Você está na página 1de 10

1.

0 Pengenalan

Penglibatan Malaysia dalam TIMSS sejak tahun 1999 dan PISA dari tahun 2009 telah
membuka dimensi baru dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains. Pencapaian dan kedudukan negara yang tidak memberangsangkan
berbanding negara-negara Asia yang lain telah menjadi tamparan hebat kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK).

Justeru itu, bagi meningkatkan keupayaan daya saing di peringkat global dan
mewujudkan sebuah negara maju yang dijana oleh kumpulan modal insan yang berkualiti dari
segenap segi, suatu transformasi pendidikan telah dirangka melalui pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengambil kira hasil kajian
terhadap pencapaian negara dalam penilaian TIMSS dan PISA. YAB Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam laporan lengkap PPPM 2013-
2025 menyatakan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan
pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran
yang diperlukan dalam abad ke-21 (KPM, 2010). Antara enam elemen utama yang perlu ada
pada setiap murid untuk bersaing pada peringkat global seperti digariskan dalam Aspirasi
Murid PPPM 2013-2025 adalah identiti nasional, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

2.0 Trenda dan isu perkembangan matematik sekolah rendah

2.1 Isu pencapaian matematik dalam TIMMS dan PISA

TIMSS dimulakan pada tahun 1995 dan berlangsung sehingga hari ini. TIMSS telah
dijalankan setiap 4 tahun dan penyertaan bagi setiap tahun berubah bergantung kepada
kesanggupan dan kemahuan sesebuah negara untuk mengambil bahagian. Malaysia tidak
mengambil bahagian pada tahun yang pertama iaitu tahun 1995 tetapi mula mengambil
bahagian pada tahun yang kedua, 1999 dengan pelajar dari gred 8 atau Tingkatan 2. Semasa
TIMSS mula dijalankan di Malaysia, negara kita tidak menghantar bagi menguji pelajar gred
4 atas faktor-faktor tententu. 150 buah sekolah diserata pelusuk semenanjung dan Sabah
serta Sarawak dipilih secara rawak bagi memastikan ujian dapat dijalankan secara adil
Menurut laman web rasmi TIMSS, tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur prestasi
pencapaian matematik dan sains para pelajar dari Gred 4 dan Gred 8 (Tingkatan 2) di
peringkat antarabangsa. Objektif lainnya adalah untuk membuat penilaian pencapaian pelajar
antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dalam matematik dan sains.

1
Dalam subjek Matematik, Malaysia mencatatkan skor 519 pada 1999 iaitu kali pertama
Malaysia menyertai TIMSS, kemudian mencatatkan penurunan pada 2003, 2007 dan 2011,
masing-masing dengan skor 508 mata, 474 mata dan 440 mata. Dalam keputusan TIMSS
2015, Malaysia menunjukkan peningkatan skor sebanyak 465 mata. Begitu juga dalam mata
pelajaran Sains, skornya meningkat dari 492 mata pada 1999, kemudian meningkat kepada
510 mata pada 2003 sebelum merosot pada 2007 dan 2011 dengan 471 dan 426 mata. Dalam
TIMSS 2015, Sains meningkat 471 mata. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair
Mohamad Yusof, pembabitan Malaysia dalam kedua-dua pentaksiran antarabangsa itu
penting dalam merancang dan menambah baik sistem pendidikan negara untuk melahirkan
modal insan yang mampu bersaing pada peringkat global. Tambahan pula soalan pentaksiran
TIMSS memerlukan daya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar. Keputusan pelajar
Malaysia dalam pentaksiran TIMSS 2015 memperlihatkan kesan positif hasil transformasi
pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kerajaan juga
telah menyasarkan Malaysia untuk mencatat 500 mata bagi subjek Sains dan Matematik
dalam TIMSS seterusnya pada tahun 2019. Dalam subjek Matematik , TIMSS menetapkan
penanda aras iaitu sekiranya pelajar sesebuah negara mencatat skor minimum 400, pelajar
di negara itu hanya mempunyai pengetahuan dalam nombor, perpuluhan, operasi dan graf
asas. Skor minimum 475 menunjukkan pelajar boleh mengaplikasi pengetahuan matematik
yang asas.

