Você está na página 1de 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN PN SOOM PHON

“JASAMU DIKENANG”

Tarikh : 13 FEB 2014


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Maftuhah (Dewan Terbuka) SMK Bandar Baru Darulaman

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tetamu
Jemputan Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.

Majlis Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Soom Phon dengan


Bermula diiringi Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan SMK Bandar
Baru Darulaman masuk ke dalam dewan Maftuhah.

- Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Hari yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Dikenang” sempena
persaraan Pn Soom Phon

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dimohon


para tetamu, Semua guru dan pelajar berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.
...(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa

Ucapan -Yang Diraikan


Alu-aluan Pn Soom Phon

-Yang Berusaha
En Abu Bakar bin Said Pengetua SMK Bandar Baru
Darulaman
-Yang Berusaha En Mohd Zaidi Bin Ismail Penolong Kanan
Pentadbiran
- Yang Bersaha Tn Hj Ab Wahab Bin Yahaya
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

-Yang Berusaha Pn Harisson bt Ramli


Penolong Kanan Kokurikulum

-Yang Berusaha En Fauzi bin Zakaria


Penolong Kanan Petang

Seterusnya guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru


cemerlang, guru-guru dan anak-anak pelajar yang dirahmati
Allah sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini dalam majlis “Jasamu Dikenang”
untuk meraikan persaraan Pn Soom Phon

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Pn Soom Phon sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Ucapan Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Pentadbir Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
atau wakil Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Yang Berusaha En Abu Bakar bin Said ,


Pengetua SMKBBD mewakili guru-guru dan staf sekolah untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Pengetua


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Bacaan Segak bergaya putera mahkota,


biodata Pn Dimahkotakan dalam majlis yang meriah
Soom Phon Izinkan saya membacakan biodata
Dimulakan dengan bismillah
Bismillahirahmanirahim….
Izin kan saya membacakan biodata Pn Soom Phon.

Pn Soom Phon
Dilahirkan pada tanggal …………………………….di …………….Kedah.
Merupakan anak kepada pasangan Pn ……………………….dan
En……………………………………………….

Mendapat pendidikan awal di SK …………………………….dari tahun


………………. Hingga…………….. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah di SMK……………………………….., dari
tahun 19…… hingga 19…..

Meneruskan pelajarannya di peringkat


………………………………………………………………………………………

Beliau bertemu jodoh dengan ………………………….. dan berkahwin


pada ……………………………. Pasangan ini telah anugerahi dengan
kehadiran ………………. orang cahaya mata.

Pn Soom Phon telah memulakan kerjaya dalam profesion


Keguruan sebagai Guru Penolong di SMK
………………………………………………... ……………………………………….kemudian
berpindah………………………………………………………………………………….Sekolah
seterusnya………………….dan ke SMBBD pada tahun ……………..hingga
sekarang.

Sesungguhnya Pn Soom Phon yang kita sayangi mempunyai rekod


perkhidmatan baik dan cemerlang serta tidak lokek berkongsi
ilmu.

Ucapan Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Diraikan


Pengetua Pn Soom Phon untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan Yang Diraikan Pn Soom Phon atas


ucapan sebentar tadi.
Sudah teradat guru dirai
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Penyampaian Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan


Cenderamata cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini.
Untuk menyempurnakan majlis ini dijemput Pn Som Phon untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
1.
2.
3.
4.

Rujuk senarai cenderamata dari AJK

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Pn Soom Phon atas kesudian menerima cenderamata itu tadi..

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Pn Soom Phon….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Mohon
maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang mengacarakan
majlis ini.

Dijemput Pn. Soom Phon, Tuan Pengetua, penolong-penolong


kanan serta semua guru untuk bergambar sebagai tanda
kenangan kita bersama.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Você também pode gostar