melayu dan kaum cina,
terdapat juga 29.7% responden yang memilih tidak tahu langsung mengenai pantang larang kaum india
dan perkara ini jelas membimbangkan kerana masyarakat kita semakin kurang prihatin dengan pantang
larang kaum-kaum lain.
12

Pantang Larang Kaum mengenai Kematian

Seterusnya kami juga menjalankan kajian mengenai tahap pengetahuan masyarakat mengenai pantang
larang semasa perayaan bagi tiga kaum utama di malaysia.

Soalan yang pertama adalah mengenai pantang larang perayaan kaum melayu:

Berikut adalah senarai pilihan jawapan yang kami sediakan:

1) Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambut perayaan dan memakai pakaian
bersih, cantik dan wangi-wangian

2) Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah
Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin

3) Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan untuk bermaaf-maafan dan melupakan kisah
silam yang lampau

4) Memasang pelita pada waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur

5) Orang dewasa memberi wang kepada kanak-kanak dan mengadakan rumah terbuka atau berkunjung
ke rumah terbuka yang diadakan oleh rakan-rakan membuat dan menghidangkan juadah wajib (ketupat,
rendang dan sebagainya) kepada tetamu dan jiran

6) Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-


bahagikan kepada kafir miskin dan orang ramai

7) Tidak tahu langsung


13

Pantang larang yang paling banyak diketahui oleh masyarakat adalah pantang larang mengenai
menziarahi pusara sebanyak 67.2% dan menziarahi saudara mara sebanyak 65.6%. Manakala pantang
larang pertama dan keenam menunjukkan peratusan yang sama iaitu sebanyak 59.4%. Peratusan yang
terendah bagi pantang larang perayaan kaum melayu ialah mengenai mengenai ibadah korban dan
jumlah yang memilih tidak tahu langsung hanyalah sebanyak 7.8 %.

Seterusnya ialah mengenai pantang larang untuk kaum cina dan berikut merupakan senarai pantang
larang yang kami sediakan untuk dipilih oleh pihak responden.

1) Tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama

2) Percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari
sambutan itu telah pecah

3) Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling
dinantikan

4) Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina

5) Pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu
memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin

6) Tidak tahu langsung

Kebanyakan pantang larang kaum cina diketahui oleh masyarakat kerana kebanyakkan pantang larang
mendapat jumlah peratus yang hampir sama iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama
sebanyak 65.6%, acara makan beramai-ramai sebanyak 70.3% dan pemberian angpau sebanyak 71.9%.
Pantang larang yang paling kurang diketahui oleh masyarakat ialah mengenai kepercayaan mengenai
nasib malang dan perkataan yang tidak sopan tidak digalakkan sewaktu perayaan. Jumlah yang memilih
tidak tahu langsung pula adalah sebanyak 8 orang iaitu sebanyak 12.5%.
14

Soalan seterusnya ialah mengenai pantang larang perayaan bagi kaum india.

Berikut adalah senarai pantang larang yang kami sediakan sebagai pilihan bagi responden:

1) Amalan berkabung: Semua ahli terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang
menyambut perayaan Deepavali selama setahun

2) Manisan dihidangkan

3) Dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih

4) Tidak tahu langsung

Antara pantang larang yang banyak diketahui oleh kelompok yang menjawab kajian kami ialah mengenai
amalan berkabung pada perayaan deepavali sebanyak 53.1% dan mengenai hidangan manisan sebanyak
59%. Selain itu pantang larang yang tidak membolehkan mereka memakai pakaian berwarna hitam atau
putih pula diketahui oleh 22 orang responden iaitu sebanyak 34.4%. Terdapat 16 orang yang memilih
tidak tahu langsung mengenai pantang larang perayaan kaum india dan ini agak membimbangkan kerana
kita sepatutnya peka dengan sensitiviti kaum-kaum lain dan mengambil perhatian yang sepatutnya
kerana kita hidup serumpu.
15

Você também pode gostar