Manakala, skor minimum 550 menunjukkan pelajar sesebuah negara mampu


mengaplikasi kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai situasi kompleks secara relatif.
Skor tertinggi iaitu minimum 625 menunjukkan pelajar boleh mengatur dan membuat
kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan menyelesaikan masalah bukan
rutin. Kalau diimbas kembali skor subjek Matematik pelajar Malaysia dalam TIMSS 1999,
2003, 2007, 2011 dan 2015, pelajar di negara ini masih belum mampu menjawab soalan-
soalan aplikasi dalam mata pelajaran matematik dan sains. Oleh itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah menggariskan enam inisiatif dalam menjayakan TIMSS 2019, antaranya
ialah kemahiran pedagogi abad ke-21. Selain kurikulum, guru juga perlu mempunyai
pengetahuan pedagogi mengenai cara menyampaikan ilmu dengan berkesan, di samping
menguasai pengetahuan isi kandungan yang perlu diajar. Pengetahuan pedagogi isi
kandungan adalah nadi seorang pendidik dan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah
dalam proses pembelajaran dan pengajaran (Noriati A. Rashid, 2009).

2
2.2 Isu perlaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Dalam usaha memperbaiki pencapaian dan kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan
PISA, maka negara perlu berupaya melahirkan generasi muda atau murid yang mempunyai
elemen kemahiran berfikir yang tinggi yang secara tidak langsung seiring dengan aspirasi
murid PPPM 2013-2025. Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dirancang untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif, termasuklah pembubaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diganti dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011 dan pengenalan kepada Program i-THINK
pada tahun 2012 yang melibatkan kerjasama antara KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
Bagi mengasah dan meningkatkan KBAT di kalangan murid pula, penambahan bilangan
soalan yang menggunakan KBAT dalam peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan turut
disediakan serta penubuhan pasukan khas, ‘Task Force’ TIMSS dan PISA bagi meningkatkan
KBAT di kalangan murid dan guru.
Program I-THINK merupakan suatu alat pemikiran yang dirangka untuk menjadi bahan
bantu belajar yang boleh digunakan oleh para pendidik dan murid dalam melaksanakan PdP
Matematik di dalam atau di luar bilik darjah. I-Think memperkenalkan lapan proses pemikiran
yang dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Lapan Peta Pemikiran yang memudahkan
murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.
Semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, murid perlu memahami konsep,
menguasai kemahiran dan boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian (Fullan, 2007). Peta
pemikiran i-THINK berperanan untuk membantu murid memahami konsep melalui cetusan-
cetusan pemikiran mereka sendiri dengan menggambarkannya ke dalam peta-peta pemikiran
yang tersedia. Apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka
pembelajaran itu lebih memberi makna kepada mereka (Effandi Zakaria & Abd Razak Habib,
2006). Oleh itu, guru perlu bersedia untuk membantu dan mencari cara untuk membantu
murid untuk memahami konsep dan menyelesaikan masalah. Selain itu, penggunaan peta
minda membolehkan murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.

3
2.3 KSSR Semakan 2017

Mulai tahun 2017, kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) semakan telah
dilaksanakan bagi membuat penambahbaikan terhadap KSSR yang telah dijalankan pada
tahun 2011. Semakan KSSR dilakukan adalah berpandukan kepada syor yang terkandung di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Tujuan semakan
dilakukan bagi memastikan kurikulum persekolahan kekal relevan dengan perlembagaan dan
keperluan semasa serta masa depan khususnya bagi melalui dan menangani cabaran-
cabaran abad ke 21. Pada permulaan KSSR dibangunkan dan kemudian dilaksanakan pada
tahun 2011, asas pertimbangan dalam membangunkan kurikulum tidak meliputi syor oleh
PPPM kerana pelan ini muncul pada tahun 2013. Pada ketika itu KSSR sudahpun siap
dikonsepsikan dan telah pun mula dilaksanakan. Justeru itu, bagi menyahut syor-syor yang
terkandung di dalam PPPM maka KSSR di semak semula.

Antara perkara-perkara yang disyorkan oleh PPPM adalah murid-murid yang


dilahirkan melalui sistem pendidikan mestilah mencapai 6 Aspirasi murid iaitu
berpengetahuan, berkemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian, identiti Nasional. Murid-murid juga perlu disediakan dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Abad ke-21. Kekuatan dan
kedaulatan sesebuah negara mempunyai hubungkait dengan bagaimana rakyatnya menjalani
sistem kehidupannya. Perpaduan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan dalam
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum menjadi tunjang kepada kedaulatan
sesebuah negara. Justeru itu elemen perpaduan dan keharmonian ditekankan dan bagi
menyambut syor ini, kurikulum persekolahan hendaklah mengintegrasikannya. Dalam
perlaksanaan KSSR semakan 2017, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan ke atas
kandungan kurikulum matematik tahun 1 iaitu penambahan elemen kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) dan beberapa tajuk baru seperti pecahan dan statistik dan kebarangkalian
dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran supaya tahap penguasaan matematik dalam
kalangan murid tahun1 di negara ini adalah setanding dengan murid murid di negara maju.

2.4 Isu Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu


berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu pentaksiran
yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)
dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum

4
Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung)
dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan
sekolah.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
pentaksiran, PBS adalah satu pentaksiran yang telus kerana murid-murid dinilai secara adil
dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain (Sabri Ahmad, & Aziz Omar,
2014). Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan
dan kebolehan masing-masing. Sekiranya pentaksiran ini diurus dan dilaksanakan dengan
bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu
mengurangkan beban tugas guru. Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT
telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian.
SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan
melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila
diperlukan.

2.5 Isu pelaksanaan STEM dalam pendidikan

Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri adalah
menerusi pengukuhan pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang
berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains,Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam
konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang
mencabar, menyeronokkan dan bermakna. Pendidikan STEM adalah antara agenda yang
diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih
ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-
kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan

5
STEM penting dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di
peringkat global.

3.0 Kesimpulan

Segala transformasi yang dilaksanakan di dalam PdP Matematik diharap dapat


meningkatkan pencapaian semua murid dalam memahami sesuatu konsep Matematik dan
memberikan murid keupayaan untuk mengaplikasi segala konsep yang dipelajari dalam
kehidupan seharian. Di samping itu, penerapan kemahiran berfikir aras tinggi kepada semua
murid sekolah rendah dapat merapatkan jurang tahap kognitif antara murid cemerlang dan
lemah di peringkat menengah dan di peringkat seterusnya bagi memperbaiki kedudukan
Malaysia di mata dunia, terutamanya dalam TIMSS dan PISA. Secara amnya, besar harapan
rakyat agar program transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita bukan hanya
bergantung kepada sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal menjana
ekonomi daripada hasil intelek rakyatnya.

6
Lampiran

7
Rujukan

Allport, G. W. (2005). Personality-A Psychological Intrepretation. New York: Henry Holt &

Company.

Dunn, R., & Biggs, S. (1995). A meta-analytic validation of the Dunn and Dunn model of

learning style preferences. Jurnal of Educational Research, 88(6), 353-362.

Effandi Zakaria, & Abd Razak Habib. (2006). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pelajar

matrikulasi dalam mata pelajaran matematik. Jurnal Teknologi, 45, 43-62

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change (4th ed). New York: Teacher’s

Press.

Genc, Z. S. 2008. Critical thinking tendencies among teacher candidates. Educational

Sciences: Theory and Practice 8(1): 107-116.

Grasha, A. F. (1996). Teaching with style: A practical guide to enhancing learning by

understanding teaching and learning style. Pittsburgh: Alliance Publishers.

Grimm, K. J. (2008). Longitudinal associations between reading and mathematics

achievement. Developmental Neuropsychology, 33, 410–426.

Jamal Ahmed Badi. (2008). Teaching creative thinking skills and its challenges, strategies and

future implications: A narrative of IIUM experience. Journal of Islam in Asia, 5(1), 169-

188.

Johnson, G. & Price. (2000). Comparing students with high and low preferences for tactile

learning. Journal of Education, 120, 581-586.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia:

Soalan-soalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Loo, R. (2004). Kolb’s Learning styles and learning preferences. Is there a linkage?

Educational Psychology, 24(1), 146-153.

8
Mayesky, M. (2012). Creative Activities for Young Children. United States of America: Nelson

Education, Ltd.

Moyer, P. S. (2001). Are We Having Fun Yet? How Teachers Use Manipulatives to Teach

Mathematics. Educational Studies in Mathematics, 47(2), 175-197.

McDonough, J. R., & Osterbrink, J. (2005). Learning styles: An issue in clinical education.

AANA Journal, 73(2), 89-94.

McGregor, D. (2007). Developing thinking developing learning: A guide to thinking skills in

education. New York: McGraw-Hill.

Noriati A. Rashid. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Rogers, K. M. A. (2009). A preliminary investigation and analysis of student learning style

preferences in further and higher education. Journal of Further and Higher Education,

33(1), 13-21.

Ruslin Amir. (2007). Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah dan

pelajar UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.

Sabri Ahmad, & Aziz Omar. (2014). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, & Aliza Ali. (2012).

Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 19-31.

Sims, R., & Sims, S. (2006). Learning styles and learning: A key to meeting the accountability

demands in education. New York: Nova Publishers.

9
Sternberg, R. J. (1997). Thinking Styles. New York: Cambridge University Press.

Suliman, W. A. (2006). Critical thinking and learning styles of students in conventional and

accelerated programmes. International Nursing Review, 53, 73-79.

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustaffa, & Abd. Razak Habib. (2009). Pengetahuan

Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah

Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 131 – 153

Zhang, H., & Lambert, V. (2008). Critical thinking dispositions and learning styles of

baccalaureate nursing students from China. Nursing and Health Sciences, 10, 175-181.

10

Você também pode gostar